Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH METHODIST WESLEY IPOH

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

PERDAGANGAN

3755/1

Kertas 1
Tingkatan 4
1 Jam 15 minit

Nama : _______________________

Tingkatan : ____________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap- tiap soalan diikuti oleh empat jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja.
4. Jawab semua soalan objektif dalam kertas OMR yang disediakan.
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

Disediakan oleh:

...
En. Mogantheren
Ketua Panitia P.Akaun,Ekonomi A, Perd.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


1. Nyatakan individu yang terlibat di dalam industri ekstraktif.
A. Doktor
B.
Nelayan
C.
Ejen insurans
D.
Kontraktor pembinaan
2. Pernyataan manakah yang menerangkan kehendak manusia?
A. kehendak manusia adalah terhad.
B.
kehendak manusia sukar untuk dipuaskan.
C.
kehendak manusia perlu dipenuhi untuk terus hidup.
D.
setiap manusia mempunyai paras kehendak yang sama.
3. Antara pernyataan berikut, manakah yang bukan peranan usahawan?
A. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
B.
hanya mengutamakan keuntungan semata.
C.
menghasilkan penemuan dan ciptaan baru.
D.
mewujudkan peluang pekerjaan.
4. Penyataan manakah yang benar mengenai kelemahan pengkhususan dalam
pengeluaran?
A. kos pengeluaran bertambah.
B.
risiko pengangguran bertambah.
C.
tempoh pengeluaran dapat disingkatkan.
D.
kebergantungan terhadap penggunaan mesin yang canggih dan
mahal.
5. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Hafizuddin.
Encik Hafizuddin pengusaha dan pemilik kebun Roselle di Marang. Semua
hasilnya keluarannya dijual kepada Encik Ali yang memproses buah roselle untuk
dijadikan jus minuman dan jem roselle. Jus dan jem roselle tersebut dijual kepada
peruncit dan orang ramai di kedai miliknya.
Berdasarkan situasi di atas, pilih cabang pengeluaran yang terlibat.
A. Ekstraktif dan khidmat langsung
B. Ekstraktif dan perdagangan
C. Ekstraktif, perkilangan dan perdagangan
D. Ekstraktif, perdagangan dan khidmat langsung

6. Gambar 1 di bawah berkaitan dengan kehendak manusia.

Gambar 1
Faktor yang mempengaruhi kehendak manusia ialah
I. umur
II. jantina
III. pekerjaan
IV. ketinggian
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
7. Pilih pernyataan yang paling tepat tentang usahawan.
A. Usahawan mementingkan keuntungan jangka pendek
B. Usahawan menjalankan kegiatan membeli dan menjual barang.
C. Usahawan berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
D. Usahawan adalah orang yang menyumbangkan modal.
8. Maklumat di bawah ini merujuk kepada suatu konsep dalam pengeluaran.

Salah satu cabang pengeluaran


Pengagihan barang
Asas kepada perniagaan

Maklumat di atas berkaitan dengan


A. perniagaan
B. perdagangan
C. pengkhususan
D. pemasaran

9. Pengeluar roti mengambil semula bekalanya yang telah tamat tarikh luput dari Kedai
Runcit Irfan.
Apakah kaedah jualan yang terlibat?
A. Jualan prabayar
B. Jualah kredit
C. Jualan konsainan
D. Jualan tunai
10. Pernyataan yang manakah merupakan fungsi peruncit?
I. Menjual beraneka jenis barang
II. Membiayai modal pemborong
III. Menstabilkan harga barang
IV. Memberi khidmat selepas jualan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
11. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk perniagaan runcit.

Modal besar
Perkhidmatan layan diri
Beroperasi 24 jam tanpa pengawasan

Apakah bentuk perniagaan runcit tersebut?


A. Pesanan mel
B. Jualan langsung
C. Televisyen interaktif
D. Mesin peruncitan automatic
12. Manakah pernyataan yang menunjukkan berlakunya perniagaan import?
A. Sayur-sayuran dari Cameron Highland diedarkan kepada perniaga di seluruh
negara ini.
B. Pemborong beras dari Malaysia membeli beras dari Thailand untuk dijual semula
kepada Brunei.
C. Peniaga dari Singapura mendapatkan bekalan gula dari Malaysia untuk kegunaan
rakyat negaranya.
D. Pemborong mendapatkan bekalan udang galah dari Sabah untuk dijual di Pasar
Borong Selayang.

