Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN
TAMAN WIDURI

PBSMR PENDIDIKAN SENI


VISUAL

Disediakan oleh
Nizam

Nur Hanisah binti Mohamad

Tingkatan

3 Ihsan

Nama Guru

BIL

ISI KANDUNGAN

1.0

PENDAHULUAN

2.0

LATAR BELAKANG PERISTIWA

MUKA SURAT

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU


2.1

SIAPAKAH YANG MENCEROBOH ?

2.2

ADAKAH KUMPULAN PENCEROBOH

MEWAKILI
2.3
3.0

KESULTANAN SULU ?
TUJUAN KUMPULAN PENCEROBOH

KRONOLOGI PERISTIWA PENCEROBOHAN


LAHAD DATU

4.0

PENUTUP
LAMPIRAN (GAMBAR-GAMBAR SEKITAR
PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU)

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, SABAH

1.0

PENDAHULUAN

Sabah atau dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara merupakan negeri


kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 29,388 batu
persegi dan diapit oleh Banjaran Crocker di sebelah barat dan Banjaran
Bressey di timurnya. Negeri ini mendapat nama dari sejenis pisang yang
dikenali sebagai Saba. Sabah mempunyai pertalian dengan kesultanan
Brunei dan Sulu. Terbahagi kepada lima bahagian iaitu Pantai Barat,
Pedalaman, Kudat, Tawau dan Sandakan dan memberikan jumlah 23
daerah kesemuanya. Corak pemerintahannya dipengaruhi oleh politik
kesultanan, politik kesukuan dan politik ketua bebas di mana di kawasan
pedalaman politik kesukuan sering diamalkan. Secara keseluruhannya,
Sabah didiami oleh 30 etnik yang berbeza kawasan penempatan seperti
Kadazan, Bajau, Melayu Brunei, Murut, Suluk, Sungei, Kedayan dan
Bisaya.Kesultanan Sulu mendapat kawasan kerana bekerjasama
membantu menghapuskan serangan lanun. Kegiatan sosiobudaya
masyarakatnya berkisar kepada kawasan sekeliling, peraturan, adat
resam, agama serta kepercayaan nenek moyang (animisme).
Mereka juga mempunyai kesenian budaya tersendiri seperti Pesta
Menuai, Tarian Besar dan Tarian Sumazau. Manakala dari segi ekonomi
pula, mereka lebih mengamalkan kegiatan sara diri seperti pertanian
kekal (sawah) dan pertanian pindah (padi huma), memungut hasil laut,
memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Masyarakat Kadazandusun di
sekitar Penampang, Tuaran, Papar, Ranau, Keningau dan Tambunan
mengamalkan pertanian pindah iaitu menanam padi huma, ubi keledek,
sayur, buah-buahan dan kelapa. Manakala masyarakat Melayu Brunei,
Suluk dan Bajau mendominasi aktiviti penangkapan hasil laut. Aktiviti
memungut hasil hutan seperti rotan, damar dan madu lebih sinonim
3

dengan suku kaum Murut. Aktiviti perdagangan mereka dijalankan di Tamu


di mana Tamu ini juga dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan
semangat muhibah.
Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah pada pertengahan abad
ke 19, wilayah Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunai dan Kesultanan
Sulu. Namun begitu, ekoran daripada kelemahan pemerintahan kedua-dua
kesultanan ini, pengaruh mereka ke atas Sabah telah berkurang sehingga
memberi ruang kepada pedagang-pedagang Eropah bertapak kukuh
sehingga termeterinya perjanjian dengan Sultan Brunei , Sultan Abdul
Mumin pada tahun 1865. Melalui perjanjian tersebut, seorang konsulat
dari Amerika Syarikat iaitu Claude Lee Moses telah dihantar ke Borneo
Utara. Namun , pada tahun 1867 Claude Lee Moses telah menjual konsesi
tersebut kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat yang
beroperasi di Hong Kong.(The American Trading Company of Borneo) yang
diketuai oleh Joseph W. Torrey. Penjualan ini ekoran daripada kegagalan
Claude Lee Moses menuntut ganti rugi akibat kebakaran rumahnya.
Pengiktirafan sebagai Rajah of Ambong and Merudu kepada
Joseph W. Torrey memberi kuasa membuat undang-undang, mata wang
serta lain-lainnya dan beliau menjadikan muara Sungai KImanis sebagai
kawasan pertama yang ingin dimajukan. Setelah usahanya gagal, Torrey
menjual hak-haknya kepada Baron Von Oberbeck. Muslihat Baron Von
Oberbeck bagi mendapatkan tanah jajahan Sultan Sulu akhirnya berjaya.
Rentetan daripada peristiwa ini mengakibatkan wilayah Borneo Utara
jatuh ke tangan pemerintahan British North Borneo Chartered Company
(BNBCC). Apabila Syarikat Overbeck telah mengalami masalah kewangan
teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent,
4

seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup
membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk
menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck
yang berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di
wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan.

2.0

LATAR BELAKANG PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU

SABAH

2.1 Siapakah Yang Menceroboh ?


Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai Tentera DiRaja
Kesultanan Sulu (The

Royal Sulu Sultanate Army) datang dari

Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka
bersenjata. Kumpulan ini diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin
Kiram, adik kepada mantan sultan Jamalul Kiram III dan sultan
Ismael Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk
jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2.2

Adakah Kumpulan Penceroboh Mewakili Kesultanan

Sulu ?
Kumpulan penceroboh ini tidak mewakili kesultanan Sulu kerana
kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak
kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun

1986. Namun kini, terdapat dua pihak utama yang mengaku


sebagai Sultan Sulu iaitu :
Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir
yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A.
Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari
penabalan bapa beliau sebagai sultan.
Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, Raja
Muda Agbimuddin Kiram.

Rajah 1 : Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974.
Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja
Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai
Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

2.3 Tujuan Kumpulan Penceroboh


Mantan sultan Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan
ini ingin menjadikan Sabah sebagai rumah mereka:

3.0

KRONOLOGI PERISTIWA PENCEROBOHAN LAHAD DATU

Tanggal 1 dan 2 Mac 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik
hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah
air gugur demi mempertahankan pertiwi tercinta . Sejarah hitam itu
menyaksikan bumi Sabah khasnya Lahad Datu dan Semporna
bermandikan darah apabila peluru yang disasarkan oleh kumpulan
penceroboh menembusi tubuh pasukan anggota Polis Diraja Malaysia dan
meragut nyawa 8 perwira negara. Pencerobohan yang dilakukan bermotif
untuk merampas kembali wilayah pantai timur Sabah oleh pengikutpengikut kesultanan Sulu.

9 Februari 2013
Kumpulan pengganas yang berasal dari selatan Filipina ini mula memasuki
perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara
berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu
.Kumpulan ini diketuai oleh Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris
sah kesultanan Sulu.

11 Februari 2013
Sebahagian daripada anggota kumpulan pengganas , iaitu seramai 100
orang itu telah dikesan oleh sekumpulan nelayan tempatan pada waktu
malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis kerana sangsi kerana
kumpulan tersebut berpakaian ala tentera dan bersenjata api
berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari 2013
Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu
iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu
dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad Bon.Pencerobohan
kumpulan pengganas itu turut mengorbankan dua anggota Angkatan
Tentera Malaysia (ATM). Sebanyak 68 anggota militan maut dalam
pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.

14 Februari 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia
akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi
menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar
dari kawasan itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis
telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir
pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari
Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka
dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu
rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Laporan
memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut
setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata
kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak

pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Febuari 2013
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau
pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan
menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu
yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain
menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana
sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari 2013
Dato Seri Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina
sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu
ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari 2013
Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan
untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal
bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari 2013
Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan
terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari 2013
Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan
Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan
kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga
minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin
Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira
180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac 2013
Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil
kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada
kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan
keselamatan terkorban (VAT 69, Insp Zulkifli Mamat dan Koperal
Sabaruddin Daud) serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh
bersenjata terbunuh. Keesokannya, enam lagi anggota polis gugur dalam
serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna.
Kejadian pukul 8 malam itu turut membunuh enam anggota pengganas.
Ops Daulat turut menyaksikan penangkapan beberapa individu yang
didapati bersekongkol dengan kumpulan pengganas terbabit selain

10

anggota militan itu sendiri yang keluar daripada persembunyian selepas


digempur.
Pada 21 Mac 2013 , lapan rakyat Filipina dihadapkan ke mahkamah
dan berdepan hukuman mati serta penjara seumur hidup atas tuduhan
melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai
kumpulan pengganas. Sehingga tarikh itu juga 443 orang dilapor ditahan
kerana memasuki zon merah kawasan Ops Daulat dan pelbagai kesalahan
manakala 173 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (LangkahLangkah Khas) 2012 (SOSMA). Sebagai menghargai pengorbanan wirawira yang gugur, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pangkat
kepada mereka. Inspektor Zulkifli dinaikkan pangkat kepada ASP dan
Sabaruddin kepada Sarjan. Enam lagi ialah Suptrtenden Ibrahim Lebar
(ACP), ASP Michael Anak Padel (DSP), Sarjan Abdul Aziz Sarikon (Sarjan
Mejar), Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran (Koperal), Sarjan Baharin Hamit
(Sarjan Mejar) dan Koperal Salam Tugiran (Sarjan). Dua anggota ATM yang
terkorban iaitu Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang gugur semasa
pertempuran dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang meninggal dunia
dalam kemalangan jalan raya, masing-masing dinaikkan pangkat Koperal.

Perdana Menteri menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad


Datu sebagai peristiwa yang bukan sahaja membuka mata kerajaan,
tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, terutama di Sabah, tentang betapa
pentingnya meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar.

4.0

PENUTUP
11

Kita tidak perlu untuk menuding jari dan pastinya pembelotan dan
kerosakan yang dicetuskan dalam konflik Lahad Datu sudah pasti ada
sebab dan puncanya. Rakyat seharusnya perlu menilai lebih jauh dan
menjadikan peristiwa ini sebagai penanda aras untuk menentukan masa
depan negara yang lebih aman damai dan berdaya maju. Sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya bijak menilai segala info yang diketengahkan
oleh

laman media sosial yang banyak menggemburkan cerita dan

tuduhan yang tidak berasas.Sebagai Rakyat Malaysia, kesenangan dan


kemakmuran yang kita nikmati pada hari ini bukanlah satu perjuangan
yang mudah untuk kita kecapi. Perjalanan hidup masih panjang masa
untuk kita berfikiran lebih rasional. Soal kedaulatan negara bukanlah
satu

perkara

yang

boleh

dimomokkan.Pengorbanan

anggota

keselamatan negara yang berjuang demi kedaulatan negara adalah


lambang keteguhan sistem pemerintahan kerajaan pada hari ini .
Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu haruslah diambil iktibar agar ia
tidak berulang di masa akan datang.

12

LAMPIRAN : GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERISTIWA


PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

13

14

RUJUKAN

15