Anda di halaman 1dari 1

Solat Sunat Taubat

Posted by Shafi-Q.

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran
hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali
atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah
berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan
menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap
dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan
Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa,
selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi
perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di
bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya. (HR Abu
Daud, NasaI, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi
lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Anda mungkin juga menyukai