Anda di halaman 1dari 19

Peranan Media dalam pengajaran dan pembelajaran

1.0

Pengenalan

Di dalam sesuatu pendidikan kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa
guru merupakan pusat bagi sesuatu sistem di sekolah. Guru memikul
tanggungjawab

yang

berat

bukan

sahaja

terhadap

pelajar

dibawah

pengawasannya, malah sekolah keseluruhannya. Guru dianggap serba


kebolehan dan serba tahu oleh pelajar-pelajarnya. Guru juga adalah tempat
pelajar bergantung dan mengadu hal khususnya mengenai pelajaran. Guru
boleh ditakrifkan sebagai alat perhubungan dalam pendidikan. Hal ini juga
menunjukkan bahawa guru adalah orang yang terpenting di sekolah. Oleh
itu, amatlah wajar bagi guru bersikap positif dalam urusan penyampaian
pelajaran kepada pelajar. Pelajar akan bersedia menerima apa sahaja bentuk
pelajaran yang diajar oleh guru. Tetapi mereka akan lebih berminat dan
menghayati usaha guru yang dapat mempelbagaikan teknik penyampaian
pengajaran.

Guru

tidak

dapat

pendidikan

dalam

suatu

proses

bermaksud,

seorang

guru

mengasingkan

diri

dengan

pengajaran

dan

pembelajaran.

harus

sentiasa

mengikut

teknologi
Ini

perkembangaan

teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.


Guru juga perlu lebih kritikal dalam urusan pemilihan media untuk
pengajaran. Mereka mesti merancang pengajaran dengan lebih terperinci
terlebih dahulu. Pada praktiknya media yang digunakan oleh guru akan
dapat mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kuantiti media pengajaran tersebut digunakan secara maksimum dan efektif.
Dengan menggunakan media papan tulis dan kapur dalam menyampaikan
pengajaran, objektif pembelajaran boleh juga dicapai. Apa yang penting
ialah penggunaan media itu Penggunaan bahan pengajaran yang teratur dan
sistematik akan dapat membantu objektif guru mencapai pengajaran yang
baik.
1

Seorang guru yang membawa pelbagai jenis media pengajaran ke dalam


bilik darjah belum tentu pengajarannya itu akan berjaya. Kadang-kadang
perkara itu mungkin pula akan menimbulkan kekeliruan kepada pelajar
kerana terlalu banyak idea yang ingin disampaikan dalam satu masa.

2.0

Konsep media

Media dikenali sebagai medium yang bermaksud sesuatu saluran komunikasi


yang membawa maklumat. Maklumat daripada penyampai akan diterima
oleh penerima melalui saluran komunikasi yang disebut sebagai media.
Media terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya radio, televisyen , rakaman
audio, gambar foto, slaid , bahan-bahan bercetak dan komputer. Dalam
pengajaran, media berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti
proses pengajaran dan dengan ini meningkatkan pemahaman pelajar
terhadap isi pelajaran. Sebelum bidang teknologi memainkan peranannya
yang

besar

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran,

guru-guru

merupakan media utama dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar.


Guru-guru ini dibantu dengan buku teks, papan tulis, dan kapur. Sebilangan
besar guru pada waktu itu sudah mampu menggunakan bahan-bahan yang
lain untuk membantu proses pengajaran dengan menggunakan gambar dan
bahan-bahan semula jadi seperti bijih getah dalam pengajaran matematik
atau daun dan air dalam pengajaran sains. Penggunaan bahan-bahan lain
untuk

mendorong

minat

pelajar

dalam

proses

pembelajaran

banyak

bergantung pada keupayaan dan kreativiti guru itu sendiri. Dalam hal ini,
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan guru.
Perkembangan dalam bidang teknologi memungkinkan proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung tanpa kehadiran seorang guru. Pembelajaran
kendiri boleh berlaku sekiranya pelajar disediakan dengan media pengajaran
yang berkesan dan sesuai. Media pengajaran yang mendorong pembelajaran
kendiri berbentuk bahan-bahan
atau oleh pihak yang lain.

