Anda di halaman 1dari 15

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 2

PERNYATAAN PROFESIONAL
SEBELUM PRAKTIKUM
NAMA

: FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR

NO. KP

: 930218-07-5218

UNIT

: PISMP AMBILAN JANUARI 2013


PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

Pada semester 6 ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 5


ambilan Januari 2013 akan menghadiri praktikum fasa 2 yang akan
berlangsung selama 8 minggu persekolahan. Sebagai salah seorang guru
pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, saya wajib
menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 2 bulan yang
bermula pada 26 Julai 2015 hingga 17 September 2015. Praktikum ini
adalah untuk subjek major dan minor iaitu Pendidikan Seni Visual dan
Bahasa Malaysia. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi
syarat yang telah ditetapkan oleh Institute Pendidikan Guru. Antara
perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah
sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung
pada awal bulan April di Dewan Al-Bhukari. Sesi taklimat praktikum ini
disampaikan oleh Encik Mad Noor. Untuk taklimat praktikum kali ini,
penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan
dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan
garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan
sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat
persediaan dari segi mental dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum
tersebut, saya dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang telah
diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya perlu membuat beberapa
persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut. Perkara seterusnya
yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah mengumpul maklumatmaklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai semak
yang telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping itu, saya juga perlu
menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat
yang diperole serta hasil penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio
sebagai bukti serta rujukan dimasa akan datang.
Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru
yang berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi
guru yang berjaya. Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan

sentiasa meminta tunjuk ajar dari guru pembimbing saya dari sekolah
tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat penting kepada saya
sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut. Sebelum
menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah
bagaimana mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman
sesawang. Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan
peraturan-peraturan yang perlu mereka dipatuhi sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Selain itu, sasaya turut
merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik
minat murid dalam pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Saya
berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 26 Julai 2015 hingga
17 September 2015 berjalan dengan baik seperti mana yang telah saya
rancangkan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah
sentiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang datang kerana
sesungguhnya seseorang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu
keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk Berjaya. Saya pasti
bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak. InsyaAllah.

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM


Saya Fatin Hanani binti Mohamad Akhir telah menjalai latihan
praktikum pada semester lima iaitu praktikum Fasa 2 di Sekolah
Kebangsaan Simpor. Praktikum ini mengambil masa selama dua bulan (26
Julau 2015 hingga 17 September 2015) dan saya mesti mengikuti segala
aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut. Antara
tujuan sampingan program praktikum ini adalah untuk membolehkan
pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat
pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu
mengajar subjek major saya iaitu Pendidikan Seni Visual selama 8 waktu
serta subjek minor iaitu Bahasa Malaysia sebanyak 2 waktu. Kelas yang
perlu saya hadiri ialah kelas tahun 5 Pintar, 5 Cerdik, 2 Pintar dan 2 Cerdik.
Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan
sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai
semak tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada
pengetahuan baru saya tentang pembelajaran murid-murid.
Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi
pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antara lain,
tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran
berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan
utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru
pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang
komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru
pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan
bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan
refleksi. Setelah empat minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak
perkara yang perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan
rancangan pengajaran harian. Berbekalkan panduan dari pensyarah
penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba
sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh
sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang berbaki 1
minggu sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi
tugasan-tugasan yang belum saya laksanakan. Setiap kali selepas

penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya
perbaiki.
Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan dengan masyarakat
sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid
saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan
semua tugasan dengan konsisten. Sepanjang menjalani latihan praktikum,
saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik yang perlu disesuaikan
dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati
diri murid-murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar,
murid-murid di sekolah tersebut agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru,
dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya
akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk
mencuba sesuatu yang baik. Selain itu, perkara penting yang perlu saya
beri tumpuan adalah untuk kuasai perancangan pengajaran dan
pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya sekadar
melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan
otak kosong bagi subjek saya. Saya juga sedar, kebanyak murid kurang
ingin belajar dan merasakan bosan untuk belajar. Prinsip yang cuba saya
tanamkan bagi anak-anak didik saya, saya akan pastikan mereka pada
suatu hari nanti keinginan untuk belajar dengan tekun ada pada diri
mereka dan mengurangkan bermain semasa berada di sekolah.
Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar
kita perlu membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat hasil
pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang
konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit
sebanyak sikap suka membuat kerja last minute dapat dikikis. Tambahan
lagi, mengajar murid-murid berkeperluan khas dapat melatih saya agar
cuba berfikiran secara kreatif dan berfikir di luar kotak. Walaupun saya
sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan idea yang
sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya. Seiring dengan
perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan
dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa
mencuba untuk mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat
ketika belajar, saya acap kali mencari bahan bantu mengajar yang kelakar
serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.

PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM


Seminggu sebelum berakhir praktikum Fasa kedua ini, saya berasa
amat bersyukur kerana hampir keseluruhan tugas yang diamanahkan oleh
pihak institut telah saya laksanakan dengan baik bersama-sama rakan
praktikum saya yang lain. Tugasan pihak institut yang telah di amanahkan
ialah dengan menjalankan pengajaran 2 hari penuh setiap minggu
mengikut keperluan yang telah ditetapkan.Tugasan yang telah diberikan
pihak sekolah untuk praktikum fasa ke 2 ini ada persamaan dan
kelainanya. Sepanjang berada di SK Simpor. Terdapat beberapa aktiviti dan
projek telah saya lakukan bersama rakan yang lain. Aktiviti yang dilakukan
adalah kejohanan sukan tahunan, Minggu Bahasa Melayu serta banyak
lagi aktiviti yang diadakan. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan
kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa
apabola menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai
pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.Berhadapan dengan
masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering
kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan
tidak mudah berputus asa.
Sikap tersebut serta berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk
memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha
menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan
saya supaya sentiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia
mampu dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh
digunakan andainya berdepan dengan sebaran masalah. Banyak

pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai


guru pelatih. Jujur saya katakana bahawa, hari demi hari, perasaan sayang
saya terhadap pelajar SK Tunku Ismail semakin mendalam walaupun
mereka nakal dan mereka sangat mengambil berat tentang guru pelatih
semasa keberadaan di sekolah tersebut. Saya berharap untuk praktikum
fasa terakhir kelak, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada
murid-murid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambag baik
lagi prestasi saya dalam proses P&P.
Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan
diaplikasikan kepada semua murid. Sebagai kesimpulannya pengalaman
menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan
praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta
kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada semua pihak. Nescaya
setiap pengalan dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan
digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana
untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap
seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengalaman
yang baik.

DISEDIAKAN OLEH,

(FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR)

Bilangan jurnal : Ke-1


Minggu praktikum : Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 12-16 April 2015
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di Sekolah Kebangsaan Tunku
Ismail
Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melapor diri
kepada Encik Zahari, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah
Kebangsaan Tunku Ismail. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan
Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan
dengan sekolah, termasuklah :

Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah,


guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum,
guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan
Latar belakang murid dan masyarakat setempat
Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah
Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang
berkaitan

Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf


sokongan. Selepas kami itu kami dibawa mengelilingi kawasan sekolah
dan berjumpa dengan guru pembimbing praktikum kami iaitu Puan
Mazlina binti Muhammad. Puan Mazlina memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian
sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.
Pada hari kedua, saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian bagi
Pendidikan Seni Visual. Saya diagihkan 2 waktu mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual Tahun 2 Arif, 2 waktu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tahun 2 Bestari, 2 waktu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4
Arif dan 2 waktu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Bestari.
Saya tidak menghadapi masalah dalam penyediaan rancangan pengajaran
harian tersebut kerana telah mempelajarinya ketika di institut dahulu.
Tambahan pula, kami dibekalkan oleh pensyarah dengan format dan
contoh rancangan pengajaran harian yang betul.
Pada
hari
ketiga
saya
berpeluang
membuat
pemerhatian
pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana melalui
kesempatan tersebut saya telah memperolehi banyak pengalaman
terutamanya tentang cara pengurusan kelas, penggunaan ICT dan
pengurusan aktiviti kumpulan. Cikgu Mazlina memanglah seorang guru
yang berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya.
Catatan yang saya buat semasa sesi pemerhatian amatlah berguna
sebagai rujukan saya.
Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Pengajaran Harian
saya kepada guru besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu,
saya masuk ke kelas 4A. Saya amat kagum dengan kebolehan beliau
dalam menyampaikan pelajarannya. Dengan cara penyampaian yang
menarik dan bakatnya yang amat tinggi dalam seni visual tak hairanlah
mengapa beliau selalu dijemput untuk menjadi fasilitator kursus PSV di
peringkat daerah Kuala Muda, Yan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan:
Nama :
Tarikh :

