Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN UMUM PELAKSANAAN MODEL PEMULIHAN JAWI

BERPANDUKAN
MODUL KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. PELAKSANAAN UMUM KCJ SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM
1. Bermula tahun 2015, semua sekolah rendah kelolaan KPM hendaklah
melaksanakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) bagi menggantikan pelaksanaan
Model Pemulihan Jawi yang sedia ada.
2. Tempoh pelaksanaan KCJ peringkat sekolah dari bulan Julai Oktober 2015.
3. Ujian Diagnostik hendaklah dilaksanakan sebelum Kem dijalankan untuk
memilih peserta-peserta yang layak dimasukkan ke dalam kem.
4. Ujian diagnostik hendaklah menggunakan soalan diagnostik yang dibekalkan
oleh BPI KPM.
5. Ujian diagnostik ini akan melibatkan murid Islam tahun 2 hingga tahun 6.
6. Masa yang diperuntukan untuk ujian diagnostik adalah selama satu jam.
7. Murid yang mendapat markah di bawah 59 % secara automatik akan
menjadi peserta KCJ diperingkatsekolah masing-masing.
8. Keputusan ujian diagnostik hendaklah dilaporkan ke Sektor Pendidikan Islam
oleh semua sekolah dengan menggunakan format borang yang disediakan
melalui email hasmadimat@gmail.com (soft copy dan hard copy )
9. Tarikh pelaksanaan ujian diagnostik akan dilaksanakan serentak seluruh negara
pada 8/7/2015 (Rabu).
10.
Tarikh penghantaran keputusan ujian diagnostik perlu dihantar selewatlewatnya pada @ sebelum 27 Julai 2015 (Isnin)
Kaedah pemarkahan ujian diagnostik:
Soalan dibahagikan kepada 3 bahagian.
Bahagian 1 (10 soalan = 40 markah ) menyambungkan huruf
Skema pemarkahan Bahagian 1:
a) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menyambung
walaupun hanya satu huruf, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ).
Bahagian 2 (10 soalan = 20 markah ) merumikan perkataan
Skema pemarkahan Bahagian 2:
b) Setiap satu soalan diperuntukan 2 markah, jika murid salah merumikan
perkataan yang diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah )..
Bahagian 3 (10 soalan = 40 markah ) menjawikan perkataan
Skema pemarkahan Bahagian 3:
c) Setiap satu soalan diperuntukan 4 markah, jika murid salah menjawikan
perkataan yang diberikan, maka tiada markah akan diberikan ( 0 markah ).

Anda mungkin juga menyukai