Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK SKOR CEMERLANG PERDAGANGAN A1

1. Kuasai bab-bab penting

- Mahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting.Jadikan anda pakar dalam
bab-bab tersebut.Maknanya,apa sahaja soalan dari bab-bab berkenaan,anda boleh jawab.
- Selepas anda menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dengan mengumpulkan semua
soalan dari bab tesebut dan cuba jawab.Kumpulkan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas
untuk menbiasakan diri dengan soalan-soalan SPM.

2. Beri penekanan pada tajuk-tajuk yang penting dan dah lama tak keluar - Bagi bab-bab
lain, tumpukan kepada tajuk-tajuk yang sering keluar atau lama tak keluar. - contohnya:
Dokumen dalam negeri atau pemasaran

3. Buat nota ringkas bagi nota yang diberikan guru atau dari buku rujukan - Buat nota
poket atau peta minda,yang mudah dibawa ke sana-sini - Nota ini penting menjelang
peperiksaan untuk dibaca sepintas lalu - Pembacaan buku rujukan atau nota panjang pada
saat akhir,hanya membuatkan anda panik malah boleh menghilangkan memori anda
tentang sesuatu perkara.

4. Belajar secara berkumpulan - ini untuk mengelakkan boring belajar sendiri atau sering
tertidur - apa yang anda boleh buat:- 1. Buat nota ringkas atau bandingkan nota ringkas
anda dengan kawan-kawan 2. Buat kuiz dan latih tubi Timbulkan persaingan antara satu
sama lain. 3. Kumpulkan soalan-soalan ikut bab dan cuba jawap .Bandingkan jawapan
anda dengan kawan-kawan anda.

Anda mungkin juga menyukai