Tandatangan:
Nama :
Tarikh :

Bilangan jurnal : Ke-2


Minggu praktikum : Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 12-16 April 2015

Tajuk Jurnal : Murid dan Sekolah


1. MASALAH/PERISTIWA
Pada minggu kedua di SKTI ini, saya berkesempatan mengenali kerenah
dan perangai murid khasnya dalam kelas yang bakal saya ajar bagi
tempoh 1 bulan ini. Sesungguhnya 1 bulan ini adalah satu tempoh yang
amat singkat untuk membuat perubahan mendadak terhadap prestasi
murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh terbaik bagi saya untuk
mempelajari serta menguasai sistem pengajaran yang konsisten mampan.
Semua ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan
efektif yang akhirnya akan memberi kesan langsung kepada murid. Dalam
hal yang lainnya, masalah yang berpunca dari kalangan murid terhadap
kelas juga telah difikirkan dan dapat dilihat. Antara masalah yang bakal
ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan berjalan-jalan
dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi
pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalan itu, mereka seolah-olah
tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Sifat
kenakalan yang sebegini tidak boleh di benarkan kerana menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat kenakalan mereka akan
menjadi lebih ketara semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sebagai
contoh semasa melakukan aktiviti berkumpulan.
Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku
disebabkan oleh guru sendiri.
Most behavior problems in the classroom are caused by the
teachers failure to teach students how to follow procedure.
Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas saya. Saya
ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali
kelas dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang
disampaikan.
2. ANALISIS MASALAH
Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi
mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari
punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali
saya memerhatikan guru yang sedang mengajar didalam kelas, terdapat
beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus kepada
pengajaran.
Beberapa
andaian
awal
yang
satu
termasuklah:
1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak
memahami apa yang disampaikan dalam kelas.

2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa


menimbulkan masalah dalam kelas tersebut terdiri dari kumpulan yang
lemah
dan
tidak
berminat
dengan
pelajaran.
3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi stratergi
pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?
Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal,
saya mendapati murid-murid yang pandai juga biasanya akan membuat
bising dalam kelas. Hal ini berlaku biasanya, setelah mereka terlalu cepat
menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu
aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka dari golongan murid
yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat bising dan
berjalan-jalan di dalam kelas.
Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran subjek matematik turut menyukarkan murid
untuk memahami perkara yang diajar. Hal ini juga telah turut
menimbulkan kecenderungan mereka untuk membuat bising.
3. CADANGAN
Penyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah,
dengan saya sendiri mengambil beberapa langkah yang boleh bagi
mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh murid seperti yang dinyatakan
di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Ini
akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid
terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut
untuk menimbulkan masalah.
Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas
juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di
hadapan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini
murid akan memberi lebih tumpuan kepada setiap pengajaran guru.
Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah:
1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan
dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu kreatif.
2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu
jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan
kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawankawan.
3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah
membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu

kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru


bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan
strategi yang lebih mudah.
4. TEMPOH PENYELESAIAN
19 April hingga 7 Mei 2015
5. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas
dengan
mengemasmkini
segala
tindakan
dan
langkah-langkah
penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi
membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat
dicapai
dan
tidak
berlarutan
berpanjangan.
6. KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah
menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan
praktikum saya hingga tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal
menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang.
Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah
kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan:
Nama :
Tarikh :

Tandatangan:
Nama :
Tarikh :

