Anda di halaman 1dari 2

Nama Ahli Kumpulan :

1) Nurul Nasuha Binti Hassim


2) Wan Zaitul Aqmar Binti Wan Zulkifli
3) Muhamad Najiwan Bin Bakar
4) Muhammad Faizi Bin Yusof

Tugasan :
Bina atau hasilkan satu bahan atau alatan yang mempunyai unsur-unsur terapi cara
kerja dalam mata pelajaran seni visual. Anda dikhendaki menghuraikan langkahlangkah atau teknik yang digunakan dalam terapi tersebut.

Tajuk : Botol Berhias

Alatan : Botol plastik, batu-batu yang berwarna warni, riben, plastik yang dipotong
bentuk segi empat tepat, lipatan kertas yang berbentuk seperti corong.

Langkah-Langkah :
1. Guru menyediakan alatan yang diperlukan.
2. Guru memberi arahan kepada murid supaya memasukkan batu-batu yang berwarna
warni ke dalam botol.
3. Murid menghias botol mengikut kreativiti masing-masing.

Kesesuaian Aktiviti :
1. Pada peringkat pertama, guru meletakkan lipatan kertas yang berbentuk corong
dengan bukaan yang besar pada lubang botol bagi memudahkan murid untuk
memasukkan batu ke dalam botol.
2. Jika guru mendapati murid sudah mampu untuk memasukkan batu ke dalam botol
dengan baik, guru akan mengecilkan sedikit saiz bukaan kertas yang berbentuk
corong itu tadi.
2. Apabila guru mendapati tahap kebolehan dan keupayaan pelajar semakin meningkat,
guru tidak lagi meletakkan corong kertas tersebut. Murid memasukkan batu ke dalam
lubang botol tanpa bantuan corong kertas.

Kepentingan Aktiviti :
1. Meningkatkan koordinasi mata dan tangan.
2. Mengembangkan kemahiran motor halus.
3. Meransang kreativiti murid-murid.
4. Memberi keseronokan kepada murid-murid.
5. Meningkatkan daya pengamatan.