Anda di halaman 1dari 2

assalamualaikum...

artikel ni dapat dari seorang teman... marilah


ambil masa utk baca jap utk muhasabah diri kita...

Pada zaman Rasulullah, ada dua orang sahabat baik


yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada
suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya
kepada sahabatnya yang kedua "Apakah benar engkau
sahabatku yang sebenar benar sahabat?
Maka sahabatnya yang kedua menjawab, "Bukan kah
kita telah bersama semenjak masih kecil dan
membesar bersama-sama? Aku tidak pernah
mengkhianati dirimu. Apa lagi yang mampu aku
jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu?"
Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya
kamu lah manusia paling pendusta"
Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya
apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu
melayannya seperti itu. Sahabat pertama tadi
menjawab "Pulanglah kau kerumah, cari lah
jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."
Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca
dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya
itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum
ini. Keesokan harinya, pergilah dia
bertemu dengan sahabatnya itu. "Wahai sahabat.
Puas sudah aku mencari jawapan untuk
soalan mu tapi tidak juga kutemui." katanya sambil
menangis. "Katakanlah wahai sahabat, apa
kesalahanku??"
Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua.
"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan
dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas
junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja
dan bersembang kosong??". Sahabatnya menggeleng.
"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera
solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali
azan dikumandangkan??" Sahabatnya menggelengkan
kepala
"Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa
setiap hari pada bulan ramadhan?Sahabatnya
menggeleng lagi.
"Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai
tanggungjawab ku supaya berzakat??"Sahabatnya
menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabat
pertama tadi mneruskan soalannya.
"Dan soalan ku yang terakhir. Pernahkah kau
mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita
dikurniakan lebihan rezeki??" Sahabat kedua
mendiamkan diri sambil menengis teresak esak.
"Tidak pernah bukan?? Maka tidak layaklah engkau
bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah
membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam.
Pergilah kau. Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.
<b> Moral: </b>
Pernahkah kita melihat kedalam diri kita??
Layakkah kita untuk bergelar seorang sahabat?? Dan
pandanglah teman yang sering kehulu kehilir
bersama kita. Layakkah dia menjadi sahabat kita??
Renungkan sendiri dengan mata hati bukan dengan
membuta tuli. Perbaikilah diri. mungkin suatu hari
kita layak untuk bergelar sahabat sejati dan
hakiki. Berhati-hati memilih sahabat agar tidak
terpilih sahabat yang menjerumuskan kita kedalam
neraka jahanam!!
terima kasih sahabat kerana kehadiranmu di sisi
begitu bererti..

Anda mungkin juga menyukai