Anda di halaman 1dari 27

ANATOMI DAN

FISIOLOGI
SISTEM
ENDOKRIN
Disediakan Oleh:
Anuratha Sekaran Pillai
Unit Sejarah
PISMP sem 2

Sitem Endokrin

Struktur
dan
fungsi
hormon

Kelenjar
Sistem
endokrin

Cara
interaksi
hormon

Sistem Endokrin
Sistem endokrin menghasilkan
sejenis bahan kimia yang dinamakan
sebagai hormon.
Sistem pengaliran darah
bertanggungjawab untuk membawa
hormon ke seluruh tubuh.

Fungsi Hormon
Menolong mengawal persekitaran dalaman
dengan mengatur kandungan kimia dan isi
padunya di dalam tubuh badan.
Membantu tubuh dalam keadaan tertekan
seperti semasa keadaan jangkitan, trauma,
stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan
dan perubahan suhu yang melampau.

Memainkan peranan dalam pertumbuhan


dan perkembangan tubuh.
Memainkan peranan dalam pembentukan
gamet, persenyawaan, pemakanan kepada
embrio dan fetus, proses bersalin dan
pemakanan kepada anak yang baru lahir.

Proses perembesan hormon


Sel-sel sistem
endokrin
mensintesis dan
merembeskan
hormon.

Sel-sel endokrin
berkumpul dan
membina kelenjar
endokrin.

Hasil yang
didapati dari
kelenjar endokrin
akan dirembeskan
terus ke dalam tisu
perantara

Kelenjar Sistem Endokrin

Kelenjar Pituitari
Digelar sebagai kelenjar induk kerana
dapat menghasilkan banyak hormon dan
mengawal aktiviti tubuh.
Bergaris pusat hanya 1.3cm sahaja dan
berbentuk bulat.
Dibahagikan kepada dua lobus: lobus
anterior dan lobus posterior.
Lobus anterior mewakili 75% daripada
berat kelenjar pituitari.
Kedua-dua lobus ini mengeluarkan
beberapa hormon di dalam tubuh.

Lobus anterior
Hormon pertumbuhan mengawal

jumlah air yang dikumuhkan

Hormon tirotropik mengawal aktiviti

melalui ginjal.

Hormon oksitosik meransang

tiroksin.

pengecutan uterus sewaktu

Hormon adrenokortikotropik

melahirkan bayi dan pengeluaran

mengawal aktiviti suprarenal dalam

air susu sewaktu menyusukan bayi.

menghasilkan kortisol dari korteks


kelenjar suprarenal.

Hormon antidiuretik mengatur

tumbesaran tubuh.
kelenjar tiroid dalam menghasilkan

Lobus posterior

Hormon gonadotrofik:
a) Hormon perangsang folikel
merangsang perkembangan folikel
Graafian dalam ovari dan pembentukan
spermatozoa dalam testis.
b) Hormon luteinising mengawal
rembesan estrogen dan progesteron
dalam ovari dan testosteron dalam
testis.
c) Hormon prolaktin mengawal
rembesan air susu dan mengekalkan

Kelenjar Tiroid
Terletak di bahagian depan leher, anterior
dan lateral terhadap larinks dan trakea.
Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah.
Sel kelenjar tiroid merembeskan koloid
tiroid yang mengandungi sebatian iodin.
Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur
susunan kimia tisu dan sebagai perangsang
proses pengoksidaan.
Secara tidak langsung kelenjar tiroid
mengatur pengeluaran karbon dioksida.
Terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid
iaitu hiperembesan dan hiporembesan.

Hiporembesan

Hiperembesan

Berlakunya kretinisme iaitu


Kadar metabolisme menjadi
kekurangan rembesan pada
tinggi dan suhu badan lebih
waktu bayi mengakibatkan
tinggi daripada normal.
pertumbuhan mental dan fizikal
terencat.
Pada keadaan ini, pesakit
kehilangan berat badan,
gelisah dan mudah marah,
Bagi golongan dewasa,
keadaan ini menyebabkan
kadar denyutan nadi naik,
miksedema di mana proses
output jantung bertambah
metabolik sangat perlahan dan
dan mengalami simptom
cenderung untuk menjadi
kardiovaskular seperti fibrilasi
gemuk, pergerakan lembap,
atrium dan kegagalan
kulit menjadi tebal dan kering,
jantung.
rambut gugur dan menjadi
jarang, suhu badan di bawah
normal dan denyut nadi
perlahan.

Kelenjar Paratiroid
Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat
dan dilapisi oleh fasia pratrakea berserta
dengan kelenjar tiroid
Hormon paratiroid yang dikeluarkan
berfungsi untuk mengatur metabolisma
kalsium dan mengawal jumlah kalsium di
dalam darah dan tulang.
Dua keadaan pada kelenjar paratiroid
adalah:a. Hipoparatiroidisma
b. Hiperparatiroidisma

Hipoparatiroidisma
Kekurangan kalsium dalam
kandungan darah.
Keadaan ini menyebabkan
keadaan seperti tetanus iaitu
gejala kekejangan otot dan
konvulsi terutamanya pada
tangan dan kaki yang dikenali
sebagai karpopedal spasma.
Gejala di atas dapat diredakan
dengan memberikan kalsium
dalam kadar segera.

Hiperparatiroidisma
Aktiviti kelenjar yang
berlebihan berkaitan dengan
pembesaran (tumor) kelenjar.
Pengagihan kalsium
terganggu dan kalsium
dikeluarkan semula dari tulang
dan dimasukkan kembali ke
serum darah.
Ini akan menyebabkan
penyakit tulang disebabkan
bahagian tulang menjadi nipis.
Kegagalan ginjal juga boleh
berlaku jika kalsium terbina di
dalam ginjal.

Kelenjar Timus
Terletak dalam toraks.
Berwarna kemerah-merahan dan terdiri
daripada dua lobus.
Saiznya sangat kecil dengan berat kirakira 10 gram bagi bayi yang baru lahir.
Beratnya bertambah kepada 30 hingga
40 gram pada waktu remaja dan
kemudian mengecut semula.
Kelenjar timus berkaitan dengan
penghasilan antibodi.

Kelenjar adrenal
Terletak di bahagian atas setiap ginjal.
Mengandungi darah yang banyak dan dilapisi
dengan kapsul berserat.
Kelenjar adrenal bahagian korteks
mengeluarkan kortisol dan bahagian medula
menghasilkan adrenalin dan noradrenalin.
Rembesan akan menjadi banyak apabila
berada dalam keadaan marah atau takut,
asfiksia dan kelaparan.
Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik
dalam usaha melawan kejutan yang
disebabkan oleh situasi ini.

Korteks adrenal
Terbahagi kepada tiga zon.
Zon pertama adalah
glomerulosa menghasilkan
rembesan mineralokortikoid.
Zon tengah pula dikenali
sebagai zon fasikulata dan
merembeskan hormon
glukokortikoid.
Zon dalam dipanggil zon
retikularis dan
merembeskan hormon
androgen.

Medula adrenal
Mempunyai sel-sel
kromafin yang
menghasilkan hormon.
Rembesan hormon
dikawal oleh sistem
saraf autonomik.
80% daripada
rembesan medula
adalah adrenalin dan
ianya bersifat lebih
poten daripada
noradrenalin.

Kelenjar Pineal
Terletak pada korpus kalosum dan bersaiz kecil
dan berwarna merah.
Dilapisi oleh kapsul yang bernama pia mater.
Menghasilkan hormon melatonin dan
adrenoglomerulotropin.
Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan
dengan cara merencatkan hormon gonadotropik.
Sementara adrenoglomerulotropin pula
merangsang korteks adrenal untuk merembeskan
mineralokortikoid.

Rujukan
Bahagian Pendidikan Guru (2009),
Modul Pendidikan Jasmani PJM3106
Anatomi dan Fisiologi: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Mohd Zairi Husain (2011), HBPE4303
Pengenalan Anatomi dan Fisiologi:
Open University Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai