Anda di halaman 1dari 25

Guru Permulaan (novice)

Setelah berpenat lelah mengikuti kursus perguruan di institut perguruan selama hampir 5
hingga 6 tahun,akhirnya pasti anda akan merasai kepuasannya kerana akan ditempatkan ke
sekolah-sekolah di seluruh negara. Perasaan seperti berasa tidak sabar-sabar untuk bergelar
guru dan menerima ucapan Selamat pagi,Cikgu. Detik bersejarah itu merupakan pengalaman
pertama bagi anda setelah tamatnya status guru pelatih atau murid di IPG. Pada ketika itu anda
bukan lagi guru pelatih, sebaliknya telah bergelar sebagai guru seperti mana rakan-rakan guru
yang lain. Pada peringkat awal penempatan ini anda akan dikategorikan sebagai guru
permulaan. Jika sebelum ini anda dipanggil murid, maka tugas kini sudah berubah, anda perlu
pula mengajardan menjadi pengajar.
Kita sering mendengar teguran dan pandangan mengenai kualiti guru yang dihasilkan oleh
institut perguruan. Kebanyakan dari pandangan dan teguran itu adalah mengenai kualiti guru
yang tidak mencapai tahap yang diharapkan. Rasa tidak puas hati telah didedahkan melalui
media massa. Guru sibuk mengajar tetapi pembelajaran tidak berlaku. Pencapaian pelajar
dalam peperiksaan tidak memuaskan di samping gejala sosial remaja yang berleluasa
semuanya diletakkan pada pihak guru. Guru dikatakan tidak cekap. Ini memberi imej yang
kurang baik kepada institut perguruan sebagai institusi yang ditugaskan melatih guru. Pelatih
yang cemerlang di institut perguruan tidak pula cemerlang di sekolah.
Kebanyakan guru permulaan dikatakan pasif, tidak kreatif, membosankan, tidak inovatif, tidak
imaginatif dan tidak dapat merangsang pembelajaran murid. Mereka dikatakan tidak dapat
menggunakan ilmu dan idea yang dipelajari di institut perguruan di dalam situasi bilik darjah
yang sebenarnya. Mereka juga tidak boleh menyesuaikan ilmu dan kemahiran yang didapati
sertan menggunakannya di dalam pengurusan bilik darjah secara berkesan. Guru permulaan ini
boleh dikatakan hilang punca terutamanya di tahun pertama mula mengajar.
Dalam hal ini, pihak sekolah sudah tentu beranggapan bahawa institut perguruan kurang
berkesan dalam melahirkan guru permulaan yang lengkap. Sebenarnya memang diakui
bahawa kualiti guru lepasan institut perguruan belum mencapai tahap sebagaimana yang
diharapkan oleh pihak sekolah. Persoalannya, selepas menamatkan latihan di institut perguruan
dengan mengikuti jadual yang padat bagi mata pelajaran teras, elektif, kokurikulum dan
penyuburan diri, bolehkah mereka menggunakan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang
diperoleh itu dengan berkesan di sekolah? Mereka memang telah dilatih dengan sempurna,

tetapi kebolehan mereka untuk mengaplikasikan dalam konteks sebenar menjadi isu yang
diperkatakan sekarang.
Perubahan peranan daripada seorang guru pelatih kepada guru permulaan merupakan satu
pengalaman yang penuh dengan cabaran. Ini kerana guru permulaan menghadapi suasana
yang berbeza daripada suasana semasa latihan. Seringkali guru permulaan terpaksa bergelut
dengan pelbagai masalah seperti kejutan realiti, penyusuaian diri kepada persekitaran sekolah
dan masalah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru anda harus
pandai memainkan peranan sebagai guru permulaan dalam usaha untuk membentuk sikap dan
amalan ke arah perkembangan yang positif demi program latihan dalam perkhidmatan. Pihak
sekolah pula harus memainkan peranan untuk menbantu guru permulaan memperlengkapkan
kemahiran profesional guru permulaan yang telah diberikan oleh institut perguruan. Ini kerana
ada aspek tertentu yang tidak dapat disampaikan melalui kurikulum perguruan di institut
perguruan tetapi lebih sesuai disampaikan di peringkat sekolah.
Pada peringkat awal penempatan, mungkin anda akan mendengar pelbagai taklimat demi
taklimat yang akan diberikan oleh pihak institusi masing-masing termasuk pihak pentadbiran
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta pihak pentadbiran
sekolah kepada guru-guru permulaan ini tentang tugas, tanggungjawab serta tindakan masingmasing sebagai warga pendidik ke arah mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sebagai guru permulaan serta guru baharu di sekolah yang
ditempatkan, seharusnya banyak lagi perkara yang perlu dipelajari sama ada dari aspek
pengurusan mahu pun aspek pengajaran. Walau bagaimanapun kejayaan kedua-dua aspek ini
banyak bergantung kepada keperibadian anda.
Kejayaan anda sebagai guru permulaan banyak ditentukan oleh tindakan anda ke arah
membentuk sikap diri sebagai seorang guru, khususnya seperti yang telah didedahkan kepada
anda semasa mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) oleh institut masing-masing. Anda
sepatutnya menyedari dan mengetahui bahawa semasa mengikuti BIG, anda sebenarnya
sedang mengikuti satu program yang bertujuan untuk menyediakan anda sebagai bakal guru
yang akhirnya ke arah melahirkan anda sebagai guru yang profesional . Perubahan sikap yang
dinyatakan semasa anda mengikuti BIG haruslah diterjemahkan dalam konteks sebenar, bukan
retorik semata-mata semasa mengikuti program berkenaan.
Sebagai guru permulaan anda perlu menyedari bahawa kerjaya keguruan satu bidang profesion
yang istimewa dan unik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya berlaku di

bilik darjah malah ia menjangkau masa, tempat dan bidang tugas. Pengurusan jadual waktu,
pengurusan bilik darjah, pengurusan pendaftaran, pengurusan peperiksaan, pengurusan
kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan dengan bilik darjah, murid dan sekolah merupakan
ruang lingkup tugas guru yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Oleh itu sebagai guru
permulaan, anda seharusnya sedar akan tanggungjawab ini tanpa banyak persoalan serta
bertindak secara proaktif berlandaskan peraturan yang sedia ada.
Kerjaya guru sebagai pembina modal insan cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya kreatif
memang dicari-cari ibu bapa,murid dan masyarakat. Sebagai guru permulaan, sudah pasti
masyarakat menjangkakan bahawa anda sebagai orang baharu dalam bidang keguruan ini
mempunyai pelbagai idea dan daya kreatif yang tinggi kerana baharu sahaja didedahkan
dengan pelbagai inovasi dari pihak pensyarah. Kalu dilihat pula perkataan guru ia tidaklah
begitu glamour jika dibandingkan dengan pekerjaan lain, contohnya peguam, pengurus, doktor
dan seumpamanya. Manakala pengamatan atau persepsi masyarakat terhadap profesion
perguruan pula turut membayangkan tentang ruang cuti,masa kerja yang terhad dan bidang
tugas yang mudah serta terjamin. Persepsi yang sering didengar seperti Guru ibarat lilin
membakar diri untuk menerangkan (mencahayakan) orang lain. Memang begitulah nasib
seorang guru. Betullah dalam sebahagian kata-kata puitis nukilan penyair terkenal lagi tersohor,
Usman Awang memberi pengertian dan persepsi terhadap seorang guru:
Biarlah apa saja pandangan dan persepsi orang terhadap profesion dan kerjaya guru tetapi
sebagai seorang hamba Allah atau insan, seorang guru melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebenar-benarnya terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak walau
setinggi mana ijazah-ijazah, diploma yang dimiliki, tetapi jika seorang guru atau pendidik tidak
memiliki pengalaman dan kemahiran serta berakhlak mulia, maka perkataan seperti
pengajaran guru itu boring (membosankan) atau cikgu ajar tadi tak seronok akan keluar dari
murid atau penuntut-penuntut yang mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru
tersebut tidak berkualiti atau tidak ada standard.
Status guru permulaan tidak seharusnya dilabelkan sebagai guru kosong dan tiada sebarang
pengetahuan berkaitan dengan tugas yang diberi. Anda perlu menerima dan menghayati setiap
tugas yang diserahkan kepada anda. Perkara pertama yang harus dilakukan ialah menerima
dan menghayati tugas yang diberikan dan seterusnya berusaha ke arah mencapai matlamat
yang ditetapkan. Penghayatan perlu dibuat pada prosedur serta tata cara pengendalian atau
pelaksanaan sesuatu tugasan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Di samping itu, guru
permulaan harus juga menawarkan diri membantu tugas-tugas lain terutamanya dalam bidang

kokurikulum yang diceburi ketika berada di institusi pendidikan. Personaliti dan kebolehan anda
sebagai guru permulaan akan dilihat dari pelbagai sudut oleh pihak pengurusan sekolah dan
guru-guru senior yang berpengalaman. Oleh yang demikian, anda haruslah menunjukkan
kebolehan dan keterampilan dari segenap sudut, khususnya dalam aspek yang berikut;
i. Kualiti diri dan kebolehan anda menyesuaikan diri
ii. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
iii. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah
iv. Pengurusan kerja di mana anda ditempatkan
Guru permulaan juga perlu menyesuai diri dengan budaya sekolah. Budaya di IPG tidak sama
dengan budaya di sekolah. Lain padang lain belalang, begitulah perumpamaan yang membawa
maksud setiap tempat itu mempunyai budaya kerja masing-masing. Sebagai guru permulaan,
anda harus menyesuaikan diri dengan budaya sekolah termasuk keadaan, tempat, cara
berinteraksi dengan guru-guru lama sertakeseluruhan warga pendidik di sekolah tersebut. Cuba
wujudkan budaya yang mesra supaya kehadiran anda disenangi oleh semua pihak,khususnya
pihak pengurusan sekolah. Elakkan daripada wujudnya suasana tegang akibat sikap anda yang
tidak profesional dan masih terbawa-bawa perwatakan sebagai pelajar ketika anda berada di
IPG.
Sebagai guru permulaan anda harus juga peka dan sentiasa mendapat maklumat tentang
pelbagai aspek. Bermula daripada maklumat murid, maklumat yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
pusat sumber hinggalah maklumat berkaitan pegurusan pentadbiran seperti takwim sekolah
dan sebagainya. Maklumat ini akan dapat membantu anda dalam proses perancangan
pengajaran serta proses peningkatan profesionalisme. Anda juga adalah diingatkan bahawa
sebagai guru permulaan anda akan sentiasa di bawah pengwasan dan pemantauan pihak
sekolah, PPD serta JPN. Oleh itu anda seharusnya menunjukkan prestasi yang baik, sentiasa
bersikap positif tanpa banyak membuat rungutan serta bersedia membuat transformasi diri ke
arah mewujudkan sistem penddikan yang mantap, berkualiti serta bertaraf dunia.
Sebagai guru permulaan, anda harus mempunyai kepelbagaian idea yang bukan sahaja dilihat
dari aspek isi pengajaran atau perancangan, bahkan juga dari aspek pedagogi dan sistem
penyampaian. Seorang guru terutamanya bagi mereka yang baharu memulakan bidang
perguruan harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses

menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru permulaan juga harus mewujudkan


