Anda di halaman 1dari 11

KEMAHIRAN MENDENGAR

DAN BERTUTUR
KAEDAH

TEKNIK

KOMUNIKATIF

LATIH TUBI

AUDIOLINGUAL

BERSOAL JAWAB
PERBINCANGAN
BERCERITA
MAIN PERANAN
SIMULASI

DISEDIAKAN OLEH: ANIS ATIKA BINTI


TUKIRAN

KAEDAH AUDIOLINGUAL
Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran, iaitu
kemahiran mendengar(audio) dan bertutur(lingual).
Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu
belajar berupa alat-alat audio, seperti radio, pita
rakaman dan sebagainya.
Murid-murid akan mendengar pita rakaman yang
dimainkan. Kemudian, mereka akan berlatih
menyebut perkataan, frasa dan ayat mengikut nada
dan intonasi yang betul.
Contoh: petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana
misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian,
petikan cerita, sajak.

Prinsip-prinsip kaedah audiolingual


Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan
Bahasa merupakan satu kebiasaan atau
kelaziman
Murid mestilah diajar untuk menggunakan
bahasa bukan diajar tentang
pengetahuanbahasa
Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur
Bahasa berbeza antara satu sama lain.

KAEDAH KOMUNIKATIF
Kaedah ini mementingkan proses pemerolehan bahasa
kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi
bahasa.
Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan
bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif
khususnya kemahiran mendengar dan bertutur.
Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa,
mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum
dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur
ayat tertentu.
Contoh aktiviti: penyelesaian masalah, perbincangan,
dialog, sumbang saran, wawancara

TEKNIK
LATIH TUBI
SOAL JAWAB
PERBINCANG
AN
BERCERITA
MAIN
PERANAN
SIMULASI

LATIH TUBI
Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan faktafakta yang dipelajari.
Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan
kemahiran di samping menjamin ketekalannya.
Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu
kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,
ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami
proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi
yang menggunakan perkataan itu.

SOAL JAWAB
Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan.
Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid
secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan
berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas
yang sewajarnya.
Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :
untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
kritis
untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

PERBINCANGAN
Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk.
Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan
pendapat dengan bernas.
Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan
seorang guru.
Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :
Guru menarik perhatian murid-murid dengan tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik
seorang ketua.
Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang
sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau
perbincangan tersebut supaya terarah.
Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

BERCERITA
Teknik Bercerita bermaksud menggunakan
cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid.
Sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian
murid. Latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

MAIN PERANAN
Main peranan merupakan teknik
yang melibatkan gambarangambaran murid terhadap sesuatu
situasi atau keadaan dan
melakonkannya tanpa sebarang
bantuan skrip
Aktiviti ini merupakan salah satu
cara untuk mendapatkan penglibatan
aktif murid-murid dalam pengajaran
dan pembelajaran.

SIMULASI
Simulasi adalah suatu situasi yang
diwujudkan supaya menyerupai situasi
sebenar tetapi dalam bentuk yang
dipermudahkan, diringkaskan atau
dikecilkan supaya masalah atau isu yang
berkaitan lebih mudah diselesaikan.
Tujuan kaedah simulasi adalah untuk
meningkatkan kebolehan murid
mengaplikasikan konsep-konsep tertentu
dalam penyelesaian masalah.
Contohnya, kerja-kerja petani di kebun,
kebun sayur musnah dilanda banjir,