Anda di halaman 1dari 16

PERANANA GENARASI MUDA DALAM

PEMBINAAN KEBUDAYAAN MELAYU


MUKADDIMAH
Terlebih dahulu sebelum berbicara panjang adalah lebih
baik untuk memahami definisi perkataan kebudayaan .
Definisi bagi sesuatu perkataan itu mungkin berbeza
mengikut taraf pendidikan, sosial dan faktor persekitaran
yang lain bagi seseorang yang mentafsirkannya. Seorang
doktor akan mentafsirkan sesuatu perkataan mengikut
ilmu dan pengalamannya yang mengarah lebih kepada
bidang kedoktoran. Begitu juga dengan peguam yang
mengarah kepada bidang perundangan. A.L.Kroeber dan C.
Kluckhohn dalam bukunya Culture, a critical review of
concept and definition telah mempertemukan 160 definisi
kebudayaan.
Bagi memudahkan perbincangan, saya merujuk kepada
Kamus Dewan yang memberikan definisi kepada perkataan
kebudayaan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat,
tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi) iaitu merujuk
kepada keseluruhan cara hidup manusia dalam apa jua
bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka.
HUBUNGKAIT AGAMA DAN KEBUDAYAAN
Sebagai satu gerakan pelajar Islam, tentunya pengertian
itu disandarkan kepada apa yang digariskan oleh Islam.
Maka, perlu juga kita perlihatkan apa yang dimaksudkan
dengan kebudayaan dalam bahasa Arab.
Kebudayaan disebut antaranya dengan menggunakan
kalimat ath-tahaqafah; dan ath-thaqafah al-Islamiyah itu
bermaksud keseluruhan cara hidup dan berfikir serta nilainilai dan sikap, termasuk institusi-institusi serta artifak-

artifak yang membantu manusia dalam hidup, yang


semuanya itu timbul dan berkembang serta disuburkan
dalam acuan syariat Islamiah dan sunnah Nabi s.a.w.
(Uthman el-Muhammady).
Bapak M. Natsir pernah menterjemahkan definisi yang
diambil daripada H.A.R. Gibb bahawa Islam sebenarnya
bukan sekadar sistem teologi tetapi ia adalah suatu
peradaban yang sempurna. Peradaban yang dimaksudkan
itu adalah kebudayaan yang didominasi oleh nilai-nilai
moral
dan
spiritual
(Mohammad
Hatta,
1954).
Ini menunjukkan bahawa kebudayaan adalah suatu cara
hidup sesuatu masyarakat yang membentuk suatu
peradaban berpandukan nilai-nilai moral dan spiritual
berdasarkan syariat Islamiah dan sunnah Nabi s.a.w.
Mohammad Hatta pernah berpidato dalam Kongres
Kebudayaan Indonesia pada 1948 yang mengatakan :
Apakah anasir-anasir yang menjadi sendi dan isi daripada
kebudayaan kita? Adalah banyak akan tetapi yang
terpenting ialah agama, bahasa, adat, seni, muzik, teknik,
senibina, ilmu, organisasi masyarakat dan negara. Oleh
kerana itu kita harus menyusun negara sedemikian rupa,
supaya Republik Indonesia tidak saja menjadi negara
hukum tetapi menjadi negara kultur [budaya] Sendi dan isi
yang dinyatakan Mohamad Hatta jelas menunjukkan
bahawa kebudayaan itu berteraskan nilai-nilai moral dan
spiritual. Nilai-nilai moral itu diterapkan dalam bahasa,
adat, seni, muzik, teknik, senibina, dan lain-lain. Manakala
unsur spiritual pula berteraskan agama yang bersumber
daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Daripada kebudayaan inilah terciptanya suatu peradaban
seperti penciptaan alat-alat pertukangan, cara-cara
pengucapan dan komunikasi, sistem ekonomi, politik,
benda-benda material dan teknik pembuatan (Mac Iver,
1950).

Menyentuh unsur spiritual tadi, kita harus tahu bahawa


agama mempunyai dua unsur asas iaitu credo dan ritus
atau creed dan rites yang bermaksud aqidah dan ibadah
(Saifuddin
Anshari,
1979).
Asas paling utama adalah aqidah atau kepercayaan kerana
ibadah atau amalan adalah pelaksanaan daripada
beraqidah. Hanya orang yang mempercayai sesuatu dan
meyakininya akan melakukan seruan daripada apa yang
dipercayainya.
Menteri
Kesihatan,
Pendidikan
dan
Keamanan Amerika Syarikat, John W. Gardner sewaktu
pemerintahan John F. Kennedy mengatakan :
Tiada satu bangsa yang dapat berjaya melainkan mereka
mempunyai keyakinan kepada sesuatu yang mempunyai
dimensi moral untuk mengekalkan sesebuah peradaban.
Celakalah bangsa yang tidak memiliki nilai-nilai yang tinggi
atau memilikinya tetapi tidak mahu berjuang terusmenerus mempertahankan nilai-nilai yang dimilikinya.
Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna telah
berjaya membuktikan penyataan tersebut dengan kejayaan
bangsa Arab mengekalkan peradaban mereka. Bangsa
Arab yang mempunyai aqidah yang tinggi kepada Allah
pada waktu itu telah membentuk amalan yang baik
sehingga
wujudnya
satu
peradaban
yang
hebat.
Penciptaan masjid yang indah megah tidak akan terbina di
Istanbul dan Cordova sekiranya tidak ada syariat Islam
mengenai solat yang dibawa Muslim Arab ke sana
walaupun bahan-bahan pembuatannya sudah tersedia.
Bermula daripada aqidah kepada Tuhan yang Agung
mendorong mereka melakukan ibadah yang sempurna
seterusnya membentuk budaya hidup tersendiri yang
akhirnya mencipta satu peradaban yang tinggi. Bahanbahan pembuatan masjid seperti pasir, air, plaster dan
sebagainya sudah wujud, namun tidak dimanfaatkan
sekiranya tiada ibadah solat yang dilaksanakan atas teras
aqidah.

Jadi, umat Islam perlu mempertahankan nilai-nilai yang


tinggi ini bagi membina kebudayaan mereka dengan :
1- Memelihara nilai-nilai kebudayan yang positif.
2Menolak
nilai-nilai
kebudayaan
yang
negatif.
3- Menerapkan elemen nilai-nilai positif dalam kebudayaan
yang
belum
dimilikinya.
4- Bersikap selektif terhadap kebudayaan secara umum.
5- Menyucikan kebudayaan sedia ada agar sesuai, selari
dan tidak bertentangan dengan Islam.
BUKTI-BUKTI SEJARAH ISLAM DAN KEBUDAYAAN
Seni khat merupakan bukti kebudayaan yang terbit
daripada agama Islam itu sendiri. Penegasan al-Quran atas
suruhan membaca seperti yang didapati dalam al Quran
(surah al-Alaq : 1) telah menyumbang ke arah budaya
ilmu.
Bagi menarik perhatian pembaca, tulisan sesuatu buku
termasuk al-Quran diperelokkan dan diperkemaskan.
Maka, timbullah seni khat yang turut membawa ke arah
lukisan berbentuk seperti burung dan sebagainya. Lukisan
tersebut walaubagaimanapun tetap membawa mesej alQuran kerana jika diperhatikan ia adalah ayat suci al-Quran
yang dibentukkan menyerupai burung.
Begitu juga dengan lambang. Raja-raja muslim sering
memasang lambang pada benda-benda milik mereka sejak
abd ke-14. Lambang kebesaran itu berbentuk bulat, bujur
telur atau bulatan terpecah. Di dalam bentuk itu pula
diletakkan gambar-gambar seperti burung, binatang
buasa, pedang dan sebagainya bagi melambangkan
peribadi raja tersebut. Lambang-lambang tersebut
diwarnakan dengan warna yang semarak atau cerah.
Kini penggunaan lambang telah meluas. Didapati
kebanyakan lambang atau logo itu masih mengekalkan
ciri-ciri
perlambangan
yang
serupa.

Industri tekstil dan karpet merupakan contoh seni budaya


yang telah ditonjolkan muslim. Pada abad ke-13, orang
Itali telah meniru Islam yang telah lama mendirikan Dar alTiraz (rumah penyulaman terbesar di negara Arab) dengan
membangunkan
psta
industri
sutera.
Seni menjilid buku pula berasal dari Kordova. Industri kulit
buku cukup terkenal pada waktu itu sehingga nama
Kordova melekat pada jenama produk buku yang tertulis
Cordovan atau Cordwain. Bahagian-bahagian cekung di
kulit buku dicat dengan cat emas. Seni ini kemudian ditiru
oleh
golongan
Barat
pada
abad
ke-15.
Jika kita melihat motif-motif dekorasi seni lukis Eropah,
nyata kelihatan dalam pakaian mereka ini dilukis pola
geometris, dedaunan, kaligrafi dan binatang-binatang
eksotik. Motif-motif ini adalah seni lukisan yang dipelopori
oleh seniman-seniman muslim Arab suatu ketika dahulu.
Seni muzik juga terbukti dipelopori golongan arab muslim.
Sekitar 3000 tahun sebelum Masihi, telah dijumpai alatalat gendang, alat tiup dan alat muzik bertali. Pada zaman
dinasti ke-18 raja Mesir sudah wujud ensemble muzk di
istana. Seni ini kemudiannya dibawa oleh kerajaan Mesir
hingga ke peradaban Yunani.
Rombongan dari Sepanyol, Jerman dan Perancis mula
datang ke Mesir pad 213 Hijriah untuk mempelajari ialmu
muzik. Sekolah muzik pun kemudiannya ditubuhkan pada
zaman
Abdurrahman
al-Awsat.
Peradaban Arab ini akhirnya telah mempesona hati
pemuda dan intelektual Eropah. Ini terbukti apabila timbul
rungutan daripada seorang pendeta di Kordova pada abad
ke-9 kerana pemuda Kristian tertarik dengan bahasa Aarab
daripada bahasa Latin (yag dipertuturkan di Eropah) dan
menyanyikannya dalam perkumpulan dan pertemuan
sosial.
Puisi masyhur muwasysyah yang memperkenalkan pola
berirama dalam akhiran ayat turut ditiru dalam lagu ballad

(balada). Pola ini serupa dengan pantun Melayu hari ini


yang menyamakan bunyi akhiran ayat pertama dengan
ayat ketiga dan bunyi akhiran ayat kedua dengan ayat
keempat.
Pada abad ke-12 pula, pemuzik Eropah mula belajr sistem
tablature atau sistem penanda fret (tempata menempatkan
jari) pada instrumen seprti gitar daripada orang-orang
Arab. Seni ini telah tertulis dalam kitab Al-Farabi yang
bertajuk
Ala
Musiqi
al-Kabir.
Seni ini kemudiannya dikembangkan pada 1216 hingga
1294 oleh Muhammad Safiuddin Abdul Mumin yang
menggunakan sistem notasi huruf dan angka. Notasi
tablature tadi kini berdasarkan dengan sistem ini. Sistem
ini hanya dikenali oleh pemuzik-pemuzik Eropah pada
permulaan abad ke-15.
Maka, berdasarkan sejarah Islam yang berkait rapat
dengan kebudayaan yang akhirnya mencipta kepada
peradaban yang begitu hebat, membuktikan bahawa
kebudayaan itu adalah rentetan daripada tuntutan aqidah
agama.
Peniruan atau perkembangan kebudayaan Arab ini ke
negara-negara
lain
berlaku
akibat
penghijrahan,
perdagangan, penaklukan dan sebagainya. Jadi, sekiranya
sesuatu kebudayaan itu hendak dibina dengan baik,
perlulah kembali berpegang teguh kepada ajaran agama
yang berasaskan tauhid.
PENGARUH ISLAM DALAM KEBUDAYAAN MELAYU
Agama Islam sejak 500 tahun lampau telah menjadi
landasan hidup orang Melayu dan kebudayaan mereka
terutama bercorak ideologi dan bukan material seperti
kepercayaan, nilai, pandangan dunia atau falsafah yang
berpandukan
Islam
(Mohd
Taib
Osman,
1988).
Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini, kebudayaan
sesuatu bangsa itu bermula dengan kepercayaan dan

keyakinan kepada sesuatu yang mempunyai unsur-unsur


dan nilai-nilai moral dan berakhir dengan suatu peradaban
yang unggul.
Warisan budaya Islam telah menjadi landasan kebudayaan
Melayu kerana persamaan kepercayaan yang berbentuk
ideologi itu. Ini dapat dilihat daripada bentuk bangunan,
bahan makanan, citarasa, bentuk alat-alatan, adat resam
dan sebagainya.
Ini hanya terdapat pada kebudayaan Melayu Malaysia yang
kita maksudkan kerana erti Melayu di Malaysia ialah orang
yang berbangsa Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu
yang beragama Islam. Ciri beragama Islam tidak terdapat
pada Melayu Indonesia dan Filipina. Ini sekaligus
membezakan kebudayaan Melayu Malaysia dan lain-lain.
MENGAPA HARUS DIBANGUNKAN KEBUDAYAAN MELAYU?
Kebudayaan Melayu perlu dibangunkan kerana berlakunya
pertembungan budaya asal dengan budaya dominan. Kita
sepatutnya
mengucapkan
tahniah
kepada
Jabatan
Pengajian
Melayu
Universiti
Malaya yang
pernah
menubuhkan muzium etnografi bertujuan menyeldiki
sosiobudaya Melayu.
Malangnya muzium ini bertembung dengan budaya
dominan. Pameran budaya melalui artifak atau alat-alat
tidak mendatangkan kesan dalam pendidikan tentang
hidup manusia. Ini kerana soal penjelasan bagi pameran
itu tidak berlaku. Penjelasan bagi pameran itu lebih
penting kerana konsep mempamerkan benda-benda itu
mesti didampingi oleh makna trhadap bnda-benda yang
dipamerkan (Mohd Taib Osman, 1985).
Kita mengambil contoh pertembungan budaya di Australia.
Di
bandar-bandar
besar,
terdapat
muzium
yang
mempamerkan budaya orang asli. Kesannya mereka
memandang budaya sendiri sebagai suatu yang rendah

kerana teknologinya yang ketinggalan zaman. Pandangan


sebegini berlaku kerana budaya dominannya ialah budaya
kulit putih Australia.
Perkara yang sama dikhuatiri berlaku apabila budaya
dominan anak-anak muda sekarang bukannya budaya
sendiri. Bangsa Melayu yang telah membudayakan tudung
dan baju kurung sebagai pakaian bagi golongan wanita kini
dianggap seolah-olah ketinggalan zaman oleh sesetengah
anak muda. Budaya dominan dalam pemakaian bagi
mereka ialah seperti berskirt pendek dan berbaju ketat.
Tambah memalukan apabila pelajar Cina mula meminati
pakaian baju kurung tetapi pemilik budaya itu pula
sebaliknya.
Selain itu, budaya hiburan juga semakin menjadi-jadi di
Malaysia. Hiburan yang disajikan setiap hari membuktikan
bahawa muzik mempunyai hubungan dengan masyarakat
dalam proses pembentukan budaya bangsa. Maka, jika
ditanya kepada golongan muda hari ini, ramai yang
meletakkan artis sebagai idola mereka.
Beberapa kajian mengenai muzik Melayu atau istilahnya
etnomuzikologi telah dilakukan oleh pengkaji tempatan
seperti Ghouse Nasaruddin, Tan Soo Beng dan Ku Zam
Zam. Begitu juga dengan pengkaji luar negara seperti
Malm (Amerika Syarikat), Kartomi (Australia) dan Patricia
Matusky. Kajian mereka berdasarkan muzik wayang kulit,
muzik Mak Yong, muzik nobat dan sebagainya. Hubungan
muzik dengan masyarakat walaupun pernah disentuh,
tetapi masih banyak lagi berkurangan (Mohd Taib Osman,
1989).
Pendidikan agama yang semakin longgar juga antara
penyebab keruntuhan kebudayaan. Sudah menjadi
fenomena biasa sesetengah anak-anak muda masih tidak
pandai membaca al-Quran. Begitu juga dengan tidak
menunaikan solat lima kali sehari.

Berbalik kepada kekuatan pengekalan kebudayaan yang


dibincangkan tadi adalah bertunjangkan aqidah yang
kukuh. Maka, apabila ilmu agama yang seharusnya
dipelajari
bagi
memupuk
kekuatan
aqidah
tidak
dipentingkan, ia pasti memberi kesan kepada kebudayaan
Melayu seterusnya peradaban yang suatu ketika dulu
pernah dibangga oleh umat Islam.
Orang Melayu dahulunya selalu dikatakan hidup tradisional
bercucuk tanam untuk diri sendiri sahaja sudah
mencukupi. Namun, apabila mereka diberi peluang
menjadi pekebun kecil dan menoreh getah, mereka tidak
segan-segan dan ramai yang mengambil peluang untuk
menyertainya (Hirshman,1976).
Persoalannya adakah benar agama dan kepercayaan
memberikan motivasi untuk mereka bersikap demikian
atau dorongan mengejar keuntungan semata-mata?
Perubahan budaya Melayu daripada peradaban Hindu
kepada peradaban Islam telah menekankan konsep
ideologi tauhid percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Inilah yang membangkitkan kebudayaan Melayu itu apabila
panduan pemerintahan diambil daripada kisah Nabi dan
sahabat-sahabat, khalifah dan raja-raja Islam yang adil
berbanding ketaatan tanpa batasan dan menganggap raja
sebagai dewa pada zaman sebelumnya. Maka, lahirlaha
ungkapan , raja adil raja disembah, raja zalim raja
disanggah.
KESENIAN ADALAH TARIKAN KEPADA GOLONGAN MUDA
Golongan muda lebih mudah tertarik dengan bidang
kesenian berbanding yang lain dalam konteks kebudayaan.
Kesenian ini meliputi seni suara, seni lukis, seni tari, dan
sebagainya.
Unsur-unsur yang diterapkan dalam sesuatu seni itu
seharusnya difahami mereka agar dapat membina jatidiri
bangsa. Seni ini mempunyai beberapa aspek seperti

pernyataan
dan
simbolik.
Aspek pernyataan ini berfungsi. Ia jelas dilihat dalam
budaya tradisional Melayu. Muzik, drama dan sebagainya
mempunyai fungsi atau peranannya dalam kehidupan
manusia. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi ekspresi diri
selepas bercucuk tanam.
Keramaian diadakan selepas musim menuai. Pada waktu
inilah,
pernyataan
budaya
itu
dinyatakan
penuh
keghairahan. Antara contohnya ialah dikir barat yang
menceritakan tentang cara hidup kaum petani. Ekspresi
rasa susah, penat, gembira dan sebaganya diceritakan
dalam dikir yang dinyanyikan.
Aspek simbolik pula menyampaikan maksud secara tidak
langsung iaitu seperti tarian, lakonan dan permainan.
Cerita yang ditarikan dan didramakan membawa mesej
yang memberi kesedaran dan kepuasan.
Berbeza dengan aspek pernyataan tadi, seni ini perlu
diperhatikan perlambangan di sebalik gerak-geri yang
dipersembahkan kerana simbol ini menyatakan nilai hidup
budaya itu.
Simbol ini tidak dipersembahkan secara ekspresif bagi
mengelakkan audiens lekas jemu dan keindahan serta ciriciri inteleknya hilang. Peraturan sering dicipta berbentuk
ekspresif untuk menyatakan sesuatu tetapi kadangkala
masih dilanggar. Maka, budaya berperanan mengadakan
cara-cara atau denda-denda untuk mengatasi pelanggaran
itu.
Sebagai contoh, anak-anak kecil perlu diajar solat dan
dipukul sekiraya tidak bersolat apabila berumur 10 tahun.
Tindakan memukul ini merupakan budaya seni yang
simbolik untuk menyatakan kewajipan solat. Ini lebih
memberikan kesan berbanding dinyatakan kewajipan itu
secara lisan kerana tahap pemahaman mereka yang masih
rendah sewaktu berumur 10 tahun.

Begitu juga dengan perlakuan solat. Tidak ada hadis yang


menyatakan perihal gerak solat. Gerak geri dalam solat
yang kita lakukan adalah mengikut budaya seni yang
simbolik berdasarkan penglihatan para sahabat kepada
gerak geri Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin jika gerak geri
solat itu dinyatakan secara lisan, pemahaman para sahabat
atas apa yang dimaksudkan nabi boleh jadi berbeza.
Namun, seni yang berbentuk ekspresif atau simbolik pada
hari ini mungkin boleh berubah mengikut peredaran masa.
Saya berpendapat banyak perkara hari ini perlu
diterangkan dalam bentuk ekspresif kerana mesej yang
hendak disampaikan melalui seni yang simbolik tidak
difahami sesetengah golongan muda. Walaubagaimanapun,
ekspresi pernyataan itu perlulah dengan cara berhikmah.
Saya ingin mengambil contoh sebuah drama Melayu
bertajuk Sehelai Selendang Putih terbitan Rosyam Noor
yang ditayangkan pada malam Aidilfitri pada tahun 2005.
Penerbitnya menyatakan bahawa drama itu bertujuan
menunjukkan golongan muda masa kini telah lupa diri
kerana sanggup mengorbankan hidup hanya kerana
seorang
wanita.
Namun,
respon
yang
diperolehi
menyatakan bahawa drama itu bertujuan menunjukkan
kesetiaan cinta yang perlu dipegang oleh pasangan yang
bercinta.
Seni yang simbolik terdapat dalam drama tersebut tidak
dapat membentuk budaya cintakan Tuhan yang sepatutnya
akibat salah faham mesej yang sebenarnya ingin
disampaikan. Maka, dalam keadaaan sebegini seni itu
perlubersifat ekspresif.
CADANGAN-CADANGAN MEMBINA KEBUDAYAAN GENERASI
MUDA MELAYU
Pertama, semua pihak harus memainkan peranan
memupuk pandangan hidup dan nilai sosial dalam generasi
muda. Lukisan yang dihasilkan seorang seniman tidak

bermakna hanya dia yang berperanan memupuk


pandangan hidup dan nilai sosial berkenaan. Begitu juga
degan pengarang yang menghasilkan novel atau sajak.
Pelakon pun tidak dapat memainkan banyak peranan
dalam drama dan filem yang dilakonkan. Penyanyi dan
penggubah juga begitu terhadap lagu dan muzik ciptaan
mereka.
Pandangan hidup dan nilai sosial itu kebanyakannya
berlaku dalam proses sosialisasi di sekolah. Golongan
muda ini akan belajar daripada apa yang diperolehi dalam
kelas dan apa yang mereka alami dalam persekitaran
mereka melalui penglihatan, pendengaran dan percakapan.
Media massa harus mempunyai tanggungjawab yang tinggi
kerana suratkhabar, buku-buku popular, radio dan
televisyen merupakan penghubung antara individu dengan
masyarakat umum dan masyarakat kecil dengan
masyarakat besar.
Tidak salah jika diberikan ruang untuk bahan hiburan
kepada penyanyi dan bintang-bintang filem. Tetapi selain
daripada melayani selera penonton atau pembaca, kita
juga bertanggungjawab membentuk selera tersebut.
Kedua, masjid perlu dijadikan pusat kegiatan masyarakat.
Masjid sudah dikenali sebagai pusat ibadah, namun hasil
daripada ibadah tadi jarang dilihat umat Islam. Masjid
adalah pusat ibadah, ibadah melahirkan takwaaa, takwa
tunjang segala amalan, amalam membentuk kebudayaan
Islam (Sidi Gazalba, 1962).
Persamaan dan persaudaraan umat manusia dipraktikkan
di masjid. Setiap orang akan berdiri, rukuk, sujud, dan
duduk bersama-sama. Mereka saling bahu-membahu,
menteri bersebelahan penarik beca, orang Malaysia
bersebelahan orang Amerika. Mereka diikat oleh tali
persaudaraan Islam (ukhuwwah islamiyyah).

Solat berjemaah paling sempurna yang membangkitkan


semangat perkenalan, keakraban, ikatan silaturrahim dan
kenangan apabila sama sikap, gerak, ucapan, dan alam
fikiran dan dan perasaan. Masing-masing menuju ke
masjid atas maksud yang sama iaitu untuk membentuk
takwa. Mereka saling bercakap, berbincang dan bertanya
susah senang.
Ikatan jemaah yang terjalin dalam masjid kemudiannya
dibawa ke luar. Ini mampu menjana semangat
bekerjasama dan tolong-menolong sesama jiran tetangga.
Ikatan batin yang tumbuh disambungkan oleh takwaa
dalam kehidupan sosial dapat menjadikan negara ini
negara yang sejahtera da dirahmati Tuhan (baldatun
thoyyibatun wa rabbun ghafur).
Apabila persamaan status antara semua muslim, masjid
yang tenang, hubungan mesra sesama mereka, penuh
dengan ucapan memuji Allah, ini merangsangkan kepada
manusia untuk melihat dan muhasabah diri sendiri. Maka,
masjid adalah tempat terbaik untuk wmengawal diri dan
perbaiki diri seterusnya menanam takwa dalam diri.
Sidi Gazalba membahagikan kesatuan sosial melalui masjid
kepada tiga peringkat. Peringkat prtama ialah masjid kecil
atau surau yang terdapat di kompleks kerajaan atau di
taman-taman
perumahan
dan
sebagainya.
Muslim
berdekatan harus setiap hari menunaikan solat berjemaah
di sini yang boleh dianggarkan dalam ruang lingkup pekan.
Peringkat kedua ialah masjid sederhana di mana muslim
mengadakan solat Jumaat. Ruang lingkupnya lebih besar
umpama negeri.
Pertemuan sesama ahli mungkin berlaku sekali seminggu.
Peringkat ketiga pula adalah masjid terbesar iaitu Masjidil
Haram yang megumpulkan muslim seluruh dunia sekali
setahun.
Peringkat pertama itulah peringkat perbincangan dan
pelaksanaan yang praktikal dalam masyarakat manakal

peringkat kedua merupakan tempat mereka mendapatkan


pesanan dan maklumat berkaitan keadaan negeri. Setelah
itu, mereka perlu kembali ke peringkat pertama untuk
perbincangan dan pelaksanaan. Begitu juga dengan
peringkat ketiga yang menyampaikan perkara yang sama
membabitkan umat Islam sedunia dan diperincikan dalam
peringkat kedua sebelum diperbincangkan dengan lebih
teratur dalam melaksanakannya dengan berkesan.
Maka, bagi menarik perhatian golongan muda, programprogram kesenian juga patut diadakan di masjid-masjid.
Selain itu, masjid juga boleh menjadi tempat perkumpulan
golongan muda dengan mewujudkan kafe internet. Kelaskelas komputer dan tuisyen pun boleh dianjurkan. Ketiga,
menekankan pendidikan Islam kepada golongan muda ini
terutamanya pembacaan al-Quran dan solat lima kali
sehari.
Al-Quran adalah sumber takwa yang isinya mempunyai
rasa agam dan pernyataan isinya adalah bunyi yang
berseni. Pembacaan al-Quran itu dianjurkan dalam
keadaan berlagu. Ini memerlukan kerjasama ibubapa yang
komited ingin mendidik anak mereka agar mampu
membaca al-Quran dan menjaga solat lima kali sehari.
Teladan daripada ibubapa sangat penting.
Menghantar anak-anak muda ini ke masjid atau manamana tempat yang mengajarkan seni suara melagukan
bacaan al-Quran mampu menarik minat mereka. Unsurunsur kesenian itu tidak lari dengan pembudayaan yang
dibawa oleh agama Islam. Sekiranya masjid menjadi
tempat belajar mereka, hendak atau tidak mereka pasti
akan bersolat sama-sama dan tidak meninggalkan solat.
Keempat, alunan azan di masjid-masjid dan surau-surau
perlu diperbaiki. Ini boleh dilakukan dengan memberikan
ruang kepada golongan muda untuk melaungkan azan.
Kadangkala sudah menjadi kelaziman di Malaysia bahawa
hanya muazzin bertugas yang dibenarkan azan.

Unsur kesenian yang tergabung dalam keindahan laungan


azan yang merdu membawa kepada keindahan isinya.
Perkara yang sebaliknya berlaku kepada lagu black metal
yang cukup keras yang membawa kepada keburukan
isinya.
Memperingatkan kepada solat menggunakan unsur seni
untuk memanggil. Bilal bin Rabah pernah pergi berjihad
menyertai Abu Ubaidah ke Syria dan sekembalinya ke
Madinaha, beliau azan di masjid. Suaranya cukup merdu
ditambah dengan tangisan kerana teringatkan Rasulullah
telah membawa orang bergegas ke masjid.
Irama dan suasana mengharukan hati, menggetarkan jiwa
dan memperkuatkan iman. Maka, apabila bertemu rasa
agama dan rasa seni, ia membentuk tenaga rohani yang
dapat melahirkan kemahuan yang menggerakkan langkah
ke masjid.Perkara yang sama kadangkala berlaku dalam
sesetengah lagu dendangan Ramli Sarip, P Ramlee, M.
Nasir dan Raihan yang mampu membuat orang menangis
dan mengingati Allah.
Keempat, lanjutan daripada ketiga tadi, maka perlu
diperbanyakkan konsert yang menyanyikan lagu-lagu puisi
bercirikan ketuhanan dan keagamaan. Ini adalah contoh
seni untuk Tuhan. Seni suara yanga berpangkal daripada
taqwa dan bergerak kepada suatu tujuan iaitu
mendatangkan kesan nilai pada diri sendiri dan
masyarakat.
Apabila program sebegini diperhebatkan berbanding lagulagu yang tidak membawa unsur nilai-nilai moral, pasti kita
dapat membawa golongan muda ke arah yang lebih baik.
Orang dapat mencapai apapun yang mereka inginkan,
sama ada ianya baik atau jahat, asalkan jumlah yang
menginginkannya benar-benar cukup banyak (Maryam
Jameelah, 1985). Jadi, seandainya ramai ingin membina
kebudayaan ini dengan baik, ia akan jadi baik dan
begitulah sebaliknya.

Kelima, seminar-seminar berkenaan kesenian dan Islam


perlu digiatkan bagi menanam pemahaman yang betul
terhadap ajaran Islam sebenar. Apabila kesenian
diputuskan hubungannya daripada Islam, ia akan
menyeleweng mencari jalan-jalan dan sifat-sifatnya
sendiri, yang akan merugikan atau merosakkan, sehingga
wujud hal-hal bertentangan dengan tujuannya. Maka,
tujuan kesenian untuk kesenangan itu akhirnya membawa
kepada kerosakan (Sidi Gazalba,1962).
Keenam, rekreasi bersama keluarga atau kawan juga turut
membantu pembinaan kebudayaan. Apabila rekreasi yang
berbentuk kesenangan-kesenangan seperti duduk di taman
sambil menikmati aroma harum bunga-bungaan dan
bersiar-siar bersama isteri dan anak-anak. Bercakap
dengan kawan akrab sejenis mengenai persoalan harian,
cerita pembacaan puisi, dan sebagainya. Ini mampu
mengelakkan mereka terjebak dengan perkara yang luar
batasan pengetahuan ibubapa di samping perkongsian
masalah
dan
perasaan
yang
dapat
mewujudkan
persefahaman dan kesatuan.
Begitulah seharusnya kita menggembeleng tenaga untuk
membina kebudayaan Melayu mengikut teras asasnya yang
sama sekali tidak asing dengan ajaran agama Islam.