Anda di halaman 1dari 13

Tutorial Cara Jahit Sarung Bantal

Bahan2 yang diperlukan:

1. 1 meter kain cotton (mesti 100% cotton tanpa campuran polyester


kerana
kulit pesakit kanser amat sensitif)
2. 1/4 meter kain untuk border (optional)
langkah 1.
mula-mula gunting kain mengikut saiz ini: (rujuk pada gambar untuk lebih
jelas). ukuran sudah termasuk basi untuk jahitan
sekeping kain A - 10 inci x 20 inci
sekeping kain B - 26.5 inci x 20 inci
sekeping kain C - 30.5 inci x 20 inci
(sekiranya anda ingin border seperti kain kuning (kepingan A) tu lebih lebar, maka boleh
adjust ukurannya..
contohnya: jika lebar kain border A itu 12", maka ukuran untuk kepingan B adalah 24.5" x
20".. begitulah campur dan tolaknya.. berapapun ukuran A, jika dicampur dengan panjang
ukuran B akan menjadi 36.5" panjang)

Langkah 2.
cantumkan kain B dan A, iaitu bahagian lebar 20 inci itu. (contrast fabric
and main fabric, right sides together)

Langkah 3. setelah dijahit hingga ke hujung, kemaskan dengan


menggunakan mesin jahit tepi

Langkah 4. kemudian, kita gosok/seterika bahagian sambungan itu, dan


jahit tindih untuk lagi kemas

Langkah 5. Lipat bahagian hujung kain A, dan jahit seperti dalam


gambar

Langkah 6.
buat yang sama untuk bahagian atas kain C

Langkah 7. Kemudian, susun kepingan kain C diatas kain B+A tadi.


Bahagian depan kain bertemu (right sides together). Maaf jika keterangan
kurang jelas. Pertama kali saya buat tutorial ni :-). anda akan dapati kain
B+A lebih panjang dari kain C. Harap gambar ini akan buat anda lebih
faham

Langkah 8. lipatkan lebihan kain A itu ke arah kain C

nampak tak, kepingan kain C akan terletak diantara kain B+A

Langkah 9. Inilah rupa susunan kain tadi.. pinkan dan jahit keliling
sarung bantal, kecuali bahagian atas (bahagian atas dibiarkan tak berjahit
untuk memasukkan bantal)

Langkah 10, untuk lebih kemas, saya jahit tepi (guna mesin jahit
tepi/serger)

Langkah 11. ini rupa dari bahagian dalam, nampak tak garisan putus2 tu,
itulah yang saya maksudkan tadi, jahit keliling kecuali bahagian atas kain
kuning tersebut

Langkah 12. Terbalikkan sarung bantal, dan gosok/seterika.

13. Ini rupa sarung bantal yang sudah siap

14. Nampak tak bantal (warna biru) itu sesudah disarung, ia akan
dimasukkan kedalam kain kuning tersebut. Jadi, bantal tidak mudah
terkeluar dari sarung.