Anda di halaman 1dari 5

Institusi pemerintahan(pembesar abad ke- 19)

Disediakan oleh: Nor Hayati binti Mat Saad


Istilah pembesar merujuk kepada mereka yang dilantik oleh raja untuk memegang sesuatu
jawatan dalam pentadbiran kerajaan yang diberi tugas-tugas tertentu untuk dilaksanakan.
Perlantikan ini bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pentadbiran yang teratur serta
menjamin keselamatan dan kemakmuran negeri secara berterusan. Sistem pembesar adalah
sebahagian daripada struktur pemerintahan yang terdapat di negeri-negeri melayu. 1 Sistem ini
digubal berdasarkan sistem empat lipatan. Sistem empat lipatan ini diliputi hampir semua
negeri di tanah melayu kecuali negeri sembilan. Umumnya sistem pembesar ini dapat
dibahagikan kepada dua kumpulan pertama iaitu pembesar yang mempunyai peranan di istana
dan banyak menghabiskan masa bertugas di istana. Selain itu, pembesar berperanan di luar
istana seperti ketua-ketua masyarakat yang diberi tauliah oleh sultan untuk mentadbir
sesebuah kawasan. 2Seseorang pembesar biasanya menyandang jawatan itu secara keturunan.
Apabila dia meninggal dunia,anak lelakinya yang sulung secara automatiknya dilantik untuk
mengisi jawatan tersebut.Pembesar yang menguasai kawasan yang luas terdiri daripada
beberapa buah kampung.Setiap kampung pula terdapat penghulu atau ketua kampung yang
bertanggungjawab kepada pembesar berkenan.Kekuatan seorang pembesar bergantung kepada
ramainya bilangan pengikut,harta kekayaan,dan kedudukan sosial.

Seterusnya,sistem pembesar yang diamalkan di negeri-negeri Melayu digubal berasaskan


sistem empat lipatan.Sistem ini didahului oleh empat orang pembesar utama,iaitu

1Sazlina Othman Dan


SakinahYusof,SejarahMalaysia,Institusipemerintahan,pembesar(Pearson Malaysia
Sdn.Bhd,2011),5
2Smartabaka.blogspot.com/2013/04/institusi pemerintahan.
1

Bendahara,penghulu

Bendahari,Temenggung

dan

Laksamana.Tugas

bendahara

ialah

menasihati sultan dalam pemerintahan negeri serta memangku jawatan sebagai sultan ketika
baginda berada di luar negeri.3Bendahara juga menjadi pemerintah tertinggi angkatan tentera
serta bertanggungjawab mengetuai tentera darat dalam laut semasa peperangan.Bukan itu
sahaja,merangka,menggubal,dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan juga tugas bendahara.
Manakala,penghulu bendahari tugasnya ialah menjadi ketua pemegang khazanah dan harta
kerajaan. Mengawasi syahbandar, bendahari dan menyimpan daftar segala hamba raja.
Mewakili pemerintah bagi menerima ufti dari wilayah-wilayah jajahan. Menjaga bangnan
istana, kelengkapan dalam istana, menyelia dan memeriksa senarai jemputan diraja jika
terdapat acara-acara rasmi.sultan Membeli peralatan senjata peperangan dan mengeluarkan
perbelanjaan dalam urusan pentadbiran negara.

Tugas temenggung adalah menguatkuasakan dan peraturan negeri terutamanya tentang


keamanan dan keselamatan negeri dan rakyat.4Temenggung juga akan memastikan undangundang kerajaan dilaksanakan dengan teratur seperti menjadi ketua polis negara yang
bertanggungjawab mengawal keselamatan negeri ,menjalankan undang-undang mengikut
arahan sultan,menangkap orang yang bersalah,mentadbir penjara dan menahan orang yang
disyaki melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang negeri. 5Temenggung juga
mengadakan rondaan pada waktu malam,menukarkan ketepatan sistem sukatan berat dan

3 Ibid hlm 7
4NorizanaYusuf,STPMSejarah Malaysia 2,(Federal Publication,Petaling Jaya
2002),19
5Ibid hlm 7
2

ukuran yang digunakan di pelabuhan dan pasar-pasar serta menjaga perdagagan supaya
berjalan lancar.Mejaga pentadbiran serta mengutip cukai pentadbiran dan perdagangan.

Tugas laksamana pula adalah menjaga ketenteraman laut dan menjadi ketua angkatan
laut.Laksamana juga menjadi ketua utusan politik dan perdagangan ke seberang laut.Menjaga
keselamatan dalam negari dengan memastikan keadaan negara bebas daripada ancaman
musuh,sama ada dari dalam dan luar negeri.Laksamana juga akan mengetuai angkatan tentera
sewaktu ketidaan bendahara.

