Anda di halaman 1dari 31

1.

0 PENGENALAN

2.0 RANCANGAN
PENGAJARAN
HARIAN

3.0 BAHAN BANTU


MENGAJAR
1) CD pengajaran berasaskan
unsur TMK
2) Bahan maujud 3D (Baju Jalur
Gemilang)
3) Bahan maujud 2D (Buku Sajak)

4.0 BAHAN
MAUJUD 2D &
3D

5.0 REFLEKSI

6.0 LAMPIRAN

7.0 BIBILIOGRAFI

ISI KANDUNGAN

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0

Prakata
Rancangan Pengajaran Harian
Bahan Bantu Mengajar
Bahan Maujud Berbentuk 2D dan 3D
Refleksi
Lampiran
Bobliografi

LAGU CIPTAAN SENDIRI (LIRIK)

Rasa sayang, hey!


Rasa sayang sayang hey
Hey lihat Malaysia Ku
Rasa sayang sayang hey!

Kalau singgah di Kuala Lumpur


Jangan lah lupa ke KLCC
Bandar damai serta tersohor
Sajak gelaran Ibu Negeri

ulang Chorus

Rasa sayang, hey!


Rasa sayang sayang hey
Hey lihat Malaysia Ku
Rasa sayang sayang hey!

Mari kita singgah Melaka


Penuh dengan seribu misteri
Jika anda tidak percaya
AFamosa teguh berdiri

ulang Chorus

Rasa sayang, hey!


Rasa sayang sayang hey
Hey lihat Malaysia Ku
Rasa sayang sayang hey!

Jika sebut pasal makanan


Tidak kan habis sampai ke pagi
Murtabak, rojak dan roti canai
Nasi lemak lah wajah kami

ulang Chorus

Rasa sayang, hey!


Rasa sayang sayang hey
Hey lihat Malaysia Ku
Rasa sayang sayang hey!

Bumi bertuah tempat bernaung

Pesat membangun dan juga kaya


Uniknya kami pelbagai kaum
Melayu, Cina, serta India

REFLEKSI

Dalam tugasan bagi kursus WAJ3073 Seni Dalam Pendidikan (SDP) saya
dikehendaki menyediakan Rancangan pembelajaran harian berserta dengan bahan
bantu mengajar (BBM) sama ada 2D atau 3D. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan Seni Dalam Pendidikan
ini dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan yang tidak jemu memberikan tunjuk
ajar. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Izzatul Ashikin
kerana tunjuk ajar dan bimbingan serta komen yang membina yang telah beliau beri
sepanjang proses melaksanakan tugasan kerja kursus ini
Pada mulanya tugasan ini memberi sedikit tekanan kepada saya kerana kurang
pengalaman dan pemahaman dalam bidang ini. Setelah itu perasaan ini sudah mulai
hilang apabila mendapat tunjuk ajar dari pensyarah serta rakan-rakan yang lain. Setiap
komen yang diberi oleh pensyarah dijadikan sebagai panduan kepada diri saya
mahupun rakan-rakan yang lain agar dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.
Sepanjang proses menyiapkan projek ini, terlalu banyak cabaran yang saya
hadapi termasuklah memahami semua konsep seni yang telah dipelajari sebelum ini.
Projek ini telah membuka minda saya sebagai seorang bakal guru yang akan
berkhidmat dan sesi pembelajaran seharusnya menarik dan menyeronokkan untuk
menarik minat pelajar untuk belajar tanpa ada perasaan jemu dalam jiwa mereka.
Pembelajaran yang menyeronokkan akan membuatkan pelajar semakin hari semakin
menebal minat mereka untuk menuntut ilmu.

Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi.
Sebagai contoh, pembelajaran yang berkesan tidak bersandarkan kepada kurikulum
sahaja bahkan turut perlu mempunyai unsur seni agar proses penerimaan ilmu
dikalangan pelajar lebih jitu. Di samping itu tugasan ini juga membuka mata serta minda
saya bahawa pelbagai kaedah yang boleh membantu guru menjadikan
pembelajarannya menyeronokkan, bukan hanya menggunakan kapur dan papan hitam
sahaja. Saya berharap agar ilmu yang diperoleh dapat menbantu saya untuk menjadi
guru yang cemerlang dan berdedikasi pada masa akan datang.

