Anda di halaman 1dari 4

RESIPI UNTUK BAYI (",)

Alhamdulillah, pada 24 Mei 2009 yang lalu Najwan dah berumur 6 bulan, dan berat
semalam ialah 7kg. Ermmm...cepatnye Najwan membesar. Seronok tengok perkembangan
anak, dan hari ni Najwan akan mula makan bubur nasi . Semalam saya sempat masakkan
bubur nasi untuk Najwan dan pagi ni saya sempat hantarkan ke rumah pengasuh.
Harapnya Najwan suka makan bubur nasi tersebut. Hehe banyaknyer saya tulis perkataan
semalam dan hari ni..takpelah kan.... Semalam saya pergi ke klinik bawa Najwan untuk
ditimbang, nurse kat situ cakap, tak elok bagi baby makan nestum atau biskut segera tu,
kalau boleh elakkan anak makan makanan yang segera macam tu sebab manis. Biarlah
kita yang masakkan sendiri. Maklumlah air tangan ummi yang masah, semoga diberkakti
makanan tu, untuk pembesaran anak juga (",)
RESIPI MASAKAN KENTANG
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi
BUBUR NASI
Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.
RESIPI KENTANG, LOBAK DAN PIS BERSUSU
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk,
masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar
halus untuk bayi 6-8 bulan.

BUBUR TAUHU, BROKOLI, LOBAK MERAH DAN AYAM


Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai
untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang
aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum
nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan
dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...
BUBUR NASI DAN KURMA
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan
BUBUR NASI, IKAN MERAH DAN LOBAK
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan
masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.
SUP KOBIS BUNGA DAN KENTANG
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi
selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190

C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang
dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.
Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang
telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi.
Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.
INI RESIPI HANNA PULAK
Masakkan bubur nasi macam biasa dengan kentang atau carrot. Masukkan semuanya sekali. Ikan bilis pula
digoreng dan ditumbuk. Masa nak bagi Najwan makan hidangkan bubur nasi, dan taburkan ikan bilis goreng
yang ditumbuk tadi. Pasti menarik selera. Insya Allah.
Ibu semua boleh mencuba. Kalau ada resipi yang lain, bolehla kita berkongsi resipi (",) SELAMAT MENCUBA...
salam. sy mohon letak resepi ni di blog saya ye.. tak sabar nak masak untuk baby..
...
Dikomen oleh norshamsiah, June 29, 2010

klu sy buat bubur nasi untuk baby, sy akan masukkan satu sudu kecil minyak zaiton. spya baby x smbelit. doktor
baby sy pun syorkan mcm tu..
Dikomen oleh liana.., October 07, 2010

nieza,
anak pakai susu apa yer?kalo susu tepung atau formula milk, try tukar susu....anak liana pon jadik menda yg
sama...kami tukar pada enfalac A+ drpd sblm nih Frisolac...alhamdulillah, tiap hari dah dia berak walo mkn
bubur pagi dan petang
Dikomen oleh mama deeha, January 11, 2011

baby sy da 5 bln lbey..dia mmg style muntah susu dr mula lahir lg..so,mula2 bg susu novalac AR (anti
muntah),then tkr enfalac A+ AR...tp dia cam sembelit sket..cian tgk.sy gilir ngn susu soya Mamex Gold waktu
mlm..okla sket..kalo x gilir mmg sembelit..sy plan lpas ni nk tukar susu lain lk..coz dia dh x perlu amik susu AR
lg coz usus dia da mtg dah..skang sy pon ade bg bubur nasi+carrot+aym..ingt nk tmbh brokoli lak pasni..
Dikomen oleh yan, February 10, 2011

my bb pun mnum susu enfalc..ok jer tak sembelit kan ada dwiserat...setiap sajian bubur nasi dia mst i buh
sayur carrot or sawi..so far dia memg kuat mkn...sayur pnting tuk serat dan vitamin..dia jarang demam skg br
8 bulan br 2 kali demam.
...
Dikomen oleh rine, February 16, 2011

tq..minta kebenaran copy reseoi nie yer...semoga ank kita semua membesar dengan sihat..my baby hr nie
genap 6 bln...td timbang berat dia dh 8.5kg..Alhamdulilah...
Dikomen oleh cenderawasih, May 19, 2011

salam...bes dapt share makanan baby nie...baby sye skng da 10month..sye bagi bubur nasi...tp najis de
keras...cean ngk time nak qada' hajat tuh....
ade kot (baby bf)

de kurang num susu kalo kat umah...mayb de tau ummi de

xtau la pasal susu ker per...cane eh kawan2...

Dikomen oleh hanim, May 25, 2011

ank bungsu i susah nk mkn nasi,syur mahupun buah2,tp masih lg susu badan,umur 2thn 5bln.so skang ni dh
sembelit lak,stiap x berak mesti kuar darah.cian nengok dia smp mnggigil.jmp doktor dia bg ubat lawaskn
berak,sama je tngok,kkawan tau x cmne nk bg dia selera mkn.lgpn dia kerap sngt demam.bila bdn ;dh naik
ckit,kurus balik,i pun dh pening x tahu nk wat ape dh..

Dikomen oleh ummie, June 19, 2011

hanim,try bg jus kismis keluaran muslimah shop.atau beli 'imustrong' d frmasi.insnyaallah.slmt mncuba
Dikomen oleh mummy adiff, September 18, 2011

alhamdulillah...sejak baby saya umur 6 bulan sampai skarang 9 bulan,dia makan semua apa aja yg saya bagi
heheh...tu yang saya tiap hari excited time nak prepare makan &suap dia makan...BEST! saya banyakkan
sayur2 & buah , yg berat @ karbohidrat tu sy limit kan sikit jumlahnya sbb dia chubby..alhamdulillah dah
semakin hensem dia ehehehemmm...antara menunya ialah:
1- Kurma+apple@strawberry@pear
2- sesudu nasi+carrot+brokoli(dikisar dgn sup)
3- Isi ikan+sup nasi+sawi+carrot
4- Kentang@keledek+susu
5- Pisang+biskut baby+susu
6- Nestum + Kurma

Anda mungkin juga menyukai