media yang disediakan oleh guru sendiri

Media pengajaran ini membolehkan pelajar


2

mengalami proses pembelajaran tanpa kehadiran guru, sebaliknya bahanbahan media tersebut mengambil peranan guru. Antara contoh media
pengajaran

yang

boleh

digunakan

guru

masih

berperanan

dalam

menentukan hasil pembelajaran , pemilihan tajuk, dan isi pelajaran,


pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran, serta bentuk penilaian.
Hal ini dapat kita memahami dengan jelas makna media dalam
pengajaran. Media di definisikan sebagai pelbagai alatan yang mampu
menyampaikan mesej pengajaran. Antaranya guru,radio, televisyen, slaid,
pita perakam, bahan-bahan bercetak, dan komputer. Percival dan Elington
(1984) mengetengahkan dua bentuk media iaitu media yang terdiri daripada
pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan dan media yang terdiri daripada
pelbagai saluran komunikasi massa. Bagi mereka radio, televisyen, dan surat
khabar ialah media berbentuk saluran komunikasi, manakala filem, slaid,
gambar, pita perakam dan alatan yang lain ialah media berbentuk alatan
fizikal teknologi.
Media dalam pengajaran ialah sesuatu alatan yang berupaya untuk
menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong
dan merangsang pemikiran, perasaan, minat, dan perhatian penerima.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, media menjadi alat yang
digunakan oleh guru (pengirim mesej) untuk menyampaikan mesej dengan
berkesan kepada penerima (pelajar).
3.0

Media dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang


pelbagai dan bersesuaian dengan keadaan diri pelajar. Hal ini kerana gaya
seseorang pelajar belajar adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar
yang lain. Oleh itu guru perlulah peka dalam memilih sesuatu bahan untuk
disesuaikan dengan semua tahap kognitif pelajar. Oleh hal sedemikian, guru
perlu bijak memilih alat bantu mengajar atau pun dipanggil media
pengajaran. Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk membantu
3

para guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak
disampaikan

dapat

difahami

oleh

pelajar.

Selain

itu

ia

juga

dapat

meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media pengajaran yang


pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang
disampaikan oleh guru.
Terdapat beberapa jenis media dalam pengajaran atau alat bantu
mengajar. Antara jenis-jenis tersebut ialah alat pandang, pandang-dengar,
media bukan elektronik dan elektronik. Pada hari ini, media pengajaran lebih
berasaskan teknologi yang moden seperti projektor overhed, perakam kaset,
televisyen dan video, komputer dan CD-ROM serta E-pembelajaran. Alatan ini
lebih memberi kesan dalam pembelajaran berbanding alatan tradisional
seperti papan tulis, kapur dan buku teks.
3.1 Projektor Overhed
Projektor overhed atau OHP merupakan alatan moden yang terawal di dunia.
Menurut Abd. Ghafar Md. Din ( 2003 ) ia adalah alat bantu mengajar yang
kini meluas digunakan di sekolah-sekolah. Peranan dan fungsi projektor
overhed hampir menyerupai peranan dan fungsi papan tulis. Bahan
pelajaran atau maklumat yang disediakan ditulis pada kepingan transparensi
atau lut sinar.
OHP merupakan salah satu alat yang sering kali digunakan oleh guru
dalam bilik darjah. Penggunaan yang mudah menjadi faktor utama alatan ini
menjadi kegemaran guru untuk menggunakannya. Guru hanya perlu tahu
bahagian-bahagian penting pada OHP seperti sius on dan off, fokus,
pancaran, tayangan dan mentol. Alatannya yang sederhana merupakan satu
cabaran bagi guru untuk menarik minat pelajar dalam melibatkan diri dalam
pembelajaran. Hal ini kerana alat tersebut tidak menarik seperti teknologi
lain seperti televisyen, komputer dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
Penggunaan OHP memudahkan guru dalam mempelbagikan lagi kaedah
seperti perbincangan, soal jawab, syarahan, sokratik dan sebagainya.
4

Pada kebiasaannya, penggunaan OHP akan digabungkan dengan kaedah


syarahan. Hal ini kerana penggunaannya meletakkan seseorang guru
berhadapan dengan pelajarnya, ini dapat memastikan kawalan bilik darjah
terjamin. Guru boleh membaca bahan pada transperansi tanpa menoleh ke
arah skrin. Dengan cara ini, pelajar akan lebih memberi tumpuan semasa
proses pengajaran berlaku. OHP berbeza daripada kebanyakan projektor
tayangan yang lain, penggunaannya perlulah di bilik yang terang. Kelebihan
ini merupakan satu bonus kepada guru untuk menjayakan pengajaran.
Keadaan bilik yang terang memudahkan pelajar untuk melihat apa yang
tertera di hadapan mereka dan sekaligus pelajar dapat menyalin dan
membuat catatan ketika guru menayang transparensi.
Penggunaan OHP juga boleh dipelbagai, selain menayangkan transprensi
ia juga dapat ditayangkan pelbagai bahan seperti sehelai daun atau pelbagai
geomatrik yang dibuat daripada kertas. Penayangan melalui OHP, bahanbahan tersebut dapat dilihat dengan jelas lagi. Hal ini dapat membantu
pelajar sekiranya bahan yang dibawa oleh guru itu tidak mencukupi, jadi
dengan penayangan melalui OHP guru dapat menunjukkan kepada semua
pelajar. Walaupun OHP diketogarikan sebagai teknologi yang lama, tetapi
kesan penggunaan kepada pelajar masih berkesan. Hal ini dapat dibuktikan,
di mana banyak sekolah yang menggunakan OHP dan papan tulis
berbanding media pengajaran yang lain seperti televisyen, video dan lainlain.

