Anda di halaman 1dari 58

PENGENALAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru


adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar
atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini
bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat
pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap
berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan
kepakaran guru dalam menentukan strategi
1

pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna,


guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu
yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,
selain berpotensi memeransang pelajar belajar
secara aktif, ia juga harus mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya
menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam
sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai
potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang
diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh
mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar
secara berkesan. Dalam merancang
2

persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih


perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu
diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif
pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih
itu adalah gerak kerja yang mampu memberi
sepenuh pengaruh terhadap perhatian,
berupaya meningkatkan kesan terhadap
intelek, ingatan, emosi, minat dan
kecenderungan
serta mampu membantu guru untuk
menjelaskan pengajarannya.
Berdasarkan teori-teori yang ada, guru haruslah
memikirkan terlebih dahulu tentang
kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam
merancang aktiviti mengajar yang
berkesan dan bermakna kepada para pelajar.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu

menjamin kelicinan serta keberkesanan


penyampaian sesuatu subjek atau modul.
KONSEP PENGAJARAN
Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat
didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala
sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti
cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan dan ia juga meliputi segala
sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan.
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses
yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu.
Pengajaran ini meliputi semua aspek
contohnya, aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian
yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu.

Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar


ialah menukar tingkah laku dan kelakuan
pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan
atau kepercaaan baru. Dalam proses
pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman
merupakan satu usaha menukarkan tingkah
laku
pelajar, manakala teknik tunjuk ajar digunakan
untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan
kepercayaan baru. Ini meliputi pelbagai aspek
iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yang
menukarkan tingkah laku dan kelakuan, di
samping membawa ilmu pengetahuan dan
kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar.
Berdasarkan konsep tingkah laku yang
diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah laku
adalah berkaitan dengan konsep ugutan dan
ancaman fizikal. Manakala konsep kelakuan
5

pula berkaitan dengan latihan dan pelaziman.


Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitu
mengetahui atau mengajar. Sedangkan
kepercayaan pula mengandungi kekurangan
bukti
yang sah. Ia adalah sama dengan maklumat
yang diperolehi daripada propoganda atau
dusta. Mengikut Thomas, di antara lapan
konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu
ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi,
mempropoganda dan bohong dan hanya
latihan,
pelaziman dan mengajar boleh digolongkan
dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait
rapat dengan konsep pengajaran.
Sebagai kesimpulannya, perhubungan yang
paling rapat dengan konsep pengajaran ialah

intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan


akhirnya pelaziman. Contohnya, seperti
mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa
memberi penerangan seperti menghafal
fakta atau menggunakan pelaziman untuk
memaksa murid belajar tanpa berfikir.
KONSEP PEMBELAJARAN
Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran
sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan
dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat
sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalam
percubaan individu untuk mengatasi rintangan
atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi
baru. Ia merupakan satu proses perubahan
tingkah laku yang progresif sambil individu itu
bertindak balas kepada sesuatu situasi atau
berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah

lakunya dengan berkesan kepada permintaan


yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan
individu memenuhi minat atau mencapai
matlamat.
Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep
pembelajaran dikategorikan berlandaskan teoriteori pembelajaran masa kini dan diklafikasikan
kepada empat mazhab iaitu behavioris,
kognitif, sosial dan humanis. Di antara tokohtokoh yang terpengaruh bagi mazhab
behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner.
Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran
adalah berkaitan dengan perubahan tingkah
laku. Teori pembelajaran mereka adalah
dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang
dijalankan ke atas haiwan. Mereka telah

menumpukan ujian tersebut terhadap


perperhubungan ransangan dan gerak balas
yang
menghasilkan perubahan tingkah laku. Ini
menunjukkan tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan, dikawal serta diramal.
Pembelajaran hanya boleh bermula apabila
wujudnya
tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang
ada. Proses pembelajaran akan diteruskan
jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan
berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat
dibentuk dan dikekalkan.
Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler,
Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses
dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan

tidak dapat diperhatikan secara langsung


daripada tingkah laku manusia. Mereka
menekankan proses kognitif yang menghasilkan
perubahan tingkah laku dalam
pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat
bahawa pembelajaran adalah satu proses
kognitif untuk perhubungan perkara-perkara
dalam persekitarannya dan mempunyai
objektif atau motif tertentu. Apa yang
dimaksudkan disini adalah, sekiranya ia tidak
dapat
mengenal pasti perhubungan perkara dan erti
yang dipelajari, walaupun melalui latihan
berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku.
Mereka tidak bersetuju dengan teori
simulasi-tindak balas yang menyatakan
pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak
balas

10

dan latihan berulang-ulang. Mereka


berpendapat pembelajaran adalah proses
kognitif
untuk perhubungan perkara-perkara dalam
persekitarannya.
Mazhab sosial menyarakankan teori
pembelajaran dengan menggabungkan teori
mazhab
behavioris bersama dengan mazhab kognitif.
Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh
Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran
melalui proses pemodelan. Pemodelan yang
dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau
peniruan. Pembelajaran meliputi pelbagai
aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang
nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran
dalaman seperti yang disarankan oleh ahli
psikologi kognitif.
11

Melalui mazhab humanis pembelajaran


manusia amat bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Setiap individu mempunyai cara
yang berbeza denga individu ynag lain.
Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran
hendaklah diatur mengikut kehendak dan
perkembangan emosi pelajar itu sendiri.
Mengikut ahli-ahli mazhab humanis,
berpendapat
bahawa setiap individu mempunyai potensi dan
keinginan mencapai kecemerlangan
kendiri.
Sebagai kesimpulannya, ahli psikologi pada
umumnya mentafsir pembelajaran sebagai
proses, melalui latihan atau pengalaman
organisma dan seterusnya menghasilkan

12

perubahan tingkah laku yang agak kekal.


Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi
kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran
yang berlaku hasil daripada latihan atau
pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan
tingkah laku yang tidak pernah melaui
latihan atau pengalaman tidak boleh disebut
sebagai pembelajaran. Kedua adalah
perubahan tingkah laku yang melalui
pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Ini
bermakna perubahan tingkah laku buat
sementara sahaja. Pembelajaran dapat didapati
mula berlaku apabila tindak balas diadakan
terhadap ransangan yang timbul. Ia akan
berterusan apabila motivasi yang berkaitan
dikekalkan dan pembelajaran dikatakan
berakhir apabila konsep baru dibentuk dan
dikuasai.

13

TEORI PEMBELAJARAN
Teori Behavarious
Tokoh-tokoh terkenal dalam mazhab ini terdiri
daripada Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F
Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai
jenis teori dan implikasi pembelajaran
kepada guru. Mereka berpendapat
pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan
tingkah laku. Mereka menekankan bahawa
perkaitan gerak balas individu dengan
ransangan adalah suatu proses
pembelajaran.Teori ini juga dikenali sebagai
teori
Rangsangan- Gerak balas.

14

Teori Thorndike
Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan
suatu rangkaian yang terikat iatu
pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf
d antara situasi dengan gerak balas.
Ransangan mempengaruhi organism maka itu
sesuatu gerak balas bolak
dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap
sama ada sebagai keadaan fizikal
atau sebgai perhubungan yang wujud di antara
satu situasi tertentu dengan
kebolehan individu untuk bergerak balas
kepadanya. Hokum pembelajaran
Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk
mudah-pindaan saraf dan rangkaian
saraf. Keterangan R-G mengenai pembelajaran
meliputi sebarang jenis

15

pembelajaran. Dalam erti kata teori ini,


beberapa faktor penting dalam pembelajaran
ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa
milik dan memuaskan pengalaman.
Manakala hukum asas mengenai pembelajaran
seperti yang difikirkan oleh
Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan
kepada tiga iaitu
i.

Hukum kesediaan,

latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang


dinyatakan
oleh Thorndike sebagai:
a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia
untuk mengalir, maka
pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu
yang dibuat untuk
mengubah tindakkannya itu.
16

b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh


sedia ada untuk mengalir
dan kalau tidak mengaliradalah menyusahkan,
dan meransang apa jua
gerak balas yang disediakan oleh alam semula
jadi yang berkaitan
dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.
c) Apabila satu unit pengaliran idak bersedia
untuk pengaliran, dan
dipaksa mengalir, maka pengalirannya adalah
menyusahkan.
ii. Hukum latihan
Melibatkan pertalian antara ransangan dengan
gerak balandan akan bertambah kukuh jika
latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu
tindakanmengulang) tidak dijalankan, maka

