Anda di halaman 1dari 17

FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE1103SMP
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAJUK TUGASAN :
CADANGAN PELAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN HURAIAN DARI
ASPEK FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI
NAMA

: SAJIDIN BIN JAIS

NO. ID PELAJAR

: 781218135077001

NO.KAD PENGENALAN

: 781218-13-5077

EMAIL

: dinct1978@oum.edu.my

NO. TELEFON BIMBIT

: 013 - 8045077

NAMA TUTOR

: ENCIK ENTAI AK MIGANG

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK


UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
BATU 9, TAMAN PRINCESS
JALAN KUCHING SERIAN
KUCHING, SARAWAK.

SEMESTER JANUARI 2013

ISI KANDUNGAN
1.0

BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL . ms 3

1.1

PENGENALAN .. ms 3

1.2

PELAN CADANGAN REKABENTUK BILIK SENI VISUAL


1.2.1

Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni SK Bako ms 4

1.2.2

Perincian Ruang Dalam Bilik Pendidikan Seni Visual ... ms 5


A.
B.
C.
D.
E.
F.
G.
H.
I.

Ruang Pejabat Seni .. ms 5


Stor Bilik Seni .. ms 6
Ruang Cetakan ms 7
Ruang Tekstil ms 8
Ruang Tembikar .. ms 9
Koridor . ms 9
Taman Ilham ms 9
Ruang Pengajaran dan Pembelajaran ms 10
Blok Pameran ms 11

Kemudahan dan Kelengkapan lain ... ms 11


2.0

BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL,


EMOSI DAN SOSIAL
1) Aspek fizikal .. ms 12
2) Aspek Sosial .. ms 13
3) Aspek emosi .. ms 13

3.0

GAMBARAN BILIK SENI VISUAL SK BAKO ms 14

RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ms 16


4.0

PENUTUP ms 17

RUJUKAN ms 18

1.0

BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.1

PENGENALAN

Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam
menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada
murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru
dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya
bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga
domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang
melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan
perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak
dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat
dikembangkan.

1.2

PELAN CADANGAN REKABENTUK BILIK SENI SK BAKO, KUCHING

1.2.1

Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni SK Bako

Saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang sesuai dengan kehendak pelajar.
Dengan terciptanya ruang seni ini diharapkan pelajar-pelajar dapat meluahkan hasil-hasil
karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual ini. Konsep bilik seni yang saya
bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni.
Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama pengajaran dan
pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, stor dan
sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada
pelajar-pelajar yang menggunakan ruang pendidikan seni yang saya ilhamkan ini.

1.2.2

Perincian Ruang Dalam Bilik Pendidikan Seni Visual

A. Ruang Pejabat Seni

Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti perkeranian. Ianya juga
berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan,
pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat
menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal.

B. Stor Bilik Seni

Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan
pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang
diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik
seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam
kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk
kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan
jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat
dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga
boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil
kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan
peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor
ini.

C. Ruang Cetakan

Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat
cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional
disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti Cetak
tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, Cetak dalam
(Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint, Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan
teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak
membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan
konvensional.

D. Ruang Tekstil

Tidak jauh dari ruang tembikar, terletak ruang tekstil. Ruang ini juga tidak jauh
bezapenggunaannya dengan ruang tembikar. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah
sama, cuma dari segi peralatan, proses dan produknya adalah berbeza. Di dalam bilik ini
terdapat ketuhar pemanas, tempat mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja untuk
menekap kain, ampaian untuk menjemur kain juga peralatan lain yang bersesuaian. Proses
untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. Dari sehelai kain putih yang
kosong sehinggalah menjadi sehelai kain yang lengkap dengan pelbagai corak melalui proses
menekap, melukis secara free hand dan pelbagai teknik terkini mengikut teknologi sekarang
iaitu menggunakan komputer. Ruang tekstil juga menggunakan penyaman udara pada sebelah
atas dinding untuk mendapatkan pengudaraan yang sistematik.

E. Ruang Tembikar

Bilik seni ini juga dilengkapi dengan ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi dengan alatalat untuk membuat tembikar seperti tanah liat, mesin acuan, mesin ketuhar, tanur elektrik,
8

batu-bata yang berasaskan aluminium silikat untuk tujuan pembinaan dan lain-lain bahan
yang berkaitan. Ruang ini khusus untuk peserta-peserta membentuk tembikar yang diingini.
Selain daripada alat-alat tembikar, ruang ini juga dilengkapi dengan sudut pameran tembikar
untuk dipamerkan kepada pengunjung yang hadir. Ruang ini diletakkan penghawa dingin dan
tingkap yang banyak dengan tujuan memberi ruang untuk pengudaraan yang lebih sistematik.
F. Koridor
Dinding koridor ini boleh digunakan oleh pelajar melukis mural yang boleh dipadam dan
digunakan kembali mengikut keperluan. Dengan ini mural-mural selalu bertukar ganti dan
dibuat mengikut design atau ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas untuk pelajar
melukis mural, ianya memudahkan lagi hasil-hasil seni pelajar dipamerkan secara tidak
langsung.
G. Taman Ilham
Ruangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk bersantai
setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. Murid-murid atau pengunjungpengunjung yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui dua buah sudut
alam yang disediakan di situ. Sudut alam itu merangkumi kawasan taman yang menghijau
dan terdapat kolam ikan. Suasana ini sudah pasti memberi ketenangan kepada pengunjungpengunjung yang hadir dan dapat memberi inspirasi kepada semua. Ketenangan minda juga
lahir apabila pengunjung melihat pergerakan ikan-ikan yang berenang-renang didalam kolam
yang lengkap dengan landskap yang cantik. Di samping dapat berehat dan menenangkan
fikiran, pengunjung-pengunjung yang datang ke ruangan ini dapat bertukar-tukar fikiran
tentang perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama.

H. Ruang Pengajaran dan Pembelajaran

Ruang
ini terletak di kawasan tengah bilik menjadi tempat berlangsungnya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Di dalam ruang ini ditempatkan meja, kerusi, kabinet menyimpan barangan,
tong sampah, serta beberapa kelengkapan lain yang bersesuaian. Bilik ini boleh menempatkan
lebih kurang 40 orang murid juga peserta dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bilik
ini dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin serta pencahayaan yang terang bagi
memberikan keselesaan kepada pelajar dan guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ruang tengah bilik ini disediakan meja-meja pameran bagi mempamirkan hasil
kerja pelajar atau kerja kursus pelajar tingkatan lima yang mengambil matapelajaran
pendidikan seni visual ini. Kedudukan meja pelajar disusun sedemikian bagi membolehkan
pelajar melakukan aktiviti secara berkumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
I. Blok Pameran
Blok pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni di dalam ruangan utama pengajaran dan
pembelajaran. Ianya memudahkan sesiapa sahaja yang berkunjung untuk melihat hasil-hasil
seni pelajar yang dipamerkan. Rak kayu yang diletak ditengah-tengah ruang pameran dapat
mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti arca, assemblaj, stabail, boneka,
diorama, model dan origami. Selain itu juga guru boleh mempamerkan hasil kraf tradisional
seperti tembikar, anyaman, seni ukiran kayu, gasing dan sebagainya. Seterusnya dengan
adanya papan pameran gantung juga dapat mempamerkan hasi lpelajar seperti mobail,
topeng, model dan sebagainya. Objek-objek ini mampu untuk meransangkan deria pelajar
disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihatdan menyentuh objek tersebut.

10

Kemudahan dan Kelengkapan lain


Di dalam bilik seni ini juga ada disediakan sinki untuk membasuh alat-alat yang telah
digunakan dan disimpan semula ke dalam kabinet. Bagi penggunaan sinki, penggunahanya
perlu menghulurkan tangan dan air akan keluar dengan sendiri sama ada air biasa atau air
yang bersuhu panas dimana ianya menggunakan teknologi sensor. Sinki ini juga boleh
disorokkan seandainya tidak perlu digunakan. Kabinet yang terdapat disini akan masuk ke
dalam dinding sewaktu tidak digunakan dan akan keluar semula seandainya perlu digunakan.
Ini semua adalah untuk menjimatkan ruang dan memberi keselesaan kepada penggunapengguna. Oleh kerana bilik seni ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlaku
kemalangan, maka di sini juga disediakan peralatan kecemasan. Peralatan kecemasan yang
disediakan bertujuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sewaktu
proses mencanting dan seumpamanya. Ruang untuk menyimpan peralatan kecemasan ini
adalah tahan daripada segala bentuk bencana seperti kebakaran dan sebagainya.

2.0

BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN


SOSIAL

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual
sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan
suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.

11

(a) Aspek fizikal


Berdasarkan pelan yang telah dihasilkan, saya menekankan aspek fizikal iaitu dengan cara
menentukan bilik seni adalah sentiasa berkeadaan bersih, susunan perabot adalah teratur dan
sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil
kerja pelajar disediakan dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan
dengan cara-cara berikut menyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. Langkah ini
dilakukan bagi memudahkan murid menjalankankan aktiviti secara koperatif dan mereka juga
dapat berbincang tentang projek yang perlu disiapkan dalam kumpulan masing-masing.
Di samping itu suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan
carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar mampu mengalakkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran serta merangsang minda pelajar berfikir lebih kreatif. Saiz studio juga
memainkan peranan yang penting. Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk
bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan
permainan. Pengudaraan dan pencahayaan juga amat penting. Tingkap-tingkap dan pintu
yang mencukupi telah disediakan bagi bilik seni yang saya cadangkan bagi membolehkan
cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang
cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.
Penyediaan tong sampah di setiap sudut bilik seni dapat meningkatkan keadaan kebersihan
dan keindahan. Bilik darjah yang bersih dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

(b) Aspek Sosial


Berdasarkan cadangan bilik seni yang dihasilkan oleh saya juga menekankan suasana
sosial yang kondusif. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di
antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam
pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui
sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses
pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi dalam bilik pendidikan seni akan
dapat menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru untuk lebih menghargai nilai estetika
yang ada dalam seni itu sendiri. Aspek social merupakan pemangkin untuk mengembangkan
minat, bakat, kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar. Dengan adanya interaksi social ini
12

maka wujudlah suasana interaksi sesama murid. Di samping itu komunikasi antara guru dan
murid akan menjadi lebih berkesan dengan adanya keadaan sosial yang kondusif ini. Ia juga
mampu menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita yang
berbilang kaum.

(c) Aspek emosi


Aspek emosi juga ditekankan dalam membina bilik seni ini. Suasana emosi merujuk
kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan
jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya.
Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru
yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan
tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih
kasih. Suasana seperti ini saya wujukan dengan cara memenuhi kehendak fisiologi murid
terlebih dahulu. Keperluan fisiologi ini dapat ditingkatkan dengan cara

memuaskan

keseluruhan deria yang ada pada murid. Di samping keperluan fisiologi, kehendak mental
juga perlu dipenuhi. Ini perlu kerana kehendak mental amat perlu bagi murid untuk berfikir.
Bilik seni yang selesa mampu membentuk suasana yang dapat meransang kreativiti murid
untuk berkarya serta mewujudkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk terus
berkarya serta menghasilkan nilai seni yang boleh dibanggakan.

3.0

GAMBARAN BILIK SENI VISUAL SK BAKO

Peralatan Pendidikan
Seni Visual yang
digunakan untuk
Penghasilan Produk
disusun dengan kemas
di dalam13
almari terbuka
di dalam bilik stor.

Singki Air - Sebaiknya ada


beberapa singki air untuk
membantu proses P&P

SUDUT PAMERAN HASIL KERJA PELAJAR


RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Susun atur kerusi dan meja pelajar


dari arah belakang. Pencahayaan yang
sempurna, kipas angin dan
pengudaraan yang baik.

14

Sudut bacaan dan buku rujukan di


susun rapi di dalam rak yang
mudah untuk digunakan
Kedudukan meja guru serta
4.0
penggunaan peralatan ICT untuk
pengajaran dan pembelajaran.
PENUTUP
Kedudukan fail juga disusun
dengan rapi.

Papan kenyataan yang


mengandungi maklumat dan
carta organisasi panatia PSV.

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan
penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama
guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam
bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja
kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil
15

kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga perlu
dipamerkan dalam bilik seni.
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, kemudahan bilik seni yang futuristik dan
kondusif diperlukan bagi meningkatkan lagi kepekaan murid, menjadi pengkarya yang
rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang murni.

RUJUKAN

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2006). Teknologi & Rekabentuk Grafik Digital, Kuala
Lumpur: Venton Publishing.

16

Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan
rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia
Kathleen Chee, (2006). SPM Fokus U: Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Selangor.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.
Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

17