Anda di halaman 1dari 12

IBADAT

AQIQAH

PENGERTIAN
Penyembelihan binatang
ternakan yang dilakukan
ketika mencukur rambut
bayi yang baru dilahirkan
sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah.

DALIL
Maksud :
Daripada Samrah bin Jundub meriwayatkan
daripada Nabi S.A.W. katanya, setiap anak
menjadi gadaian sehingga disembelih
aqiqahnya pada hari ketujuh kelahirannya
dicukur rambut dan diberi nama.
( Riwayat Abu Daud )

HUKUM
SUNAT MUAKAD
Rasulullah melakukan aqiqah
begitu juga para sahabat baginda.

SYARAT SAH AQIQAH


Berniat aqiqah ketika menyembelih
Menyembelih binatang ternakan yang halal
Menyembelih binatang yang tidak cacat
Binatang telah cukup umur
Memenuhi syarat-syarat sembelihan

DAGING AQIQAH
Tidak wajib disedekahkan kepada
fakir miskin.
Sunat daging dimasak manis dan
dibuat jamuan kepada orang ramai
Sunat agar tidak dipatah-patahkan
tulang binatang yang dibuat aqiqah

SUNAT AQIQAH
Berdoa ketika hendak
menyembelih
Menyembelih ketika
matahari sedang naik
Daging masak manis
dan dijamu
Tidak mematahkan
tulang binatang
Mencukur rambut bayi
selepas penyembelihan
Dilakukan pada hari
ketujuh selepas
kelahiran

HIKMAH AQIQAH
Tanda bersyukur kepada Allah di atas
kurniaan anak.
Menghebahkan kepada orang ramai tentang
anugerah anak
Mengeratkan silaturrahim antara keluarga
bayi dengan jiran
Menggalakkan amalan bersedekah
Mendedahkan bayi dengan penghayatan
Islam semenjak kecil