13. Berikut merupakan dua kaedah jualan mesin jahit.


Jualan Tunai
Harga Tunai : RM1500

Jualan Sewa Beli


Bayaran Pendahuluan : RM 100
Bayaran Ansuran :
RM 90 sebulan
Tempoh bayaran :
24 bulan

Apakah kebaikan yang diperolehi jika Puan Siti membeli mesin jahit secara sewa
beli?
I. Boleh menerima tempahan jahitan untuk membayar ansuran
II. Mesin tidak akan dirampas sekiranya beliau gagal membayar ansuran
III. Terdapat wang lebihan untuk membeli barang lain
IV. Harga sewa beli lebih murah dari harga tunai
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
14. Seorang pengeksport Malaysia hendak mengeksport barang ke Jepun. Pengeksport
tersebut akan mendapat invois konsular daripada pejabat ...
A. kedutaan Jepun di Malaysia.
B. pihak berkuasa kastam.
C. ejen eksport.
D. kedutaan Malaysia di Jepun.
15. Situasi di bawah berkaitan saluran eksport.
Encik Emran merupakan pengusaha keropok terbesar di Negeri Kelantan. Beliau
menghasilkan beraneka jenis keropok dan bercita-cita mengeksport keropoknya
ke luar negara.
Antara yang berikut, saluran eksport yang manakah sesuai digunakan?
I. Pameran dagangan
II. Ejen pengeksport
III. Pejabat cawangan
IV. Kedai serbaneka
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

16. Pengaturan kontrak khas ialah


A. ikatan perjanjian sebuah firma kecil dengan firma besar yang akan membekalkan
keluaran mereka kepada firma besar.
B. pemindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran daripada firma besar kepada
syarikat IKS.
C. IKS membekalkan barangan siap dan separa siap kepada firma besar dikenali
sebagai konsep paying.
D. mengaplikasikan Skim Perniagaan Vendor di mana pengeluar sesuatu komponen
membekalkan produk kepada syarikat besar.
17. Maklumat berikut menerangkan ciri suatu bidang industri pembuatan.

Banyak menghasilkan barang pengguna


Sumber bahan mentah diperoleh daripada industri petrokimia
Teknologi pembuatan diperoleh daripada penyelidikan tempatan dan
antarabangsa

Apakah bidang tersebut?


A. Industri komponen automotif
B. Industri berasaskan sumber
C. Industri berasaskan plastic
D. Industri berasaskan logam
18. Antara berikut yang manakah faedah daripada pemasaran bersepadu di antara Industri
Kecil dan Sederhana ( IKS ) dengan industri berat?
I. Menambahkan modal perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan
II. Pendapatan dan aliran modal pembeli dapat mengembangkan perniagaan IKS
III. Mutu dan kualiti barang dapat ditingkatkan
IV. Syarikat IKS mendapat pembiayaan daripada firma yang membeli
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
19. Pihak yang bertanggungjawab mengawal, mengurus dan mentadbir sebuah syarkat
sendirian berhad ialah
A. Pemiutang-pemiutang syarikat
B. Pemegang-pemegang syer
C. Pekerja syarikat
D. Ahli Lembaga pengarah

20. Label yang manakah menunjukkan perniagaan milikan tunggal?


A. Syarikat Hasan Husin
B. Kedai Buku Aliuddin
C. Farmasi Lau dan Rakan-rakan
D. Koperasi SMK Taman Dua Bhd.
21. Penggunaan cek untuk membuat pembayaran dalam kalangan peniaga amat meluas
kerana
A. butiran dalam cek mudah dipinda
B. dijamin pembayarannya oleh bank
C. cek merupakan wang sah
D. cek boleh dijadikan bukti pembayaran
22. Cik Diana telah membeli sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu pada 1 Jun 2010
dengan harga RM 220,000 secara tunai. Pada awal September 2010, En Haron telah
mula menyewa pangsapuri tersebut dengan kadar RM 1,400 sebulan. Pada 1 Julai
2011, Cik Diana telah menjual rumah tersebut dengan harga RM 250,000.
Hitungkan jumlah pulangan atas pelaburan yang diperolehi oleh Cik Diana itu.
A. RM 14,000
B. RM 30,000
C. RM 44,000
D. RM 74,000
23. Apakah kelebihan pengangkutan laut?
A. Kerja pemunggahan dapat dikurangkan
B. Mengangkut semua jenis barang
C. Serahan dari pintu ke pintu
D. Ruang muatan yang luas
24. Antara berikut yang manakah tidak boleh diinsuranskan oleh seorang usahawan?
A. Sijil sahamnya
B. Kilang yang baru dibinanya
C. Gudang yang disewanya
D. Anak kesayangannya
25. Ciri gudang yang manakah dapat melindungi barang-barang daripada risiko kecurian?
A. Sistem penggera yang baik
B. Sistem perekodan yang teratur
C. Peralatan gudang yang lengkap
D. Lokasi yang sesuai
26. Apakah masalah utama IKS di negara kita?
A. Pemasaran
B. Kekurangan modal
C. Tenaga pekerja
D. Kekurangan bahan mentah