3.2 Perakam Kaset


Perakam kaset merupakan alat bantu mengajar yang kerap digunakan. Guru
biasanya menggunakan alat ini sebagai sebahagian daripada kaedah
penyampaian pengajaran dan pembelajaran atau gabung jalin pengajaran
5

topik-topik tertentu. Selain menyampaikan pengajaran kepada pelajar, ia


juga

berjaya

menarik

minat

pelajar.

Mata

pelajaran

yang

sering

menggunakan alat ini ialah bahasa melayu, agama/moral, muzik, sejarah,


geografi, sains yang terdiri daripada fizik, kimia dan biologi. Ia juga
merupakan sebahagian sistem multi-media. Hal ini kerana media perakam
kaset adalah suatu alat yang amat berkesan untuk mencapai matlamt
pengajaran jika kita memenuhi kehendak yang berkait ianya radio hanya
sebagai media yang membolehkan pelajar mendengar, sebaliknya sesuatu
yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri ( Muhamad Hasan Abdul
Rahman, 2002 ).
Teknik merekod melalui pita rakaman sesuai dalam mata pelajaran seperti
kesusasteraan iaitu sajak, puisi, syair, gurindam dan lain-lain. Guru boleh
mendeklamasikan dulu bahan tersebut dengan diiringi oleh muzik yang
sesuai, selepas itu, bahan tersebut boleh diperdengarkan kepada pelajarpelajar. Kemudian meminta pelajar ulang kembali apa yang didengarkannya
serta meminta mereka mengeluarkan isi dari bahan tersebut. Melalui cara ini
pelajar akan mudah faham kerana mereka melibatkan diri secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Latar suara rakaman dan muzik hendaklah jelas, terang dan bersifat
semulajadi ( Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid
Mohamed, ( 2007 ). Ketiga-ketiga aspek ini perlu diambil kira bagi
mengelakkan gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Jesteru, sebelum membuat rakaman guru perlu menyebut perkataan dengan
jelas dan muzik latar tidak terlalu kuat sehingga menenggalami suara guru
tersebut. Rakaman yang tidak jelas mengganggu tumpuan pelajar dalam
memahami pengajaran yang hendak disampaikan kepada guru. Perakam
kaset mudah dilakukan kerana rakaman boleh dibuat sendiri atau dirakam
daripada daripada siaran radio. Selain itu, ia sesuai untuk kemahiran lisan
seperti guru mengajar kemahiran bertutur, mendengar dan membaca. Di
mana

semasa

proses

pengajaran

berlaku
6

pelajar

akan

dapat

terus

mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Hal ini kerana perakam
kaset dapat mengawal dan memberhentikan rakaman pada ketika yang
sesuai. Dengan itu guru boleh mencelah untuk menegaskan sesuatu perkara
sebelum menyiarkan semula rakaman tersebut.
Perakam ini juga boleh digunakan sebagai satu kaedah dalam pengajaran.
Melibatkan pelajar sendiri dalam mencari bahan yang berkaitan pengajaran
yang akan datang adalah satu cara untuk melibatkan pelajar. Guru boleh
meminta pelajar merakam rancangan-rancangan yang sesuai dengan topik
pelajaran yang akan diajar, kemudian memperdengarkan rakaman tersebut
di hadapan kelas dan meminta komen, pendapat dan meminta pelajar
mengaitkan dengan pelajaran yang akan diajar. Kaedah ini bukan sahaja
pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tajuk pengajaran yang
diajar sebaliknya mereka mendapat input dari luar juga.
Pada hari ini, guru jarang menggunakan media jenis ini, hanya guru yang
mengajar ujian lisan seperti guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja
yang menggunakannya. Sebenarnya media ini juga sangat menarik jika
disesuaikan dengan mata pelajaran yang akan diajar. Sebagai contoh, guru
dalam pendidikan Islam, boleh mengunakan perakam kaset untuk merakam
nasyid atau ayat-ayat al-Quran, tidak kira digunakan sebagai induksi set
atau semasa pengajaran boleh diperdengarkan.
3.3 Televisyen dan Video
Televisyen

dan

video

adalah

salah

satu

media

pengajaran

yang

diketengahkan dalam pendidikan. Penggunaannya juga semakin meluas dan


kian popular kerana ia mudah dikendalikan dan tidak membebankan para
guru. Walaubagaimanapun pengunaannya hanya terhad dalam bilik tertentu
sahaja iaitu seperti bilik media, tayangan dan sebagainya. Tetapi, ia masih
menjadi pilihan kebanyakan guru kerana pembelajaran melalui media ini
mampu meningkatkan motivasi para pelajar terutama subjek-subjek yang
memerlukan tayang secara secara langsung.
7

