Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
com/
Isu Bahasa
Langkah-langkah Mengatasi Kerancuan Bahasa
Mengadakan
kempen melalui media elektronik dan media cetak sepertitelevisyen, radio, r
isalah, surat khabar dan lainlain. Dengan ini, ianya akanmenimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang
penggunaan bahasa yangbetul.
Melalui
pendidikan iaitu cikgu dapat dijadikan sebagai idola bagi pelajar.Cikgu per
lulah menggunakan bahasa rasmi atau formal semasa mengajar.Dengan ini,
pelajar akan turut sama menggunakan bahasa formal. Oleh itu,kerancuan bahas
a dapat di atasi.
iajar dengan lebih mendalam tentang pengunaanbahasa yang betul. Dengan ini,
mereka dapat memperbaiki kesilapan pengunaanbahasa yang salah.
SITI HAJAR NORLAILEE BT MOHAMAD NOR
204491
3.
i. Kesalahan ejaan
ii. Kesalahan pemilihan kata atau istilah
iii. Kesalahan penggunaan imbuhan
iv. Kesalahan penggunaan kata
v. Kesalahan struktur frasa
vi. Kesalahan struktur ayat
Kesalahan Ejaan
1. Kesalahan ejaan timbul apabila sesuatu perkataan dieja tidak mengikut keselarasan vokal dan konsonan yang telah
ditetapkan dalam Sistem Ejaan Baru Tulisan Rumi. Kesalahan yang sering berlaku ialah :-
1.3.1. Terdapat 15 kata majmuk yang telah mantap mesti dieja rapat iaitu:
antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela,
suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya.
1.3.2. Jika tidak mengunakan imbuhan apitan hendaklah dieja berasingan
Contohnya :
reka bentuk, lut sinar, gambar rajah, pen mata bulat, topi keledar, kertas kerja.
1.3.2. Jika menggunakan imbuhan apitan hendaklah dieja rapat.
Contohnya:
Mencampuradukkan, penggabungjalinan, menyatupadukan
BI BM Betul BM salah
Brake brek berek
Clinic klinik kelinik
Drama drama derama
Project projek perojek
Tragedy tragedi terajedi
JIKA seorang tokoh berucap menggunakan bahasa Inggeris pada majlis rasmi, siapakah yang berhak menegurnya? Apakah
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau pengerusi majlis?
Jika pengacara radio menggunakan bahasa rojak dan disambut pendengar dengan bahasa yang bercampur aduk, apakah
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkuasa untuk melarang dan mengambil tindakan tegas terhadap
stesen penyiaran? Apakah peranan badan penyiaran dan masyarakat terhadap kedaulatan bahasa Melayu yang kononnya Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Rasmi di Malaysia?
Persoalan demi persoalan mengenai isu bahasa Melayu tidak pernah reda. Kecelaruan dan sikap rendah diri di kalangan
segelintir bangsa Melayu sendiri menyebabkan Bahasa Kebangsaan sering tercabar.
Jangan terperanjat jika petugas kaunter makanan segera bertanya menggunakan bahasa Inggeris semata-mata untuk
mengambil pesanan sekadar paha ayam goreng, kentang putar dan air bergas.
Di dalam pesawat nasional pula, pramugari yang seksi menggunakan bahasa Inggeris sebagai ucapan pendahuluan kepada
penumpang, disusuli bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Syarikat pengeluar kereta nasional menggunakan ejaan salah untuk automobil lalu lahir syarikat Perusahaan Otomobil
Nasional Sdn Bhd. Tiada siapa yang berani menegur sebuah syarikat berkaitan kerajaan menggunakan ejaan salah sejak hampir
30 tahun lalu.
Hari ini isu bahasa Melayu longlai di negaranya sendiri bukan sesuatu yang asing dan aneh. Nilai ekonomi makin merudum
kerana sistem pasaran terbuka menginginkan urus niaga pantas dan cepat. Bahasa Inggeris dianggap bahasa global, tanpa
disedari bahasa Melayu sekadar rintihan segelintir sasterawan dan pencinta bahasa yang tidak mempunyai apa-apa kuasa selain
suara dan pena saja!
Pada 13 Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan
di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Melaka. Kita tidak tahu sejauh mana kesannya terhadap kedaulatan bahasa
Melayu sendiri. Jika ikut kepada tradisi, majlis tak lebih daripada baca sajak, bersyair, berpantun, pidato, peraduan menulis
khat dan kemudian bahasa Melayu kurang mendapat tempat.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP Abdul Ghapar Abdullah, berkata sikap tidak bangga, tiada kesedaran dan kurang jati
diri bangsa menyebabkan usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terjejas.
Beliau mengakui DBP tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk bertindak terhadap golongan yang mengabaikan bahasa
Melayu.
Beliau berkata, DBP memang bertanggungjawab memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan betul tetapi tidak
mempunyai kuasa untuk menghalang orang ramai daripada tidak menggunakan Bahasa Melayu.
"Contohnya seperti kempen Ops Sikap yang dilaksanakan polis. Walaupun pelbagai usaha dan kempen yang dilakukan,
kemalangan tetap berlaku dan ia berpunca daripada sikap pengguna jalan raya.
"Begitu juga dengan DBP yang melaksanakan pelbagai program untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan tetapi orang ramai
masih juga menggunakan bahasa rojak," katanya.
Beliau berkata DBP tidak boleh menghalang dan menguatkuasakan atau mendenda orang yang tidak menggunakan Bahasa
Kebangsaan, tetapi apa yang boleh dibuat ialah membantu sekiranya mereka tidak begitu arif penggunaannya.
Mengambil contoh penggunaan bahasa Kebangsaan yang betul di papan iklan pula, beliau berkata DBP tidak mempunyai kuasa
untuk mengenakan peraturan kerana yang ada kuasa ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jika PBT sendiri tidak arif, lalu
wujudlah papan tanda Ah Seng jahit wanita seperti yang ada sekarang.
Bagi pejuang dan pakar Bahasa Kebangsaan, Dr Awang Sariyan, sikap dan penerimaan masyarakat terhadap Bahasa Kebangsaan
adalah topik penting yang kerap dibincangkan setiap kali memperkatakan usaha memartabatkan Bahasa Malaysia.
Katanya, proses globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa Inggeris, menimbulkan keghairahan yang
kadangkala berlebihan di kalangan masyarakat untuk mengutamakan penguasaan Bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian
kepada penggunaan Bahasa Melayu.
"Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu
sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berhubung kait dengan taraf sosial dan
pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi," katanya.
Beliau kesal kerana untuk sekian lamanya bahasa Melayu masih sekadar ada tanpa usaha mendaulatkannya.
Jika Melayu sendiri longlai dan layu jiwa pada bahasanya, siapa lagi yang mahu diharapkan? - Berita Harian, 25 Oktober 2011
Posted by imlan adabi at 1:29 PM No comments:
1.0 Pendahuluan
Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya
dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara
iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah
bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan
dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan
penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. . Jadi, pelbagai
seminar atau pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu
terus membimbangkan pada setiap insan yang mencintai bahasa Melayu.
Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada kesankesanyang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21 supaya kesankesan tersebut akan membantut perkembangan bahasa Melayu pada masa
akan datang. Justeru, kesan-kesan ini tidak akan mengancam kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan di
Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan dibincangkan secara satu persatu
supaya jelas tentang kesan-kesan yang dihadapi oleh pencemaran
penggunaan bahasa melayu berdasarkan ledakan ict di masa kini.
2.
3.
Kesalahan ejaan
lain. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat penting, iaitu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran, bahasa pengantar, bahasa rasmi
dan sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita seharusnya
memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan
seharian kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita
seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu
tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.
Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian dilupakan dan
semakin kurang penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada masa ini,
Bahasa Melayu telah tercemar disebabkan oleh wujudnya bahasa lain dan
pencampuran bahasa. Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh
generasi-generasi pada zaman ini, khususnya generasi muda. Mereka telah
terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan menggunakan bahasa asing,
mereka berfikir mereka adalah orang yang paling terkenal dan mempunyai
kedudukan yang tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa mereka akan
sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai pengetahuan bertutur dalam
bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka ini akan menyebabkan
mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting, iaitu Bahasa
Melayu.
Dalam Syarahan Agung Sasterawan Negara, anjuran KALAM, JKKN dan DBP,
di Dewan Bahasa dan Pustaka, 15 Disember 2009, SN Prof. Dr. Muhammad
Haji Salleh berkata:
menghairankan jika kes gejala sosial juga turut berlaku dalam kalangan
kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja.
gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta
menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong
dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang
wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi
kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran
tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar berkomunikasi dalam Bahasa
Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini
membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi
dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu
yang tercemar dari segi tatabahasa.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara
yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang
bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak
mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di
tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak
yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa
menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada
dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan
ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik
dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya.
Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara
meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan
bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang
juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa
yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa
sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan
bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah
berupa bahasa rojak dan pasar.
Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah
sedar yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan
penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar
keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari
sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari
segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah
menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan
perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu iaitu bagaimana