Anda di halaman 1dari 1

7 September 2013. Putrajaya.

Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah


rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini,
kata Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.
Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air
kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.
"Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah.
Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang
dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran.
"Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah
yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar
selepas menandatangani terma rujukan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut
menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah
di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.
Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan
terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada
penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.
"Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan
terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini.

Anda mungkin juga menyukai