Televisyen merujuk kamus dewan mendefinisikan sebagai satu penyiaran


( pemancaran ) gambar hidup ( gambar bergerak ) berserta bunyi menerusi
haba atau udara pada skrin televisyen. Manakala video menurut kamus
dewan bahasa ialah alat untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan
menggunakan pita video yang disalurkan melalui peti televisyen. Selain itu ia
juga ditakrifkan sebagai pita bermagnet yang digunakan untuk merakam
gambar dengan suaranya sekali dari televisyen.
Sebagai contoh, mata pelajaran dalam bab fekah seperti menunaikan haji
dan umrah. Guru yang pernah menjejaki ke tanah suci tidak menjadi
masalah dalam menyampaikan isi pengajaran tersebut, berbeza bagi guru
yang belum berpeluang ke sana. Ia menjadi satu masalah bagi mereka untuk
menerangkan keadaan di sana. Jesteru sebagai alternatifnya, media
televisyen dan video menjadi pengganti untuk menunjukkan keadaan
sebenar di sana. Melalui media tersebut pelajar akan dapat merasai suasana
yang sebenar ketika di Mekah walaupun bukan secara keseluruhan.
Menurut Schramun ( 1962 ), murid-murid dapat belajar dengan cekap
menerusi televisyen pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini, beberapa
program televisyen khususnya kanak-kanak telah berjaya mempengaruhi
gaya

pembelajaran

mereka

seperti

menambah

pengalaman

baru,

perbendaharaan kata, ilmu pengetahuan dan sebagainya.


Selain itu, pengunaan media dalam pembelajaran mampu mengelakan
pelajar merasa bosan ketika belajar. Kadang kala guru perlu ubah cara
pengajaran dengan mempertontonkan pelajar dengan video-video yang
berkaitan untuk dikaitkan dengan mata pelajaran yang hendak diajar.
Sebagaimana contoh dalam pendidikan sejarah, guru boleh menayangkan
filem yang berunsurkan sejarah misalnya, Leftenan Adnan atau Sarjan
Hasan. Melalui filem ini guru boleh menyuruh pelajar berfikir dan meminta
mereka mengaitkan cerita tersebut dengan apa yang dipelajari. Secara tidak
langsung pelajar akan mengulangkaji matapelajaran tersebut. Hal ini
8

berdasarkan pandangan Wittch dan Schuller ( 1973 ) iaitu televisyen


pendidikan telah banyak mengatasi masalah pengalaman pembelajaran
murid.
Pada hari ini, pelbagai program yang berbentuk ilmiah di wujudkan
seperti rancangan berbentuk kehidupan semulajdi iaitu flora dan fauna.
Program-program seperti ini, guru boleh sesuaikan dengan matapelajaran
yang hendak diajar seperti geografi, sains, pendidikan Islam dan sebagainya.
Situasi ini bersesuaian dengan pelajar hari ini yang lebih cenderung kepada
perkara yang berlaku di luar bilik darjah. Sebagai seorang guru, perlu pandai
mengambil peluang ini untuk diaplikasikan dalam subjek mereka dengan
menyuruh pelajar menonton rancangan tersebut supaya mereka lebih
memahami subjek tersebut.
3.4 Komputer
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak
kelebihan. Ia juga sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima
dan memproses data. Menurut Merrill ( 1986 ) komputer adalah satu mesin
pemprosesan maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya.
Dalam kamus dewan bahasa komputer membawa maksud alat elektronik
yang

menyimpan

menganalisisnya

maklumat
dan

pada

mengeluarkan

cekera

atau

maklumat

pita

bermagnet,

selanjutnya

apabila

diperlukan. Terdapat beberapa cara untuk menginteragsikan komputer di


dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara penginterasi tersebut ialah
dalam bidang matematik, sains, penulisan dan sebagainya. Penggunaan
komputer ini boleh dilakukan dengan dua keadaan iaitu guru sahaja yang
menggunakan komputer dengan bantuan projektor overhed dan LCD supaya
apa yang ada pada skrin monitor dapat diperlihatkan kepada semua pelajar
ataupun

guru

membawa

pelajar

ke

menampung pelajar tersebut.


9

makmal

komputer

yang

sedia

Menurut Compoy ( 1992 ), komputer memberikan pengalaman kepada


pelajar untuk belajar menjadi seorang penyelesai masalah yang cekap.
Kebolehan ini akan menambahkan lagi kecekapan mereka dalam bacaan dan
matematik. Kenyataan ini menunjukan komputer menjadi pembantu dalam
menyelesaikan masalah pelajar dalam subjek matematik. Pelajar dapat
mejimatkan masa dalam menyelesaikan masalah-masalah matematik yang
kompleks

serta

mendapat

jawapan

serta

merta.

