Anda di halaman 1dari 32

Definisi Artist Book

Artist book juga dikenali sebagai buku seni. Artist Book adalah
karya-karya seni yang direalisasikan dalam bentuk buku. Buku seperti
ini seringkali diterbitkan dalam edisi kecil. Artist Book merupakan
satu gabungan harmoni antara reka bentuk, bentuk, kandungan, dan
konteks tanpa satu bahagian mendominasi sebahagian besar mesej
yang ingin disampaikan. Pertindihan bentuk (bahan-bahan) dan
kandungan (mesej) adalah perantara utama bagi mengekspresi
kreativiti. Artist book terdapat dalam pelbagai saiz dan corak. Artist
book adalah buku atau objek seperti buku di mana penekanan
diberikan dalam bentuk visual dan bukannya teks. Terdapat beberapa
contoh Artist Book, antaranya ialah Star Book, Tunnel Book, Flag
Book, Pop-up Book, Squash Book, Accordian Book dan
sebagainya. Artist Book merupakan objek seperti buku yang
merupakan penampilan terakhir seorang karya seni yang mempunyai
tahap kawalan di dalam dirinya, di mana buku itu dikaitkan sebagai
hasil karya seni dalam diri karyawan tersebut.

Star Book
Star book juga dikenali sebagai buku bintang dalam Bahasa Melayu.
Buku ini merupakan salah satu contoh artist book. Star book
dinamakan sebab bentuk bukunya akan menyerupai corak bintang
apabila bukunya dibuka luas.

Tunnel book
Tunnel book atau buku terowong dikenali juga sebagai peepshow.
Ianya terdiri daripada satu set laman terikat dengan dua jalr concertina
dilipat pada setiap sisi dan dilihat melalui lubang di penutup.
Keseluruhan buku ini dibaca kebelakang dan imej yancuba ditonjolkan
adalah dimensi dalam. Kesan ilusi dan perspektif juga dapat dilihat
pada buku Terowong ini.

Circle Book
Buku bulatan ini mempunyai bentuk menarik untuk menarik pembaca.
Apabila dicantumkan buku ini dapat memberi impak yang positif
terhadap pembacanya namun begitu proses pembuatan buku ini agak
sukar dan memerlukan konsistensi yang berterusan.

Flag Book
Nama lain bagi Flagbook adalah buku bendera. Walaupun kelihatan
sukar namun ianya sangat mydah untuk dihasilkan. Bahagian penting
dalam buku ini adalah Tab kertas (bendera) yang mana ia
meregangkan dan bergerak antara satu sama lain didalam buku ini.
Idea boleh dicurahkan pada deretan bendera dan hsilnya pembaca
akan dapat melihat serpihan tekstur imej dan bunyi mengepak.

Accordian Book
Buku ini merujuk kepada struktur yang berlipat-lipat. Blok buku itu
diperbuat menggunakan lipatan sehelai kertas kebelakang dan kedepan.
Buku akordian terdiri daripada satu lembaran yang dilipat berterusan. Ia
juga boleh dibuka dengan mengembang ataupun disimpan rata.

Pop-up
Pop-up lebih bergantung kepada teknik gam dan memotong dan amat
berbeza dengan teknik origami. Persamaannya Cuma menggunakan
teknik lipatan. Kebiasaannya artis yang mampu menghasilkan pop-up
mampu membuat sesuatu yang sangat menarik dan membuat oembaca
terpegun dengan hasil buku ini.

Shape Book
Dikenali sebagai buku bentuk dan merupakan produk pemotongan mati,
dimana buku dipotong mengikut bentuk tertentu yang dipilih mengiku
kreativiti seseorang. Buku ini juga boleh dibentuk menjadi apa saja
termasuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Buku ini menarik minat
pembacanya dengan bentuknya yang lain dari yang lain berbanding
buku segi empat biasa.

Envelope Book
Envelope book adalah sebuah buku yang diperbuat daripada sampul
surat. Ianya seperti sebuah cabinet yang menyimpan pelbagai fail
didalam sampul itu. Kesemua sampul di ikat bersama lalu dibukukan.
Pilihan sampul surat itu akan membentuk buku itu sendiri. Saiz yang

digunakan untuk membuat buku hendaklah sama hanya berlainan


warna sahaja.

Squash Book
Buku squash merupakan alternatif yang baik untuk menggantikan kad.
Buku squash akan menjadi album berbentuk berlian dengan banyak
ruang kecil untuk gambar apabila ianya dibuka. Seseorang artis boleh
menggunakan kreativitinya untuk mencorakkan dan menghidupkan buku
squash ini.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin
Allah, saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi kursus PSV3053E
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual . Dalam
menyiapkan tugasan ini saya telah mendapat sokongan dan bantuan
daripada pelbagai pihak.
Saya ingin menyampaikan setinggi-tingginya penghargaan saya
kepada Puan Zaliza binti Nasir, selaku pensyarah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, kerana sudi meluangkan masa
membantu saya dan rakan-rakan saya dengan memberi bimbingan dan
panduan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah memberi
penerangan yang terperinci berkaitan aspek-aspek yang perlu diberi
perhatian bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti serta menepati
kesemua kriteria yang akan dinilai.

Penghargaan saya juga ditujukan kepada semua rakan-rakan


sekelas saya yang turut sama membantu saya dari segi memberi
tunjuk ajar, penerangan dan idea dalam usaha untuk menyiapkan
tugasan ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada
semua orang yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini
secara langsung dan tidak langsung, terutamanya keluarga saya yang
sentiasa memberi sokongan moral sepanjang menyiapkan tugasan
yang diberikan.
Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN
No.
1.
2.
3.

4.

Tajuk
Penghargaan
Definisi Artist book
Jenis-jenis Artist book
i. Tunnel book
ii. Flag book
iii. Shape book
iv. Star book
v. Circle book
vi. Envelope book
vii. Accordian book
viii. Pop-up book
ix. Squash book
Penzahiran idea
i. Artist Book yang dipilih
ii.

5.
6.

(Tunnel Book)
Pengenalan kepada Tunnel

Book
Pengolahan idea Artist Book
Lakaran sumber idea dan

Muka surat

7.
8.

huraian
Lukisan
Teknik yang digunakan (4

9.
10.

BIDANG PSV)
Hasil produk akhir
Refleksi

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN


SENI VISUAL PSV3053E

Nama
: Mohd Shahirul Afidzi B. Hadarawi
No. KP
: 930901-01-6749
Opsyen
: PISMP Ambilan Jun 2014/ BI 3
Semester : 4
Dalam tugasan Artist Book bagi kursus PSV3053E ini saya
dikehendaki untuk mencari, mengumpul maklumat serta mengolah idea
bagi menghasilkan sebuah Artist Book. Antara tugasan yang perlu
disiapkan untuk kursus ini ialah menghasilkan sebuah Artist Book
yang mempunyai komposisi dua dimensi (2D) yang melibatkan empat
bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, mengumpul

maklumat dan menghasilkan sebuah folio yang mengandungi butiranbutiran mengenai pemilihan tema, penzahiran idea, pengolahan idea,
lakaran artist book dan alat-alat dan bahan yang digunakan serta
langkah penghasilan produk dan hasil akhir.
Menurut Herbert Read (buku, The Meaning of Arts) seni adalah
penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan
dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik ini merujuk kepada
penghayatan terhadap keindahan dalam seni. Sebelum ini saya
berpendapat bahawa pendidikan seni adalah untuk orang yang
berimaginasi serta mempunyai daya krativiti yang tinggi sahaja. Saya
pula tidaklah begitu hebat berimaginasi serta kurang mahir dalam
melukis dan mewarna. Berdasarkan kenyataan herbert read saya
faham bahawa seni mempunyai skop yang sangat meluas dimana ia
memberi ruang kepada kita untuk mengekspresikan diri disamping
mencari keseronokan, bukanlah hanya dinilai melalui kecantikan luaran
sahaja.
Sejujurnya saya tidak pernah mendengar ataupun melihat artist book.
Jadi, apabila saya menerima tugasan ini saya kurang yakin dapat
memenuhi kesemua kriteria yang telah disenaraikan. Saya telah
mencari panduan dari pelbagai laman sesawang yang berkaitan
dengan bidang seni dan artist book untuk mendapat gambaran
keseluruhan sebelum saya mula menghasilkan artist book pilihan
saya. Setelah membuat carian mengenai artist book tangappan saya
terhadap artist book berubah. Sebelum membuat pencarian saya
menjangkakan bahawa artist book akan menyerupai buku biasa
seperti yang digunakan selalu. Selepas membuat pencarian baru saya
mengetahui bahawa artist book terdapat dalam pelbagai bentuk,
komposisinya berlainan dari buku biasa serta kandungannya tidak

semestinya berasaskan ilmiah. Bentuknya yang unik membuat saya


tertarik untuk menyiapkan tugasan ini. Setelah memembuat kajian
untuk pelbagai jenis artist book akhirnya saya memilih Tunnel Book
sebagai artist book pilihan saya.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah memperoleh
banyak ilmu dari pelbagai sumber seperti buku, journal, dan juga
dengan melayari laman sesawang yang boleh saya aplikasikan di
sekolah kelak. Dengan menghasilkanartist book, secara tidak
langsung saya telah dapat menyisipkan elemen-elemenn yang terdapat
dalam empat bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual. Di samping itu,
dengan menghasilkan tunnel book dan folio, saya telah mempelajari
cara untuk mendokumentasikan maklumat secara tersusun. Saya juga
telah mendapat serba sedikit pengetahuan tentang artist book, di
mana saya boleh menghasilkan sebuah artist book sebagai hadiah
ataupun dapat diunakan ketika menjalani praktikum nanti.
Secara kesimpulannya, saya berasa amat bangga dan gembira
kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna
walaupun pada mulanya saya menghadapi sedikit masalah akan tetapi
berjaya ditangani dengan berkat kesabaran dan ketelitian. Dengan
penghasilan artist book, saya telah mempelajari banyak pengetahuan
baru dan saya dapat mengaitkan ilmu berkenaan dengan pengetahuan
yang sedia ada . saya berharap agar dapat menimba ilmu pendidikan
seni dengan lebih banyak lagi untuk diaplikasi kan di sekolah nanti.