Selain itu juga,pembesar empat dibantu oleh pembesar lapan yang lebih rendah tarafnya
seperti Syahbandar,Hulubalang besar, dan penghulu manakala pembesar lapan pula dibantu
oleh pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua.Sistem pembesar di perak berasaskan
sistem empat lipatan dengan gelaran pembesar negeri dibahagikan kepada empat
peringkat,iaitu orang besar empat,orang besar lapan,orang besar enam belas dan orang besar
tiga puluh dua.Sistem pembesar di Negeri Sembilan pula sangat berbeza kerana mengamalkan
adat perpatih.Mengikut adat ini,Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa buah daerah
yang dipanggil luak.Ketua bagi setiap luak bergelar Undang Berempat manakala ketua bagi
luak-luak lain digelar Penghulu.Di bawah Lembaga terdapat Buapak yang suku-suku
masyarakatnya terdiri daripada kumpulan keluarga yang disebut Perut.Ahli-ahli dalam sesuatu
perut akan memilih seorang ketua yang digelar Buapak.Orang Besar Empat di Pahang
menggunakan gelaran Orang Besar Indera Maharaja Perba Jelai atau Tok Raja,Orang kaya
indera

segara

Temerloh,Orang

kaya

pahlawan

Chenor

dan

orang

kaya

Indera

Syahbandar.Mereka ini diberi kuasa untuk mentadbir sesebuah kawasan dan daerah.Orang
Besar

Raja

merupakan

sekumpulan

pembesar
3

yang

penting

semasa

berlakunya

peperangan.Mereka ini mengetuai peperangan dan diberi kawasan tertentu untuk


ditadbir.Antara Orang Besar Raja ialah Perang Rasul dan Tok Gajah.

Selain itu juga,peranan pembesar ialah pembesar bertanggungjawab membantu sultan


dalam urusan pentadbiran negeri dan memastikan jentera pentadbiran negeri dapat
teratur,cekap dan berkesan.Mereka juga melaksanakan istiadat menjunjung duli kepada raja. 6
Menjunjung

duli

bermaksud

bersedia

memberi

khidmat

kepada

raja

apabila

diperlukan.Tugas ini menjadi sebahagian kewajipan para pembesar.Kekuasaan dan kejayaan


poitik

seseorang

pembesar

bergantung

pada

kedudukan

ekonominya.Beliau

perlu

menyediakan sejumlah pengikut bersenjata yamg mencukupi untuk membantunya dalam


urusan pentadbiran.Pembesar juga perlu memelihara keamanan di kawasannya dan
memastikan pengikutnya sentiasa taat setia kepada sultan.Pembesar juga boleh menjatuhkan
sebarang hukuman ke atas orang yang melakukan kesalahan keculi hukuman bunuh yang
hanya boleh dilaksanakan dengan izin sultan.Bukan itu sahaja,pembesar juga menjadi orang
perantaraan di antara raja dan rakyat.Semua titah perintah raja disampaikan kepada rakyat
melalui pembesar seperti kerahan tenaga dan arahan mempertahankan negeri dari serangan
luar.Pembesar juga dikehendaki membekalkan tenaga buruh yang mencukupi untuk
melakukan kerja-kerja kerah seperti membina istana,panggung dan pentas serta perhiasan
istana untuk menyambut perayaan adat dan agama.7Pembesar juga ditugasan mengutip cukai
kerana hasil daripada cukai ialah sebahagian daripada pendapatannya.Pembesar biasanya
mengutip cukai ke atas penduduk di daerah itu berdasarkn hasil bulanan atau
tahunan.Manakala sebahagian daripada kutipan cukai diserahkan kepada raja sebagai
6CikguYatieishere.blogspot.com/2013/06/Institusipemerintahan/pembesar
7Abdullah ZakariaGhazalidanAzharHj.MadAras,sejarah Malaysia dan Asia
tenggara 1800-1963,Edisi kedua,(Global Mediastreet,2002),141-142.
4

melambangkan pengakuan taat setia pembesar itu kepada raja yang memerintah.Pembesar
juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan perniagaan.Ini sedikit sebanyak menyebabkan
terdapat dalam kalangan pembesar yang lebih kaya daripada raja.Dalam kegiatan perdagangan
luar pula,pembesar berperanan sebagai perantaraan dengan pedagang yang datang dari luar.

Kesimpulannya,tidak boleh dinafikan bahawa sistem pembesar merupakan aset yang paling
penting di Malaysia ketika itu.Terdapat pelbagai pembesar ketika itu dan mempunyai hierarki
yang menarik dan pelbagai.Masyarakat melayu ketika itu dibahagikan kepada golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah.Kedudukan susunan masyarakat melayu tradisional
yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan atasan (golongan pemerintah)sebagai satu
golongan yang menguasai dan mempunyai kepentingan politik dan ekonomi.Sementara itu
lapisan bawahan (golongan yang diperintah) berfungsi sebagai golongan yang memainkan
peranan daripada segi fizikal,moral dan tradisi kemasyarakatan dan menjadi penyokong utama
institusi raja dan pembesar.