Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH AWAL

Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan


pada awal bab ini
sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui
dengan jelas dan
tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini
sebagai satu
pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang
dinyatakan oleh
kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000
tahun yang lampau
lagi. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu
merupakan sukan terawal di
dunia.
Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini,
dapat dilihat
pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula
pada tahun 776 SM,
sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga
sebagai satu acara
sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut.
Dengan kata lain
orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga,
walaupun matlamat
asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan
yang
dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu
cabang seni melalui
persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.
Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang
mendapat
perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan
iaitu The
Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula
pada zaman Greek
Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara
pertama yang
dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula
pada tahun 776 SM
berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM.
Selepas itu Sukan
Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius,
tanpa menyatakan
alasannya.
Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa
kehilangan
sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti
sebelumnya.

Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan


melontar. Setidaktidaknya
mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka
untuk diadili
oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi
Sukan Olimpik Kuno itu
diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain
yang sanggup
meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.
Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut
mereka terus
mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan.