Anda di halaman 1dari 1

Hubungan kaum yang tidak mesra

Terdapat pelbagai masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia di


mana masalah ini melibatkan aspek-aspek ekonomi, politik serta aspek budaya yang
melibatkan anutan agama, bahasa dan sebagainya. Apabila dikaji, peninggalan sejarah
merupakan antara faktor penyebab timbulnya masalah ini. Jika dilihat dari skop yang lebih
kecil, puncanya adalah disebabkan oleh pengasingan tempat tinggal, perbezaan agama,
pengasingan pekerjaan serta pengasingan pendidikan. Perkara yang akan dihuraikan di sini
ialah pengasingan tempat tinggal dan pekerjaan.
Salah satu ciri yang amat ketara dalam kepelbagaian masyarakat di Malaysia ialah
adanya jurang pemisahan fizikal (tempat tinggal) antara berbagai-bagai kaum dalam
masyarakatnya. Pemisahan dari segi fizikal ini bagaimanapun telah wujud sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pada masa itu, sudahpun ada perkampungan orang-orang
Melayu/Jawa, Cina dan India bagi memudahkan pentadbiran ketika itu. Setiap
perkampungan atau penempatan biasanya diketuai oleh ketua kampung atau ketua
masyarakat masing-masing. Walau bagaimanapun, bilangan orang Cina dan India yang
datang dan tinggal di Melaka pada masa itu tidaklah ramai. Mereka menganggap
kedatangannya ke sini semata-mata untuk mencari nafkah hidup dan akan kembali ke
Negara asalnya apabila hajatnya telah tercapai. Disebabkan bilangan mereka pada masa itu
tidak ramai, mereka telah dapat berintegrasi, bergaul dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat setempat. Oleh itu, tidak timbul masalah perpaduan kaum antara mereka yang
mendatang dengan kaum asal (bumiputera) ketika itu. Setiap kaum memahami kedudukan
dan peranan mereka. Hubungan baik ini agak berbeza dengan keadaan semasa Negara ini
di bawah pemerintahan British dalam abad ke-19.

Anda mungkin juga menyukai