17

pertalian antara ransangan dengan gerakbalas


akan bertambah lemah.
iii. Hukum kesan
Menyatakan bahawa pertalian antara
ransangan dengangerak balas akan bertambah
kukuh jika terdapat kesan yang
menyeronokkanselepas terhasilnya tindak
balas. Kesan yang menyakitkan pula
akanmelemahkan pertalian antara ransangan
dan gerak balas.
Namun demikian, teori ini mempunyai banyak
kelemahan. Pertama, konsep tentang
perkara yang memuaskan atau menyakitkan
amat subjektif dansusah diukur. Kedua,
sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak
balas yang hendak dibentuk atau
dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu
diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah,
18

teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran


perkara yang abstark dan kreativiti,
imaginasi atau keindahan bahasa.
Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Menurut Pavlov, setiap ransangan akan
menimbulkan gerak balas. Hasil daripada
kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa
pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan
antara rangsangan dengan gerak balas.
Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan
tersebut dinamakan pelaziman dan
pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan
ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui
eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3
peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu:
(a) sebelum pelaziman, (b) semasa pelaziman
dan (c) selepas pelaziman.
19

Beberapa konsep penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran dihasilkan
melalui prinsip pelaziman klasik yang
dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah
(a) generalisasi, (b)diskriminasi dan (c)
penghapusan.
(a) Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama
akan menghasilkan tindak balas yang
sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali
ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi
risau setiap kali ujian biologi akan diadakan,
kerana kedua mata pelajaran tersebut
mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran
(kimia) telah digeneralisasikan kepada satu
mata pelajaran (biologi).
20

(b) Diskriminasi
Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak
balas terhadap sesuatu rangsangan yang
tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan
yang lain. Dalam kajian terhadap anjing,
didapati anjing tersebut hanya bertindak balas
apabila mendengar bunyi loceng sahaja,
tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.
Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi
risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau
ujian sejarah, kerana kedua-dua mata
pelajaran tersebut amat berbeza dari mata
pelajaran sains.
(c) Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan
terlazim yang tidak disertai dengan

21

rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov,


bunyi loceng tidak disertakan
rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal
ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak
akan merangsang anjing tersebut untuk
mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan
terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai
penghapusan. Jadual 6.2 menunjukkan rumusan
dapatan kajian Pavlov.

3. Teori Pelaziman Operan Skinner


Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah
kedoktoran dalam bidang psikologi
dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan
usaha Thorndike dalam kajian tentang

22

pelaziman. B.F. Skinner dan menjalankan


banyak kajian yang melibatkan tikus,
burung, merpati dan juga manusia. Teori ini
merupakan satu teori rangkaian yang
berasaskan ransangan dan gerak balas. Dalam
eksperimennya, beliau meletakkan
seekor tikus lapar ke dalam kotak skiiner.
Kotak itu dilengkapi alat penekan
pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, bijibiji makanan akan terkeluar. Pada
permulaannya tikus itu berlari ke sana sini
kerana lapar. Kemudian secara tidak
sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut
dan ini menyebabkan biji-biji
makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi
beberapa kali sehingga tikus itu
mendapati bahawa alat penekan dipijak maka
makanan diperolehi. Ini menunjukkan

23

tikus itu telah belajar cara untuk mendapat


makanan di dalam kotak.
Seterusnya Skinner memutuskan hubungan
makanan dengan alat penekan. Ini
menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila
alat makanan ditekan. Ini
menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan
butang tersebut. Perbuatan menekan
butang untuk memperoleh makanan disebut
pelaziman operan. Pembelajaran
mellaui cara ini disebut pembelajaran melalui
pelaziman. Eksperimen ini
menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya
akan berulang jika wujud ganjaran.
Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen
tersebut. Sekiranya ganjaran
dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
24

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan


amat jelas sekali. Skinner juga
menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh
bersifat negatif atau positif. Contoh
peneguhan positif adalah pujian, ganjaran,
hadiah dan sebagainya. Pujian adalah
penting kerana ia akan mendorong seseorang
pelajar itu mengeluarkan hasil yang
baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan
negatif pula tidak boleh disamakan
dengan hukuman atau denda.

Mazhab Kognitif
Ahli-ahli psikologi kognitif menumpukan kajian
kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam

25

proses penyelesaian masalah dan celik akal


mengikut peringkat umur dan kebolehan
pelajar. Oleh itu, teori-teori pembelajaran di
bawah mazhab kognitif adalah ditumpukan
kepada cara pembelajaran seperti pemikiran
celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.
Teori Pembelajaran Kohler
Bagi membentuk teori gesalt, Wolfgang Kohler
menjalankan dua eksperimen
dengan menggunkan cimpazi. Mereka
menggunakan pendekatan kognitif untuk
mengkaji bagaimana seekor cimpazi
menyelesaikan masalah untuk mendapatkan
sebiji pisang yang tergantung dibumbung
sangkarnya. Cimpazi mula menggunakan
cara melompat, tetapi gagal untuk
mendapatkan pisang tersebut. Ia pun berhenti
26

seketika. Ketika berhenti, cimpazi melihat di


sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba
cimpazi itu mengheret melihat pertalian di
antara susunan kotak-kotak ke bahagian
sangkar di mana pisang itu tergantung. Ia
menyusun kotak-kotak secara bertindih
sehingga menjadi seperti tangga dan seterunya
memanjat kotak-kotak itu. Dengan
itu, cimpazi itu telah berjaya mendapatkan
pisang tersebut.
Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian
Kohler tersebut ialah:
i) Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses
kognisi
ii) Cimpazi yang menggunakan alatan untuk
meyelesaikan masalah adalah
berdasarkan pengalaman dan persepsinya. Ini
menunjukkan perkaitan antara

27

ransangan seperti kotak dan pisang dalam


situasi yang dihadapinya.
Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan
untuk menyelesaikan masalah iaitu
mendapat pisang yang tergantung dan ini
disebut sebagai celik akal. Kebolehan
memerhatikan pertalian tersebut wujud kerana
cimpazi itu melihat keadaan sangkar
secara menyeluruh. Mereka juga berpendapat
bahawa kebolehan mental seperti ini
juga terdapat pada manusia yang dipercayai
adalah lebih pintar berbanding dengan
haiwan lain.

Teori Pembelajaran Piaget


Menurut kajian dan pemerhatian Piaget beliau
mendapati bahawa perkembangan kognitif
28

kanak-kanak adalah berbeza dan berubah


melalui empat peringkat mengikut perubahan
umur mereka. Piaget membahagikan empat
peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2
tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun),
Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).
Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak
merupakan faktor penting yang mempengaruhi
pembentukan konsep sama ada konkrit atau
abstrak.Pada peringkat operasi konkrit
pembelajaran berkesan bergantung kepada
objek-objek konkrit dan pengalaman secara
langsung.

29

Teori Pembelajaran R.M.Gagne


Menurut teori pembelajaran Gagne beliau lebih
menekankan pembelajaran adalah melalui
rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar
akan diterima dalam sistem saraf melalui deriaderia manusia. Tambahan pula beliau
menyarankan pengalama-pengalaman yang
disimpan dalam stor ingatan jangka penjang
adalah penting bagi manusia untuk
mengaitkannya dengan pengalamanpengalaman baru, demi memudahkan proses
pembelajaran baru berlaku. Beliau
mengutarakan lapan fasa yang biasa dialami
oleh manusia dalam sesuatu proses
pembelajaran , iaitu fasa motivasi, fasa
30

kefahaman, fasa penyimpanan, fasa


penahanan, fasa ingatan kembali, fasa
generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum
balas.

Teori Pembelajaran Bruner


Menurut Bruner peringkat-peringkat
perkembangan kognitif yang biasa dilalui oleh
kanak-kanak normal ialah peringkat enaktif,
peringkat ikonik dan peringkat Simbolik. Beliau
mengatakan bahawa proses pembelajaran
adalah berlandaskan kepada pertimbangan
31

jenis bentuk pembelajaran. Bruner


menghuraikan enam ciri perkembangan kognitif
iaitu keupayaan kawalan emosi , keupayaan
menyerapkan peristiwa, keupayan penggunaan
perkataan dan simbol, pertambahan aktiviti
tindak balas, penggunaan bahasa dan
keupayaan untuk menghadapi berbagai situasi.
Bruner menghuraikan empat prinsip pengajaran
dan pembelajaran berlandaskan teori
pembelajaran yang dikemukakannya iaitu
prinsip motivasi,struktur,sekuen dan
peneguhan.

Teori Pembelajaran David P.Ausubel

32

Ausubel menyarankan pembelajaran resepsi


yang bermakna. Mengikut Ausubel ada dua pra
syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu pelajar
sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang
positif terhadap aktiviti pembelajaran dan
pelajaran baru mesti dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada pelajar.Dalam
pembelajaran resepsi maklumat terancang
yang lengkap diberikan kepada pelajar .Pelajar
hanya menyerapkan maklumat itu kedalam
struktur kognitifnya sahaja.

Ciri-Ciri Kognitif
1.

Pembelajaran individu yang

dilakukan adalah mengandungi motif


33

atau objektif tertentu, dan bukan aktiviti


atau proses cuba-ralat sahaja.
2.

Pembelajaran ialah sesuatu

pemerosesan maklumat di dalam


sekitar.
3.

Pengetahuan dan pengalaman yang

sedia ada adalah amat penting untuk


pembelajaran.
4.

Pembelajaran yang utama adalah

yang berasaskan kepada struktur


kognitif dan kesedaranya terhadap
kewujudan rangsangan-rangsangan
baru.

Teori Pembembelajaran Sosial.


34

Teori pembelajaran sosial ( social learning


theory ) telah diasaskan oleh Albert Bandura
(1986,1977,1998,2000 ) melalui penulisannya
Social Foundations of Thought and Action
yang menerangkan kerangka Teori Kognitif
Sosial.Teori pembelajaran Sosial telah
dinamakan semula sebagai Teori kognitif
social oleh Bandura sendiri (Moore, 2002).
Teori pembelajaran social menyatakan bahawa
factor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku
memainkan peranan penting dalam
pembelajaran ( Santrock , 2001 ). Faktor
kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar
tentang tingkah laku dan pencapaian ibu
bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku
pelajar tersebut.

35

Teori pembelajaran sosial menggangap manusia


sebagai makhluk yang aktif, berupaya
membuat pilihan dan menggunakan prosesproses perkembangan untuk memperihalkan
peristiwa serta komunikasi dengan orang lain.
Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa
dalaman dan sejarah perkembangan seseorang
atau bertindak pasif terhadap pengaruh
persekitaran. Dalam banyak hal,manusia
adalah selektif dan bukan entiti yang pasif,yang
boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruhmempengaruhi antara satu sama lain.Ahli-ahli
psikologi sosial termasuklah Albert Bandura,
Walter Mischel, Julian Roster,Martin Seligman
dan lain-lain.
Teori pembelajaran sosial merupakan perluasan
dari teori belajar perilaku yang tradisional
36

(behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini


dikembangkan oleh Albert Bandura (1986).
Teori ini menerima sebagian besar dari prinsipprinsip teori-teori belajar perilaku, tetapi
memberi lebih banyak penekanan pada efekefek dari isyarat-isyarat pada perilaku, dan
pada proses-proses mental internal. Jadi dalam
teori pembelajaran sosial kita akan
menggunakan penjelasan-penjelasan
reinforcement eksternal dan penjelasanpenjelasan kognitif internal untuk memahami
bagaimana kita belajar dari orang lain. Dalam
pandangan belajar sosial manusia itu tidak
didorong oleh kekuatan-kekuatan dari dalam
dan juga tidak dipukul oleh stimulus-stimulus
lingkungan.
Teori belajar sosial menekankan, bahwa
lingkungan-lingkungan yang dihadapkan pada
37

seseorang tidak random; lingkungan-lingkungan


itu kerap kali dipilih dan diubah oleh orang itu
melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura,
sebagaimana yang dikutip oleh (Kardi, S.,
1997 : 14) bahawa sebagian besar manusia
belajar melalui pengamatan secara selektif dan
mengingat tingkah laku orang lain. Inti dari
teori pembelajaran sosial adalah pemodelan
(modelling), dan permodelan ini merupakan
salah satu langkah paling penting dalam
pembelajaran terpadu.
Ada dua jenis pembelajaran melalui
pengamatan (observational learning). Pertama,
pembelajaran melalui pengamatan dapat
terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain
atau vicarious conditioning. Misalnya seorang
siswa melihat temannya dipuji atau ditegur oleh
gurunya karena perbuatannya, maka ia
38

kemudian meniru melakukan perbuatan lain


yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya.
Kejadian ini merupakan contoh dari penguatan
melalui pujian yang dialami orang lain atau
vicarious reinforcement. Kedua, pembelajaran
melalui pengamatan meniru perilaku suatu
model meskipun model itu tidak mendapatkan
penguatan atau pelemahan pada saat
pengamat itu sedang memperhatikan model itu
mendemonstrasikan sesuatu yang ingin
dipelajari oleh pengamat tersebut dan
mengharapkan mendapat pujian atau
penguatan apabila menguasai secara tuntas
apa yang dipelajari itu. Model tidak harus
diperagakan oleh seseorang secara langsung,
tetapi kita dapat juga menggunakan seseorang
pemeran atau visualisasi tiruan sebagai model
(Nur, M. 1998a : 4)

39

Ciri-ciri utama Teori Sosial


Unsur pembelajaran utama ialah
pemerhatian dan peniruan.
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui
bahasa, misalan dan teladan.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada
kecekapan demontrasi guru sebagai model
Pelajar memperoleh kemahiran jika
memperoleh kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian,
peringatan, peniruan dengan tingkah laku
atau gerak balas yang sesuai, diakhiri
dengan peneguhan positif.

Mazhab Humanis
Teori Hurmanis
40

Aliran Hurmanis diasakan oleh Maslow ( 19081970 ) dan Carl Rogers (1902-1987). Ahli-ahli
psikologi hurmanis ini menumpukan kajian
kepada konsep kendiri
(Rogers,1950),free will dan sifat-sifat semula
jadi manusia yang positif untuk perkembangan
dirinya ( Huffman, 2004 ).Pendekatan hurmanis
menekankan cara berfikir, pengamatan dan
interpretasi seseorang tentang sesuatu
peristiwa.Ahli-ahli psikologi hurmanisme
mempercayai bahawa seseorang individu
bertanggungjawab ke atas tindakannya.
Contohnya, kalau seseorang individu itu ingin
mencapai kecemerlangan dalam hidup, dia
hendaklah bertindak atau berusaha kea rah
mencapai matlamat hidupnya.
Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi ( Teori
Hierarki Keperluan Maslow, 1970 ; Huffman,
41

2004 ) seseorang individu mempunyai


kecederungan untuk berkembang dan
mencapai sempurna kendiri ( selfactualization ). Ini bermakna setiap individu
mempunyai keperluan untuk menggembangkan
potensinya ke tahap yang maksimum.
Walaupun terdapat halangan, kecenderungan
semula jadi mendorong untuk mencapai
pemenuhan kendiri ( self- actualization ) atau
mengembangkan potensi ke tahap maksimum.
Konsep pemenuhan kendiri ini sebenarnya
dipelopori oleh Abraham Maslow. Pendekatan
hurmanis bukan sahaja berkembang sebagai
ilmu tetapi juga menjadi satu daripada terapi
dalam membantu kesihatan manusia.
Mengikut ahli psikologi humanis, fitrah manusia
pada dasarnya mulia dan baik. Individu akan
membesar dengan baik sekiranya persekitaran
42

dalam kehidupan mereka adalah sesuai dan


baik. Mengikut mazhab ini, pembelajaran
manusia bergantung pada emosi dan
perasaannya. Mereka menegaskan bahawa
setiap individu mempunyai cara belajar yang
berlainan dan berbeza. Teori pembelajaran Carl
Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama,
antaranya:
i.

Kefahaman tingkah laku individu hanya

dapat diperolehi melalui komunikasi.


ii. Setiap individu mempunyai
kecenderungan dan hasrat sendiri untuk
mencapai kesempurnaan kendiri.
iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri
yang unik melalui sistem nilai dan
kepercayaan diri yang berbeza dengan
individu yang lain.
iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh
individu adalah selaras dengan konsep
kendiri dan kepercayaannya.
43

v. Pengalaman setiap individu adalah


fenomena- logikal, iaitu pengalamannya
hanya dialami dan difahami oleh individu
itu sendiri.
LIMA CARA GURU DAPAT MERANSANG DAN
MENINGKATKAN KEBERKESANAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERDASARKAN TEORI
Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Dan
Konstruktivisme Terhadap Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Dalan Bilik Darjah. Teori
pembelajaran merujuk kepada prinsipprinsip
dan hukum-hukum pembelajaran yang
dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi
pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini,
guru akan memahami pelbagai cara

44

pelajar-pelajar belajar dan seterusnya


menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya
dengan
kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai
objektif pelajaran dengan berkesan. Di sini
terdapat lima cara guu dapat meransang dan
meningkatkan pengajaran pembelajaran
berdasarkan teori iaitu:
1. Ransanganransangan.
3 Pemikiran erti
ransangan
dalam otak.
5. Mengamalkan
dalam situasi
yang sepadan.
i. Meningkatkan Kemahiran Komunikasi
dan Sosial Murid

45

Berdasarkan Teori Konstruktivisme yang


dibincangkan, maka diturunkan
beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran
yang diimplikasikan. Kanakkanak
ialah Pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak
disampaikan kepadanya,
sebaliknya dia bertanggungjawab membina
pengetahuan. Oleh itu, guru
berperanan sebagai penolong, pemudah cara
atau fasilitator, dan perancang.
Guru perlu menyediakan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai
untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak.
Guru perlu menerima hakikat bahawa kanakkanak datang ke kelas dengan
berbekalkan pengetahuan yang sedia ada dan
nilai-nilai tertentu. Mereka akan
membina pengetahuan berdasarkan idea-idea
dan nilai-nilai yang sedia ada.
46

Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan


pelajar. Interaksi dan pertukaran
idea-idea antara pelajar memudahkan
pembinaan pengetahuan mereka.
Prosedur penilaian perlu diubah daripada
penekanan terhadap ingatan kembali
fakta-fakta kepada penumpuan terhadap
pemahaman.
Guru perlu berupaya menyesuaikan diri dengan
keadaan bilik darjah yang
menggalakkan pergerakan pelajar-pelajar dan
tahap kebisingan tertentu yang
dibenarkan. Ini disebabkan interaksi antara
pelajar yang lebih cergas dan aktif.
Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai
jenis bahan dan media
pembelajaran yang boleh menggalakkan dan
merangsang pembelajaran kanakkanak.

47

Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi


dan mencabar akan
memudahkan pelajar-pelajar membina
pengetahuan.
Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya
terlalu ketat. Rancangan
pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel
kerana pada kebiasaannya, proses
pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan
sukar diramal. Kurikulum
tersebut perlu memenuhi keperluan, minat dan
kebolehan kanak-kanak. Integrasi
kurikulum merupakan satu aspek yang perlu
diberi perhatian.
ii. Latihan
Mengikut teori Thordike latihan dan
pengulangan amat penting bagi

48

meningkatkan keberkesanan pembelajaran.


Selain itu, ia juga dapat
meningkatkan kemahiran dan ingatan pelajar.
Pembelajaran juga boleh berlaku
melalui pembiasaan atau pengalaman. Oleh itu,
guru perlu melibatkan pelajarpelajar
da lam proses pengajarannya seperti
mengadakan aktiviti kumpulan,
perbincangan, menjalankan projek dan
sebagainya. Dalam proses
pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku.
ni bermakna perkara yang
dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan
kepada situasi B.
Latih tubi merupakan satu lagi strategi
instruksional yang digunakan. Kaedah
latih tubi ini boleh dilihat dalam dua cara yang
berbeza iaitu

49

permainan dan kertas kerja. Latihan yang


disediakan dalam kedua-dua bentuk
ini boleh digunakan oleh guru secara berulangulang untuk mengukuhkan daya
ingatan pelajar tentang topik yang telah
diajarkan dengan harapan pelajar akan
dapat menguasai konsep yang terdapat dalam
topik tersebut melalui hafalan.
iii. Peneguhan
Peneguhan juga merupakan proses semula jadi
kepada manusia. Ia berlaku
kesan daripada interaksi harian dengan
persekitaran sosial dan fizikal.
Peneguhan juga boleh dirancangkan untuk
program memodifikasikan
tingkahlaku seseorang dengan cara mengubah
tingkah laku manusia tersebut.
Peneguhan merupakan tingkah laku tertentu
yang hadir diikuti dengan kesan
50

dan tindak balas yang cepat. Apabila


tindakbalas semakin teguh seseorang
akan lebih terbiasa dengan perlakuan tersebut
pada masa akan datang.
Menurut Skinner, hampir semua tingkah laku
manusia boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu tingkah laku responden dan
tingkah laku operan. Untuk
mengaplikasikan teori ini guru perlu
menggunakan peneguhan positif seperti
memberi pujian atau hadiah untuk
mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal
dan tetap bagi menjamin
pengulangan tingkah laku yang diingini itu.
Objektif pendidikan yang ingin
dicapai perlu realistik. Jika tidak, pelajar akan
mengalami kegagalan. Kegagalan