Tugasan individu
kelajuan internet yang rendah
bahan yang terhad

Peluang membuat BBM yang menarik


Belajar mengaplikasikan SDP dalam RPH

Perancangan Masa
Penulisan RPH

Bahan bantu mengajar yang sesuai


Kemahiran seni
Tajuk subjek yang menarik
Memahami SDP

T
O
W
S

ataupun (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman)


refleksi saya. SWOT disini bermaksud (Strength, Weaknes, Oppurtunity, threats)
serta kelemahan yang ada pada saya. Oleh it saya mengemukakan SWOY dalam
Melalui pelaksanaan tugasan ini saya dapat mengenal pasti kekuatan

KEKUATAN: Pertama sekali, saya dapat mengenal pasti kekuatan saya iaitu dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai. Saya telah menghasilkan
sehelai baju Jalur Gemlang yang saya cipta dari hasil gabungan bendera yang
digabungkan dengan reka bentuk baju melayu walaupun agak sukar dan mengambil
masa yang lama tetapi hasilnya amatlah memuaskan. Pada awalnya saya merasakan
ianya agak mustahil untuk saya menghasilkan BBM seperti ini kerana saya
beranggapan bahawa memerlukan masa yang sangat panjang. Setelah membuat
pertimbangan akhirnya saya bersetuju membuat baju Jalur Gemilang kerana secara
tidak langsung ianya dapat menyerlahkan bakat seni saya. Untuk bahan 2D pula saya
telah menyediakan sekeping buku yang berisi sajak untuk di deklamasikan di dalam
kelas nanti. Buku sajak itu saya telah hasilkan dengan memotong mounting board dan
menghiasnya dengan kertas warna sebagai latar dan akhirnya menggunting dan
menampal sajak tersebut di dalam buku itu untuk digunakan di dalam kelas nanti.
Berikut merupakan langkah ringkas saya menghasilkan BBM ini :

Langkah 1: proses di mulakan dengan menjahit baju menggunaka reka bentuk Baju
Melayu untuk melambangkan Tradisi dan Budaya di Malaysia.

Langkah 2: proses di sambung dengan menghasilkan samping dengan munggunakan


Jalur Gemilang. Dengan sedikit potongan di bahagian bawah serta menyambung
bendera tersebut maka terhasil keputusan seperti dalam rajah di atas.

Langkah 3: proses di teruskan dengan menjahit bahagian seluar pula, untuk bahagian
seluar saya telah menggunakan 2 Jalur gemilang untuk menghasilkan corak yang
seimbang dan kelihatan kemas.

Hasil yang diperolehi setelah melalui ke tiga-tiga proses di atas.

Rajah diatas merupakan hasil terakhir buku sajak hasil ciptaan saya sendiri. Rajah di
atas merupakan bahagian dalam buku dan rajah di bawah pula merupakan bahagian
luar atau pun kulit buku tersebut.

Langkah 6: Setelah menyiapkan kedua-dua bahagian buku, saya telah menggabungkan


buku tersebut dengan menebuk lubang pada mounting board dan mengikat buku
menggunakan ring seperti rajah di atas

Langkah 5: proses melekat dan menghias bahagian kedua buku sajak, kertas warna
merah pula digunakan sebagai latar untuk menimbulkan unsur kontra serta menarik.

Langkah 4: setelah selesai menggunting dan menampal latar belakang, proses


diteruskan dengan menampal kepingan sajak pada bahagian pertama buku sajak.
Setelah itu muka surat pertama dihiasi dengan tali rayban dan kertas yang membentuk
rayban.

Langkah 3: seterusnya kertas yang digunting di tampal pada bahagian hadapan sbagai
kulit buku. Sedikit campuran kertas warna dicera-ceraikan untuk dijadikan hiasan

Langkah 2: proses menggunting kertas warna untuk di jadikan hiasan pada muka
hadapan dan digunting berbentuk huruf atau abjad. Kertas warna juga digunakan
sebagai latar belakang pada bahagian dalam buku.

Rajah dibawah pula merupakan proses penghasilan Buku Sajak yang berjudul
Pertama Dan Terakhir

Langkah 1: proses di mulakan dengan menggunting mounting board berbentuk buku


serta dibentuk dengan corak geometri yang menarik.

KELEMAHAN: tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan manusia juga tidak
pernah lari dari membuat kesilapa. Antara kelemahan saya adalah saya tidak pandai
menguruskan masa. Saya sepatutnya menyediakan satu jadual kerja serta membuat
perancangan awal supaya segalanya berjalan dengan teratur serta saya akan
mempunyai masa meneliti semua hasil kerja saya. Selain itu saya juga bersikap suka
menangguh-nangguh dalam melakukan kerja saya menyebabkan semua yang di
fikirkan kebanyakan nya tidak menjadi akibat masa yang tidak mencukupi. Selain itu
kelemahan saya juga adalah saya amat lemah di dalam penulisan rph di mana saya
agak keliru dengan pelbagai format yang di persembahkan. Saya amatlah khuatir dan
risau sekiranya RPH saya tidak cukup bagus dan melengkapi kriteria yang di tetapkan.

PELUANG: Pelaksanaan tugas ini memberikan saya peluang untuk


menghasilakn BBM 2D dan 3D yang menarik. Sebelum ini saya tidak mempunyai
sebarang pengalaman menghasilakn baju Jalur Gemilang kerana saya kurang yakin
ianya akan berjaya. Saya juga dapat merasai kepuasan yang tidak terhingga melihat
hasil kerja saya sendiri dan memberi sedikit anjakan paradigm kepada saya untuk terus
maju dan percaya pada diri saya sendiri.

ANCAMAN: Antara ancaman atau pun halanganyang menyukarkan lagi saya


untuk membuat tugasan ini ialah ianya merupakan tugasan individu. Kelemahan pada
tugasan individu ialah ianya akan mengambil proses yang sangat lama selain itu akan
menjadi sukar kerana kekurangan idea kerana hanya satu otak sahaja yang berfikir
berbanding tugasan berkumpulan. Selain itu ancaman lain juga merupakan kelajuan
internet yang sangat rendah dan menyukarkan saya untuk mencari sumber rujukan dan
informasi yang mahu di jadikan contoh idea saya. Ancaman terakhir saya ialah bahan
yang tehad. Setelah puas memerah otak memikirkan idea saya mengalami kesukaran
mencari bahan kerana tidak semua bahan yang saya perlukan itu di jual di kedai. Oleh
tu saya perlulah menyelaraskan bahan yang ada dengan kesesuaian idea saya. Ianya
amatlah sukar dan membimbangkan saya kerana takut hasil yang saya perolehi itu
tidak memusakan hati. Akan tetapi Alhamdulillah saya berjaya mengatasi semua
hanlanagn serta cabaran dalam menghadapi tugasan ini hingga dari awal hingga ke
akhir.

Bibiliografi
1) Mas Anom Musdar, and Nathan Kumar., (2007). Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan. 1st ed. Seri Kembangan, Selangor: PNI Neuron (M).

2) YouTube, (2014). Malaysia -Truly Asia-. [online] Daripada:


http://www.youtube.com/watch?v=bP0obUFqtsI&feature=youtu.be [Diakses pada
14 ogos. 2014].
3) JELANI, H. (2009). BLOG SUMBER GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH: CONTOH RANCANGAN
MENGAJAR HARIAN. [online] Psksksd.blogspot.com. Daripada :
http://psksksd.blogspot.com/2009/08/contoh-rancangan-mengajar-harian.html
[Dilayari pada 14 Ogos. 2014].
4) 6, R. (2014). My DiZZy FlaVeR: RPH PSK TAHUN 6. [online]
Yunnowy2.blogspot.com. Daripada: http://yunnowy2.blogspot.com/p/rph.html
[Dilayari pada 15 Ogos. 2014].
5) Anon, (2014). [online] Daripada: http://atiqahali.blogspot.com/2010/11/contohrphpsk.html [Dilayari pada 15 Ogos. 2014].

Anda mungkin juga menyukai