Anda di halaman 1dari 16

OPEN UNIVERSITI

MALAYSIA
NAMA
NO.MATRIK
SUBJEK

:AINAA SAFIAH BT AZIZ


:8609220252720001
:Al-QIRAAT (HBQE2203)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pendahuluan




Segala puji-pujian kepada Allah S.W.T. Tuhan Semesta Alam selawat
dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ,isteri-isteri dan
sahabat baginda.

Al-Quran yang ditulis mengikut Rasm Uthmani adalah al-Quran yang


disepakati dan diterima umum sebagai yang paling sahih. Mashaf alQuran mengikut Rasm ini ditulis sesuai dengan bacaan Hafs an Asim.
Lebih 85% umat Islam di seluruh dunia membaca al-Quran Hafs an Asim.
Al-Quran sejak dari zaman Sayyidina Uthman bin Affan r.a. ditulis dengan
Rasm Uthmani. Ianya disandarkan kepada Khalifah Uthman r.a. Semua
bacaan qiraat menggunakan al-Quran yang sama walaupun diusahakan
secara khusus al-Quran yang lain untuk qiraat-qiraat yang tertentu.
Secara spesifiknya al-Quran Rasm Uthmani boleh dibaca oleh semua
bacaan qiraat. Ini bermakna Rasm Uthmani menepati hukum bacaan
Qiraat Asara.
Ilmu pengajian qiraat adalah satu-satunya ilmu yang terpenting bagi
mereka yang mempelajari dan membahas kandungan al-Quran dan
menghafalnya. Al-Qiraat diberi keutamaan kerana ianya secara langsung
membahaskan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kalamullah.
Dengan itu ilmu tersebut kita akan dapat merasai mujizat al-Quran dari
segi huruf dan lafaz yang baik dengan memahami didalam bahasa Arab
2

yang indah. Sehingga tidak boleh ditandingi oleh sasterawan-sasterawan


Arab ketika itu dan di masa kini.

PENGERTIAN DAN PENGENALAN ILMU QIRAAT DAN RASM


UTHMAN
Ilmu pengajian qiraat adalah satu-satunya ilmu yang terpenting bagi
mereka yang mempelajari dan membahas kandungan al-Quran dan
menghafalnya. Al-Qiraat diberi keutamaan kerana ianya secara langsung
membahaskan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kalamullah.
Dengan itu ilmu tersebut kita akan dapat merasai mujizat al-Quran dari
segi huruf dan lafaz yang baik dengan memahami didalam bahasa Arab
yang indah. Sehingga tidak boleh ditandingi oleh sasterawan-sasterawan
Arab ketika itu dan di masa kini.Maksud Ilmu Qiraat terbahagi kepada dua
bahagian iaitu dari sudut bahasa dan istilah
Takrif qiraat dari segi bahasa merangkumi dua pendapat. Pendapat
yang pertama ialah qiraat didatangkan dengan maksud bacaan iaitu
himpunan huruf dan kalimah-kalimah yang sempurna. Qiraat pada
asalnya dari kata terbitan iaitu qaraa (), qiraah ( )dan quranan (
)atas wazan fulan ( )seperti ghufran, syukran dan lain-lain
lagi. Perkataan Qiraat itu berbentuk masdar dengan isim maful iaitu
maqru (dibaca).
Pendapat yang kedua, qiraat jama atau himpunan dari perkataan
qiraah ( ; )dari perkataan asal qaraa (), bagi pendapat salaf pula
menjelaskan lafaz qiraah dalam nas al-Quran yang sempurna untuk
memberi keterangan tentang kehilangan al-Qura (). Qiraah dalam
bahasa ialah jama atau himpunan, setiap sesuatu himpunannya adalah
qiraah ; dinamakan al-Quran kerana himpunan yang merangkumi ayat-

ayat yang berbentuk cerita, perintah, larangan, perjanjian dan sebagainya


dalam sebahagian surah-surah di dalam al-Quran.
Menurut Dr. Syiyan Muhammad Ismail dalam kitabnya Al-Qiraat
Ahkamuha wa Masdaruha pula, qiraat adalah jama kepada kalimah qaraa
(), iaitu pada asal adalah masdar qa raa (). pendapat yang lain,
qaraa fulan ( ( )baca si fulan), yaqrau ( )iaitu dia baca dan qiraah (
)iaitu bacaan. Daripada pengertian-pengertian yang telah disebutkan
tadi, dapatlah disimpulkan bahawa qiraat dari segi bahasa membawa
maksud bacaan-bacaan yang berasal dari kata terbitan qaraa (),
qiraah ( )dan quranan ().
Takrif qiraat dari segi istilah mempunyai beberapa maksud
antaranya ialah menurut Abdul Fattah Al-Qodi dalam penulisannya, AlBudur Az-Zaahirah. Qiraat ialah ilmu yang membincangkan tentang
kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang,
pendek dan sebagainya. Bagi pendapat Ustaz Hj. Mohd Nazri Abdullah,
qiraat ialah salah satu ilmu dari cabang-cabang ilmu yang ada hubungan
dengan al-Quran yang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Semenjak
penurunan wahyu yang merupakan satu-satunya sumber pengambilan
qiraat hingga kini yang sentiasa dijaga, dipelajari, disuburkan dan
diperkembangkan oleh ulama yang silih berganti.
Manakala daripada sumber lain pula, ilmu qiraat merupakan
semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan alQuran dan hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Proses
pengajian dan pembelajaran ilmu qiraat ini mestilah diambil daripada
guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana al-Quran
dan qiraat merupakan sunnah muttaba. Menurut Syiyan Muhammad
Ismail dalam Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha, qiraat ialah suatu ilmu
yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran yang khilaf dan
keadaan kalimah-kalimah tersebut.

Rasm dari segi bahasa bermaksud kesan atau bekas. Dari segi
istilah pula ialah menggambarkan lafaz dengan huruf-huruf hijaiyah, atau
menggambarkan lafaz yang dimaksudkan dan cara menggambarkannya
ialah dengan menggunakan huruf-huruf hijaiyah, bukan menuliskan huruf
hijaiyah berdasarkan nama-namanya, misalnya huruf tidak ditulis
dengan . Rasm juga boleh diertikan dengan maksud penulisan yang
mempunyai kaedah-kaedah tertentu. Ibn Taimiyyah memperjelaskan lagi
pengertian Rasm dengan katanya : Rasm ialah huruf yang berbagaibagai yang tidak sama dengan apa yang dibaca.
Jadi ilmu resam ialah ilmu yang membincangkan cara-cara menulis lafaz
atau sebutan untuk memelihara pengucapan huruf asalnya , seperti
menambah , mengurangkan , menyambung , memisahkan dan
menggantikan huruf .Justeru dimaksudkan dengan huruf asal ialah
penulisan bagi sesuatu huruf dimana dapat diketahui cara memulakan
dan mewakafkan bacaan padanya .
Rasm Uthmani ialah sistem penulisan al-Quran mengikut yang
disepakati di zaman Sayyidina Uthman r.a. Prosesnya dengan
pengumpulan dan penulisan kalimah-kalimah al-Quran yang terdapat
pada mashaf-mashaf yang ditulis oleh para sahabat sejak dari zaman
Rasulullah s.a.w. hingga ke zaman pemerintahan Sayyidina Uthman Bin
Affan r.a. Kaedah ini dinamakan Rasm Uthmani kerana pada zaman
pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan r.a. ayat-ayat al-Quran ditulis
dan dihimpunkan secara khusus seperti mashaf yang ada pada hari ini.
Pengumpulan al-Quran dan penulisannya yang diketuai oleh Zaid bin
Thabit r.a. adalah berdasarkan tulisan orang Quraisy. Demi memelihara
bacaan al-Quran yang tepat hanya al-Quran Rasm Uthmani sahaja yang
difatwakan sebagai yang sahih. Membaca al-Quran yang bertulis dengan
Rasm Uthmani memenuhi rukun membaca al-Quran. Terdapat beberapa
keunggulan Rasm Utmani. Antaranya:
Al-Quran diterima Rasulullah s.a.w. secara langsung daripada
malaikat Jibril a.s. Rasulullah s.a.w pula memperdengarkannya kepada
sahabat untuk dihafal. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w.
5

memerintahkan sahabat yang mahir menulis untuk mencatatkan wahyu


dalam bentuk tulisan. Baginda memberi arahan yang lengkap mengenai
cara menulisnya. Apabila Rasm Uthmani direalisasikan Sayyidina Uthman
r.a. mengekalkan kaedah yang telah dimulakan oleh Rsulullah s.a.w. Ini
bermakna Sayyidina Uthman r.a mengekalkan sunnah Rasulullah S.A.W.
Berdasarkan mushaf Imam yang ditulis oleh para sahabat r.a. pada zaman
Sayyidina Uthman , kaedah resam Uthmani boleh dibahagikan kepada
enam bahagian yang utama iaitu :

1.Kaedah Hazaf (membuang huruf).


2.Kaedah Ziadah(menambah) huruf.
3.Kedah menuliskan huruf Hamzah.
4.Kaedah Ibdal(menukar) huruf.
5.Kaedah merangkai dan menceraikan huruf.
6.Kaedah pada dua Qiraat yang ditulis dalam satu bentuk (atau lebih) .

HUBUNGAN ILMU QIRAAT DAN RASM UTHM


Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut
gaya penulisan yang telahditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga,
6

Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan
dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan
mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali
dengan ilmu Qiraat.Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan
penjelasan dan penerangan tentang perbezaan bacaan al-Quran mengikut
bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur.
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa mushaf pada zaman
Khalifah Uthman bin Affan r.a. adalah tidak bertitik dan tidak berbaris.
Namun begitu, Rasm Uthmani pada mushaf-mushaf tersebut meliputi
tujuh huruf yang diturunkan ke atas baginda S.A.W serta qiraat. Perkara
ini dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa contoh berikut:

1.Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Satu Penulisan


Terdapat qiraat yang mempunyai lebih dari satu bacaan dan ia ditulis
dengan satu
penulisan sahaja. Contoh:
, ,
Perkataan di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu pada huruf sod di mana
ia dibaca
dengan sod dan sin. Perkataan tersebut meskipun ia ditulis dengan sod,
namun asal
hurufnya ialah sin. Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan
Rasm Uthmani
pada zaman tersebut hanya menulisnya dengan huruf sod sahaja
sedangkan terdapat
beberapa masyarakat Islam seperti di Makkah membacanya dengan huruf
sin.

2. Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Sama Penulisan


Bahagian kedua ini membincangkan qiraat yang ditulis dengan penulisan
yang sama di mana ia merangkumi bacaan yang selainnya. Perbezaan
yang berlaku hanyalah pada
baris dan titik. Contoh:

Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu huruf ba
dan huruf ta.
Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada
zaman tersebut
merangkumi kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa
baris. Maka
penulisan perkataan tersebut merangkumi semua mushaf yang dihantar
ke negaranegara
Islam. Contoh lain:
Berdasarkan
:
Berdasarkan pada ayat di atas, perkataan dibaca dengan dua qiraat.
Qiraat

pertama dibaca dengan mengekalkan huruf alif soghirah selepas huruf


mim. Maka ia
dibaca dengan dua harakat . Adapun qiraat yang kedua pula dengan
membuang
alif soghirah tersebut dan dibaca dengan kadar satu harakat sahaja, .
Kedua-dua
qiraat iniperkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan. Contoh lain
adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris. Maka,
penulisanMaka, penulisan
perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan. Contoh lain:

Juga pada kalimah di ata s, dibaca dengan dua qiraat iaitu

dan

.
Kedua-dua qiraat ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik
dan baris.
Maka, penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan.

3.Rasm Uthmani Yang Berkaitan Dengan Buang dan Tambah


(Huruf dan Baris)
Juga terdapat perbezaan qiraat pada satu perkataan di mana ia berkaitan
dengan
penambahan dan pengurangan huruf. Contoh:

Pada kalimah bergaris di atas, terdapat dua bacaan yang berbeza antara
satu sama lain
di mana bacaan yang pertama seperti di atas ( oleh Ibn Kathir, Abu
Amr, Asim,
Hamzah, al-Kisaie, Yaqub, Khalaf al-Asyir), manakala bacaan yang kedua
pula ialah
(oleh Nafi, Ibn Amir, Abu Jafar). Oleh kerana itu, bacaan pertama
ditulis pada
mushaf ahli al-Kufah dan al-Basrah, manakala bacaan kedua ditulis pada
mushaf ahli alMadinah dan al-Syam. Contoh lain:


Pada ayat di atas, terdapat dua qiraat yang berbeza dari segi
penambahan perkataan
dan pembuangan perkataan iaitu penduduk Makkah sahaja yang
membaca dengan
menambah pada ayat mengikut bacaan Imam Ibn
Kathir.
Adapun penduduk di negara Islam yang lain membacanya dengan
membuang
Maka penambahan perkataan hanya berlaku pada mushaf Makkah
sahaja.

4.Rasm Uthmani; Beza Bacaan Dari Sudut Taqdim dan Takhir

10

Pada bahagian yang keempat ini pula, terdapat qiraat yang berbeza dari
segi taqdim
(mendahulukan) dan takhir (mengakhirkan) sesuatu perkataan. Contoh:

Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan tiga qiraat iaitu Imam
Hamzah, alKisaie dan Khalaf al-Asyir membacanya dengan mendahulukan
daripada
. Qiraat yang kedua oleh Imam Ibn Kathir dan Ibn Amir pula
membacanya
dengan mengakhirkan dan dibaca dengan tashdid (bersabdu). Ada
pun qiraat
ketiga yang dibaca oleh Imam Nafi, Abu Amr, Asim, Abu Jafar dan Yaqub
pula
membacanya sebagaimana pada ayat di atas. Maka terdapat mushaf
yang ditulis
dengan mendahulukan dan juga terdapat mushaf yang
mendahulukan .
Perbezaan penulisan mengikut qiraat seperti ini telah dijelaskan
oleh Abu
Amr al-Dani di dalam kitab beliau: Sebabnya ialah tatkala Amir alMukminin Uthman bin
Affan r.a. menghimpunkan suhuf kepada mushaf, beliau berhadapan
dengan masalah
perbezaan qiraat dan perlukan kepada penulisan al-Quran yang
mengikuti bahasa
Quraish .... Namun begitu, beliau mengetahui bahawa kesemua mushaf
perlu ditulis
11

mengikut satu kaedah penulisan dengan mengulang penulisan beberapa


perkataan
yang berbeza hurufnya. Maka satu perkataan ditulis pada satu mushaf
dan dihantar ke
negara yang penduduknya membaca dengan bacaan tersebut. Juga
bacaan kedua
ditulis pada mushaf yang lain dan dihantar ke negara yang penduduknya
membacan
dengan bacaan tersebut. Maka ini adalah sebab ditulisnya perkataan yang
berbeza dan
dihantar ke negara-negara Islam ketika itu.

KESAN ILMU QIRAAT TANPA RASM UTHMANI

Al-Quran adalah wahyu daripada Allah sebagai petunjuk kepada


manusia.Di dalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa
pendapat ulama.Pertamanya, penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan
Rasm Uthmani ( Pendapat Jumhur Ulama).Keduanya, Harus menulis
dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.Ketiganya, Harus malah Wajib
dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud
pembelajaran.
Pada pendapat saya, hukum menggunakan rasm uthmani adalah Wajib.
12

Ini kerana, melalui rasm uthmani dapat membentuk bacaan yang selaras
dikalangan pembaca yang mungkin mempunyai bentuk bacaan yang
berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan
penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi
perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang
pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang
baru memeluk Islam. Justeru itu, perlu diamalkan sejak dari peringkat
persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di
seluruh negara.
Seterusnya, tulisan Rasm Uthmani ini dapat menonjolkan
kemukjizatan al-Quran dengan wujudnya perbezaan bentuk tulisan alQuran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam Allah ini diturunkan
dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk
bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda
bacaan yang tertentu, ia dapat memandu kita untuk membaca dengan
betul. Ciri inilah yang terdapat dalam Rasm Uthmani. Jika kemukjizatan
dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan sebaiknya,
ia dapat menarik minat untuk menggunakan Rasm Uthmani ini dalam
pengajian al-Quran.
Dengan itu terdapat dua kesan seandainya ilmu Qiraat tanpa Rasm
Uthman iaitu,
penguasaan ilmu tajwid menjadi tidak sempurnaan apabila membaca AlQuran. .Kerana ketidak mampuan menguasai tajwid ini akan mewujudkan
kesalahan dan kesilapan yang banyak dalam membaca al-Quran.Malah,
kesilapan membaca membawa pada kesilapan pengertian yang terkadang
membawa pada pengertian sebaliknya.Oleh itu, rasm uthmani sangat
penting dalam membantu menguasai hukum-hukum tajwid.Dengan
memahami beberapa simbol yang ada pada al-Quran uthmani, pembaca
akan dengan mudah menguasai hukum tajwid dengan baik dan sempurna.
Selain itu, bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui
dan mengingati bentuk bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk
baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid,
samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini memudahkan kita
13

untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.Dengan itu jika tidak
menggunakan tulisan Rasm Uthmani dalam Ilmu Qiraat pembaca dan
penghafal al Quran sukar untuk membaca dengan sempurna.
Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas sama ada
pada awal atau surah. Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat
diakhiri dengan kalimah yang menyempurnakan dan memenuhi kehendak
ayat tersebut. Secara tidak langsung, pembaca dapat berhenti dengan
baik dan selesa. Bagi yang ingin menghafal pula, ianya akan
memudahkannya untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan
mukasurat bagi setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman.
Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan di sini bahawa
sesungguhnya Rasm Uthmani yang disepakati oleh para sahabat r.a. amat
memberi faedah kepada umat Islam hingga ke hari ini. Ia juga adalah
salah satu daripada janji-janji Allah taala kepada manusia, iaitu akan
memelihara al-Quran hingga ke hari kiamat.
Melalui penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini,
diharapkan tugasan ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu yang
berguna untuk tatapan dan panduan kepada kita. Antara lain, semoga
penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini juga akan dapat
membantu kita semua di dalam meneliti di samping mengkaji beberapa
kaedah dan pelbagai keistimewaan yang terdapat di dalam tulisan Rasm
Uhtmani.
Walau bagaimanapun ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi
untuk kita berhenti di sini, sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk
merujuk kepada guru-guru yang muktabar bagi memperdalami lagi kajian
ini, supaya pengetahuan kita terhadap Rasm Uthmani ini akan lebih
mendalam dan lebih jelas lagi .

14

Penutup
Rasm Uthmani yang telah diasaskan oleh Khalifah Uthman bin
Affan r.a. merupakan satukaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang
amat hebat dan tinggi nilainya. KeagunganRasm Uthmani ini dapat dilihat
menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qiraat yang pelbagai di
dalam al-Quran al-Karim. Maka penulisan qiraat yang pelbagai ini perlu
diseragamkan agar umat Islam khususnya pada zaman tersebut tidak
terkeliru dengan kalam
Allah S.W.T. dari segi bacaan mutawatirah dan syazzah. Justeru,
pemeliharan Rasm Uthmani
ini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran
dan qiraat demi
melahirkan generasi celik al-Quran pada zaman akan datang. Benarlah
kata Allah S.W.T:Secara tuntasnya sebagai hamba Allah yang telah
diutuskan kepada kita seorang Rasullah yang membawa wahyu dan
mukjizat terbesar iaitu kalamullah makasama-samalah kita mempelajari
Ilmu Qiraat dengan sempurna supaya pembacaan kita didalam Al-Quraan
mengikut peraturan-peraturan Rasm Uthmani dengan terperinci dan
sempurna.

15

Rujukan
.Pengenalan Ilmu Qiraat
Ustaz Mohd Rahim Jusoh (Pensyarah Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri
Terengganu)
.Qiraat 10 Mutawartitah
Muhammad Amri bin Abdul Ghani.
.Manhaj Qiraaat 7 beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi
Mohd Nazri Abdullah
4.; http://omartahfiz.blogspot.com

......Abu Mardhiyah. (2007). Tajwid Al-Quran. Jilid 1 dan 2. Gombak:AlJenderaki Enterprise.


........Yamint, A.M. (1985). Ilmu Qiraat Al-Quran. Kuala Lumpur:Pustaka
Antara.

16