51

membawa perasaan malu yang boleh


menyebabkan berlakunya peneguhan
negatif.
Sebagai seorang guru, peneguhan ini boleh
digunakan dalam proses
pembelajaran. Misalnya guru akan mengatakan
bagus, baik dan sebagainya
apabila pelajar menunjukkan sikap yang diigini
dalam proses pembelajaran. Oleh
itu, seorang guru perlu memberikan pelajarpelajarnya maklum balas tentang
prestasi mereka, sama ada berjaya atau
sebaliknya.
Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak
balas positif dapat dipupuk melalui
pelaziman klasik. Kaitan antara rangsangan
dengan gerak balas boleh
dilazimkan atau dipelajari serta dapat
diperkukuhkan melalui latihan. Semakin
52

kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu


gerak balas, semakin kukuh
gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila
guru memberi pujian setiap kali
pelajar mendapat hasil yang baik, maka gerak
balas itu akan berterusan.
Motivasi memainkan peranan penting dalam
pembelajaran. Di dalam bilik darjah,
guru perlu memotivasikan pelajar dengan
menunjukkan sesuatu yang menarik
sebelum mereka dapat memberi penumpuan
yang teliti.
iv. Menggalakkan Murid-Murid Berfikir
Melalui teori-teori yang dikemukakan di atas,
boleh dikatakan semua teori
tersebut menunjukkan ransangan terhadap
pemikiran. Pendekatan ini
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta
celik akal dikalangan pelajar.
53

Pelajar yang terlibat dengan kaedah ini akan


berpuas hati apabila mereka dapat
mencari jawapan sendiri dan menggalakan
perasaan berdikari dalam proses
pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini,
guru perlu mempunyai
kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat
perancangan yang lebih teliti.

v. Belajar Mengikut Kemampuan


Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek
pemikiran pelajar. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan mental untuk
mengelola, menyimpan dan mengeluarkan
semula segala pembelajaran lanjutan atau
untuk menyelesaikan masalah. Ahli
psikologi kognitif menyatakan bahawa
pembelajaran ialah satu proses dalaman
54

dan tidak dapat diperhatikan secara langsung.


Pembelajaran menyebabkan
perubahan tingkahlaku seseorang terhadap
sesuatu situasi yang khusus.
Dengan memahami teori perkembangan Piaget,
seseorang guru harus
menyesuaikan isi pelajaran dan aktiviti yang
sesuai untuk pelajar-pelajarnya.
PENUTUP
Pengajaran dan pembelajaran saling berkait
rapat antara satu sama lain. Tanpa
penguasaan dan pengetahuan tentang ilmu
pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya
dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan di dalam bilik
darjah. Untuk itu seseorang guru perlu
melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu

55

psikologi, pedagogi dan profesionalisme


keguruan agar tercapai matlamat untuk
memberi
kejayaan kepada pelajar.
Berdasarkan daripada kaedah penyampaian
yang digunakan, proses pembelajaran dan
pengajaran yang dilaksanakan akan lebih
terancang dan berkesan. Apabila guru
menggunakan kaedah ini untuk proses
pengajaran dan pembelajaran secara tidak
langsung akan meningkatkan kemahiran pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran,
kemahiran-kemahiran bermaksud
seseorang itu terlatih dan mempunyai
pengalaman yang tinggi serta mendalam.
Dalam

56

proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan


menguasai kemahiran tertentu harus
ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas
seperti menyelesaikan masalah,
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran
membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila
pelajar menguasai kemahiran asas ini
akan dapat membantu pelajar tersebut
menguasai bidang-bidang ilmu yang lain
dengan
lebih mudah.
Oleh itu, untuk mencapai matlamat itu,
bukanlah satu perkara mudah, kerana ianya
memerlukan pengorbanan, kesungguhan,
kebijaksanaan dan ketabahan kedua-dua belah
pihak iaitu guru dan murid agar pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
57

BIBLIOGRAFI
Crow and Crow (1983). Psikologi Pendidikan
Untuk Perguruan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus
Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan:
Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas
(Semester 1). Kuala Lumpur. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1997). Psikologi Bilik
Darjah-Asas Pedagogi. Kuala Lumpur.
Utusan Publication dan Distributors Sdn.Bhd.
Mook Soon Sang (2009). Ilmu Pendidikan Untuk
KPLI (Sekolah Rendah: Komponen
1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kuala
Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

58

Anda mungkin juga menyukai