Anda di halaman 1dari 11

PENGAJARAN BAHASA ARAB: PENAMBAHBAIKAN DALAM KAEDAH SERTA SILIBUS.

Disediakah oleh :
Siti Aisyah bt Mazlan
Nadiyah bt hashim
Rohaya bt Sulaiman
Hasmiza bt Abd Majeed

Universiti Teknologi Mara, Sarawak

Abstrak
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kaedah pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak pra-sekolah dalam
subjek Bahasa Arab agar sesuai dengan tahap umur mereka yang masih kecil. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif
sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Pelbagai kaedah
yang terdapat dalam pengajaran yang digunakan di pelbagai peringkat pengajian. Namun agak membimbangkan
jika teknik pengajaran yang digunakan sejak dari peringkat pra-sekolah dipandang remeh oleh para guru kerana
akan menjejaskan minat mereka untuk terus menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Guru haruslah kreatif
dan berinovasi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya kanak-kanak tidak berasa bosan dengan teknik
pengajaran yang digunakan. Ada pepatah mengatakan Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini menjelaskan
bahawa pada usia kanak-kanak lagi mereka perlu didedahkan dengan cabang-cabang ilmu agama kerana fikiran
mereka masih bersih dan mudah menerima ajaran dan nasihat yang baik. Demikian juga dengan pengajaran
Bahasa Arab yang sangat berkait rapat agama Islam perlu ditekankan sejak kecil lagi kerana ilmu ini sangat
penting dalam memahami Islam. Dengan mempelajari Bahasa Arab secara berkesan maka kanak-kanak ini dapat
mengenali Al-Quran dan memahami maksudnya dengan baik sejak kecil. Seterusnya menjadikan mereka cinta
kepada amalan-amalan yang menjurus kepada pengukuhan jati diri sebagai seorang muslim. Mereka telah
didedahkan dengan cinta Allah, Rasul, Al-Quran dan menjaga solat dalam kehidupan seharian. Kaedah yang
digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah dengan membuat kajian perpustakaan dan temubual bersama
para tokoh yang mahir dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Pengkaji juga ada melampirkan
contoh silibus yang digunakan oleh salah sebuah pra-sekolah di Universiti Islam Antarabangsa yang dikenali
sebagai Educare. Melalui temubual dan kajian yang dilakukan, penulis dapat mengemukakan beberapa kaedah
yang sesuai dan berkesan bagi peringkat kanak-kanak. Selain itu juga, pengkaji ada melampirkan contoh
penambahbaikan kandungan silibus untuk mereka. Contohnya kanak-kanak mengetahui maksud perkataan dan
menggunakannya di dalam ayat yang mudah dan berkaitan dengan nilai-nilai Islam untuk diamalkan.

Kata kunci : Bahasa Arab, pra-sekolah, penambahbaikan, kaedah pengajaran, silibus

PENDAHULUAN
Usia kanak-kanak adalah amat penting kerana mereka adalah harapan masa depan negara. Oleh yang
demikian pendidikan yang betul dan berkesan perlu disalurkan kepada mereka untuk menjadikan mereka
masyarakat yang berilmu pada masa hadapan. Di dalam proses pendidikan, ibu bapa dan guru memainkan
peranan yang amat penting. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan persekitaran kanak-kanak semenjak
dari kelahiran merangsang minat dan mampu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran yang sedemikian
rupa, mampu menggalakkan percambahan saraf otak dan meningkatkan perkembangan aktiviti otak. (James
Windell, 2012). Demikian juga bagi para guru perlu sentiasa berusaha mencari kemahiran dan kebolehan semasa

proses mengajar untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih seronok di
kalangan kanak-kanak. Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga membimbing,
membantu, mendidik, mengasuh, memberi tunjuk ajar serta menjadi contoh kepada pelajar. Oleh sebab itu, para
guru perlu memiliki sebanyak mungkin ilmu pengetahuan tentang pengajaran dan mahir dalam menggunakan
kaedah-kaedah yang sesuai supaya proses (P&P) menjadi lebih berkesan.
Pelbagai kaedah yang terdapat dalam pengajaran yang digunakan di pelbagai peringkat pengajian.
Namun agak membimbangkan jika teknik pengajaran yang digunakan sejak dari peringkat pra-sekolah
dipandang remeh oleh para guru kerana akan menjejaskan minat mereka untuk terus menuntut ilmu di peringkat
yang lebih tinggi. Menurut Judy Willis, (2008) Adalah penting untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
yang bersesuaian dengan kekuatan seseorang kanak-kanak itu. Ini akan menambahkan perkembangan sel-sel
otak mereka secara tidak langsung. Teknik pengajaran sangat penting dalam sesebuah pra-sekolah. Guru
haruslah kreatif dan berinovasi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya kanak-kanak tidak berasa
bosan dengan teknik pengajaran yang digunakan. Bagi usia kanak-kanak mereka sangat sesuai untuk
mempelajari Bahasa Arab kerana fikiran mereka masih bersih dan mudah untuk mereka mempelajari Al-Quran
dan mengamalkan ajaran Islam yang banyak bersangkut paut dengan Bahasa Arab.
Oleh yang demikian, penyelidik telah memilih untuk menjalankan kajian di salah sebuah pra-sekolah di
Universiti Islam Antarabangsa yang dikenali sebagai Educare. Penyelidik telah mengkaji kaedah pengajaran
yang berkesan untuk digunakan oleh guru-guru di pra-sekolah tersebut. Selain itu, penyelidik melakukan
penambahbaikan kandungan silibus untuk dipelajari oleh kanak-kanak ini. Kaedah perpustakaan dan temubual
telah digunakan dalam kajian ini. Penyelidik amat berharap agar kajian ini dapat memberi maklumat berguna
tentang kaedah pengajaran Bahasa Arab yang berkesan dan bermanfaat. Ianya juga dapat membuka minda dalam
mengenalpasti kaedah dan silibus yang sesuai dan berkesan dalam proses P&P bahasa ketiga tersebut.

MASALAH KAJIAN
Penyelidik telah menjalankan pemerhatian yang bersistematik selama sebulan ke atas pelajar-pelajar di prasekolah Educare dengan melihat proses P&P berlangsung. Selain itu juga penyelidik telah meminta keizinan
daripada pihak Educare untuk menjalankan proses P&P di sana. Berdasarkan pemerhatian terhadap kaedah
yang digunakan oleh guru-guru di sana adalah kurang menarik perhatian kanak-kanak di sana untuk mempelajari
Bahasa Arab kerana para guru tidak menyertakan bersama alat bantuan mengajar yang boleh membantu proses
P&P tersebut. Tahap pemahaman kanak-kanak ini juga tidak mencapai tahap yang memuaskan kerana mereka
kurang fokus dan kurang memhami terhadap apa yang disampaikan oleh guru mereka di hadapan kelas.
Penyelidik juga menganggarkan sebanyak 50% daripada 25 orang pelajar tidak dapat menguasai pembelajaran
Bahasa Arab pada hari itu. Ini adalah kerana mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada proses
P&P berikutan kaedah pengajaran yang digunakan kurang menarik. Bertitik tolak dari pemerhatian ini dan
keputusan pencapaian pelajar itu, maka tercetus di minda penyelidik untuk membuat sedikit penambahbaikan
terhadap teknik pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak dan juga silibus mereka bagi dicadangkan kepada
pusat pra-sekolah tersebut supaya dapat dipraktiskan.
Teknik pengajaran yang sangat penting dalam proses P&P terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang
mempelajari banyak perkara yang baru bagi mereka. Bagi menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih
berkesan para guru perlu mengambil berat tentang teknik dan cara pengajaran. Bagi usia kanak-kanak yang
masih kecil mereka mudah belajar tentang sesuatu perkara di sekeliling mereka. Oleh itu para guru perlu
bersama-sama menggunakan peluang ini untuk memudahkan pengajaran Bahasa Arab ini kepada mereka.
Walaupun Bahasa Arab ini bukan bahasa ibunda mereka namun mereka perlu dipupuk untuk terus menggunakan
bahasa ini dan sentiasa mempraktiskannya.
Selain daripada itu, penyelidik merasakan betapa pentingnya silibus itu diajar selari dengan pemikiran
kanak-kanak dan tidak terlalu berat untuk mereka dalam mempelajari Bahasa Arab ini. Malahan mereka akan
berasa seronok dan ingin belajar dan terus belajar. Bagi silibus yang lebih berkesan bagi kanak-kanak ini mereka

memahami maksud perkataan yang dipelajari dalam bentuk ayat yang mudah berdasarkan tajuk yang tertentu.
Dengan cara ini, mereka dapat lebih memahami maksud perkataan pada konteks yang tertentu dan begitu juga
dapat terus menggunakan ayat yang mudah ini dalam perbualan harian mereka. Mereka bukan sahaja
menggunakan ayat yang mudah itu dalam perbualan tetapi juga nilai yang baik dan akhlak islam yang
terkandung dalam ayat tersebut dapat dipraktiskan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan cara ini, kanakkanak ini bukan setakat mahir dalam bidang akademik sahaja tetapi shakhsiyah Islamiyyah mereka juga terjaga.

OBJEKTIF KAJIAN
1- Memahami kepentingan kaedah pengajaran Bahasa Arab di kalangan kanak-kanak.
2- Mengenalpasti kaedah-kaedah pengajaran di kalangan kanak-kanak.
3- Mencadangkan penambahbaikan dalam silibus pengajaran Bahasa Arab di kalangan kanak-kanak.

Kepentingan dan keunikan kajian


Bagi penyelidik kajian ini amat penting dan mempunyai keunikannya tersendiri. Bak kata pepatah Melayu
melentur buluh biar dari rebungnya, maksudnya Bahasa Arab ini penting untuk didedahkan kepada kanak-kanak
sejak di usia awal mereka. Ini bagi memudahkan mereka untuk mengenali bahasa ini sejak kecil dan akan
menimbulkan minat untuk mempelajarinya. Walaupun Bahasa Arab ini tidak pernah digunakan oleh mereka di
rumah tetapi mereka boleh dipupuk untuk mencintai Bahasa Arab ini sejak kecil dengan cara memberikan
pendedahan yang awal dan secara berterusan.
Selain itu pembentukan jati diri Muslim ke dalam diri seseorang lebih berkesan jika bermula dari seawal usia
kanak-kanak kerana jiwa mereka masih bersih dan bersedia menerima apa sahaja ilmu yang baik dan tidak
mudah memberontak apabila mereka ditegur dengan cara yang baik. Mereka amat mempercayai kata-kata
seseorang yang amat dekat dengan mereka seperti ibu bapa dan guru-guru mereka. Kanak-kanak juga mudah
meniru perbuatan seseorang yang berada di sekeliling mereka seperti ibu bapa, adik beradik atau orang lain dan
akan membuat perkara yang sama yang telah diperhatikan itu. (James Windell,2012). Oleh yang demikian segala
bentuk bimbingan dan ajaran yang baik sangat perlu ditunjukkan kepada mereka kerana mereka mudah
menerima dan terus mengamalkannya.
Di dalam kajian ini juga penyelidik ada melampirkan bersama pendapat daripada pakar-pakar dalam bidang
Bahasa Arab di usia awal kanak-kanak. Adalah menjadi nilai tambah untuk kajian ini kerana pendapat para
tokoh ini adalah berdasarkan ilmu mereka dan pengalaman yang sangat luas dalam bidang ini. Penyelidik amat
berasa bertuah kerana dapat berkongsi idea dan maklumat bersama para pembaca melalui temuramah yang
dijalankan bersama mereka. Dengan cara ini juga dapat mencetuskan idea dan memberi panduan kepada
penyelidik untuk memberikan cadangan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran dan silibus untuk kanakkanak. Penambahbaikan silibus dalam pengajaran Bahasa Arab yang dimaksudkan ialah kanak-kanak dapat
mengetahui maksud perkataan dan menggunakannya di dalam ayat yang mudah yang dikaitkan dengan nilainilai Islam untuk diamalkan.

