Anda di halaman 1dari 7

Penipuan jual beli tanah

HASNIZA HUSSAIN
23 APRIL 2014

SAYA bukan tertipu sekali tetapi dua kali. Lebih memalukan saya ditipu oleh orang yang sama!
kata seorang pemandu bas sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Yusof, 60.

Dia berkata, walaupun sudah 15 tahun berlalu, pengalaman hitam itu tak mungkin dilupakan
kerana dia kerugian sebanyak RM28,000 selepas ditipu seorang ejen hartanah yang kononnya
boleh menguruskan pembelian dua lot tanah di kawasan Jeram, Kuala Selangor.

Yusof berkata, ketika itu dia berhasrat membeli tanah-tanah itu untuk kedua-dua anak
perempuannya. Menurutnya, pada 1999, dia pergi ke pejabat ejen terbabit di Sungai Sembilang
yang terletak berdekatan Jeram.

Ketika itu dia langsung tidak berasa ragu atau bimbang kerana yakin ejen terbabit adalah ejen
sah, tambah lagi di pejabat terbabit mempunyai kelengkapan komputer, selain terdapat seorang
kerani.

Perwatakan serta tutur kata lelaki itu (ejen) sangat mesra dan meyakinkan. Dia meminta saya
mengisi beberapa dokumen berkaitan pembelian dua lot tanah berjumlah RM25,000.

Pembayaran saya buat secara ansuran menerusi akaun bank selama tiga tahun. Sebelum itu,
ejen terbabit turut membawa saya ke tapak tanah yang kononnya bakal menjadi milik saya dan
ketika itu tanah-tanah berkenaan masih dipenuhi dengan semak samun, katanya.

Yusof berkata, selepas semua bayaran tanah selesai, dia menghubungi ejen itu untuk
mendapatkan geran serta menukar nama, namun lelaki terbabit gagal dihubungi. Katanya,
pejabat ejen itu di Sungai Sembilang juga sudah tidak wujud. Ketika itu dia sedar sudah ditipu.

Pada 2003, saya terserempak dengan ejen terbabit ketika menghadiri kenduri kahwin di
Klang, dia hanya berlagak biasa dan memberitahu akan ke rumah saya untuk berbincang soal
penukaran nama tanah yang dibeli saya sebelum ini.

Saya sendiri pelik kenapa saya langsung tidak berasa marah, malah ketika dia meminta duit
tunai sebanyak RM3,000, kononnya untuk proses penukaran nama, saya serahkan kepadanya
tanpa ragu, katanya.

Yusof berkata, ejen itu sekali lagi menghilangkan diri dan apabila dia pergi ke tapak tanah
tersebut, tanah itu sudah ditanam kelapa sawit. Katanya, setelah diperiksa mendapati tanah itu
sebenarnya milik orang lain. Dia terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya tertipu untuk kali
kedua.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti Yusof? Ini hanya satu contoh daripada ribuan kes
berkaitan penipuan jual beli tanah. Ikuti kupasan lanjut berhubung tajuk modus operandi kali ini.

Faktor mangsa ditipu

Mudah terpengaruh dengan tawaran harga tanah yang jauh lebih murah berbanding harga
pasaran.

Tidak mengetahui prosedur sebenar urusan jual beli tanah.

Tidak merujuk atau mendapatkan pandangan daripada pihak ketiga.

Terlalu mempercayai suspek.

Modus operandi

Terdapat beberapa modus operandi yang lazim digunakan:

1. Mangsa beli tanah daripada suspek dan buat pembayaran penuh. Namun setelah melihat
tanah tersebut mendapati tanah itu milik orang lain.

2. Suspek akan berpura-pura hendak jual tanah dan tawarkan harga lebih murah berbanding
harga pasaran kepada mangsa.

3. Suspek kemukakan geran tanah sebagai bukti dan minta mangsa buat pembayaran tunai.

4. Mangsa sedar ditipu apabila geran tanah diberi sebenarnya palsu apabila diperiksa di pejabat
tanah.

5. Suspek akan jumpa mangsa untuk bincang tentang peluang-peluang perniagaan dan tender,
sebelum ajak berkongsi beli tanah yang kononnya boleh dijual dengan harga lebih tinggi dan
seterusnya berkongsi keuntungan.

6. Setelah mangsa serahkan wang, suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

7. Suspek berpura-pura untuk beli tanah dan minta mangsa keluarkan wang simpanan
kononnya untuk mengelakkan cukai.

8. Suspek kemudiannya melarikan wang pengadu.

9. Suspek buat perjanjian untuk jual tanah kepada mangsa dan minta bayar wang pendahuluan.
Namun apabila mangsa hendak selesaikan semua bayaran, suspek jual tanah itu kepada orang
lain.

10. Tukar hak milik tanah secara tidak sah dengan menggunakan identiti pihak ketiga serta
memalsukan maklumat peribadi.

11. Mangsa beli tanah dari suspek dan buat pembayaran penuh, sebelum dapati keluasan
tanah tidak sama seperti yang dikemukakan dalam geran.

Tip elak jadi mangsa

Jangan terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan.