keseronokan dan keceriaan belajar dalan kalangan murid. Antara langkah yang mampu
menbantu kemahiran sistem penyampaian dalam menghasilkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menceriakan lagi menyeronokkan adalah seperti berikut;
i.Mengenali dan memahami ciri murid
Sebagai ibu atau bapa kepada murid, seorang guru bukan sekadar mengenali nama sahaja
akan tetapi harus memahami sedalam-dalamnya atau menjiwai mereka. Dalam hal ini, ia
bermaksud anda sepatutnya memahami kehendak (needs), sikap, perangai atau tingkahlaku
yang merangkumi aspek kekuatan (strength) dan kelemahan (weakness) murid mengikut tahap
umur masing-masing.
ii.Kreatif dan inovatif
Sebelum ini mungkin anda menganggap bahawa tugas guru untuk mengajar itu mudah.
Sebagai seseorang guru permulaan, anda memerlukan sukatan pelajaran, rancangan pelajaran
serta bahan pengajaran yang disesuaikan dengan murid anda. Walaubagaimanapun, adalah
sukar untuk menyampaikan pengajaran agar ia dapat difahami dan tidak membosankan. Oleh
yang demikian, seseorang guru itu harus kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya.
Guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai keadaan untuk membolehkan murid
menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pendidik yang berdaya kreatif dapat
mengintegrasikan atau menggabungjalinkan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam
penyampaian. Penciptaan, pengubahsuaian dan penghasilan bahan serta corak pembelajaran
menjadikan ia lebih inovatif serta mampu melibatkan murid dalam setiap aktiviti yang diadakan.
Teori yang anda peroleh semasa mengikuti kuliah di IPG perlulah disesuaikan dengan
kesediaan murid anda untuk menerima kehadiran anda dalam pembelajaran mereka.
iii.Personaliti guru
Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan para murudnya.
Anda harus mengetahui bahawa setiap murid akan suka kepada guru yang mempunyai unsur
kecindan dalam penyampaian. Elemen kecindan ini ialah kata-kata atau pelakuan yang
berunsur jenaka yang tidak keterlaluan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan rasa ceria
dan seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran. Proses ini seharusnya berlaku apabila seseorang guru baharu itu mula
melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santai melalui proses

komunikasi dan interaksi dua hala. Namun anda tidak seharusnya lebih kepada melawak
kosong semata-mata dengan tujuan untuk menarik perhatian murid, sedangkan pengajaran
yang sepatutnya terabai begitu sahaja.
Mulai sekarang anda perlu menyedari bahawa anda semua akan berhadapan dengan situasi
yang dibincangkan tadi. Oleh itu, tempoh perubahan peranan dari guru pelatih kepada guru
permulaan adalah merupakan satu tempoh yang amat penting yang perlu diberi perhatian oleh
anda kini. Anda harus mula mengatur strategi untuk menjadi guru permulaan yang berkesan
supaya tidak merugikan semua pihak terutamanya sekali pihak sekolah dan khususnya para
murid. Memang diakui bahawa sebenarnya kurikulum penddikan guru tidaklah mungkin dapat
menyediakan segala-galanya sehingga guru yang keluar dari institut perguruan menjadi produk
yang lengkap.
Anda sebagai seorang manusia yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya keintelektualan yang
tinggi harus memikul akauntabiliti untuk memperlengkapkan kemahiran profesional guru supaya
anda tidak dilabelkan sebagai guru permulaan yang bermasalah dan tidak boleh diterima
sekolah. Sebagai seseorang guru yang profesional, anda harus berusaha untuk menjadi guru
yang berkesan, disegani dan dihormati oleh para murid, ibu bapa dan rakan sejawat. Prestasi
guru yang cemerlang pula bukan hanya terletak pada nama, pangkat atau gelaran jawatan
tetapi mereka yang mampu membuat penyampaian dengan amat menarik, kreatif serta
berkebolehan

memberi

pemahaman

sepenuhnya

kepada

murid

dengan

penuh

prihatin,berakauntabiliti dan ambil peduli terhadap perkembangan murid sepenuhnya.


Guru Cekap (competent)
Dunia sekarang yang semakin berkembang dan maju telah membawa banyak perubahan
dalam pelbagai bidang. Sebagai guru yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, anda juga
tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan dunia. Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi
semua bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan, psikologikal dan kebudayaan.
Bidang pendidikan turut mengalami arus revolusi perindustrian yang berasaskan sains,
teknologi maklumat dan telekomunikasi bagi tujuan mencapai matlamat pendidikan bertaraf
dunia.
Multimedia, ICT, Wawasan 2020 dan cabaran globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan yang
mana segala aktiviti yang dijalankan adalah tidak terkongkong oleh sempadan geografi,
bahasa, budaya dan ideologi politik sesebuah negara. Bagi menghadapi semua ini, anda

