Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 1

1. Buat banding beza konsep perpaduan dan integrasi berikut:


a)
b)
c)
d)
e)

Segregasi
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi

Pendahuluan
Malaysia

sebagai sebuah negara kecil di peta dunia , namun Malaysia

mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan geografinya yang strategik yang


dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur
dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar
belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu
sama lain menambahkan keunikan yang ada.

Usaha-usaha untuk memupuk

perpaduan dan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa


dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar
melalui sistem pendidikan yang sedia ada.
Pengertian beberapa konsep dalam konteks hubungan etnik perlu dijelaskan
untuk meningkatkan pemahaman terhadap pertalian hubungan sosial dalam
kehidupan harian masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia. Pemahaman ini
penting supaya tidak timbul kekeliruan tentang perbezaan dan kaitan antara satu
konsep dengan konsep yang lain.

Konsep Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh


masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Integrasi pula merupakan satu proses bagi mewujudkan satu

identiti

nasional

dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik menurut

(Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur-unsur

integrasi boleh dikategorikan kepada :


i)

Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan


pembangunan ekonomi dan sosial wilayah yang maju dengan yang
mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia
Barat dengan Malysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung dengan

ii)

Pantai Barat Semenanjung Malaysia.


Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk

iii)

mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.


Integrasi kebudayaan melibatkan usaha untuk membentuk satu

iv)

kebudayaan kebangsaan.
Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat
melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan

v)

kesihatan.
Integrasi pendidikan

bertujuan

untuk

mewujudkan

satu

sistem

pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek,


vi)

jasmani dan rohani, dan


Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat
melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah.


Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks.
Tahap-tahap

hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula

dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati


iaitu amalgasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan
integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu
mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan
perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

Proses hubungan ras dan etnik yang berbentuk continuum (berterusan) yang dimulai
dengan segregasi hingga kepada penyatuan biologi (amalgamasi) seperti dalam
rajah :

Integrasi Rendah

Segregasi

Integrasi Tinggi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Amalgamasi

Rajah : Proses hubungan ras dan etnik

Konsep Segregasi
Segregasi merupakan pemisahan atau pengasinagan antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku
dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada
didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika
Selatan yang dilaksnakan antara tahun 1948 -1994.
Konsep Akomodasi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan
budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A+ B +C,
di sini A, B dan C merujuk kepada budaya ( Ting Chew Peh, 1987).
Akomodasi juga merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih
pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat
yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut.
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis, dan menghormati antara satu
sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai
wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.Konsep
ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.

Meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian


bahasa-bahasa yang lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan
dengan prinsip perlembagaan. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara
yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis
dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
Konsep Akulturasi
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi
terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Berbeza dengan proses asimilasi , proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat penerima. Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budaya
yang positif sebagai contoh : pemakaian tali leher telah diterima oleh hampir semua
masyarakat dunia. Begitu juga dengan angpau, makanan, hiburan dan sebagainya
yang boleh dijadikan contoh dalam masyarakat Malaysia.
Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap
akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat
kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya
yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideology dan pemikiran adalah lebih sukar
diterima.
Konsep Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan
etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan
dan identity yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi
ialah proses dalam mana kelompok kelompok yang berfikir , berperasaan dan
bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang
sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975).
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula

A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan


C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya , orang Melayu di Thailand telah
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua
aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara
hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.
Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam
konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan
etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya
bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan
menerima identiti kumpulan etnik majoriti: terdapat banyak persamaan budaya
antara kumpulan etnik; dan kesanggupan etnik majority menerima kumpulan etnik
minoriti.
Konsep Amalgamasi
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apbila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Teori amalgamasi yang dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di sini
A,B,C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan
baru terhasil daripada penyatuan A, B, dan C. Sebagai contoh, kumpulan kumpulan etnik yang sedia

wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu

membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal
mereka. Contohnya, di Brazil dan Hawaii.

SOALAN 2
Jelaskan TIGA faktor pembentukan pluraliti di Malaysia.
Pengenalan

Pluraliti atau kemajmukan masyarakat di rantau Alam Melayu wujud dan berlaku
secara berterusan kerana wilayah Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan
pelbagai tamadun dan budaya utama dunia.
Pluraliti pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak
keagungan kerajaan Melayu.Melaka di perintah oleh para sultan dan pembesar yang
berpandangan jauh. Berdasarkan kepada fakta sejarah, Melaka adalah sebuah
pelabuhan yang penting dan empayar yang besar di Nusantara pada abad ke-15 di
bawah kekuasaan Parameswara. Hubungan diplomatik yang dijalin dengan negara
China dan perlindungan yang diberikan China kepada Melaka pada waktu

itu

menguntungkan Melaka kerana ancaman daripada Siam dan Majapahit dapat


dielakkan. Apabila Parameswara memeluk Islam sekitar tahun 1414 dan menukar
namanya kepada Iskandar Syah, menyebabkan lebih ramai lagi pedagang Islam
dari Arab dan India datang berniaga ke Melaka.
Perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan Puteri Pasai pula telah meningkatkan
hubungan Melaka dengan Pasai dan pada masa yang sama Pasai terkenal dengan
pelabuhan yang maju, menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan
penyebaran agama Islam. Dengan terjalinnya hubungan melalui perkahwinan ini,
kecemerlangan Pasai juga memberikan impak positif kepada perkembangan
Melaka.
Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar. Semua ini ialah hasil
daripada sistem pemerintahan terbuka (menerima sesiapa sahaja yang ingin
berdagang) di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut
daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh laksamana Melaka yang
proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang
datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undangundang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.
Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana
proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada pemaksaan daripada
mana-mana pihak. Zaman ini bukanlah zaman negara bangsa sebagaimana yang

diperkenalkan oleh British dan seterusnya mewujudkan masyarakat pluralistik yang


nyata.
Para pedagang tidak memerlukan passport atau visa sebagai pengenalan diri untuk
memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab,
India, China dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka
telah berakomodasi dengan penduduk temapatan dan sistemnya dengan baik.
Akomodasi antara pedagang dari China dan India dengan masyarakat tempatan
telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti
masyarakat Baba. Mereka terus menetap di Melaka.
Pluraliti Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu sehingga Kewujudan Masyarakat
Majmuk.
Persaingan kuasa-kuasa Barat untuk memperolehi dan menguasai tanah-tanah
jajahan Afrika dan Asia dikatakan bermula sejak tahun 1870-an. Tujuan perlumbaan
kuasa Barat iaitu antara negara-negara seperti Britain, Perancis, Sepanyol, Belgium
dan Amerika Syarikat adalah bagi memenuhi keperluan ekonomi dan menguasai
kawasan strategic sama ada untuk kepentingan laluan perdagangan mahupun
pertahanan. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah dan Asia yang akhirnya
berjaya menguasai politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang dijajah.
Terdapat tiga faktor penguasaan penjajah Barat ke atas negara-negara di Afrika dan
Asia ialah faktor ekonomi (Gold Oriented), faktor politik (Glory Oriented) dan Faktor
budaya ( Gospel Oriented).

Anda mungkin juga menyukai