Bilangan jurnal : Ke-3


Minggu praktikum : Ketiga
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 12-16 April 2015
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di Sekolah Kebangsaan Tunku
Ismail
1. MASALAH/PERISTIWA : Murid tidak mendengar arahan guru
Minggu ini merupakan minggu terkahir sebelum cuti Hari Pekerja dan
Hari Wesak. Jadi pelbagai aktiviti sekolah yang perlu diselesaikan.
Antaranya ialah persiapan untuk menghadapi kejohanan sukan balapan
dan padang sekolah. Oleh sebab itu, kebanyakan masa saya dikekang oleh
persiapan untuk kejohanan itu.
Kelas yang terganggu hanyalah kelas pemulihan. Ketika berada di kelas
Tahun 4 Arif iaitu pada hari selasa. Kebanyakan kelas saya berkisarkan
masalah yang sama iaitu murid tidak mendengar arahan guru. Masalah ini
sering berlaku ketika saya mengajar kelas ini. Murid-murid masih
mendengar arahan saya tetapi mereka tidak menghiraukannya. Akibatnya
kawalan kelas punah sama sekali.
2. ANALISIS MASALAH
Berdasarkan pemerhatian dan muhasabah yang saya lakukan, saya
dapati murid tahun 4 Arif mudah dikawal dan tidak banyak masalah. Saya
juga ada bertanyakan dengan rakan-rakan guru praktikum dan guru-guru
senior berkenaan hal ini. Majoriti dari mereka berkata hal yang sama. Oleh
kerana bilangannya yang sedikit dan tahap kematangan ahli kelasnya
boleh dikatakan agak tinggi, mustahil untuk seorang guru itu hilang
kawalan terhadap kelas terbabit.. Masalah ini amat mengganggu saya
kerana apabila arahan guru tidak dapat murid ikuti, kelas menjadi tidak
terkawal. Hal ini memberi kesukaran kepada guru untuk mencapai objektif
yang telah ditetapkan.
3. CADANGAN
Sepanjang pengajian saya selama hampir empat tahun ini,
kebanyakan masalah yang difokuyskan adalah kawalan kelas. Kebanyakan
guru-guru yang telah berada di lapangan kerjaya juga menghadapi

masalah yang sama. Menurut teori-teori yang saya pelajari ketika berada
di institut, banyak sebenarnya jalan penyelesaian yang boleh digunakan
bagi mengatasi masalah ini.
Antara kaedah yang boleh
digunakan bagi mengatasi masalah ini ialah penggunaan ekonomi token.
Menurut Ang Jit Eng(2007), Sistem ekonomi token adalah pendekatan
untuk mengubah tingkah laku sejumlah besar murid dalam masa yang
singkat. Sistem ini mengamdungi tiga unsur utama. Antaranya ialah satu
senarai peraturan bertulis yang mengandungi tingkah laku atau tindakan
yang diberi ganjaran atau peneguhan oleh guru, satu sistem untuk
memberikan token atau tanda simbolik kepada murid yang melakukan
tingkah laku atau tindakan seperti yang dinyatakan dalam senarai
peraturan dan sistem untuk menukarkan token-token yang diperoleh
dengan hadiah, ganjaran atau peluang untuk mengikuti sesuatu aktiviti.
Selain itu,
untuk keberkesanan sistem ekonomi token yang lebih efektif, saya boleh
mempraktikkan aktiviti berkumpulan bagi memudahkan lagi pembahagian
token.Menurut Menurut Effandi Zakaria (1998), pengajaran yang dikenali
sebagai pengajaran koperatif ini memegang konsep di mana murid-murid
membantu antara satu sama lain dalam kumpulan kecil. Oleh itu, guru
boleh memberi latihan kepada kumpulan sementara guru mengajar
kumpulan yang lain. Melalui cara ini, tidak ada murid yang hanya duduk
diam dan menunggu rakan yang sedang mengikuti pengajaran. Mereka
akan melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru.
4. TEMPOH PENYELESAIAN
12 April hingga 7 Mei 2015.
5. TINDAKAN SUSULAN
Pembahagian ekonomi token akan diberi berdasarkan kumpulan kecil
yang akan dibentuk minggu hadapan. Memandangkan murid dari kelas
pemulihan berada di kelas aliran perdana, saya perlu lebih berhati-hati
dalam membahagikan kumpulan. Kesemua pelaksanaan ini akan saya
jalankan pada minggu hadapan.
KESIMPULAN.
Saya berharap dengan pertolongan dari setiap mereka yang pakar
dapat membantu saya menangani masalah-masalah yang timbul dengan
tenang dan sukses. Di samping itu, saya berdoa agar murid-murid yang
saya ajar dapat mengikuti pengajaran saya dengan baik dan memahami
topik yang saya ajar sesempurna mungkin insyaAllah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan:
Nama :
Tarikh :

Tandatangan:
Nama :
Tarikh :