Anda di halaman 1dari 3

ANALISIS

Pada era teknologi pada masa kini, pelbagai usaha telah dilakukan untuk
melahirkan masyarakat yang berguna yang berbakti kepada Negara dan bangsa.
Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang telah dipelajari, terdapat pelbagai usaha
yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh yang membentuk pelbagai teori dalam
melahirkan sebuah masyarakat yang kreatif.
Berdasarkan usaha yang diberikan pada bagaian yang pertama, kita dapat lihat
untuk menjadikan sesorang itu insan atau manusia yang sempurna atau seimbang,
beliau haruslah mempunyai pembelajaran yang sistematik dan teratur.
Dalam teori behaviorisme, saya mengfokuskan kepada usaha yang dilakukan oleh E.L
Thorndike iaitu beliau banyak melakukan kajian terhadap pembelajaran manusia,
pendidikan dan ujian mental. Dalam teori beliau menyatakan, terdapat hubungan antara
ransangan dan gerak balas yang berlaku dalam pembelajaran,seperti contoh yang
ditunjukan di sekolah ialah guru akan bertanyakan soalan kepada murid dan
meletakkan ganjaran kepada murid dan murid mengangkat tangan untuk menjawabnya.
Hal ini menunjukkan, murid ingin menjawab soalan dengan adanya ganjaran iaitu
rasangan dan murid akan mengangkat tangan untuk menjawab merupakan gerak balas
daripada murid dengan sendirinya. Hal ini menunjukan teori beliau dapat memupuk
semangat murid untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh walaupun tanpa
ganjaran kerana ganjaran hanyalah permulaan untuk menarik minat mereka untuk
menarik minat mereka supaya minat dalam pelajaran tersebut.
Di dalam teori beliau menyatakan terdapat tiga prinsip dalam pembelajaran iaitu
hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum kesediaan ialah tindakan
yang penting dalam proses pembelajaran kerana murid dan guru haruslah mempunyai
persediaan diri sebelum memulakan pengajaran. Jika tidak pengajaran dan
pembelajaran tidak akan berkesan. Contoh yang dapat diberikan ialah murid harus
bersemangat, murid harus bersedia untuk dibimbing dan banyak lagi.
Teori humanism pula menyatakan sesuatu yang berkaitan potensi, bermotivasi
dan berkeupayaan. Perkaran itu semua terdapat di dalam semua sanubari individu. Carl
rogers beranggapan bahawa setiap manusia pada setiap dasarnya dalah baik dan

mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri yang baik. Sekiranya
berlaku yang sebaliknya, hal ini kemungkinan disebabkan factor persekitraan yang
menyebabkan individu tertentu terlibat dengan perkara yang yang tidak baik.
Di dalam teori beliau menekankan pembelajaran kepada dua iaitu pembelajaran
kognitif dan pembelajaran pengalaman. Pembelajaran kognitif yang dinyatakan beliau
tidak mempunyai makna kerana hanya bertumpukan kepada akademik. Pembelajaran
pengalaman yang dinyatakan beliau mempunyai unsur yang seimbang dalam diri
manusia. pembelajaran ini melibatkan proses pembelajaran, merancang, membuat,
menganalisa, merumus dan membuat keputusan. Perkara demikian dapat ditunjukkan
melalui seorang pelajar sedang menjalani P&P dan beliau juga merancang cara untuk
memahami perkara yang diajar guru dengan membuat nota kecil dan memberi
perhatian

yang

penuh.

Kemudian

beliau

akan

melakukan

latihan

mengenai

matapelajaran tersebut untuk meningkatkan kefahaman beliau dan beliau dapat


mengenal pasti di mana kesilapan dan ketidakfahaman dalam matapelajaran tersebut.
Sekiranya peringkat ini dapat dipraktikan oleh masyarakat, Negara dapat melahirkan
insan yang berkualiti dalam meneroka dan mereka cipta.
Melalui teori konstruktivisme yang dipelopori oleh Lev Vygotsky menyatakan
pembelajaran dapat berlaku melaui bermain, penyampaian secara formal dan belajar di
antara pelajar dengan pelajar yang lebih mahir. Di dalam teori ini mengatakan pelajar
merupakan insan yang istimewa yang memiliki pengalaman dan budaya yang berbeza.
Konstruktivisme ini menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke atas
pembelajaran individu. Pelajar akan lebih memahami pelajaran sekiranya pelajar
tersebut mempunyai pengetahuan yang sedia ada. Pelajar harusla menganal pasti ZPD
iaitu zon perkembangan terdekat. Pelajar sukar untuk melakukan tugasan yang
diberikan tetapi dapat menguasai tugasan tersebut dengan bimbingan orang lain. Hal ini
sangat diperlukan di sekolah seperti banyak yang berlaku di sekolah. Pelajar akan lebih
memahami matapelajaran tertentu sekiranya sahabatnya sendiri mengajarnya. Guru
hanya membantu sekiranya tugasan tersebut tidak menemui jalan penyelesaian. Dalam
teori ini juga menekankan teknik scaffolding iaitu bimbingan yang mempunyai peringkat
sehingga pelajar tersebut mahir dan tidak perlu bimbingan lagi. Hal ini dapat melahirkan
insan yang berdaya saing dengan rakan sendiri untuk berjaya dalam pembelajaran.

Melalui teori pembelajran sosial, Albert Bandura menyatakan manusia belajar


semula jadi melalui peniruan atau pemerhatian sejak dari lahir lagi. Pada masa kini kita
dapat melihat peniruan yang berlaku di sekolah. Hal ini disebabkan guru menjadi role
model kepada murid disekolah keran setiap pelakuan guru akan diperhatikan oleh
murid di sekolah. Peniruan yang berlaku mempunyai tahap yang tertentu. Murid yang
bijak dan dapat berfikir akan meniru perkara yang baik sahaja. Selain itu, peniruan kerja
rumah yang berlaku disekolah juga merupakan pembelajaran secara tidak langsung
sebagai contoh guru menyuruh murid menirunya dalam nyanyian menghafal sifir. Ini
salah satu cara untuk menarik minat pelajar untuk menghafal sifir.
Melalui teori pmbelajaran kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget, beliau
menggunakan konsep atau peringkat dalam pembelajaran. Peringkat yang dinyatakan
ialah skema iaitu satu model tingkah laku am individu yang sedia ada yang ditonjolkan
semasa berlakunya proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Hal ini kerana bagi
penyesuaian diri bagi pelajar tersebut dengan persekitaran sekeliling agar keselesaan
bagi pelajar tersebut untuk belajar. Guru memain peranan penting dalam membina
keyakinan diri dalam setiap pelajar agar tidak takut untuk ke sekolah untuk menimba
ilmu dan menerima orang baru dalam kahidupannya. Peringkat yang seterusnya ialah
adaptasi iaitu pelajar yang tidak dapat menerima pelajaran sejajar dengan pelajar lain
akan menjalani proses ini agar seiring dengan murid lain. Seterusnya peringkat
asimilasi iaitu pengalaman lama digabungkan dengan pengalaman baru yang pernah
disebutkan sebelum ini iaitu mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam pelajaran
yang diajar oleh guru di sekolah sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam
pelajaran seperti dalam penulisan karangan. Proses akomodasi akan digunakan di
mana struktur kognitif atau skema asas akan diubah untuk tujuan memenuhi keperluan
situasi pembelajaran baru sehingga keseimbangan atau Equilibration dicapai.

Anda mungkin juga menyukai