Anda di halaman 1dari 2

Setelah mendengar hujah-hujah dari wakil-wakil majlis Profesor Negara, para wakil KPM telah

diminta untuk membuat satu laporan ringkas tentang cadangan model yang paling berkesan
untuk didaptasikan dalam konteks pendidikan di Malaysia. Jelaskan ciri-ciri model yang telah
dipertujui dan nyatakan sebab-sebab mengapa modul tersebut difikirkan paling sesuai.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengutamakan pendidikan untuk rakyatnya. Justeru,
sistem pengurusan yang baik dan cekap harus diaplikasikan bagi mencapai misi Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu menjadikan sistem Pendidikan Negara bertaraf dunia.
Oleh itu, model daripada David Guest pada tahun 1987 yang menekankan pengurusan sumber
manuasia secara lembut (soft HRM) dirasakan paling sesuai diadaptasikan di dalam konteks
pendidikan di Malaysia.Guest menekankan tentang empat polisi dan latihan untuk mencapai
hasil organisasi iaitu penyatuan strategik ( perancangan/pelaksanaan);komitmen pekerja yang
tinggi dalam organisasi; tenaga kerja yang fleksibel dan bersesuaian dan tenaga kerja yang
berkualiti tinggi.Polisi dan latihan dalam pengurusan juga mestilah bersesuaian dengan
perancangan sesebuah organisasi.
Beliau mencadangkan empat polisi tersebut menjadi petunjuk dalam organisasi bagi
memperolehi hasil kerja yang lebih tinggi,penyelesaian masalah yang baik, perubahan yang
konsisten dengan mencapai hasil sasaran,membaiki kos-efektif seterusnya dapat mengurangkan
keluar masuk pekerja,ketidakhadiran dan rasa tidak puas hati mereka.
Model Guest mempunyai empat polisi iaitu aliran tenaga kerja; pengambilan,pemilihan dan
tingkat sosial;sistem ganjaran;berorganisasi dan rekabentuk kerja.Guest memperkenalkan lagi
tiga polisi dalam pengurusan sumber iaitu perumusan polisi dan perubahan pengurusan;
penilaian pekerja, latihan dan pembangunan dan sistem komunikasi yang melibatkan secara
formal atau tidak formal dalam menilai prestasi pekerja dan keperluan latihan pembangunan.
Setiap kali penilaian dibuat, polisi mestilah bertepatan dengan tempat dan masa dan sesuai
dengan latihan dan pembangunan pekerja. Sistem komunikasi juga merupakan satu media dalam
organisasi bagi menggalakkan penerimaan informasi diantara pihak pengurusan dan para pekerja.

Kebiasaannya sistem ini digunakan untuk komunikasi dua hala antara pekerja bawahan dan
orang atasan dan sebaliknya(bottom-up dan top-down )

Anda mungkin juga menyukai