Satu

lagi

bidang

penggunaan komputer sebagai alat ialah dalam pelajaran sains, di mana


komputer di gunakan sebagai probeware dan alat interface. Probeware
apabila disambung dengan komputer akan membolehkan pelajar mengutip
dan merekod data seperti suhu, pH, pergerakan dan sebagainya. antara
bidang lain ynag mengaplikasikan media ini sebagai pengajran ialah dalam
bidang penulisan iaitu dalam pemprosesan perkataan.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak membantu guru
dalam melicinkan pengajaran. Di mana guru boleh menggunakan komputer
untuk menyampaikan maklumat dan juga untuk mengajar pelajar tajuk yang
berkaitan. Sandholtz ( 1997 ) menyatakan bahawa penggunaan komputer
dalam bilik darjah telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan. Seorang
guru perlu mempertimbangkan setiap pemilihan matapelajaran supaya
dapat disesuaikan dengan alat bantu mengajar menggunakan komputer. Hal
ini supaya proses pangajaran dan pembelajaran tercapai objektif. Selain itu,
guru perlu membuat persediaan terlebih supaya dahulu, hal yang tidak
dijangka dapat dielakkan seperti komputer rosak atau bekalan elektrik
terputus. Pengendalian yang lancar dan penyampaian yang menarik akan
dapat menarik minat pelajar.
Komputer digunakan oleh guru apabila sesuatu subjek itu membosankan
atau terlalu panjang sehingga tidak cukup waktu. Seperti tajuk Pendidikan
Islam iaitu perkara-perkara yang membatalkan iman. Di mana bawah tajuk
ini terdapat beberapa unit antaranya syirik, kufur, khurafat dan lain-lain. Jadi
sebagai alternatifnya guru menggunakan komputer supaya memudahkan
10

proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh melibatkan pelajar


dengan menyuruh mereka membuat pembentangan di dalam kelas dengan
menggunakan komputer. Secara tidak langsung guru tersebut dapat
mengajar mereka menggunakan power point semasa pembentangan. Selain
itu, mereka juga dapat memahami dengan lebih jelas lagi pelajaran tersebut.
Penggunaan media berasaskan komputer sangat kurang digunakan oleh
guru, bukan kerana guru tidak berminat sebaliknya pihak pengurusan
sekolah yang menyediakan pelbagai prosedur untuk menggunakan bilik
tersebut. Sepatutnya pihak sekolah tidak menghadkan kepada guru tertenti
sahaja sebaliknya memberi peluang kepada semua guru.
3.5 CD-ROM
CD-ROM merupakan singkatan daripada Read Only Memory iaitu cakera
padat ingatan baca. Merujuk kepada kamus dewan bahasa CD-ROM atau
cakera padat ialah cakera magnetik yang mempunyai ketumpatan perakam
yang tinggi, dengan storan yang lebih besar.

CD-ROM juga membawa

maksud cakera padat iaitu ingatan baca sahaja (Compact Disk Read Only
Memory). Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca apa sahaja
data yang ditulis pada cakera CD-ROM.

Cakera CD-ROM merupakan

sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan boleh menyimpan


data sehingga 650MB.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitan CD-ROM buku teks. Ia
adalah

selaras

untuk

menyahut

seruan

kerajaan

bagi

meningkatkan

penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada


tahun 2003 Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian buku teks telah
memperkenalkan buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris telah diterbitkan secara pakej bersama MyCD dan CD-ROM
Guru. MyCD ialah CD-ROM multimedia interaktif yang mengandungi teks,
animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk
menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks.
11

Aktiviti

interaktif

yang

disediakan

dalam

MyCD

meliputi

aktiviti

pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki,


teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua
aktiviti murid dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan
interaktif memberikan murid latih tubi yang menarik dan bermakna tentang
sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks. Bagi meningkatkan
lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Galeri meningkatkan
lagi proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Nilai bahan dalam galeri
tersebut dapat membantu pemahaman murid dengan lebih berkesan. Bahan
multimedia tersebut terdiri daripada audio, video, animasi dan simulasi yang
menarik.
Di samping itu, E-ujian juga turut diwujudkan iaitu ia merupakan satu alat
pentaksiran

elektronik

interaktif

yang

sebenar

dan

bertujuan

untuk

mengukur pencapaian murid secara sumatif tetapi berperingkat. Keputusan


ujian dan semua maklumatnya boleh disimpan di dalam cakera keras
komputer atau disket murid dalam papan skor. Di dalam E-ujian terdapat
soalan yang dikemukakan secara rawak tetapi ada pemeringkatan mengikut
aras. Murid tidak akan diberi sebarang maklum balas pada jawapan yang
betul atau salah kecuali markah ujian dalam peratus, gred atau komen,
tarikh ujian dan masa yang diambil untuk menyelesaikan ujian tersebut. Eglosari atau e-kamus bergambar adalah kamus interaktif yang mengandungi
istilah dan frasa yang disusun mengikut abjad. E-glosari disediakan dengan
audio bagi memudahkan cara sebutan yang betul dan huraian berkaitan
istilah yang berkenaan manakala e-kamus bergambar disediakan dengan
gambar foto, ilustrasi atau animasi. Ini menunjukkan perbezaan antara eglosari dan e-kamus.
E-jurnal juga diperkenalkan oleh kementerian tersebut. E-jurnal adalah
sebuah buku catatan elektronik untuk murid merekodkan refleksi, aktiviti
atau tugasan. Maklumat yang dicatat dalam e-jurnal boleh disimpan ke

12

dalam disket murid atau pada cakera keras komputer. Maklumat ini juga
boleh dihantar kepada rakan atau guru melalui kemudahan e-mel.
Penggunaan MyCD berkait rapat dengan penggunaan makmal komputer
sekolah. MyCD sesuai digunakan untuk membantu murid dalam proses
pembelajarannya di sekolah terutama sekolah yang telah dilengkapi
prasarana makmal komputer. Pihak sekolah disarankan agar meletakkan
semua MyCD yang dibekalkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
dalam makmal komputer supaya murid boleh mengakses MyCD setelah
pengetahuan / kemahiran berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks telah
dipelajarinya.

4.0 Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran


Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja untuk
meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pengajaran guru,
malah penggunaan media dapat mengatasi pelbagai kekangan guru dalam
menguruskan pengajaran di bilik darjah. Selain itu, penggunaan media pada
masa

ini

mampu

mempenuhi

pelbagai

tuntutan

dalam

pendidikan

memandangkan pendidikan pada hari ini bukan hanya terbatas dalam


menyampaikan

ilmu

pengetahuan

semata-mata,

bahkan

matlamat

pendidikan lebih luas dan menyeluruh. Antara matlamat pendidikan ialah


untuk menghasilkan masyarakat yang memiliki pengetahuan keupayaan
dalam mereka cipta dengan menggunakan kreativiti disamping mampu
bersaing dengan pelbagai kemajuan dalam sains teknologi dan ledakan
maklumat. Tuntutan melahirkan masyarakat yang mampu menguasai ilmu
pengetahuan belum mampu menjadikan modal insan, sebaliknya seorang
manusia perlu juga memiliki keupayaan dalam menguruskan diri dan
mempunyai ketahanan mental dan emosi. Tuntutan tersebut adalah berat
bagi seseorang guru untuk memikulnya, maka penggunaan media dalam
pengajaran dapat meringankan tanggungjawab tersebut.
13

4.1 Pembantu guru


Memandankan peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar, maka
media

dapat

memainkan

peranannya

bersama-sama

guru

dalam

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guruguru dapat merancang jenis dan bentuk media yang sesuai dan berkesan
untuk digunakan semasa guru menjalankan pengajarannya. Guru-guru boleh
menggunakan

carta,

gambar

memperdengarkan muzik

atau

rajah,
lagu

slaid,

foto,

pita

rakaman

dan bahan rakaman

yang

untuk
lain.

Penggunaan pelbagai jenis media akan membolehkan pelajar mengalami


proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Media itu juga
mendorong pelajar menggunakan pancaindera sendiri untuk meninggalkan
kesan sebenar, dengan ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
Contohnya, untuk memupuk nilai patriotik melalui pengajaran sejarah, guru
boleh menyampaikan fakta-fakta sejarah keganasan komunis ke atas rakyat
tanah melayu dengan sempurna sebaliknya sekiranya guru menggunakan
sedutan filem bukit kepong

sewaktu pengajarannya pasti nilai-nilai

patriotik dapat disemai ke dalam jiwa pelajar. Maka dalam konteks tersebut,
penggunaan televisyen dengan menayangkan filem bukit kepong dapat
membantu guru meningkatkan mutu pengajarannya dan pembelajaran
menjadi lebih bermakna.
4.2 penganti guru
Keupayaan guru mengendalikan pengajaran ada kalanya berdepan dengan
pelbagai kekangan seperti guru perlu menghadiri mesyuarat atau tugastugas lain yang memungkinkan kelas terpaksa ditinggalkan seketika. Sebagai
seorang manusia, guru tidak lepas daripada mengalami situasi kurang sihat
dan tidak mampu menjalankan tugasnya dengan berkesan seperti yang
lazim dilakukan. Hal-hal sebegini menjejaskan sedikit sebanyak proses
pembelajaran pelajar, tetapi dengan penggunaan media dalam pengajaran
dan pembelajaran akan mampu mengurangkan sebarang kesulitan tersebut.
14

Dalam hal ini penggunaan media mampu mewujudkan pembelajaran


kendiri di mana pelajar boleh belajar sendiri dengan panduan dan bimbingan
yang terdapat dalam media yang digunakan. Pada masa sekarang, terdapat
banyak pihak yang telah menyediakan portal pembelajaran kendiri yang
membenarkan proses pembelajaran dikhendalikan sendiri

pelajar hanya

dengan mematuhi arahan dan langkah pembelajaran yang diarahkan oleh


media yang digunakan. Secara tradisionalnya, guru menggunakan buku-buku
latihan atau kad-kad aktiviti yang mengandungi arahan dan langkah yang
akan dilakukan oleh pelajar. Namun, pada masa sekarang, perkembangan
dalam multimedia melahirkan pelbagai ciptaan bahan media yang lebih
mampu menarik pelajar untuk mengikuti

pembelajaran mereka walaupun

sewaktu ketiadaan guru. Contohnya, pelajar boleh mempelajari kejadian


gempa bumi melalui tayangan video. Selepas mengikuti tayangan video
tentang gemba bumi, pelajar diberikan latihan untuk menjawab soalansoalan berhubung dengan kejadian gempa bumi. Penggunaan media ini
bukan sahaja membangkitkan minat dan memupuk sikap berdikari pelajar,
malahan pelajar menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap
diri dan pembelajarannya. Pelajar boleh mempelajari sesuatu tajuk berulangulang kali sehingga pelajar benar-benar faham akan kandungan tajuk
pembelajaran tersebut. Walaupun tanpa kehadiran guru di bilik darjah,
proses pengajaran diteruskan dan pelajar tidak mengalami sebarang
kerugian masa, malah tajuk-tajuk pembelajaran dapat diteruskan seperti
yang dirancangkan.
4.3 pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu strategi pengajaran
pada masa ini yang mampu meningkatkan keupayaan berfikir dan latihan
menyelesaikan masalah dikalangan pelajar. Dalam pendekatan ini, pelajar
berpeluang untuk mengalami proses pembelajaran kendiri dengan membina
tajuk-tajuk pembelajaran, proses pembelajaran, hasil pembelajaran, dan
penilaian terhadap pembelajaran. Media memainkan peranan utama dalam
15

pendekatan

pembelajaran

pembelajaran,

pelajar

berasaskan

projek.

dapat menjurus

Bermula

dengan

kearah tajuk-tajuk

yang

tema
lebih

berfokus. Pelajar dapat memulakan pencarian maklumat dengan mengakses


maklumat yang dikhendaki dari internet. Penggunaan multimedia dalam
sesuatu tugasan atau projek yang dijalankan oleh pelajar menggalakkan
daya kreativiti pelajar dalam persembahan. Dalam pendekatan ini, pelajar
diberikan kebebasan untuk melaksanakan aktiviti atau projek dengan
berbantukan media.
4.4 media dalam pendidikan khas
Sistem pendidikan dituntut agar memberikan peluang yang sama rata
kepada seluruh kanak-kanak tanpa ada perbezaan. Perhatian yang khusus
perlu

ditumpukan

kepada

kanak-kanak

istimewa

yang

memerlukan

keperluan khas dalam proses pembelajaran. Pendidikan khas terbahagi


kepada beberapa bentuk, antaranya pendidikan khas pemulihan, pendidikan
khas masalah pembelajaran, pendidikan khas penglihatan, dan pendidikan
khas pendengaran. Kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai masalah
yang berbeza-beza antara satu sama lain. Contohnya, kanak-kanak yang
cacat

penglihatan,

mereka

perlu

melalui

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka. Maka, penggunaan media


yang sesuai akan dapat membentu kanak-kanak ini menjalani proses
pembelajaran dengan lebih sempurna.
Keupayaan teknologi hari ini telah berjaya mereka cipta pelbagai
media pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kanak-kanak ini tidak
ketinggalan dalam menguasai ilmu dan kemahiran contohnya, kanak-kanak
yang

cacat

penglihatan

boleh

membaca

dan

mengarang

dengan

bebrbantukan komputer yang memasukkan program bacaan dan mengarang


kepada mereka yang menghadapi masalah penglihatan. Komputer yang
mempunyai reka bentuk khas ini mempunyai papan kekunci berhuruf braille.
Kanak-kanak tersebut akan menekan huruf pilihannya dan setiap sesuatu
16

perkataan selesai dieja, komputer tersebut akan membunyikan huruf


tersebut. Kanak-kanak ini akan meneruskan pembelajarannya hingga ke
peringkat mengarang dimana komputer tersebut akan membacakan setiap
ayat lengkap yang telah dikarang oleh pelajar tersebut sebaik sahaja pelajar
meletakkan nokta pada ayatnya. Bantuan alat komputer ini telah membuka
peluang yang luas kepada kanak-kanak golongan ini untuk mendapat hak
dalam menguasai ilmu pengetahuan.
Bagi

kanak-kanak

yang

normal

tetapi

menghadapi

masalah

pembelajaran, mereka memerlukan pendekatan yang berbeza dengan


kanak-kanak normal yang tidak bermasalah dalam pembelajaran. Kanakkanak ini memerlukan strategi pemulihan bagi membolehkan mereka
menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan media
dalam pengajaran dan pembelajaran ialah suatu pendekatan yang sangat
berkesan bagi memupuk minat dan meningkatkan pemahaman mereka
terhadap pembelajaran. Pemilihan media yang sesuai dan menarik adalah
penting bagi mendorong kanak-kanak ini belajar. Contohnya, penggunaan
lagu yang mempunyai susunan muzik yang sesuai dengan jiwa kanak-kanak,
menjadi tarikan ketika kanak-kanak mengeja huruf-huruf yang di paparkan di
skrin

dan paparan huruf tersebut dicantikan lagi dengan animasi yang

menyebabkan kanak-kanak tidak bosan mengikuti pembelajaran. Hal ini,


jelas bahawa media dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan
khas merupakan satu pendekatan yang sangat positif dan berkesan.
4.5 media penyebar ilmu
Ledakan teknologi maklumat telah menyebabkan

pelbagai ilmu dan

maklumat telah tersebar dengan pantas dalam masa yang cukup pendek.
Seorang guru mungkin tidak mampu menyampaikan pelbagai maklumat
kepada pelajar pada satu waktu interaksi di bilik darjah. Bahagian teknologi
pendidikan, Kementrian Pelajaran Malaysia turut memainkan peranan
menjadi TV pendidikan yang menyediakan pelbagai rancangan dan program
17

yang berinformatif. Pelajar juga boleh memproleh pelbagai ilmu pengetahuan


melalui program-program pendidikan yang disiarkan melalui pelbagai saluran
televisyen. Contohnya, pelajar boleh menguasai ilmu geografi
dengan kehidupan manusia di tempat

berhubung

lain yang mempunyai perbezaan

iklim, topografi, dan budaya melalui saluran discovery. Pelajar boleh


mendapatkan bahan bacaan dan rujukan melalui e-lebrary atau laman-laman
web pendidikan yang menyediakan pelbagai maklumat dan pengetahuan.
Pada masa ini, maklumat dan pengetahuan bukan sahaja boleh diperoleh
dari pusat sumber hanya pada waktu-waktu tertentu. Sebaliknya waktu
pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan
khendak pelajar dengan menggunakan pelbagai saluran media. Bahan yang
diperoleh akan dibawa ke bilik darjah untuk dibincangkan bersama-sama
dengan

guru

berbantukan

dan
media

rakan-rakan.
mengubah

Ini

bermakna,

konsep

pembelajaran

pengajaran

dan

yang

pembelajaran

tradisional yang terlalu bergantung pada pemerolehan ilmu bermula dari


bilik darjah dan guru.
Kesimpulannya
Media dalam

pengajaran ialah suatu alatan yang berupaya untuk

menyalurkan mesej pengirim kepada penerima sehingga mendorong dan


merangsang pemikiran, perasaan, minat, dan perhatian peneriama. Media
dalam pengajaran dan pembelajaran mampu membantu guru dalam
meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran.
Pembelajaran

kendiri

dan

pendekatan

dilaksanakan

melalui

penggunaan

berpusatkan

media

dalam

pelajar
pengajaran

dapat
dan

pembelajaran. Kepelbagaian media melibatkan pelbagai pancaindera pelajar


daripada pendengaran kepada penglihatan dan juga deria yang lain memberi
pelajar pengalaman belajar yang sebenar dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Terdapat pelbagai
peranan yang dimainkan oleh media dalam pengajaran dan pembelajaran,
antaranya media boleh beperanan sebagai pengganti guru, pembantu guru,
18

serta penyebar ilmu. Seterusnya, media berperanan besar dalam pendidikan


khas, yang mampu memudahkan proses pembelajaran dalam kalangan
kanak-kanak berkeperluan khas yang cacat penglihatan dan pendengaran
serta media berperanan juga dalam pendekatan pembelajaran berasaskan
projek.

19

Anda mungkin juga menyukai