Anda di halaman 1dari 3

1 - IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika

menuntut ilmu adalah ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari
habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah
memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam
neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia
semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya.
Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti
terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular
yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu
yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan
serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan
yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan
arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada
keislaman. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk dan
bukan seperti lalangyang tinggi semakin mendongak ke langit
menyombong diri . Ingatlah bahawa org yang benar ikhlas dalam
menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk
merendah diri . Setiap orang akan binasa melainkan orang yang
berilmu,setiap orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang
beramal dan setiap orang yang beraamal akan binasa melainkan orang
yang benar-benar ikhlas .
2 - TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tidak kira dalam
apa jua keadaan atau masa dengan menghindari perasaan malas dan
mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan
membaca nota atau buku-buku kecil yang ringan atau mendengar
kaset-kaset ceramah agama . Perkara tersebut dapat melembutkan
hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ditakuti akan menjadi
keras hatinya .Selain itu, kita juga hendaklah mewujudkan suasana
pembelajaran itu di rumah terutamanya . Dihiasi dengan budaya ilmu
dan bukannya budaya hiburan yang melalaikan semata. Di samping
itu, kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan
akan menjadi milik kita . Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi
syaratnya isitu berusaha,tekun,yakin,tidak mudah putus asa dan
menyerahkan keputusannya kepada Allah sepenuh hati .

3 - MENJAUHI MAKSIAT Imam syafi'ie pernah berkata : 'ilmu itu adalah cahaya Allah dan
cahaya Allah tidak menerangi ( memberi petunjuk ) kepada orang yang
membnuat maksiat . Sebagai seorang thalibul 'ilm, kita mestilah
menghidupkan budaya amar ma'ruf nahi munkar dalam diri dan
suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.Sesungguhnya ilmu
itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri
kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang
mungkin dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup
segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka
jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita.Jangan ambil ringan
dan mudah terhadap maksiat yang kecil kerana ia akan
menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar .Sesungguhnya
dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa yang besar .
4 - MEMILIH TEMAN YANG SOLEH Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan
cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sa0a lain di
dalam rumah kita sendiri samaada berbentuk rasmi seperti diskusi
kitab atau perbincangan yang tidak rasmi setiap hari . Luqman alhakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama
orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah
menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.
5 - BANYAKKAN ZIKRULLAH Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan
mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana
'ulama sufi begitu menitikberatkan perkara wirid ini kerana ia boleh
menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan
perasaan ingin memuhasabah diri dengan amalan seharian. Tanpa
wirid yang ma'thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan
zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan
memudahkan segala yang telah diperintahkan leh Rabbl 'izzati. Jangan
ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya
mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat . Bacalah alqur'an sekurang2nya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu
segala ubat . Hidupkan amalan - amalan sunnat dalam setiap gerak

kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan
sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluknya.

6.
7.
8.
9.

Menjaga kehormatan
Doa dan keredhaan ibu-bapa
Menghormati
Beramal dengan ilmu yang diperolehi

Anda mungkin juga menyukai