Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI UNIT PENDIDIKAN & PENCEGAHAN

PUSAT RACUN NEGARA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Aktiviti: Ceramah dan Pameran Anti Merokok

Objektif:

1. Memberikan pendidikan dan pendedahan mengenai bahaya tabiat merokok dan


penagihan dadah kepada tubuh badan dan kehidupan sosial.

2. Mencegah tabiat merokok dikalangan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga


tingkatan tiga disekolah tersebut.

Tempat: Sek. Men. Keb. Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas

Tarikh: 29 Mac 2006

Masa: 9.00 pg - 12.00 tengahari

Kumpulan sasaran: Pelajar-pelajar tingkatan 1-3 (~100 orang)

Pengelola: Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDHAK

Anggota terlibat:

1. En. Razak Hj. Lajis


2. En. Abd. Harris Hj. Abd. Wahab

Laporan:
1. Sejajar dengan matlamat sekolah untuk membasmi masalah merokok dalam
kalangan pelajar sekolahnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput
Unit Pendidikan dan Pencegahan PRN untuk sesi pameran dan ceramah.
2. Ketibaan UPP seawal jam 8.30 pagi ke sekolah tersebut telah disambut oleh guru
kaunseling. Pegawai-pegawai yang terlibat kemudiannya telah dibawa untuk
berjumpa dengan Penolong Kanan (Pentadbiran) sebelum persiapan untuk sesi

pameran dimulakan.
3. Selepas selesai segala persediaan, para pelajar dibenarkan untuk melawat gerai
pameran PRN mengikut kelas dan tingkatan.
4. Selepas sesi rehat tingkatan satu hingga tiga, para pelajar kemudiannya
diarahkan ke dewan sekolah untuk mengikuti sesi ceramah.
5. Sesi ceramah dikendalikan oleh En. Razak Hj. Lajis yang membincangkan topiktopik berkaitan bahaya merokok dan penagihan dadah. Disamping itu juga,
beliau turut menayangkan beberapa klip video berkaitan kesan-kesan tabiat
merokok.
6. Sesi selesai pada jam 12.00 tengahari.

Laporan oleh: Abdul Harris Hj. Abdul Wahab


Tarikh: 29 Mac 2006