Anda di halaman 1dari 3

Definisi urbanisasi

Urbanisasi adalah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada
bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi
bandar yang lebih besar dan kompleks. Sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar
sederhana akhirnya menjadi bandaraya.

Konsep urbanisasi / pembandaran meliputi empat aspek berikut :

Pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal di kawasan bandar.


Contoh di Malaysia sebuah petempatan dikelaskan sebagai bandar jika
mempunyai jumlah penduduk melebihi 10,000 orang.

 Peluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang, perniagaan,


kawasan tempatan bandar, peningkatan sistem dan jaringan pengangkutan dan
pertambahan fungsi bandar.

Pembandaran ditakrifkan sebagai pembagunan struktur dan tradisional


(pertanian) kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan dan
perkhidmatan.

Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup
bandar yang lebih moden.

Pembandaran juga merujuk kepada satu proses pembinaan dan pertumbuhan sesebuah
bandar. Ini merujuk kepada pertambahan penduduk hasil daripada perkembangan
dalaman dan migrasi dan juga perkembangan ruang bandar. Urbanisasi juga merujuk
kepada peningkatan pengeluaran bandar dari aspek industri samaada perindustrian atau
pertanian hasil dari kemasukkan ramai penduduk ke bandar yang memberi peluang
kepada peningkatan produktiviti bandar.

Hasil daripada pembandaran ini, sesebuah bandar itu menjadi pusat tumpuan kepada
pelbagai aktiviti seperti pusat pentadbiran, komersial, perbankan dan perumahan.
Keadaan ini menyebabkan pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang sesuai
dan mencukupi bagi menampung pemintaan terhadap aktiviti yang dijalankan di bandar.
Keadaan ini menyebakan kawasan bandar menerima pelbagai kemudahan berbanding
keadaan di luar bandar

Kebanyakan bandar di sesebuah negara akan mengalami dua tahap iaitu


pembangunan dan mengalami proses pembandaran. Di peringkat awal, sesebuah kawasan
itu akan mengalami proses pembangunan yang mana peringkat ini sesebuah kawasan itu
cuba meningkatkan ekonomi dan struktur sosial. Jika dilihat dari sejarah awal
perkembangan sesebuah bandar, faktor pedagangan dan perindustrian banyak memainkan
peranan di dalam pembangunan sesebuah bandar.
Pelbagai faktor yang membawa kepada perkembangan pembadaran bandar ini. Keadaan
ini lebih merujuk kepada fanomena globalisasi yang melanda dunia abad ini. Globalisasi
merujuk kepada pergerakkan bebas modal, buruh, maklumat dan teknologi. Di dalam
proses pembandaran, perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan dan dibangunkan dari
segi infrastruktur, pengangkutan, telekomunikasi dan perumahan didalam menampung
aktiviti ekonomi yang dijalankan. Kemudahan-kemudahan perlu disediakan bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pelaburan. Bandar di sesebuah negara akan menjadi
pusat aktiviti kepada segala aktiviti perniagaan dan perkhidmatan bukan sahaja bagi
negara tersebut malah diperingkat global. Fenomena globalisasi memain peranan yang
kuat didalam proses peningkatan pembandaran sesebuah bandar didalam memenuhi
keperluan dan kehendak kemudahan semasa baik dari segi pelaburan dan masyarakat
bandar itu sendiri.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LETAKAN BANDAR

 Bentuk muka bumi tanah pamah yang rata sesuai untuk membina bangunan +
cth lokasi.
 Terlindung dari ribut / taufan + cth lokasi.
 Terdapat sumber bahan mentah i.e. petroleum, arang batu, bijih timah + cth
lokasi.Kawasan yang kaya dengan perikanan + cth lokasi.
 Kawasan pelancongan + cth lokasi.
 Sejarah - bandar awal +cth lokasi.
 Terdapat jalan pengangkutan i.e. jalan raya yang menghubunginya dengan
bandar lain.
 Perkembangan industri kilang yang menggalakkan migrasi + cth lokasi.
 Terletak berhampiran dengan pelabuhan / lapangan terbang untuk tujuan eksport
dan import.
 Pusat pendidikan - terdapat institusi pengajian tinggi yang menggalakkan migrasi
+ cth lokasi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BANDAR

 Faktor sejarah - spt petempatan awal + cth lokasi.


 Kedudukan yang strategik spt laluan pedagangan timur barat.
 Pusat pengumpulan sumber milneral / hasil pertanian + cth lokasi.
 Migrasi penduduk dari desa.
 Pusat pentadbiran / ibu negeri.
 Kadar pertumbuhan semulajadi penduduk tinggi.
 Kadar kelahiran dan kematian rendah.
 Terdapat industri kilang yang menggalakkan migrasi dari luar bandar + cth
kilang.
 Perkembangan jalan pengangkutan / pusat jalan raya dan keretapi.
 Pusat pendidikan / perdagangan / kebudayaan / agama cth.
 Peranan Majlis perbandaran + cth.
 Penubuhan bandar satelit + cth bandar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LETAKAN PELABUHAN DAN LINGKUNGAN


PENGARUHNYA

 Kedudukan yang strategik spt laluan jalan laut antarabangsa timur-barat +cth
lokasi.
 Terlindung dari angin ribut spt berteluk-teluk / dilindungi pulau + cth lokasi.
Kawasan yang kaya dengan ikan + cth lokasi.
 Berhampiran dengan bandar-bandar besar untuk urusan kewangan.
 Berhampiran kawasan industri untuk khidimat import / eksport + cth lokasi.
 Berhampiran kawasan sumber mineral spt petroleum untuk khidmiat import /
eksport + cth lokasi.
 Laut yang dalam /fiod sesuai untuk dijadikan pelabuhan +cth. Permintaan yang
tinggi untuk khidmat jalan laut; pergudangan; baiki kapal; kontena daripada
kapal / kilang + cth. Buruh yang ramai dan kawasan berpenduduk padat + cth
lokasi.

LINGKUNGAN PENGARUH

 Mengimport bahan mentah + cth makanan, bahan kimia, jentera untuk


bandar / kilang + cth bandar / kilang.
 Mengeksport hasil kilang + jenis hasil, mineral, hasil pertanian, kayu balak
+lokasi.
 Pekerjaan bagi penduduk bandar berhampiran + cth bandar

 Khidmat kontena / gudang - untuk syarikat / kilang berhampiran + lokasi


kilang.
 Kuasa Elektrik haba untuk kegunaan kilang / bandar 1+cth lokasi.

Anda mungkin juga menyukai