perlulah menjadi seorang guru yang cekap, khususnya dalam mengaplikasikan teknologi
maklumat dalam pengajaran.
Sistem pendidikan negara telah mengalami reformasi ekoran daripada Wawasan 2020 yang
bermatlamat untuk menjadi negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri tanpa terikat
dengan cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Pendidikan amatlah penting bagi
merealisasikan impian semua rakyat dan negara dalam Wawasan 2020 kerana ia merupakan
suatu proses yang membawa perubahan kepada individu mengikut norma dan nilai sesuatu
masyarakat. Matlamat utama pendidikan adalah menyediakan seseorang individu memainkan
peranan positif dan berkesan dalam masyarakat. Matlamat pendidikan ini tidak mungkin akan
tercapai sekiranya anda tidak dapat menjalankan amanah tersebut dengan cekap dan
berkesan.
Profesionalisme keguruan merujuk kepada sifat yang ada dalam diri seseorang guru untuk
mencapai keberkesanan, produktiviti, akauntabiliti, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar
(Sufean, 1995). Jika seseorang guru itu mengamalkan tanggungjawab dengan penuh dedikasi
dan tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan, maka guru berkenaan dianggap
telah mengamalkan nilai murni dalam kehidupannya (Hedderdof, 1971). Sesuatu tugas yang
dilaksanakan tidak bertujuan bagi mendapatkan pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah
seseorang itu mempunyai komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi
serta bermatlamatkan sumbangan untuk masyarakat dan negara (Intan, 1995). Setiap penjawat
awam harus melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan cekap supaya produktiviti
akan meningkat.
Menurut Johnson (1972), profesionalisme keguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat yang ada
dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Seorang guru yang cekap perlulah
mempunyai komitmen terhadap pekerjaan atau sesebuah pertubuhan serta dedikasi dalam
menyampaikan pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Seseorang guru
dikatakan profesional apabila beliau cekap menggunakan strategi dalam menguruskan
pekerjaan dan pengajarannya. Pada pandangan kasar, profesion sebagai guru dianggap suatu
kerja yang mudah dan remeh oleh masyarakat. Mereka tidak memahami kesukaran yang
dihadapi oleh guru untuk membimbing anak bangsa supaya menjadi insan yang berilmu. Oleh
yang demikian, anda perlu cekap menguruskan tanggungjawab dan murid supaya anda tidak
terus dipandang sinis oleh masyarakat.

Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti
proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidak mungkin dicapai
jika individu, kumpulan, kelopok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Oleh itu sumber
manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi
memastikan setiap individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalamanpengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional, sama ada ianya
bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah tentu
membolehkan atau mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan dengan cekap untuk
meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya.
Sebenarnya guru merupakan insan yang penting dalam pembentukan generasi akan datang.
Ekoran daripada reformasi pendidikan, perananan guru masa kini bukan sahaja menyampaikan
pengajaran tetapi juga sebagai fasilitator dan pemberi perangsang kepada murid. Guru perlu
cekap mendidik dan membimbing umtuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya mereka menjadi seorang yang
berpengetahuan luas dan berakhlak mulia.
Kecekapan seorang guru akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat dan organisasi.
Menjadi guru yang cekap bukanlah beerti cekap dari segi fizikal dan tenaga sahaja tetapi yang
lebih penting ialah kecekapan dari pelbagai aspek, antaranya adalah seperti berikut;
i. Kecekapan profesionalisme
ii. Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
iii. Keutuhan keperibadian
iv. Kecekapan menggunakan teknologi maklumat
v. Kecekapan dan kecerdasan mental dan keintelektualan
vi. Kestabilan emosi dan spiritual
vii. Kebijaksanaan dan kepimpinan
Eilane (2000) telah mengenal pasti beberapa ciri seseorang guru yang amat cekap dan
dinyatakannya dengan mempunyai tiga ciri yang berikut iaitu;
i.Ciri peribadi

Seorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam
pekerjaannya. Kedua, ianya bersikap positif dan real yakni yakin dalam apa pun yang
dilakukan di samping sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia
merupakan seorang guru pemimpin, disamping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk
ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan sesiapa sahaja yang perlukan
bimbingannya.
ii. Ciri mengajar
Seorang yang memiliku dan sentiasa menerapkan aspek dengannya (with-it-ness) dalam apa
jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga mempunyai gaya yang
tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan
undang-undang. Guru juga memiliki kepakaran motivasi serta kebekesanan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
iii.Ciri intelektual
Seorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental life yang segar, berkembang dan
mempunyai kesungguhan kendiri (self-actualization) dengan minda yang sihat dan terbuka,
melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di
samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.
Oleh itu menjadi seorang guru yang cekap amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya
ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya seperti teguh, tegas dan utuh atau rapuh, lemah dan
tidak tegas pegangan hidup dan prinsipnya luas, tinggi dan mendalam atau sebaliknya dari segi
intelektualnya yang digambarkan menerusi kesedaran diri dan faham-kendiri yang mendasari
kebijaksanaan dan hemah dalam kepimpinan. Seorang guru yang cekap juga akan berupaya
untuk menjalankan segala tugasnya dengan berkesan dan seterusnya berupaya meningkatkan
kualiti diri serta pendidikan negara.
Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti guru. Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan
satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang cekap, kreatif, berketerampilan dan
berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubah suai supaya
guru dapat membentuk keterampilan diri, pengetahuan baharu dan sikap positif sejajar dengan
pembentukan negara yang progresif. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan
memerlukan guru membuat anjakan minda dan seterusnya meningkatkan kecekapan dalam
penggunaan teknologi dan yakin menghadapi perubahan untuk menangani cabaran

persekitaran sekolah. Untuk menjadi seorang guru yang cekap, terdapat beberapa prinsip yang
boleh dipertimbangkan oleh anda dalam melaksanakan tugasan di sekolah kelak, antaranya
adalah seperti berikut;
i. Do it Right First Time (DIRFT)
Pada peringkat ini setiap kerja yang anda lakukan mesti bebas daripada buat salah dan silap
kerana salah dan silap boleh dielak dan dicegah. Ini bermaksud setiap kerja dan tugasan yang
dilakukan mesti dilakukan dengan cekap dan mengurangkan kesilapan. Pada tahap yang lebih
tinggi ertinya guru-guru mesti mengajar dengan cekap dan betul manakala para murid mesti
belajar dengan betul dan sentiasa buat betul. Kesimpulannya semua guru dan murid mesti
faham dan menjadikan prinsip ini sebagai prinsip uatama untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang.
ii. Guru mengajar Murid Belajar
Pada peringkat ini pula semua guru mesti faham bahawa tanggungjawab utama guru adalah
untuk mengajar, bukan pergi ke sekolah sekadar untuk berbual kosong atau meluaskan
rantaian MLM mereka. Untuk mendapatkan mutu pengajaran yang berkesan, setiap guru perlu
membuat persediaan mengajar dari segi mental, fizikal dan spiritual, penuh semangat dan
berwibawa. Prinsip paling utama tidak ada kelas yang dibiarkan tanpa guru. Kemudian murid
pula perlulah belajar dengan betul, bersungguh-sungguh dan tidak main-main, tidak
mengganggu rakan-rakan yang lain serta belajar dengan penuh keriangan dan kefahaman.
Situasi yang dinyatakan itu tadi memerlukan anda menjadi seorang guru yang cekap dalam
mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya para murid dapat belajar dalam
suasana yang kondusif.
iii. Berkongsi Visi Yang Sama
Seterusnya pada peringkat ini semua guru mesti memahami dan menghayati hala tuju sekolah
yakni hendak menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah berwatak dan boleh
menjadi sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah normal dan berpotensi
mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang. Apa jua visi yang hendak
direalisasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi menjadi hak kepunyaan semua
guru dan berpegang teguh dengan kata-kata keramat Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh.
Bagi mencapai matlamat berkenaan, semua guru di sesebuah sekolah haruslah menggembleng
tenaga dengan berkongsi kecekapan mereka demi menjayakan visi sekolah.

iv. Bakti Disemai Bukti Dituai


Prinsip ini bermaksud bahawa apa jua yang guru ajar (dan buat) itulah yang akan menjadi
hasilnya. Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengan sepenuhnya. Oleh yang demikian
setiap guru perlulah melaksanakan tugasnya dengan penuh kecekapan supaya hasilnya juga
nanti akan memuaskan hati semua pihak. Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan atau
tidak buat) akan menentukan prestasi atau pencapaian murid seterusnya.
v. Penambahbaikan berterusan
Prinsip ini menunjukkan bahawa untuk mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru
mesti sentiasa melakukan Kaizen (Continuous Improvement) dalam semua aspek kerja
terutamanya aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Prinsip utamanya
mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa memikir dan mencari
jalan bagi meningkatkan segala-galanya supaya hasil kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan
data dan maklumat, kebajikan dan keselamatan serta keceriaan fizikal dan persekitaran
sentiasa dipertingkatkan sepanjang masa. Sekiranya guru tidak melaksanakan tugas dengan
cekap, mustahil penambahbaikan akan dapat dilakukan. Oleh yang demikian, kecekapan guru
sangat diperlukan untuk membolehkan penambahbaikan secara berterusan akan terus berlaku.
vi. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah
Menerusi prinsip ini tidak cukup bagi seseorang guru jika sekadar boleh menyelesaikan
masalah sahaja lebih-lebih lagi sudah tahu perkara yang akan menjadi maslah. Jadi yang
diutamakan ialah kebolehan mencegah masalah suapaya tindakan awal yang preventive
bukan remedial dapat dibuat dengan berkesan. Kesimpulannya semua guru mesti cekap
bertindak serta ada sikap proaktif dan hasilnya semua orang tidak akan menghadapi masalah.
Melalui cara ini sekolah yang kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajraan yang
berkesan akan dapat dibentuk.
vii. Guru Sebenar Guru
Ini memerlukan guru yang benar-benar cekap. Guru yang sebenar akan ke sekolah tidak jemu
dan mengajar pula tidak lesu. Untuk menjadi guru yang sebenar, anda perlulah menjadi
seorang guru yang cekap, dedikasi, komited dan bertanggungjawab serta tidak akan
mengkhianati tugas dan muridnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas
mengajar dan mendidik satu pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah menganggap pergi

ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah)
sebagai suatu ibadah.
Guru-guru yang cekap tidak akan cepat melatah atau menyalahkan keadaan dan tempat
sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan
keterampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak akan melakukan sesuatu yang
akan merosakkan organisasi seperti selalu ponteng, bnyak beri alasan dan helah, sering
mengelakkan diri daripada menerima tugas dan tanggungjawab, menganggap sekolah hanya
tempat kerja sementara atau beri alasan tidak cukup masa. Guru sebenar guru tidak akan
menunjukkan ciri-ciri orang malas ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar
dengan penuh ceria, cekap dan bersemangat.
Kejayaan

Pelan

Induk

Pembangunan

Pendidikan

(PIPP)

2006-2010

dalam

usaha

membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia adalah satu tugas besar yang perlu
dihayati dan mendapat sokongan serta kerjasama seluruh anggota pendidikan negara bagi
membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi
di samping melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu sebagai
bakal guru yang akan bertugas di sekolah nanti, anda perlu sedar bahawa anda mempunyai
tugas yang besar dan mencabar bagi memperkasakan bukan sahaja sekolah tetapi yang lebih
penting lagi dapat meningkatkan kecekapan diri sendiri menjadi guru yang sebenarnya guru.
Perkembangan profesionalisme keguruan harus menjadi prioriti dalam perancangan kerjaya
setiap guru. Cabaran-cabran yang dihadapi guru masa kini dan masa depan semakin
meningkat. Isu yang dihadapi bukan sahaja sekadar masalah murid dan peralatan, tetapi lebih
jauh daripada itu termasuk cabaran terhadap kemampuan kecekapan guru menghadapi
masyarakat berasaskan ilmu serta jati diri dalam mengharungi isu-isu nilai yang lebih global.
Profesion keguruan sentiasa tercabar dengan pelbagai isu pendidikan. Guru masa kini tidak
mungkin dapat bertahan dan mempertahankan kredibiliti mereka tanpa menunjukkan ciri-ciri
kecekapan profesionalisme seperti profesion-profesion yang lain.
Guru Berkesan (effective)
Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus
meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja keras
bagi memastikan objektif stiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap
pendidikan murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. Kerja

keras dan semangat bekerja yang diberikan oleh golongan guru ini akan meningkatkan kualiti
martabat keguruan ke tahap yang sepatutnya seiring matlamat yang telah ditetapkan oleh KPM.
Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya
apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama
ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompom dan komuniti.
Kejayaan ini hanya boleh dicapai sekiranya setiap guru berupaya untuk menjadi guru yang
berkesan. Philip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam
menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat anatara satu sama lain dan ianya digelar
sebagai Triangle of Success (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap).
Berikut adalah huraian ringkas bagi setiap aspek yang berkenaan;
i.Ilmu Pengetahuan
Pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil, diploma dan ijazah yang akan dimiliki oleh
seseorang. Ilmu pengetahuan bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata
purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja.
Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam

sesuatu pengajaran,

kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh murid daripada guru
merupakan

pengetahuan

kerja

yang

praktikal.

Pengetahuan

ini

akan

menentukan

keberkesanan pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru berkenaan.


ii.Kemahiran
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi
menentukan keberkesanan pengajaran guru. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi
(application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah
task merupakan satu kelebihan kepada guru yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahirankemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan
kesabaran serta kemahiran mendengar menjadi faktor penentu kepada keberkesanan
pengajaran guru.
iii.Sikap
Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire).
Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi melaksanakan
perkara-perkara besar dan hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan
mneggerakkan tingkah-laku dan perbuatan, maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak

dapat direalisasikan. Situasi di sekolah menunjuukkan bahawa terdapat guru yang kurang
pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup
kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Malah kadangkadang guru yang sebegini akan lebih mudah berhadapan dengan sebarang masalah dan
dapat menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan.
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan
bahawa antara ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut;
i. Bersikap profesional
ii. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
iii. Kaya ilmu
iv. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja
v. Bermoral teguh
vi. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
vii. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
viii.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
ix. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
x. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul
pada setiap masa
xi. Mempastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas
xii.Berupaya melahirkan persekolahan berwatak suapaya murid mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
xiii. Berupaya membina minda murid yang cemerlang akademik
xiv. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketerampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu)
xv. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
xvi. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi

xvii. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah


Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra,
bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan
berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seorang guru itu untuk menjadi pendidik yang
berkesan. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan mereka
menjadi guru yang berkesan. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada seorang guru akan
mewujudkan pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada
murid dan secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk terus belajar.
Seorang guru yang berkesan haruslah mengutamakan tanggungjawabnya terhadap ilmu,
kebajikan dan keselamatan muridnya (Mok Soon Sang, 2002). Kebiasaannya mereka yang
memikul tanggungjawab sebagai seorang guru disebabkan faktor terpaksa tidak akan
bertanggungjawab terhadap ilmu yang dimiliki, menjaga kebajikan dan gagal meyampaikan
pengajaran dengan berkesan.
Keadaan ini akan menyebabkan kesan negatif yang akan dilihat oleh masyarakat sekeliling
kepada bidang pekerjaan sebagai seorang guru (Prof. Dr. S. Nasution, 1995:61). Kesan negatif
ini akan menimbulkan prasangka yang tidak baik oleh masyarakat terhadap kerjaya sebagai
seorang guru. Jika guru gagal menjadi guru yang berkesan, maka ini akan mendatangkan
masalah kepada proses pembelajaran yang dijalankan di sekolah.
Selain itu untuk menjadi seorang guru yang berkesan, setiap guru harus mempunyai budi
pekerti termasuk berkelakuan sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa
menyertai aktiviti kemasyarakatan. Guru yang sentiasa memelihara kemuliaan profesion
keguruan ini akan mudah diterima oleh murid dan akhirnya mereka akan menumpukan
perhatian terhadap pengajaran yang dijalankan oleh guru. Tumpuan yang diberikan oleh murid
akan membolehkan guru berkenaan menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru pun
bolehlah mengatur strategi yang sesuai kerana mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada
murid disebabkan murid berkenaan menyenangi sikap dan keterampilan yang ditonjolkan oleh
guru berkenaan.
Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan
kemahiran dan ketermpilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan
murid sekolah. Guru perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan
kekurangan dalam kalangan murid sama ada dari aspek mental mahupun moral. Seorang guru

yang berkesan akan mempunyai sifat merendah diri dan jujur dalam setiap pekerjaan yang
dilakukan.
Seorang guru yang berkesan juga harus pandai menyesuikan diri dan elakkan daripada tidak
suka bergaul dengan rakan sejawat yang lain. Mereka berasa bangga dengan keupayaan yang
ada pada diri sebagai seorang guru dan akan menjadi seorang guru yang sombong dan tidak
suka bergaul antara satu sama lain. Mereka menganggap diri mereka lebih tinggi dari segi ilmu
pengetahuan yang dimiliki jika dibandingkankan dengan guru-guru yang lain. Keadaan ini akan
menimbulkan kerenggangan hubungan antara rakan sejawatan yang lain.
Setiap guru harus berusaha untuk melaksanakan pengajaran yang akan memberikan kesan
maksimum kepada para murid. Seorang guru yangberkesn juga perlulah cekap menggunakan
sumber maklumat yang ada bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.
Semua sumber maklumat berguna yang diperlukan untuk meningkatkan mutu pengajaran perlu
digunakan sama ada yang diperoleh dalam pembacaan atau yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kebolehan seorang guru dalam mengolah segala sumber yang ada adalah
faktor penting bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan berjalan
dengan berkesan dan tidak menimbulkan masalah semasa proses ini berlangsung.
Setiap guru perlu merancang pengajaran dengan teliti dan sentiasa membuat reflektif sebagai
proses pengajaran suapaya boleh menjadikan proses pemgajaran adalah sesuatu yang
bermakna dan memberi kesan kepada pembelajaran murid. Perkembangan murid juga
dipengaruhi oleh tahap pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam
kehidupannya (Mok Soon Sang, 2002).
Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh daripada bahan
bacaan seperti surat khabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seorang guru
yang berkesan seharusnya berupaya menggunakan setiap sumber dan mengaplikasikan segala
maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber tersebut untuk dijadikan bahan pembelajaran
dan pengajaran kepada muridnya (Mok Soon Sang, 2002).
Selain itu juga seorang guru yang berkesan akan dapat menghasilkan prestasi kerja yang baik
dan tidak akan melakukan tugasan yang diberikan secara sambil lewa sahaja (Drs. Syaiful
Bahri Djamarah, 2000). Guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh terhadap
perkembangan pembelajaran murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan

memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjaya memandangkan sebahagian besar masa


seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas (Sufean Hussin, 1993).
Kejayaan, keberkesanan dan kecemerlangan sekolah terletak pada seluruh sistem, nilai,
kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh
setiap murid, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum
sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan
kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Oleh yang demikian, sebagai
seorang guru anda haruslah berupaya menjadi guru yang berkesan demi membantu mencapai
matlamat pendidikan negara.
Untuk menjadi guru berkesan kita perlu berubah. Kita perlu membuat anjakan paradigma.
Setiap guru perlu melakukan lonjakan quantum dengan merubah dan meruntuhkan tembok
penghalang yang pertama dan utama iaitu Memolak Perubahan (Resist Change). Ken
Blanchard, pengarang buku The One Minute Manager menyatakan bahawa kita lumrahnya
begitu sukar menerima perubahan, Beliau menyatakan bahawa perubahan yang kita terima
akan membolehkan kita mencapai kejayaan, Untuk mencipta kejayaan, kita perlu mengubah diri
dan mengubah sikap. Plato berkata, Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki
diri. Garfield pula berkata, Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang
mengubahnya.
Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan
perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey
(1989) dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People menyatakan ada dua
tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status orang-orang yang paling
berkesan iaitu tahap kejayaan peribadi dan kejayaan umum. Tiga tabiat (habit) yang
fundamental bagi seseorang yang ingin mencipta kejayaan peribadi adalah;
i. Jadilah proaktif (Be Proactive)
ii. Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind)
iii. Buat dahulu perkara pertama (Put First Thnings First)
Bagi mencipta kejayaan umum (dalam hubungan interpersonal) tabiat (habit) yang perlu
diamalkan adalah;
i. Fikirkan menang/menang (Think Win/Win)

ii. Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand and then to be
understood)
iii. Sinergi (Synergize)
iv. Tahamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Untuk mencapai kejayaan peribadi, kita perlulah berkebolehan menguruskan hubungan
interpersonal. Ini bermaksud setiap guru perlu bijak berinteraksi dengan orang di dalam
organisasi, sama ada rasmi atau tidak rasmi. Kemahiran hubungan interpersonal akan
memberikan kesan dan pengaruh terhadap perkembangan peribadi guru dan murid. Kemahiran
ini juga akan memberikan kesan kepada keberkesanan guru dalam konteks yang lebih luas,
sama ada untuk menguruskan bahan pengajaran mahupun meningkatkan imej kendiri guru.
Guru yang berkesan seterusnya akan membuat dahulu perkara pertama (Put First Thnings
First) yang maksudnya kita mengamalkan pengurusan masa yang kemas dan sistematik,
mengutamakn prioriti tindakan serta tidak suka menangguh kerja. Pengurusan kerja yang
efisien akan menjadikan seorang guru menguruskan tugasan harian dengan lebih berkesan dan
segala tugas serta tanggungjawab dapat disempurnakan dengan cemerlang. Guru yang
berkesan akan berupaya menjadi seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli
organisasi yang boleh menjadi role model kepada orang-orang lain, sama ada kepada rakan
sejawat mahupun kepada para murid.
Guru yang berkesan seharusnya berupaya untuk memajukan sekolah dan setiap tindakan yang
diambil hendaklah berfokuskan kepada;
i. Pencapaian matlamat murid dan sekolah iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para murid
ii. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan murid dan kelas menjadi
tidak kondusif
iii. Membentuk atau mewujudkan budaya baharu bagi menggantikan budaya yang sedia ada
melalui atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif
iv. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamatmatlamat sekolah melalui pengajaran yang berkesan
Salah satu apek penting untuk menempa kejayaan dalam perkhidmatan ialah pendekatan
positif terhadap disiplin, keberkesanan dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu
pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam

penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut
bahawa The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on
what could be different next time. Oleh yang demikian, anda seharusnya menumpukan lebih
perhatian dan tenaga kepada aspek next time ini dan sekaligus menghapuskan segala
amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada
pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai
PDCA (yakni Plan-Do-Check-Act).
Guru yang berkesan boleh menjadi model kepada murid dan rakan sejawat. Murid juga akan
lebih mudah mendekati guru yang berjaya melaksanakan pengajaran secara berkesan.
Keberkesanan seorang guru juga sentiasa didorong oleh motivasi yang tinggi dan mampu
menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada muridnya dengan cara yang kreatif, proaktif, dan
inovatif. Guru yang berkesan akan sentiasa mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang
cemerlang.

Menjadi seorang guru yang berjaya mengambil masa, perlu mengamalkan sikap ingin belajar
untuk mengajar sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Seni pengajaran boleh dipelajari dan merupakan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal
serta ketelitian dan refleksi terhadap amalan diri.

TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

Teori Keprihatinan (Fuller,1969)

Teori keprihatinan mengkonsepkan perkembangan guru sebagai proses yang dilalui oleh guru
dari

peringkat

keprihatinan

seterusnya impak (pelajar).

terhadap diri

(guru) kepada tugas

(pengajaran) dan

a.

Peringkat

Kemandirian

Diri

- Guru berasa bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal kemampuan diri untuk
mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru - guru lain.b.
Peringkat

Tugas

-Peringkat perkembangan kedua, iaitu keprihatinan guru adalah terhadap memperbaiki


pengajarannya serta menguasai isi kandungan mata pelajaran.
c.Peringkat

Impak

-Peringkat Ketiga dalam perkembangan guru, iaitu guru mulai melihat pelajarnya sebagai
individu

yang

Rumusan;

mempunyai

Perkembangan

guru

pelbagai

sebagai

keperluan.

proses

semula

jadi.

-perubahan kepada persekitaran pembelajaran seperti perubahan kurikulum, perubahan tahap


kelas

yang

diajar

perkembangan

Lima

dan

perubahan

tempat

berbalik

ke

guru

Peringkat

a.

peringkat

Novis

-masih

fakta,

belum

dapat

menyebabkan

yang

(sekitar

dan

menangani

tugas

tahun

berkhidmat)
mengajar

peraturan
-

rendah.

(Trotter,1986)

cara

konsep

peringkat

lebih

Guru

mempelajari

-mempelajari

boleh

Perkembangan

Peringkat

-mula

bertugas

asas

tugas

harian

pengajaran
seorang

guru

-dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui
kursus
b.

yang
Peringkat

-menambah

dan

ditawarkan
Novis
memantapkan

dalam

Lanjutan

program
(sekitar

kefahaman

fakta,

Ijazah

Perguruan

tahun

konsep,

prinsip

berkhidmat)
berkaitan

P&P.

-pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri
-bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis
lanjutan
c.
-lebih

Peringkat

Cekap

(sekitar

memiliki
memberikan

tahun

kelayakan
fokus

kepada

berkhidmat)
ikhtisas

pembelajaran

murid

-memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang
khusus
-memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan
pelajar
d.

yang
Peringkat

Mahir

-Mahir
-Golongan

berbeza
(Sekitar

10

Tahun)

dalam
yang

diingati

dan

bidangnya
disanjungi

oleh

bekas

pelajar

-gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi
-kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks
berkaitan

sesuatu

e.Peringkat
-guru

situasi

pembelajaran

Pakar

secara

kreatif

(Sekitar

yang

dan

unik.

15

gemilang

tahun)

dan

terbilang

-dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai
gaya
-orang

pengajaran
yang

yang
berautoriti

lancar.

dalam

profesionnya

-idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah.

IMPLIKASI

KEPADA

-kecekapan

seseorang

GURU:
guru

PERJALANAN

harus

mengambil

1.

isi

2.

pedagogi

DARI
kira

NOVIS
tujuh

teras

KE

PAKAR

pengetahuan:
kandungan
am

3.kurikulum
4.kandungan
5.tentang

pedagogi
pelajar

dan

6.tentang
7.tentang
Pengetahuan

ciri

ciri

konteks
falsafah,
kandungan

matlamat
pedagogi

merupakan

pelajar
pendidikan

dan
kebolehan

nilai
seseorang

pendidikan
guru

untuk

menyampaikan kefahaman isi kandungannya melalui pelbagai strategi dan kaedah pengajaran
agar pelajar dapat mencapai kefahaman dan menunjukkan pencapaian dalam pembelajaran

tersebut.
Perbandingan

kandungan

pengetahuan

pedagogi

guru

novis

dan

guru

Guru

pakar:
Novis

-pengetahuan

isi

kandungan

adalah

terhad

secara

diskret/berasingan

-tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan
prestasi

pengajaran

Guru

Pakar

-pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang
berbeza
-tindakan

secara
pedagogi

adalah

lebih

bersepadu
luas,

interaktif

dan

pelbagai

-mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep dalam
perwakilan

struktur

kognitifnya

-memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh mengubahsuai
perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan keperluan konteks.

Perkara

yang

-sokongan
-latihan

dan
atau

aktiviti

Perlu
bimbingan
menjurus

Diberi
semasa

perkembangan

Penekanan:
program

domain

pengetahuan

keguruan
spesifik

-kursus - kursus ditawarkan dalam program latihan keguruan menyeimbangkan teori dan amali
-penghayatan pengurusan bilik darjah

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru


- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar
Cabaran Guru Permulaan
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru
Guru Cekap :
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.
Guru Mahir
- Terbaik dalam bidang

- Menjadi teladan profesionalisme


- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum
Guru Pakar
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.
Teori Perkembangan Guru
Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yangmemberi
fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilikdarjah. Model
perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai satuproses menuju ke
arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dankecemerlangan (Sani dan
Norzaini, 2007, 218). Peringkat perkembangan dalam ModelBerliner adalah seperti berikut:
Peringkat 1 Peringkat permulaan ataunovice
Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan
umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks;
Peringkat 2 Peringkat lebih maju atau advanced beginner
Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun.Pengalaman dan
konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkahlaku guru;
Peringkat 3 Peringkat cekap ataucom pet ent
Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan, membuat keutamaandan
membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, gurumenjadi lebih peka
terhadap perkara yang penting ataurem eh . Namun, kemahiranmengajar masih lagi kaku dan
tidak fleksibel;
Peringkat 4 Peringkat mahir atauproficient

Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. Guruboleh mengesan
maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi sertamampu membuat ramalan tentang
sesuatu kejadian dengan cepat; dan
Peringkat 5 Peringkat pakar atauexpert
Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah
lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah.
Menurut model ini, seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam
kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan

Anda mungkin juga menyukai