Bersikap lebih hati-hati ketika menjalankan urus niaga tanah kerana penipuan seperti ini tidak
menyasarkan golongan tertentu.

Orang ramai khususnya masyarakat luar bandar perlu meningkatkan pengetahuan dan
maklumat mereka bagi mengelak menjadi mangsa tipu.

Jika berasa ragu-ragu jangan teruskan urus niaga. Rujuk pihak yang berkaitan atau dapatkan
nasihat daripada pihak ketiga.

Siasat terlebih dahulu latar belakang penjual atau individu yang menguruskan penjualan
termasuk tanah yang hendak dibeli.

Jangan menandatangani sebarang perjanjian/dokumen sebelum membuat semakan atau


menyerahkan wang mahupun harta sebagai cagaran/deposit.

Tip ketika berurusan jual beli tanah

Jangan percaya kepada seseorang berdasarkan penampilan mereka. Layan mereka seperti
penjual dan anda sebagai pembeli. Kedua-dua hak perlu dinyatakan dengan jelas dalam
perjanjian.

Pastikan anda mempunyai keterangan terperinci penjual seperti nama penuh, alamat tempat
tinggal, salinan MyKad

Kaji tempoh masa yang diambil dalam urusan jual beli tanah untuk dimasukkan dalam
perjanjian jual beli (S&P).

Pastikan anda mendapat resit yang perlu ditandatangani oleh penjual dan pembeli semasa
membuat bayaran. Resit tersebut perlu ada butiran nama pembayar dan penerima, nombor
Mykad, jumlah bayaran dan butiran maklumat tanah.

Sentiasa peka dengan janji pihak penjual yang terkandung dalam S&P. Disarankan buat followup dari semasa ke semasa.

Jika berurusan dengan kakitangan pejabat tanah atau pejabat daerah,anda perlu dapatkan
khidmat peguam kerana pelbagai perkara yang tidak dijangkakan boleh berlaku.

Jika berurusan dengan orang luar, anda boleh buat S&P yang dipersetujui oleh kedua-dua
pihak.

Buat semakan harga pasaran tanah termasuk selidik ketulenan maklumat serta butir geran
tanah yang hendak dibeli.

Sumber: www.yahoo.com, www.google.com, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis


Diraja Malaysia (PDRM)

AKHBAR / NEWSPAPE

:BERITA HARIAN

SEKSYEN / SECTION

: BERITA UMUM/LAIN-LAIN

TARIKH / DATE

25-May-2006

HARI / DAY

: KHAMIS (THUR)

ISU / ISSUE

KERAJAAN TEMPATAN

MUKA SURAT / PAGE

: 10

TAJUK / TITLE

60 aduan ditipu ejen hartanah haram

SEBANYAK 60 aduan diterima Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH)
membabitkan kes penipuan oleh ejen hartanah haram sepanjang tiga tahun lalu dengan aduan
tertinggi dicatatkan pada 2003 iaitu 25 aduan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata tahun lalu sebanyak 18
aduan dilaporkan kepada LPPEH yang mana kebanyakan kes membabitkan penipuan deposit
oleh ejen hartanah haram untuk membeli atau menyewa hartanah.

Katanya, ejen hartanah haram ini beroperasi dengan mengiklankan perkhidmatan mereka di
media massa dan mendakwa mendapat lesen yang sah dengan menggunakan nombor
pendaftaran ejen yang sah tanpa pengetahuan pihak yang berkenaan.

"Ejen hartanah haram ini juga didapati hanya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan beroperasi sebagai ejen hartanah sah, manakala sesetengahnya didapati
menjalankan operasi dengan pejabat 'bergerak' di tapak projek dengan meletakkan kerusi dan
meja di tempat berkenaan.

"Ejen hartanah haram ini meletakkan iklan perkhidmatan mereka di tempat awam seperti tiang
elektrik, pokok dan stesen bas," katanya menjawab soalan Senator Dr Mohd Puad Zakarshi di
Dewan Negara, semalam.

Awang Adek berkata, kadang-kala ejen hartanah haram ini adalah kalangan kakitangan
pengurusan bangunan seperti kondominium yang menjalankan operasi secara sambilan.

"Yang terbaru, ejen hartanah ini beroperasi secara haram dari kereta dan rumah kediaman
masing-masing," katanya.

Mengulas mengenai tindakan bagi mengatasi masalah ejen hartanah haram, katanya LPPEH
menyenaraikan ejen hartanah yang sah dalam laman web mereka untuk memudahkan orang
ramai menyemak sama ada ejen hartanah yang dilantik sah atau haram.

Katanya, LPPEH juga membuat laporan polis terhadap ejen hartanah, selain menyebarkan
maklumat mengenai kegiatan ejen hartanah haram di dalam akhbar.

"Dari semasa ke semasa, LPPEH juga mengadakan serbuan dengan bantuan polis dan pihak
berkuasa tempatan (PBT) ke atas premis ejen hartanah yang disyaki beroperasi secara haram.

"Setakat ini, satu kes sudah dibawa ke mahkamah manakala 50 laporan polis sudah dibuat,"
katanya.