KAEDAH KAJIAN
1.

Perpustakaan
Kaedah perpustakaan ini bertujuan untuk mencari maklumat berkenaan kaedah yang digunakan oleh
guru-guru di pusat pra-sekolah yang sesuai dengan tahap kanak-kanak ini.

2.

Pemerhatian bersistematik
Penyelidik telah menjalankan pemerhatian bersistematik selama sebulan dengan membuat pemerhatian
terhadap cara pengajaran yang telah digunakan oleh guru-guru di Educare tersebut. Selain itu juga
penyelidik ada menjalankan juga proses P&P bersama kanak-kanak di pusat pra-sekolah tersebut
selama satu hingga dua jam dalam seminggu selama sebulan. Bilangan pelajar yang mengambil subjek
Bahasa Arab di dalam kelas tersebut ialah seramai 26 orang. Penyelidik telah menggunakan salah satu
tajuk silibus yang digunakan oleh pusat tersebut berserta penilaian tahap kefahaman mereka terhadap
silibus yang dipelajari. Kaedah penilaian yang digunakan oleh penyelidik lebih kepada penilaian dari
segi kemahiran lisan yang kurang diambil perhatian oleh guru-guru di sana berbanding dengan
kemahiran membaca dan menulis mereka dengan cara membuat latihan di dalam buku latihan.
Berdasarkan penilaian yang dibuat kanak-kanak ini perlu dipupuk kemahiran lisan mereka dengan
menggunakan Bahasa Arab kerana kemahiran ini sangat penting berbanding dengan kemahirankemahiran lain.

3.

Temubual
Kaedah yang seterusnya ialah penyelidik telah menjalankan temubual bersama empat orang pensyarah
yang pakar dalam bidang pendidikan berkaitan Bahasa Arab. Pada pendapat penyelidik kaedah
menemubual dengan pakar dalam bidang ini amat penting kerana maklumat yang diperoleh adalah
berdasarkan ilmu dan pengalaman luas yang pernah mereka lalui. Penyelidik juga telah mengajukan
soalan-soalan yang berkaitan dengan kaedah pengajaran yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak di
pra-sekolah dalam mempelajari Bahasa Arab dan juga pendapat mereka dalam menarik minat kanakkanak ini untuk mempelajari bahasa tersebut dengan lebih berkesan.

DAPATAN KAJIAN
Penyelidik telah mendapati bahawa proses P&P yang digunakan di Educare kurang merangsang minat kanakkanak untuk mempelajari Bahasa Arab dengan lebih berkesan. Mereka telah diajar oleh guru-guru mereka
dengan menggunakan kaedah:
1- Memberi syarahan kepada kanak-kanak
Para guru hanya memberi syarah maksud sesuatu perkataan yang baru di hadapan kelas tanpa
menyertakan sebarang alat bantuan mengajar yang boleh menarik minat kanak-kanak ini untuk belajar.
Tambahan pula perkataan itu baru dipelajari oleh mereka.
2- Menggunakan papan tulis
Penyelidik mendapati guru-guru di sana juga menggunakan papan tulis di hadapan kelas sambil
memberi syarahan. Guru-guru akan menulis perkataan-perkataan yang baru dipelajari pada hari itu.
Walaupun papan tulis ini merupakan salah satu alat bantuan mengajar yang selalu digunakan namun
adalah lebih baik sekiranya para guru menggunakan alat yang lebih moden dan canggih seperti
komputer yang selari dengan teknologi zaman kini yang lebih menarik minat pelajar untuk lebih fokus
di dalam kelas dengan lebih berkesan.
3- Membaca beramai-ramai secara berulang
Kanak-kanak ini juga diminta oleh guru-guru untuk membaca beramai-ramai secara serentak berulang
kali. Kaedah pengajaran ini juga adalah sesuai dibuat untuk kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu
perkataan baru. Akan tetapi bagi umur kanak-kanak ini mereka mudah berasa bosan dan akan menjadi
kurang fokus dengan apa yang dibaca. Adalah lebih baik jika bacaan beramai-ramai itu disertakan juga
dengan objek atau gambar yang berkaitan dengan perkataan tersebut atau sambil membuat aktiviti dan
bergembira bersama mereka sambil belajar.

4- Menggunakan kaedah pertanyaan


Guru-guru di sana juga didapati menggunakan kaedah mengajukan pertanyaan kepada kanak-kanak ini
apabila tamat pengajaran sesebuah silibus itu. Bagi pendapat peneyelidik guru yang ingin mengajukan
pertanyaan ini terlebih dahulu perlu memastikan mereka dapat memahami pelajaran dengan baik
dengan mengadakan aktiviti atau permainan yang secara tidak langsung mereka cuba mengingati apa
yang dipelajari pada hari itu.

Penambahbaikan kaedah pengajaran berdasarkan temubual


Kajian telah dibuat melalui kajian perpustakaan dan temubual. Temubual telah dilakukan bersama empat orang
pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa yang mempunyai ilmu yang luas tentang pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab. Antara kandungan temubual itu ialah pendedahan kepada teknik pengajaran yang
sesuai untuk kanak-kanak di peringkat pra-sekolah dan perlunya kaedah tersebut dipraktiskan di kalangan guruguru.
Temubual yang pertama bersama dengan Dr. Abdul Rahman bin Chik. Beliau merupakan Timbalan Dekan
Kuliyyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa. Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam
pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Antara pendapat yang telah dikongsikan oleh beliau ialah:
1- Menggunakan perbendaharaan kata dalam ayat yang mudah. Dengan cara yang demikian dapat melahirkan
kanak-kanak yang dapat membaca petikan dalam Bahasa Arab dengan mudah dalam bacaan yang kuat
berdasarkan tajuk yang mudah. Contoh tajuk yang mudah dan sesuai dengan mereka ialah Keluargaku.
2-Menunjukkan gambar-gambar yang menarik yang berkaitan dengan silibus dan kaedah bercerita. Kaedah ini
boleh meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam kemahiran lisan. Dengan mempraktiskan kaedah pengajaran
yang berkesan ini juga boleh menarik perhatian dan minat kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Kaedah bercerita merupakan salah satu cara yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajaran dengan baik
terutamanya pada kanak-kanak. Selain itu, bercerita juga dapat membentuk akhlak murid. ( Ahmad Puhad Alim
& Norliza Binti Abdul Manaf, 2010)
3- Menggunakan komputer dan program yang khas untuk kanak-kanak juga sangat menarik minat mereka untuk
mempelajari Bahasa Arab. Di samping kanak-kanak dapat melihat gambar dan mendengar bunyi yang terdapat
dalam audio-visual ini mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru. Menurut Rio Sumarni Sharifudin et.al
(2003), oleh kerana kanak-kanak tidak didedahkan dengan penggunaan strategi pembelajaran membaca di prasekolah mereka hanya mampu membaca dengan lancar dan tidak faham. Oleh yang demikian timbul kesedaran
untuk memikirkan bentuk alternatif dengan menggunakan perwakilan visual dan audio yang mampu
menyumbangkan kepada persekitaran pembelajaran membaca-faham di kalangan kanak-kanak pra-sekolah
dengan lebih berkesan.
4- Membuat aktiviti perbualan ringkas di kalangan mereka dan dipersembahkan di hadapan kelas. Kaedah ini
dapat meningkatkan keyakinan mereka berdepan dengan orang ramai dan seterusnya meningkatkan kemahiran
asas mereka terutamanya kemahiran lisan dalam Bahasa Arab.
5- Mempelbagaikan aktiviti luar seperti di padang dan taman. Dengan kaedah ini kanak-kanak dapat bermain
sambil belajar apa yang berada di sekeliling mereka tanpa rasa jemu dan bosan kerana lumrah seorang kanakkanak itu adalah bermain dan tidak boleh duduk dalam masa yang terlalu lama dan formal. Semakin mereka
bergerak semakin mereka dapat mempelajari sesuatu. Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain
merupakan pendekatan berkesan untuk mencorak dan memperkembang minda minda kanak-kanak selaras
dengan fitrah kanak-kanak yang suka bermain. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak lebih bermotivasi untuk
terus belajar berbanding dengan pendekatan secara langsung. (Sharifah Nor & Aliza, 2011).

Temubual yang kedua telah dibuat bersama Dr. Saupi bin Man. Beliau merupakan Pensyarah Kuliyyah
Bahasa Arab dan Kesusasteraan Universiti Islam Antarabangsa dan mempunyai pengalaman selama 19 tahun
dalam pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Antara pandagan beliau ialah:
1- Kaedah permainan bahasa bersama kanak-kanak perlu dipraktiskan oleh guru-guru. Kaedah ini boleh
menggunakan alat bantuan yang berteknologi tinggi dan serba canggih dalam membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Para guru perlu sentiasa mengubah corak permainan dan muridnya lebih aktif
ketika bermain. Dengan bemain akan memberi potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial kepada pelajar. Situasi
bermain juga akan menyediakan peluang yang sangat baik untuk pertumbuhan sosial kanak-kanak kecil. (Ahmad
Puhad Alim & Norliza Binti Abdul Manaf,2010)
2- Mewujudkan suasana yang menggalakkan kanak-kanak ini untuk mempelajari dan mempraktis Bahasa Arab.
Contohnya menampal perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab untuk menerangkan sesuatu tempat dan benda
yang berada di sekeliling mereka. Apabila mereka sering membaca dan mengulangi penggunaannya di dalam
perbualan mereka maka mudah bagi mereka untuk mempraktis bahasa ini.
3- Menggalakkan kanak-kanak ini berbahasa Arab dengan menggunakan bahasa ini sepenuhnya dan tidak terlalu
mudah untuk menterjemahkannya kepada bahasa ibunda, atau hanya menggunakan kaedah hafazan sahaja.
Kanak-kanak ini didapati kurang menghayati dan tidak dapat menggunakan perkataan yang mereka pelajari
kerana ianya telah diterjemahkan terlebih dahulu.
4-Menggalakkan kanak-kanak ini bercakap dengan menggunakan Bahasa Arab seperti bertaaruf tentang diri
mereka dalam Bahasa Arab di hadapan kelas dan kawan-kawan yang lain. Kemahiran lisan adalah antara
kemahiran paling penting yang perlu ditekankan berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Dengan
latihan dalam kemahiran lisan ini maka secara tidak langsung kita memupuk kanak-kanak ini untuk
menggunakan Bahasa Arab.

BATASAN KAJIAN
Kajian ini telah mengkaji silibus bahasa Arab di salah sebuah pra-sekolah di Universiti Islam
Antarabangsa yang dikenali sebagai Educare. Di dalam pra-sekolah tersebut mempunyai kanak-kanak seawal
umur mereka empat sehingga enam tahun. Akan tetapi mereka hanya akan belajar Bahasa Arab pada usia mereka
enam tahun. Oleh itu, penyelidik hanya mengehadkan bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun kerana hanya
mereka sahaja yang mempelajari Bahasa Arab. Penyelidik juga telah mengambil maklumat berdasarkan kajian
perpustakaan dan melalui temubual bersama beberapa orang pensyarah yang pakar dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab bagi kanak-kanak. Antara sebab mengapa penyelidik telah memilih kaedah ini ialah
kerana dapat mengetahui tentang teori yang betul dan tepat dari sumber penerbitan yang pelbagai. Melalui
temubual pula penyelidik memperoleh pelbagai maklumat dan pendapat yang bernas berdasarkan pengalaman
dan pembacaan luas mereka.

Silibus Educare

:)5(
No.

Aktiviti/ Konsep
Memahami dan menguasai bahasa

Muhadasah perbualan mudah harian

a.

Selamat pagi

b.

Selamat petang

c.

Selamat datang

d.

Selamat tinggal / Jumpa lagi

e.

Apa khabar?

f.

Hari ini hari apa?

g.

Siapa nama awak?

h.

Berapa umur awak?

i.

Inia pa? Itu apa?

2.

3.
a.
b.
c.
4.

Mengenal hari dalam seminggu:


Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
Mengenal ganti nama
Awak ( lelaki(
Awak ( perempuan )
Saya
Arahan dan aktiviti dalam kelas

a.
b.
c.
d.
e.
5.

Tolong duduk
Tolong senyap
Warna dengan kemas/ sungguh-sungguh
Duduk dengan baik / sopan
Tolong jawab
Mengenal huruf hijaiyyah- menyebut kalimah dan mengecam huruf awalan

6.

Mengecam dan mengenal kuantiti / nombor

a.

Kuantiti dan nombor 1-10 ( pengukuhan )

/
/

/

/ /
/

/ /
/ / /

b.

Kuantiti dan nombor 11-20


11
11
11
11
15
11
11
11
11
12

7.

Mengecam dan mengenal alam semulajadi

a.
b.
c.
d.
e.
f.
8.

Bumi
Langit
Matahari
Awan
Bulan
Bintang
Mengecam dan mengenal haiwan peliharaan

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
9.

Kambing
Ayam jantan
Ayam betina
Itik
Kerbau
Lembu
Ikan
Kucing
Mengecam dan mengenal sayur- sayuran

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Kentang
Cili
Bawang
Lobak
Timun
Bunga kubis
Jagung

neMeedee ceM eeMeeMea eMcegeeM


10.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
11.

Bas
Kereta
Motosikal
Basikal
Keretapi
Kapal terbang
Feri
Mengenal bulan-bulan Islam

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Muharram
Sofar
Rabiulawwal
Rabiulakhir
Jamadilawwal
Jamadilakhir
Rejab
Syaban

i.
j.
k.
l.

Ramadhan
Syawal
Zulkaedah
Zulhijjah

HASIL KAJIAN
PENAMBAHBAIKAN SILIBUS
Keperluan penambahbaikan ke atas silibus educare:
1) Belajar perkataan melalui pembinaan bentuk ayat yang mudah dan pendek.
Relevannya ialah kanak-kanak mudah memahami maksud perkataan tersebut dalam konteks yang
sesuai. Mereka juga dapat belajar bagaimana membuat ayat yang mudah dalam Bahasa Arab. Selain itu
juga mereka dapat mengingati perkataan yang baru itu dengan mudah kerana perkataan-perkataan
tersebut dimasukkan ke dalam ayat mempunyai nilai-nilai Islam yang dekat dengan kehidupan mereka
sebagai seorang Muslim untuk dipraktiskan.
2) Mengenalkan kanak-kanak dengan kebesaran Allah yang Maha Pencipta
Relevannya ialah kanak-kanak mudah untuk mempelajari sesuatu ketika mencecah usia begini. Mereka
perlu dididik untuk mengenal pencipta segala sesuatu di dalam muka bumi ini dengan
menghubungkaitkan kejadian-kejadian yang wujud dengan kebesaran Allah swt. Bermula dari sini
mereka akan mula melihat sesuatu kejadian itu dengan mata hati mereka bahawa setiap kejadian itu
tidak boleh wujud dengan sendiri tanpa Penciptanya.

CONTOH PENAMBAHBAIKAN SILIBUS

Pelajaran pertama
Tajuk: Hari-hari dalam seminggu
1) Hasil pembelajaran:
Di akhir sesi pembelajaran kanak-kanak dapat:
1- Mengetahui maksud perkataan
2- Menggunakan perkataan bahasa arab ke dalam nilai-nilai yang bersangkutan dengan nilai islam
3- Menggunakan perkataan yang dipelajari ke dalam ayat yang mudah
2) Kandungan silibus yang dicadangkan
Di dalam silibus, perkataan yang dipelajari dikaitkan dengan nilai Islam.
Contoh:
1- Saya bersolat Jumaat di masjid.
2- Saya menziarahi datuk saya pada hari Sabtu.
3- Saya menolong ayah dan ibu saya pada hari Ahad.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

3) Cara pengajaran yang digunakan


Menyampaikan salam kepada kanak-kanak dan mereka berdiri sebagai tanda hormat.
Menerangkan kepada mereka tentang Bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran dan menerangkan
kepada mereka sebab mengapa mereka perlu belajar Bahasa Arab.
Memulakan pelajaran dengan menunjukkan kad yang mengandungi perkataan-perkataan yang akan
dipelajari pada hari itu. Guru akan membacanya dengan suara yang jelas sebanyak tiga kali.
Kemudian guru meminta kanak-kanak mengulangi semula perkataan yang disebut.
Selepas perkataan diulang oleh mereka, guru beralih kepada perkataan yang baru dan mengulangi cara
ini sehingga selesai pelajaran untuk tajuk itu.
Selapas bacaan bersama-sama, guru membuat aktiviti bahasa seperti mengarahkan kanak-kanak ini
menyusun perkataan dengan susunan yang betul dengan cara menampal kad-kad yang tertera perkataan
tersebut di atas papan tulis di hadapan kelas.

4) Alat bantuan mengajar yang digunakan


Kad, Pen, Kertas keras, plastisin

5) Penilaian
Guru hendaklah memastikan tahap kefahaman kanak-kanak ini dengan memberi contoh-contoh
soalan yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari itu.
6) Aktiviti tambahan
Guru mengarahkan mereka menampal kad-kad yang dipelajari iaitu tentang hari-hari dalam seminggu secara
tersusun. Pelajar yang pertama akan menampal hari yang pertama diikuti dengan pelajar yang lain yang akan
menampal hari-hari yang berikut. Dengan cara ini guru dapat mengetahui kefahaman mereka tentang pelajaran
yang dipelajari pada hari itu.

KESIMPULAN
Kaedah pengajaran yang sesuai dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memastikan
tahap kefahaman pelajar itu lebih tinggi berbanding dengan hanya mengajar tanpa membuat perancangan dalam
pengajaran. Pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu dirancang secara teliti dan sistematik
supaya menjamin proses mengajar dan belajar itu bermakna, berkesan dan menggembirakan. Oleh yang
demikian penyelidik menjalankan kajian ini bagi membantu membuka minda para guru bahawa dengan kaedah
pengajaran yang sesuai dan berkesan sahaja dapat membantu mancapai objektif dalam proses P&P tersebut.
Tambahan pula bagi usia kanak-kanak yang mempunyai fitrah untuk bermain tetapi dalam pada masa yang sama
mereka perlu didedahkan dengan ilmu yang berguna untuk masa depan mereka. Penyelidik berharap dengan
sedikit penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran dan silibus ini dapat memberi sumbangan kepada para guru
di pusat pra-sekolah umumnya dan di Educare khasnya.

Rujukan:

1- Ahmad Puhad Alim & Norliza Binti Abdul Manaf.(2010). Kaedah Pengajaran Guru-guru Pusat
Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Bachok. Universiti Teknologi Malaysia.
2- James Windell. (2012). Teach Your Child To Learn & Play.Advantage Quest Publications.
3- Judy Willis. (2008). How Your Child Learns Best. Advantage Quest Publications.
4- Hal W. Lanse. (2008). Teach Your To Read and Think. Advantage Quest Publications.

5- Rio Sumarni Sharifudin, Abdul Hafidz Haji Omar dan Dayang Hajjah Tiawa Awang Haji
Hamid.(2003).Rekabentuk dan Keberkesanan Perisisan Multimedia Membaca-Faham Berasaskan
Gambaran Visual Bagi Kanak-kanak Prasekolah.

6- Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2012). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum Berasaskan
Bermain Bagi Aspek Perkembangan Bahasa dan Literasi Murid Pra-sekolah. Jurnal Pemdidikan
Bahasa Melayu: Malay Language Education(MyLEJ), 2(1), 141-159.

Anda mungkin juga menyukai