Anda di halaman 1dari 2

Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara.

Terdapat
beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah
ini.
Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan peribadiseseorang induvidu.
Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral seseorang.
Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup
mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan
dan hukuman yang bakal diterima kelak.
Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga merupakan faktor utama
berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan
pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara
berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja merupakan golongan yang mudah
terjebak dalam gejala rasuah.
Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini
sepertimemperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan pengamal
rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada
pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah
ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.
Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi
merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci
gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka.
Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi maklumat
(ICT). Proses yang panjang dan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan
kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan
perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung gejala rasuah yang mudah
berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.

Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah
ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita
bertambah maju tanpa rasuah.
http://tingkatanenam.blogspot.com/2013/06/rasuah-faktor-kesan-dan-langkah.html