Anda di halaman 1dari 1

Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah

Pada 2011 DSK Tahun 3 telah siap dibangunkan dan telah di taklimatkan pada 28 31
Mac 2011 di Tiara Beach Resort yang melibatkan 10 sekolah rintis bagi Matematik
Tahun 3.
2011 juga Kursus Induksi Jurulatih Utama Matematik Tahun 2 telah diadakan
bersama-sama dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut zon-zon yang telah
ditetapkan sepanjang bulan Jun dan Julai.
Pada bulan September draf pemetaan Tahap II telah dibangunkan dan bulan
Oktober pembangunaan draf DSK Matematik Tahun 4 telah siap dibangunkan. Kursus
Uji rintis Matematik Tahun 4 juga telah dijalankan yang akan dilaksanakan di 16 buah
sekolah terpilih pada 2012.
Pembinaan Modul Tahun 3 telah dilaksanakan dalam bentuk draf pada 2012 di
mana penekanan kepada elemen keusahawan, TMK dan Kreativiti dan Inovasi
disamping penerapan nilai-nilai murni ditegaskan di dalam setiap standard
pembelajaran. Modul Uji Rintis Tahun 4 juga telah disiapkan pada bulan November 2011
dan akan diguna pakai semasa rintis sepanjang bulan Februari hingga Mei 2012.

Sekolah Berpotensi Cemerlang (SBC)


Pada 12 Januari 2004, Mesyuarat
Jawatankuasa Induk Peningkatan Prestasi
Matematik, KPM telah membuat keputusan agar Program Sekolah Prestasi Rendah
(SPR) diadakan supaya prestasi sekolah dapat dipertingkatkan. Prestasi rendah
bermaksud pencapaian yang mana lebih 50% murid sekolah itu memperoleh pangkat D
dan E bagi mata pelajaran Matematik dalam UPSR.
Dimulakan pada 2004 melibatkan 135 buah sekolah. Keberkesanan program ini
dapat dilihat dari keputusan UPSR di mana 72.5% sekolah yang terlibat dengan
program ini menunjukkan peningkatan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik.
Program SPR tertangguh pada 2007 2010 kerana masalah peruntukan
kewangan dan pada 2011 program ini dijenama semula dengan nama Sekolah
Berpontensi Cemerlang. Program ini telah dilaksanakan pada 20 hingga 23 Jun yang
melibatkan 53 buah sekolah di Sabah.

Anda mungkin juga menyukai