27. Salah satu daripada kegiatan IKS ialah industri pembuatan yang menghasilkan barang
pengguna. Bidang industri ini memperoleh bahan mentahnya daripada industri
petrokimia.
Bidang IKS yang dimaksudkan di atas ialah
A. industri berasaskan logam.
B. industri berasaskan plastik.
C. industri komponen automatif
D. industri berasaskan sumber
28. Masalah utama IKS ialah kekurangan modal. Apakah faktor lain yang menghalang
perkembangannya?
A. Masalah memperoleh bekalan
B. Kesukaran memperoleh tapak yang sesuai
C. Kerajaan tidak menyokong IKS
D. Tidak ramai yang berminat
29. Apakah faktor yang diberikan perhatian sebelum menentukan taraf sesebuah industri?
A. Umur minima pekerjanya
B. Jumlah output
C. Tempat terletaknya tapak kilang
D. Jumlah saham yang diterbitkan
30. Apakah persamaan antara perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa?
A. Bebas daripada sekatan dan duti
B. Penggunaan sukatan dan timbangan yang sama
C. Cara pembayaran yang sama
D. Memerlukan bantuan perniagaan yang sama
31. Mengapakah pemborong memberi diskaun tunai kepada peruncit?
A. Mengurangkan kos
B. Menggalakkan pembayaran yang cepat
C. Menggalakan pembelian yang banyak
D. Menjadi amalan biasa
32. Mengapakah pemborong membeli barangan secara pukal daripada pengeluar?
A. Mempunyai gudang yang luas
B. Menikmati harga yang murah
C. Mempunyai modal yang besar
D. Menjual secara pukal kepada peruncit
33. Mengapakah peruncit digelar peruncit?
A. Menjual barang-barang keperluan harian
B. Menjual secara kredit
C. Memberi layanan peribadi
D. Menjual secara kecil-kecilan

34. Antara bantuan perniagaan berikut, yang manakah memberi jaminan ganti rugi?
A. Promosi
B. Pengangkutan
C. Insurans
D. Komunikasi
35. Pilih aktiviti yang merupakan bantuan perniagaan.
A. Berniaga secara runcit
B. Berniaga secara borong
C. Bertugas sebagai pemandu teksi
D. Berkhidmat sebagai doktor di klinik kerajaan
36. Perniagaan dianggap sebagai cawangan perdagangan kerana aktiviti perniagaan
A. bermotifkan keuntungan
B. meningkatkan mutu barang
C. melibatkan urusan kewangan
D. melibatkan agihan keluaran
37. Mengapakah peniaga perlu membuat promosi?
A. Memperluas pasaran
B. Mewujudkan penawaran
C. Mengekalkan permintaan
D. Menstabilkan harga barang
38. Situasi yang manakah menerangkan contoh bantuan perniagaan?
A. Seorang doktor merawat pesakitnya
B. Seorang peniaga memasukkan cek ke dalam bank
C. Peniaga menjalankan perniagaan runcit kecil-kecilan
D. Membeli barangan secara pukal daripada seorang pemborong
39. Antara berikut, yang manakah benar tentang liabiliti terhad?
A. Kuasa pemegang syer terhad
B. Modal pemegang syer terhad
C. Bilangan pemegang syer terhad
D. Tanggungan pemegang syer terhad
40. Bagaimanakah kegiatan IKS dapat mengurangkan pengangguran?
A. IKS menggunakan sumber bahan tempatan untuk menghasikan produk
B. Kegiatan IKS dapat mengurangkan import barang pengguna dari luar negara
C. IKS merupakan industri yang mengamalkan intensif buruh dalam proses
pengeluarannya
D. Memenuhi kehendak pengguna dengan menyediakan pelbagai jenis barang
KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai