Anda di halaman 1dari 34

Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik

Pengajaran
1. Pembelajaran melalui Permainan
Permainan berlaku dalam beberapa bentuk.
Peranan utama guru ialah mengubahsuai
permainan
spontan
murid-murid
supaya
permainan itu mempunyai nilai-nilai pendidikan.
Terdapat empat jenis permainan: permainan
manipulatif, permainan fizikal, permainan
dramatik dan permainan (games).
(a) Dalam permainan manipulatif, murid-murid
menggunakan alat-alat kecil seperti
puzzles, counting rods atau peg sets.
Tindakan murid-murid adalah berasaskan
diri iaitu tidak ada interaksi di antara
aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang
lain atau terdapat elemen dramatik dalam
permainan itu.
Aktiviti permainan
manipulatif secara amnya mempunyai
matlamat-matlamat yang sempit dari segi
nilai pendidikan.

(b)

Permainan fizikal melibatkan tindakbalas


otot-otot besar seperti berlari, melompat
atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatankegiatan
seperti
ini
membantu
memperbaiki kemahiran fizikal kanakkanak atau membantu mereka belajar
dalam situasi yang baru. Permainan
fizikal mempunyai komponen dramatik
dan guru boleh memperbaiki permainan
ini atau memperkenalkan aspek sosial
dalam permainan.

(c)

Permainan dramatik memerlukan muridmurid memain peranan bersama muridmurid yang lain dalam situasi yang tidak
formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan
situasi
permainan
dramatik
untuk
membantu murid-murid memain beberapa
peranan.

(d)

Permainan adalah satu lagi aktiviti.


Permainan adalah berstruktur tinggi dan
terdapat peraturan-peraturan khas yang
perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar
strategi-strategi bermain. Guru harus
membimbing kerana murid-murid mungkin
tidak cukup matang dalam mematuhi
peraturan-peraturan
atau
memahami
tingkah laku yang sesuai untuk bermain.

2. Main Peranan
Main peranan menyediakan peluang
penerokaan di mana individu dilatih menjadi
lebih peka terhadap perasaan orang lain
melalui
respons
spontan
bersama
perbincangan berpandu dan ianya wujud
dalam situasi berkumpulan (Shaftel &
Shaftel, 1967:84, cited in Brady, 1985).
Murid-murid
main
peranan
dengan
mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko
tentang seorang yang lain berfikir, merasa
dan bertindak balas seperti orang lain
melalui dialog.

Semasa
main
peranan,
murid-murid
berperlakuan lain daripada peranan dan
tingkah laku biasa. Sebaliknya mereka
mengintikan tingkah laku orang lain. Oleh
demikian, mereka adalah kurang egosentrik.
Mereka dapat celik akal tentang diri sendiri
dan orang lain.
Tujuan main peranan dalam pembelajaran
ialah :
(a) mengembang kepekaan kepada perasaan
orang lain;
(b) membantu murid-murid menjelaskan nilainilai yang membantu membuat keputusan;
(c) membantu
murid-murid
melepaskan
tekanan dan perasaan;
(d) mengajar murid-murid menyelesaikan
masalah;
(e) mengembangkan
tabii
menimbang
ekoran-ekoran tingkah laku di kalangan
murid-murid;
(f) membantu guru mengenalpasti keperluan
murid-murid;
(g) mengembangkan kejelikitan kumpulan;
(h) mempelajari tingkah laku sosial; dan
(i) mengajar murid-murid merasa-berfikirmelakon.

Main peranan ialah satu kaedah


yang memerlukan persediaan yang minimal.
Cadangan-cadangan berikut akan membantu
guru dalam proses merancang main peranan:
(a) Pilih situasi untuk main peranan yang
berpusatkan
murid-murid
yang
melibatkan mereka.

Sampaikan konfik sebenar yang


dihadapi oleh watak utama

Melibatkan lebih daripada satu isu


moral untuk perbincangan

Menghasilkan ketidaksetujuan di
antara murid-murid sebagai satu
penyelesaian yang sesuai
(b) Guru memutus bahawa situasi hampir
sama boleh dimain peranan. Guru
mungkin menukar nama-nama dalam
situasi main peranan.
(c)

Buat keputusan tentang cara memberi


taklimat kepada pemain. Taklimat mungkin
diberi dengan menyoal pemain dan kelas
tentang bentuk peranan tersebut.

(d)

Menentukan sama ada semua main


peranan dijalankan secara kelas atau
hanya kumpulan kecil bertanggungjawab
atas pemilihan pemain dan taklimat.

Berhenti dan renungkan.


Anda membawa adik balik ke rumah dari
sekolah setiap Isnin. Anda fikir adik anda boleh
balik ke rumah sendiri tetapi bapa anda tidak
setuju. Main peranan perbincangan diantara
bapa anda dan anda.
3. Sumbangsaran
Tujuan sumbangsaran ialah menjana
seberapa banyak ide yang boleh, tanpa
mengira ide tersebut sesuai atau tidak. Cara
ini mengelakkan berfokus kepada satu cara
penyelesaian sahaja. Oleh demikian,
penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda
sehingga semua percambahan ide sudah
dibuat.

Berhenti dan renungkan.


Tunjuk seketul batu kepada murid-murid.
Sumbangsaran kegunaan batu itu dalam lima
minit.

4. Tematik
Dalam strategi tematik, Konsep-konsep dari
beberapa mata pelajaran ditimbul dan
dihubungkait melalui satu tema.
Unit-unit tematik adalah merentas disiplin
dan aktiviti pembelajaran adalah hasil
daripada tema (Guillanume, 2000).
Unit tematik juga termasuk pilihan yang
dibuat oleh kanak-kanak, dan membolehkan
mereka memilih ahli kumpulan sendiri.
Perbincangan
kumpulan
kecil
boleh
menimbulkan perasaan sepunya dan
komuniti semasa kanak-kanak berkongsi
pendapat.

Langkah-langkah berikut telah dicadangkan:


(a) Pilih tema:
Tema perlu luas untuk
merangkumi maklumat dari aspek lain
tetapi tidaklah terlalu luas. Minat kanakkanak perlu diutamakan.
(b) Hasilkan
satu
jaringan
rancangan:
Sumbangsaran
demi
menghasilkan
sebuah carta sebuah peta semantik
yang meneroka tema-tema yang sesuai.

Dahulu

Kini: Komuniti
kami

Sepanjang
sejarah

Manusia wujud
bersama-sama
Teknologi
maklumat
mempengaruhi
komuniti

Bagaimana
mereka
sedang
berubah?

Sistem
sokongan
berbeza

Mengkaji
contohcontoh
karya
sejarah

Komuniti

Komuniti
biologikal

Keluarga
berbeza
Binatang wujud
sesama

Punca: Sample Planning Web (Modified from


Guillaume, 2000: 30)
Rajah 3: Sampel Jaringan Rancangan
Jaringan di atas tidak termasuk perkara
tradisional seperti Matematik atau Kajian Sosial.
Jaringan ini harus diasingkan dari pemikiran
yang tradisional. Jaringan bersama rakan-rakan
menghasilkan pemikiran divergen.

(c) Pilih resos:


Semasa merancang,
masukkan banyak resos seperti kesenian,
kesusasteraan, rujukan bacaan, teknologi
dan resos komuniti.
(d) Merancang kegiatan-kegiatan: Pilih
atau reka kegiatan-kegiatan berkaitan
dengan tema, resos yang banyak dan
menggalakkan murid-murid ke arah
matlamat pembelajaran. Beri peluang
kepada murid-murid untuk memilih aktiviti
pembelajaran mereka.
5. Integrasi
Kaedah pengajaran integrasi adalah satu
cara mengorganisasi program pengajaran
supaya bahan dan kemahiran dalam
kurikulum
boleh
disalingkaitkan
dan
digunakan berasaskan fungsinya.

Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam


kurikulum dengan pengalaman sekolah
seseorang kanak-kanak.

Kaedah ini hampir sama dengan kaedah


mengajar mengikut unit dan berkait rapat
dengan kaedah inkuiri berasaskan individu
dan harus diamalkan dalam persekitaran
pembelajaran yang bebas.
Kaedah ini juga berorientasikan kaedah
penyelesaian masalah.
Apabila guru
menggunakan kaedah pengajaran integrasi,
seluruh bilik darjah harus dirancang menurut
falsafah kaedah mengajar ini.
Tujuan kaedah pengajaran integrasi adalah:
(a) mengajar murid-murid menjadi penyelesai
masalah yang berdikari;
(b) membantu murid-murid memahami dan
menghargai
bahawa
pembelajaran
sekolah adalah salingkait dan bukan unitunit tersendiri;
(c) menekankan proses pembelajaran dan
bukannya subjek dan
kemahiran
spesifik; dan
(d) mementingkan pembelajaran nilai sosial di
mana
murid-murid
digalakkan
bekerjasama di antara satu sama lain
secara koperatif.

Peranan guru dalam kaedah pengajaran


integrasi adalah:
(a) Sediakan tempat dan menyediakan
persekitaran dimana murid-murid boleh
melibatkan diri dalam kegiatan dari segi
minat, keperluan, kebolehan, personaliti
dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra
dan bebas dari tekanan.
(b) Menstruktur dan membimbing penerokaan
kanak-kanak
tetapi
haruslah
menggalakkan mereka berinisiatif.
(c) Menyediakan bahan-bahan permainan
sesuai untuk membina, mengguna,
memanipulasi, mencuba, meneroka dan
memerah otak.
(d) Belajar bersama murid-murid.
(Source: Jarolimek, J.J. & Foster, C.D. (1993).
Teaching and learning in the
elementary school. 5th Edition. New
York: Macmillan Pub. Co.)

6. Bercerita
Aktiviti bercerita boleh mempromosikan
minat
dalam
mana-mana
bahagian
kurikulum.
Aktiviti bercerita dapat mengembangkan
penghargaan dan keseronokan untuk
menikmati
kesusasteraan,
pengayaan
bahasa,
pelbagai
pengalaman,
mengembang kemahiran mendengar dan
memotivasi murid-murid membaca.
Langkah-langkah berikut telah dicadangkan
untuk aktiviti bercerita:
(a) Sebelum bercerita:
i.

ii.

Persekitaran yang selesa adalah


penting. Jika boleh, kemas satu tempat
supaya murid-murid boleh duduk
mengeliling pencerita.
Jika guru ialah pencerita, ia mesti
menimbangkan perkara-perkara berikut:
Pastikan cerita boleh didengar oleh
semua murid
Pastikan semua murid dapat lihat
pencerita, terutama muka dan tangan
Bercerita dengan kuat dan jelas
dengan ekspresi suara

Sekiranya pencerita tidak mahu


diganggu, beritahu kepada muridmurid supaya tidak tanya soalan
sehingga penghabisan cerita
Pastikan semua murid memberi
perhatian
sebelum
cerita
itu
dimulakan.
iii. Kalau murid-murid diberi peluang
bercerita bersama-sama, mereka harus
Diberi maklumat tentang bahagianbahagian dan urutan cerita itu
Diberi peluang berkongsi cerita,
peristiwa dalam satu keadaan tidak
formal sebagai permulaan kepada
pengalaman bercerita yang lebih
mendalam.
(b) Semasa bercerita:
i. Murid-murid
harus
diberi
peluang
mencatat nota untuk perbincangan lanjut;
ii.
Pastikan murid-murid menumpukan
perhatian; dan
iii. Pencerita harus bertentangan mata (eye
contact) dengan pendengar dan bertutur
secara
terus
menerus
kepada
pendengarnya.

(c) Selepas sesi bercerita:


i.
Beri peluang kepada murid untuk
memberi rumusan cerita; dan
ii.
Meminta mereka berkongsikan nilai
yang telah belajar.
7. Memudahcara
(termasuk
kemahiran
fasilitator)
Seseorang fasilitator boleh membantu
kanak-kanak belajar dengan memberi
sokongan dari segi kemahiran belajar dan
meningkatkan motivatsi mereka.

Dia boleh menggalakkan komunikasi di


kalangan murid-murid, menjawab soalan
yang ditanya oleh murid-murid, membantu
murid-murid
dengan
tugasan
dan
menentukan kemajuan mereka.

Dalam usaha meningkatkan kemahiran


belajar murid, fasilitator boleh memberi
nasihat tentang pembelajaran, kemahiran
belajar dan pengurusan masa, merancang
jadual belajar dan menghasilkan rancangan
individu.
Dari segi motivasi, fasilitator membolehkan
murid-murid
rasa
selesa
semasa
berkomunikasi dengannya, mengingatkan
murid-murid bahawa mereka tidak belajar
berseorangan, menggalakkan murid-murid
berkomunikasi
di
samping
memberi
sokongan, membentuk kumpulan belajar,
mencari bahan pembelajaran tambahan,
mengguna bahan dari laman web,
perbincangan forum, mel elektronik dan
mengingati murid-murid tentang faedah
menyiapkan sesuatu pembelajaran.
Dari segi komunikasi, fasilitator mungkin
menggalakkan
murid-murid
menjawab
soalan dari kalangan mereka semasa
perbincangan atau forum. Dengan ini,
murid-murid belajar menerima dan menolak
ide secara bijaksana.

8. Perbincangan
Perbincangan melibatkan perbualan antara
murid dengan guru dalam sebuah kelas atau
antara sekumpulan murid.
Strategi ini menggalakkan murid bertukar
pendapat, ide atau maklumat secara
berkesan bersama guru mereka atau di
kalangan murid.
Perbincangan boleh merangsang pemikiran
kritikal dan menggalak murid-murid yang
berkebolehan sederhana dan kurang
berupaya melibatkan diri dalam proses
pembelajaran.
Perbincangan boleh digunakan untuk
mencapai objektif-objektif kognitif dan
afektif.
Dalam domain kognitif, perbincangan boleh
menggalakkan murid-murid menganalisis
ide-ide dan fakta-fakta dari pelajaran baru
dan mengaitkannya dengan pelajaran yang
lampau.

Dari
domain
afektif,
perbincangan
menggalakkan
murid-murid
meninjau
pendapat-pendapat mereka, berinteraksi
dan menilai ide-ide murid-murid lain serta
mengembangkan kemahiran mendengar
dengan baik. Walau apapun objektifnya,
perbincangan mesti dirancang dengan baik
dan
soalan-soalan
penting
dibentuk
sebelum pengajaran dijalankan.
Garispanduan berikut dicadangkan untuk
perbincangan:
Ambil kira matlamat perbincangan
Pertimbangkan
pengalaman
dan
perkembangan murid-murid
Kaji isu-isu yang terlibat
Murid-murid diberi orientasi objektif
perbincangan
Sediakan
persekitaran
yang
menyokongkan
Bekalkan maklumat baru atau tepat
apabila perlu
Ulang, rumus atau jana pendapat dan
kenyataan kepada satu unit yang
bermakna
Terapkan unsur jenaka (Use humour)

Garis panduan ini boleh diaplikasikan


kepada
kaedah
kumpulan
dan
perbincangan, seperti perbincangan
kelas, panel dan perbahasan serta
perbincangan kumpulan kecil.
Pada asasnya, terdapat dua jenis perbincangan:
(a)
Perbincangan
kelas
(Whole-class
discussion):
Guru harus mengendali
perbicangan kelas. Sebelum perbincangan
kelas, adalah penting untuk memastikan
murid-murid mempunyai pengetahuan asas
tentang aspek yang dibincangkan.
Panel dan perbahasan: Panel, simposium
dan perbahasan melibatkan sekumpulan
murid memperolehi maklumat tentang sesuatu
topik, menyampaikan maklumat tersebut dan
membincangkannya. Panel dan perbahasan
direka dengan tujuan membantu murid-murid
memahami beberapa pandangan berkaitan
dengan sesuatu topik atau isu. Mereka
menggabungkan
aktiviti-aktiviti
dan
kenyataan-kenyataan yang dirancang melalui
perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam
kegiatan bilik darjah yang besar apabila
perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil
tidak dapat dijalankan.

Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal


dimana empat hingga enam orang ahli
berbincang satu topik bersama seorang
pengerusi sedangkan murid-murid lain dalam
kelas
mendengar.
Kemudian,
satu
perbincangan tolak ansur akan diadakan
bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi
kenyataan masing-masing. Meja bulat boleh
digunakan sebagai versi panel yang tidak
formal.
Simposium hampir sama dengan panel tetapi
ia melibatkan penyampaian maklumat yang
lebih formal oleh setiap ahli panel.
Perbahasan
ialah
satu
pendekatan
perbincangan yang formal. Ia merangkumi
ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli
dari dua kumpulan yang mempunyai
pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli
akan membangkang ide dari kumpulan lain.
Panel dan perbahasan dijalankan untuk
faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui
soal dan jawab selepas panel telah
menyampai maklumatnya.

(b) Perbincangan kumpulan kecil: Bilangan yang


paling sesuai dalam perbincangan kumpulan
kecil adalah empat hingga lima orang murid.
Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih
dengan bimbingan seorang guru.
Selain daripada mempromosi kemahiran
pemikiran bertahap tinggi, perbincangan
kumpulan kecil merangkumi perkembangan
kemahiran
komunikasi,
kepemimpinan,
perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang
terlibat dalam perbincangan boleh tersesat
secara mudah. Organisasi yang teliti boleh
membantu melicinkan proses perbincangan.
Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara
yang mana guru boleh lakukan bagi menjamin
keberkesanan perbincangan kumpulan kecil:
Pertama, guru harus memantau aktiviti secara
teliti dengan meronda dalam bilik bagi
memastikan setiap kumpulan fokus kepada
objektif perbincangan.

Kedua, guru harus pastikan murid-murid


mempunyai
pengetahuan
asas
untuk
menyumbang kepada perbincangan tersebut.
Oleh demikian perbincangan kumpulan kecil
harus mengikuti satu pengajaran yang fokus
kepada isi kandungan dan yang kembang
berdasarkan topik-topik yang pernah diajar.
Ketiga, guru harus merancang perbincangan
yang pendek.
Keempat, murid-murid harus diberi arahan
tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan
kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil
kepada kelas. Ini boleh dijalankan melalui
laporan bertulis atau wakil dari kumpulan
memberi laporan secara lisan.

9. Inkuiri
Seperti kaedah penemuan, kaedah inkuiri
menggalakkan murid-murid melibatkan diri
dalam proses menemui jawapan atau
rumusan melalui pengumpulan data dan
pengujian hipotesis. Kaedah ini adalah
secara induktif.
Guru membimbing murid-murid sepanjang
mereka
menemui
makna
baru,
mengamalkan kemahiran dan memperolehi
pengalaman yang membantu pembelajaran
mereka.
Umumnya, kaedah inkuiri berpusatkan
murid dan kurang eksplisit berbanding
dengan kaedah yang lain.
Kaedah inkuiri merupakan penemuan
berpandu. Satu kebaikan kaedah ini ialah isi
kandungan dan proses penyiasatan diajar
pada masa yang sama.
Langkah-langkah kaedah inkuiri adalah
hampir sama dengan pemikiran reflektif
John Dewey. Langkah-langkah ini termasuk
(i)
mengenalpasti
dan
menjelaskan
permasalahan. (ii) membentuk hipotesis (iii)
mengumpul data (iv) menganalisis dan
menginterpret data untuk menguji hipotesis,
dan (v) merumus.

10. Demonstrasi
Kuliah memerlukan pelajar mendengar,
demontrasi memerlukan pelajar memerhati.
Dalam proses demonstrasi, terdapat satu
komunikasi lisan secara langsung dari guru
kepada
murid.
Ia
juga
melibatkan
pendekatan visual untuk memeriksa proses,
maklumat dan ide.
Demonstrasi membolehkan murid-murid
memerhati benda-benda maujud dan
bagaimana mereka berfungsi.
Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi
dengan komen atau demonstrasi dengan
penglibatan daripada murid-murid.
Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak
balas atau aktiviti sebelum murid-murid
melakukan aktiviti itu secara individu.
Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak
balas dan jangkaan oleh murid-murid.

Demonstrasi
boleh
digunakan
untuk
mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur
secara berkesan, merangsang minat dalam
sesuatu topik, memberi model kemahiran
mengajar
dan
menunjukkan
kadar
perubahan.
Untuk menjalankan demonstrasi yang
berkesan, guru merancang demonstrasi
secara teliti, mempraktikkan demonstrasi,
membentuk
rangka
demonstrasi,
memastikan
setiap
murid
perhatikan
demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi
untuk memfokus perhatian, tanya dan
menggalakkan soalan serta merancangkan
tindakan susulan.

1.5.11 Penyelesaian Masalah


[Theory of
Constraint (TOC)]
Teori Konstrain (TOC) boleh digunakan
dalam situasi-situasi tertentu atau boleh
digabungkan
untuk
membentuk
penyelesaian
masalah
koheren
dan
mengubah sistem pengurusan.
Tujuan generik ialah menterjemah intuisi
kepada bentuk yang boleh dibincang secara
rasional, disoal tanpa rasa marah dan
diubah supaya dapat mereflek kefahaman
sesuatu situasi.
Teori ini digunakan untuk membentuk
penyelesaian common sense dan juga
memudahkan komunikasi, kolaborasi dan
persetujuan di antara semua yang terlibat
dalam penyelesaian ini.
Untuk meletakkan alat-alat dalam kontek,
mereka mesti menyokong satu daripada tiga
objektif generik. Ketiga-tiga objektif bertujuan
memastikan:
(a) Apa yang perlu diubah: Penilaian situasi,
perihalan tentang realiti semasa, dan
identifikasi masalah utama atau konflik
serta
andaian-andaian
yang
menyokongnya diagnosis

(b) Apa yang perlu diubah kepada: Visi /


penyelesaian diverbalisasikan dan strategi
diperihalkan supaya mencapai status
yang diingini -- preskripsi, membuat
keputusan
dan
perkembangan
penyelesaian
(c) Bagaimana perubahan boleh dilakukan:
Perkembangan rancangan-rancangan dan
taktik-taktik
yang
terperinci
akan
menjelaskan apa yang perlu berlaku dan
penyamaan
usaha-usaha
kumpulan
dalam implementasi strategi merancang,
membina kumpulan

Bila-bila masa sesuatu masalah ditemui,


penyelesaian selalunya dikait kepada
satu atau lebih daripada tiga tujuan
yang tersebut di atas.
(Punca:
http://www.toceducationalforall.com)
Layari laman web di atas untuk
mendapatkan maklumat tambahan.

12. Pembelajaran Masteri


Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah
pengajaran individu. Pembelajaran ini
menggunakan kurikulum yang berstruktur
yang
dibahagikan
kepada
set-set
pengetahuan dan kemahiran yang kecil.
Pembelajaran ini direka untuk memastikan
semua murid mencapai objektif-objektif
pembelajaran dan memberi setiap murid
masa untuk mencapainya.
Model Masteri menjaminkan kebanyakan
murid akan mencapai taraf
kecekapan
kerana masa pembelajaran adalah fleksibel.
Setiap murid menerima arahan, amalan dan
maklumbalas.
Pembelajaran Masteri melibatkan arahan
kumpulan yang tradisional dan pengayaan
dan pemulihan yang individu.
Guru mendiagnos kebolehan murid-murid
dan
mencadangkan
kegiatan-kegitan
individu yang sesuai.

Pembelajaran Masteri dikemukakan oleh


Bloom (1976, dalam Burden & Byrd).
Pembelajaran Masteri menekankan (a)
masa yang fleksibel dan berstruktur dengan
isi kandungan (b) diagnostik / pengajaran
preskriptif, dan (c) penghabisan semua
objektif oleh murid-murid.
Pengajaran dan masa adalah dua bahagian
yang penting dalam pembelajaran masteri.

Guru yang menggunakan pembelajaran


masteri
dikehendaki
mengorganisasi
pengajaran dalam satu bentuk yang tepat.

Ia menyampai maklumat dan kemahairan


menurut suatu corak, menentukan kemajuan
murid-murid, memberi maklumbalas kepada
murid-murid,
membantu
murid-murid
mengatasi masalah melalui bimbingan dan
kerja tambahan.

Ia juga membekalkan pengayaan kepada


mereka yang dapat belajar dengan cepat.

Pembelajaran
Masteri
memerlukan
rancangan yang luas, organsisasi dan
penilaian diagnostik dari guru.
Tugasan dan kegiatan alternatif mesti
disediakan atau direkabentuk oleh guru
untuk memenuhi keperluan individu muridmurid.
Berhenti dan renungkan.
Untuk memastikan pengajaran yang berkesan,
guru-guru harus mengaplikasikan strategistrategi yang berbeza-beza semasa mengajar
kepada kumpulan yang berlainan. Apakah
sebabnya?

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis.

Bahan Bacaan Asas


Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
Semester 1 & 2. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Rujukan
Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New
Jersey: Merrill Prentice Hall.
Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan
Page.
Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education
Division.
Nanda V.K. (1998). Educational Technology For Adults. New Delhi: Anmol Publications.

1.6

Faktor-faktor yang Mempengaruhi


Pengajaran yang Berkesan

Pemilihan

Kaedah

dan

Teknik

Pembolehubah Konteks

Pembolehubah Proses
Ciri-ciri guru
Misalnya: jantina, umur,
pengalaman, kelas sosial, latihan,
personaliti

Persepsi, dan

Persepsi

Strategi
Tingkahlaku
Guru

Strategi,
Tingkah laku
Murid-murid

Ciri-ciri murid
Misalnya: umur, kebolehan, nilai,
personaliti, kelas sosial

Ciri-ciri tugas &


Aktiviti-aktiviti
pemebalajran

Ciri-ciri kelas
Misalnya: saiz, jarak kebolehan,
kelas sosial

Pembolehubah Produk
Ciri-ciri subjek
Misalnya: isi kandunganr, taraf
kesusahan, minat

Ciri-ciri sekolah
Misalnya: saiz, bangunan
kemudahan, ethos, peraturan
disiplin, kemasukan murid-murid
berkebolehan tinggi

Jangka pendek / Jangka panjang

Hasil Kognitif/ Afektif, Pendidikan


Misalnya: perubahan dalam sikap muridmurid terhadap sekolah atau mata pelajaran;
kemajuan dalam pencapaian tara; tahap
konsep kendiri bertambah; kejayaan dalam
peperiksaan awam; autonomi murid-murid
bertambah

Punca: Kyriacou, C. (1986). Effective teaching in schools. England: Basil Blackwell Ltd. Pg. 10,
Figure 1.

Rajah 4: Rangka Asas untuk Pemikiran tentang


Pengajaran yang Berkesan

(a) Pembolehubah konteks merujuk kepada


semua ciri yang berkaitan dengan kegiatan
pembelajaran, biasanya dalam bilik darjah.
Pembolehubah-pembolehubah ini melibatkan
ciri-ciri guru (misalnya jantina, pengalaman);
ciri-ciri
murid-murid
(misalnya
umur,
personaliti); ciri-ciri kelas (misalnya saiz, kelas
sosial); ciri-ciri subjek (misalnya minat); ciri-ciri
sekolah (misalnya ethos, kemudahan); ciri-ciri
komuniti (misalnya lokasi geografi); dan ciriciri keadaan (misalnya sesi akademik).
(b) Pembolehubah proses merujuk kepada
semua ciri yang berkaitan dengan tingkah
laku guru (misalnya minat, ganjaran,
pengurusan kelas, teknik disiplin) dan tingkah
laku
murid-murid
(misalnya
strategi
pembelajaran murid-murid, penglibatan muridmurid) serta tugas pembelajaran dan aktiviti
bilik darjah.
(c) Pembolehubah produk merujuk kepada
hasil pendidikan seperti kemahiran dan
pengetahuan, motivasi, minat dalam mata
pelajaran dan perkembangan sosial yang
telah bertambah baik.

Berhenti dan renungkan.


Berdasarkan pengalaman mengajar anda,
perihal secara ringkas tiga faktor yang
mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran
yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai