Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Allah S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai rahmatan


lilalamin iaitu rahmat kepada sekalian alam. Kerasulan baginda S.A.W
berbekalkan mukjizat yang paling agung iaitu al-Quran dengan tujuan
penurunannya sebagai pedoman hidup kepada seluruh umat manusia.
Melalui malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W diajarkan membaca alQuran.Adapun

al-Quran

ialah

qaraa

yang

mempunyai

erti

mengumpulkan dan menghimpun. Selain itu, disebut juga sebagai qiraah


beerti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata antara satu dengan yang
lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Al-Quran pada mulanya
seperti qiraah iaitu masdar (infinatif) dari kata qaraa, qiraatan dan
quranan.
Justeru amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan
juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir
membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru
itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia,
malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu
ibadat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi hadis:
Tidak berhimpunnya satu-satu kaum itu dirumah Allah membaca ayatayat

al-Quran

dan

mempelajarinya

melainkan

turun

ke

atasnya

ketenangan, diliputi dengan rahmat Allah dan Allah sentiasa menyebut


mereka (al-Qushairi, 1995)
Menurut

Ibnu

khaldun

(2002)

dalam

kitabnya

Muqaddimah

menyatakan bahawa al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanakkanak pada peringkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan
benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak. (Yusof Qardhawi,
2010) menegaskan diantara manfaat membaca dan menghafal Al Quran
pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca
huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj
hurufnya.

Quraish Shihab (2004) menyatakan bahawa, Allah s.w.t memuliakan


umat Islam dengan kitab al-Quran sebagai kalam terbaik. Dalam al-Quran
telah dikumpulkan segala yang diperlukan oleh manusia berbentuk kisah
terdahulu, nasihat-nasihat, pelbagai perumpamaan, adab, kepastian
hukum, hujah-hujah yang kuat dan jelas sebagai bukti keesaan-Nya. Allah
s.w.t mewajibkan manusia supaya bersikap baik terhadap kitab-kitab-Nya,
termasuk

perlakuan

ini

adalah

menjelaskan

adab-adab

pembaca,

membimbing mereka melaksanakan ajaran al-Quran serta megingatkan


manusia dengan nasihat-nasihat yang baik (Anis Ahmad, 2004)
Tegasnya, Al-Quran diturunkan untuk kepentingan seluruh umat
manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa. Isi al-Quran menjadi
sumber asas kepada manusia untuk dijadikan panduan dalam menjalani
kehidupan dunia apatah lagi akhirat. Untuk mencapai hasrat tersebut
manusia

perlu

menyelami

al-Quran

melalui

belajar

membaca,

mengahafaz, memahami serta mengamalkannya.

LANGKAH PENGAJARAN ALQURAN


Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini
digunakan bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahirankemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan
memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil pembelajaran
mengikut aras tercapai, saya guru al quran memilih kaedah yang sesuai
dengan tahap pelajar. Saya memilih kaedah

Talaqqi, Musyafahah dan

Latih tubi untuk pengajaran dan pembelajaran alquran didalam kelas


merangkumi ketiga-tiga komponen kemahiranyang disebutkan.
a) Talaqqi musyafahah.
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan
oleh

Jibril

a.s

kepada

Rasulullah

SAW

dikenali

sebagai

Talaqqi

Musyafahah. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian

Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.


Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya
Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula
meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya
tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara
bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan
tilawah al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan
dengan pelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan
dengan pelajar mengikut kumpulan atau secara kelas.Kaedah ini amat
berkesan

kerana

guru

dapat

mengesan

pelajar

yang

mempunyai

kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan
pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran.
Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat memperbaiki setiap kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak
dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.
b) Musyafahah.
Musyafahah pada bahasa : gerakan bibir atau sebutan daripada
mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir.Musyafahah dari
segi istilah bermakskud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat alQuran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir, pergerakan
bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al
Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di
hadapan

pelajar

supaya

pelajar

dapat

mencontohi

sebutan

guru

berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh


mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta
pelajar memerhatikan dengan guru membetulkan sebutan tersebut.Pelajar
menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan melihat
pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar
mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru
semasa menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya, pelajar

membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan


dan bacaan pelajar
Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah.
Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru
berhadapan

dengan

pelajar

atau

bersemuka.

Guru

akan

memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan contoh dan


meminta pelajar mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan
teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta
pelajar membacanya dan guru mendengar dengan teliti dan membetulkan
kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid.
Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran mengikut
rancangan

mengajar

guru

pada

hari

itu.Cara

bersemuka

sangat

ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan


semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhrajmakhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid
Aplikasi Kaedah Talaqqi dan Musyafahah.
Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran
aras satu. (Ayat bacaan)
Hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang
terdapat dalam kelas, merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu
lemah, sederhana dan pandai. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras
satu, menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, guru memulakan
pengajaran
menggunakan

dengan

membaca

ayat-ayat

bacaan

al-Quran.Saya

kaedah ini ketika mengajar kepada pelajar tahun 5

disekolah saya iaitu Sekolah Permatang Emas pada 22 September 2014


yakni pada hari Isnin.Saya menggunakan beberapa langkah dalam
komponen kemahiran ini antaranya ialah seperti berikut:
Saya memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan saya sendiri
supaya pelajar dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.
Saya mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad

carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, saya


membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan
guru.Seterusnya

saya meminta pelajar membaca ayat secara kelas,

kumpulan dan individu. Semasa pelajar membaca ayat, saya memerhati


dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk mengesan pelajar
yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai
bacaan dan saya mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan
membimbing mereka membaca dengan bacaan yang betul dari segi
sebutan dan tajwid. Saya membaca, pelajar diminta memerhati gerak
bibir guru kemudian mengikut bacaan guru seterusnya saya membetulkan
bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid.
Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh
guru dengan berkesan kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran
dengan betul mengikut sebutan guru. Guru juga dapat membetulkan
sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru perlu
memastikan semua pelajar dapat membaca ayat yang diajar oleh guru
pada hari tersebut.
4.0 Kaedah Tasmik
Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang
bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran
Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah
tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap
pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.
Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca
ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di
hadapan guru. Guru mendengar bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti
supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam
bacaannya.

Jika

terdapat

kesalahan,

guru

akan

memperbetulkan

kesalahan murid. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh

menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud
tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

c) Kaedah Latih Tubi


Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat
atau kecekapan yang dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah
supaya pelajar mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di
samping menjamin kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat
menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan
mereka dalam al-Quran. Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat
sesuai bagi mereka yang baru belajar al-Quran, malah kaedah ini
sememangnya

telah

diperaktikkan

sejak

zaman

Rasulullah

s.a.w.

Saidatina Aisyah telah meriwayatkan hadis yang bermaksud :


Rasulullah s.a.w. suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para
sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.
Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan
mengingat serta menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari.
Pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan sekiranya kaedah
ini dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih
tubi ini dilaksanakan dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina Aisyah
r.a. meriwayatkan sebuah hadis lagi yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu
ayat dan kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.
diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk
memahaminya.
Kaedah latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui
kaedah ini guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap
pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesan untuk pengajaran tilawah al
Quran bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan
bagi pelajar yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih

tubi juga dapat membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan alQuran dan menghafaz ayat-ayat yang diajar guru.

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR (TILAWAH AL QURAN)

Sistem pendidikan negara terus mengalami perkembangan selaras


dengan

perubahan

yang

telah

berlaku

dalam

merentasi

zaman

kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada


perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta
huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun
1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) diperkenalkan setelah dibuat
penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan
Negara

FPN

(1988)

disuratkan,

sekali

lagi

kurikulum

diberi

penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan


namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang
bermula

pada

berorientasi

tahun

1993.

berasaskan

Kurikulum

kepada

Bersepadu

Falsafah

Sekolah

Pendidikan

Rendah
Negara.

Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru


diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum
ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.

LATAR BELAKANG : KBSR


KBSR merupakan singkatan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah
yang diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan Jawatankuasa
Kabinet

Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KBSR

diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama Sekolah


Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah

bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan pada tahun
1983, pelaksanaan penuh pun bermula di semua sekolah rendah seluruh
negara.
KBSR pada asasnya berpegang pada konsep bahawa murid-murid
perlu memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan
menghayati nilai secara terus melalui pengalaman.KBSR dibahagikan
kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan
dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang
komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas
iaitu kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui
2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan
Matematik.

Bidang

ini

selaras

dengan

perakuan

dalam

Laporan

Jawatankuasa Kabinet 1979.


Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan
rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang
3M iaitu membaca, menulis dan mengira
~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet.
Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan
tentang

nilai-nilai

kemanusiaan

dan

persekitan

serta

komponen

kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang perkembangan diri
individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat,
akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid
melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.
Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini
berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi
mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep

bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di


sekolah melalui perlaksanaan KBSR.
Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsurunsur

pengetahuan,

diintergrasikan
pengajaran

kemahiran

supaya

dan

terdapat

pembelajaran,

dan

nilai

dalam

kesepaduan.
konsep

kandungan

Maka

bersepadu

dalam
tadi

KBSR
proses

diserapkan

melalui :
I.

Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-

kemahiran selain daripada penyerapan ilmu pengetahuan.


II.

Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu

proses pengajaran dan pembelajaran.


III.

Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang

perlu berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan


ini tidak boleh dilakukan secara berasingan.
IV.

Kesepaduan antara teori dan praktik.

Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang


murid-murid

memperoleh

dan

merasai

pengalaman

hidup

seperti

menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat,


membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk semangat kerja
antara satu sama lain.

LATARBELAKANG : KSSR
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan
pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan

semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji
rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga
Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di
semua sekolah bermula pada 2011.

KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu


secara

menyeluruh,

pendidikan

yang

sama

untuk

semua

murid,

pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR,


penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah
berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard
Pembelajaran.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard
terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang
perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)
Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu
Tunjang

Komunikasi,

Kerohanian,

Sikap

dan

Nilai,

Kemanusiaan,

Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan


Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum
(EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

PERBEZAAN KEDUANYA (KBSR DAN KSSR DALAM PENGAJARAN AL


QURAN)
Selanjutnya
membuktikan
berbanding

Matlamat

bahawa

KSSR

Pendidikan
yang

telah

al-Quran

dengan

dikeluarkan

lebih

jelasnya
efektif

dengan KBSR,kerana apa yang terkandung di dalamnya

mampu memberi kejayaan dalam pelbagai penyelidikan. Sejajar dengan


dunia moden kini Ahli sains mengambil al-Quran sebagai asas sains, ahli

hukum

mengeluarkan

membicarakan

falsafah

hukum
dalam

daripada
al-Quran

al-Quran,
dan

ahli

ahli

falsafah

pendidikan

pula

mengambil al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan matlamat


pendidikan (Mohd Yusuf Ahmad, 2004) dan ajarannya bukan sahaja
membuka jalan kepada manusia untuk mengawal dan menghayati segala
kebaikannya malah menjadi asas untuk meninggikan kekuatan iman dan
mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T di samping membentuk
akhlak dan peribadi mulia sebagai khalifah Allah di bumi yang fana ini.

Al-Quran mempunyai kelebihan yang sangat banyak dan tinggi di sisi


Allah S.W.T dan tuntutan mempelajari serta mengajarnya kepada orang
lain juga sangat besar pahalanya. Oleh sebab itu al-Quran itu sendiri
mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu berbanding dengan kitab-kitab
lain. Membaca al-Quran, mempelajari, mengajarkannya serta mengulangulangkannya akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda daripada
Allah S.W.T (Wahbah az-Zuhaili, 2005). Ini kembali ditegaskan oleh Allah
Allah S.W.T melalui firmannya dalam surah al-Isra ayat 9. yang
bermaksud:

Sesungguhnya al-Quran ini menunjuki (jalan) yang lebih lurus dan


memberi kabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan
(amalan) yang saleh; sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar
.(Mahmud Yunus)

PENAMBAIKAN

KEPADA

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

TILAWAH AL QURAN
Sektor Pendidikan islam memperkenalkan program j-QAF yang antara lain
tujuannya untuk membolehkan semuapelajar muslim khatam bacaan al-

Quran sebelum mereka melangkah ke sekolahmenengah. Terdapat banyak


faktor yang perlu diambil kira dalam melaksanakan pengajaranal-Quran
kepada

murid.

Faktor

kaedahpengajaran
pengajaran

yang

yang

al-Quran.

mempercepatkan

proses

paling

sesuai

penting ialah pendekatan dan

digunakan

Kaedahyang

sesuai

pembelajaran

yang

dalam
dan

melaksanakan
berkesan

akan

akanmembantu

murid

menguasai bacaan al-Quran.Adab-adab Dalam mengajar dan Mempelajari


al-Quran Perbincangan tentang kaedah pengajaran al-Quran tidak lengkap
tanpamembicarakan tentang adab-adab mengajar dan mepelajari alQuran. Adab tersebutsangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan
keberkesanan dan keberkatan dalammempelajari al-Quran. Kegagalan
dalam melaksanakan adab-adab mempelajari al-Quranmenjadi salah satu
daripada

punca

kepada

kegagalan

umat

Islam

dalam

menguasai

bacaanal-Quran. Sebab itu terdapat ramai ulama yang menulis tentang


perkara tersebut.Umpamanya al-Imam an-Nawawi rahimahullah (1992)
telah menyusun sebuah bukuberjudul al-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Quran
( ( dalammembicarakan tentang adab-adab yang
perlu diambil berat dalam mengajar danmempelajari al-Quran dan
Abdullah al-Qari bin Salleh (1972). Antara adab-adab yangdijelaskan oleh
mereka ialah;
1. Hendaklah memasang niat mengajar dan mempelajari al-Quran
semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT.
2. Hendaklah mengelakkan diri dari mencari pengaruh atau kemasyhuran
dalam mengajar atau mempelajari al-Quran.
3. Hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan amalan dan budi pekerti
yang mulia sesuai dengan kedudukan al-Quran.
Antara amalan yang dianjurkan ialah amalan seperti menggunting misai,
memotong kuku, menguruskan janggut, membersihkan diri dari dari
kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan dan tidak memakai pakaian
yang tidak senonoh.

4. Hendaklah guru menyambut baik orang yang hendak mempelajari alQuran dengannya
.5. Hendaklah guru sentiasa membari nasihat-nasihat yang baik serta
memberi dorongan dan motivasi kepada muridnya
6. Guru dan murid hendaklah sentiasa mengamalkan sifat suka merendah
diri. Mereka juga hendaklah saling berlemah-lembut antara satu sama lain
.7. Guru hendaklah juga mendidik murid-muridnya dengan adab-adab
yang terpuji. Mereka yang mengamalkan adab-adab yang terpuji akan
mempunyai

hati

yang

bersih

dan

mudah

menerima

ilmu

yang

disampaikan oleh guru kepadanya.


8. Guru hendaklah mempunyai sifat berdedikasi dalam pengajarannya.
Umpamanya mengosongkan fikirannya dengan perkara-perkara yang
boleh mengganggu penumpuan. Di samping itu, guru juga hendaklah
mengambil berat terhadap pencapaian muridnya dengan memastikan
murid-murid membuat ulangkaji dan sebagainya
.9. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada murid yang datang lebih
awal kepadanya.
10. Guru tidak harus menolak orang yang ingin belajar dengannya
meskipun orang tersebut mempunyai niat yang tidak baik atau belajar
bukan kerana mencari keredhaan Allah.
11. Guru hendaklah seboleh-bolehnya mencari tempat yang lapang dan
selesa dalam melaksanakan pengajaran.
12. Hendaklah membersihkan diri sebelum membaca al-Quran. Sebelum
membaca al- Quran, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu berwudu.
13. Hendaklah membaca dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.
14. Hendaklah menjauhkan perbuatan yang tidak senonoh seperti gelak
ketawa, bergurau senda serta melihat sesuatu yang melalaikan.

15.Pelaksanaan kaedah Tasmik.


Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.Kedudukan guru adalah
berhampiran

dengan

pelajar

dengan

keadaan

berhadapan

atau

bersemuka supaya guru dapat melihat cara pelajar menyebut kalimah


atau ayat.Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara
yang nyaring supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan
bacaan

pelajar.-

Pelajar

membaca

secara

kumpulan

kecil

atau

individu.Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.


Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan
Tilawah al-Quran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat
mengesan dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang
diajar. Bagi mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang, guru
perlu

melaksanakan

pembelajaran.

langkah-langkah

yang

sesuai

mengikut

aras

PENUTUP

Kesimpulannya, membaca al-Quran sangat dianjurkan kepada setiap


individu muslim kerana al-Quran akan mendatangkan pelbagai manfaat
terhadap pembacanya, namun mempelajari kaedah dan tata cara dalam
pembacaannya merupakan tuntutan yang mesti dipenuhi, disamping
hukuman mendapat gajaran dosa, kesalahan dalam membaca al-Quran
akan menentukan sah atau tidak sahnya ibadah yang dilakukan oleh
seseorang

tersebut.

Oleh

itu

seseorang

mesti

secara

berterusan

mempertingkatkan ilmu tilawah al-Quran agar lidah sentiasa terpelihara


diwaktu kita membaca.Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar dan
teragung dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui
perantaraan malaikat Jibril. Kemudian Nabi S.A.W diperintahkan Allah
S.W.T

agar

menyampaikan

kepada

seluruh

manusia.

Adapun

isi

kandungan al-Quran sarat dengan petunjuk yang akan membawa


manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi akhirat.
Al-Quran

wajib

dipelajari

kerana

ia

mempunyai

fungsi

dan

sumbangan yang penting sebagai sumber dan panduan yang dapat


menyelesaikan pelbagai persoalan dan memenuhi segala kehendak
manusia (Hanafi Mohamad, 1996). Pendidikan al-Quran adalah mencakupi
semua pendidikan manusia dalam segala segi hidupnya dan sepanjang
usianya. Kehidupan dunia ini adalah diumpamakan sebagai menjalani
satu perjalanan untuk persiapan kepada kehidupan yang lebih baik iaitu di
akhirat. Kerana itulah pendidikan al-Quran mengandungi kehidupan

sekarang dan kehidupan akan datang secara serentak .Melalui al-Quran,


Allah S.W.T mendidik manusia supaya percaya kepada Allah sahaja
sebagai Tuhan yang patut disembah dan meminta pertolongan, iaitu dari
segi Uluhiyyah dan Rubbubiyyah kerana Allah S.W.T sahajalah yang
berkuasa (Mohd Yusuf Ahmad, 2000). Ini juga ditegaskan melalui firman
Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah ayat 21 yang bermaksud:

Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orangorang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa (Mahmud
Yunus)

Dengan demikian manusia dituntut untuk meyakini dan mengimani


bahawa kitab suci al-Quran ini adalah kepunyaan Allah S.W.T dan bukan
dicipta oleh Rasulullah S.A.W atau pun makhluk lain. Justeru itu, al-Quran
wajar diangkat sebagai teras dan sumber rujukan utama yang mendasari
seluruh aspek kehidupan dan diyakini sepenuh hati kebenarannya.
Sebagai khalifah Allah S.W.T setiap muslim berkewajipan memikul dan
melaksanakan segala apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam alQuran. Ini selari dengan firman Allah S.W.T dalam surah al Baqarah, ayat
147 yang bermaksud
Tuntasnya, kepada mereka yang terlibat dan bertanggung jawab
dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran seperti guru al-Quran, para
pendidik

di

sekolah

mahupun

di

institusi

pengajian

tinggi

mesti

mendalami dan menyelami segala keistimewaan dan kelebihan yang


terdapat di dalam isi kandungan al-Quran dalam usaha untuk disampaikan
kepada murid dengan pendekatan yang tepat dan lebih berkesan lagi.
Manakala bagi para pendidik dan guru al-Quran, mereka haruslah
menyelami segala kelebihan al-Quran kemudian menyampaikan kepada
para murid dari semasa ke semasa dengan tujuan untuk menyuburkan
minda, cintakan al-Quran serta suka untuk mendengar, membaca dan
mempelajari al-Quran.

RUJUKAN
1.Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2007), Buku Panduan
Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum,
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.Ismail

Abas

et.al.

(2007),

Pengenalan

Pendidikan

Islam,

Seri

Kembangan: UNITEM Sdn.Bhd.


3.Habibah@Artini Ramlie dan Rahimi Md Saad (2008), Pendidikan Islam
Tingkatan 3, Seri Kembangan : Open University Malaysia.
4.Kamarudin Hj Husin (1994) KBSM dan Strategi Pengajaran Pahasa ,
Subang Jaya, Kumpulan Budiman.

5.Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2006), Buku Panduan


j-QAF Model Pengajaran dan Pembelajaran Islam , Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.