Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF)

3755/1

A. PENGENALAN
Kertas satu mempunyai 40 soalan
Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minitKertas ini menyumbangkan 40% markah
keseluruhan matapelajaran perdagangan Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1
markah mutlak. (40soalan = 40 markah) Untuk skor A1, pelajar mesti membaca
kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu
markah itu amat penting.

B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap * Hanya satu jawapan yang betul dan
tiga yang lain distraktor. * Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:- a.
Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor b. Menganalisa semua
alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang betul.

C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA


* Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
· mengingat kembali
· mengira
· mengidentifikasi
· mencari persamaan
· mengaplikasi
· mencari perbezaan
· mendeduksi
· membuat perbandingan
· menginterpretasi
* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik
atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.
Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.

D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN


1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan
membuang masa jika mengambil masa yang lama. 2. Bulatkan nombor-nombor soalan
yang tidak dapat dijawab 3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-
soalan yang dibulatkan itu. 4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan
bijak jawapan yang paling mungkin sekali. 5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa
dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah. 6. Setelah mendapat
jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan. 7. Pastikan jawapan
yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan
8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .

E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF A. Aneka Pelengkap


1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha A. untuk
mencari untung B. meningkatkan taraf hidup C. memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan
B. Aneka Pilihan

2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan


perniagaannya kepada perkongsian? I. mengalakkan persaingan II. mendapatkan lebih
banyak modal III. mengurangkan risiko kerugian IV. menambahkan kemahiran dan
pengetahuan perniagaan
A. I,II dan III B. II,III dan IV C. I,II dan IV D. I,III dan IV

(Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada
dalam jawapan.Dalam soalan di atas,Jika sukar untuk mencari jawapan tepat.Oleh itu,
tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat.Akhir sekali, jika terdapat 2 jawapan yang
sukar dibezakan.Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawapan anda
betul lebih tinggi.)

Anda mungkin juga menyukai