memakai warna hitam dari kepala hingga kaki (dari hijab hingga kasut dan aksesori)
adalah mudah. Tidak perlu fikir kombinasi warna lain yang sesuai. Namun, ia membawa
maksud seseorang itu kurang imaginasi dan kreativiti. Tidak digalakkan bagi mereka yang
terlibat dalam industri yang memerlukan mereka untuk jadi kreatif.
Coklat
warna ini akan kelihatan lebih menarik jika dipadankan dengan warna lain yang
sesuai.
Beige
Beige adalah kategori warna natural. Pemakai akan kelihatan peramah dan mudah
didekati.
Warna ini sangat ideal bagi mereka yang terlibat dalam bidang kaunseling, Human
Resource dan kejururawatan.
Warna ini perlu dipakai dengan warna yang kontra untuk kelihatan lebih menarik.
Putih
semua orang harus memiliki pakaian yang berwarna putih, sama ada dipakai dari
hijab ke kasut dan aksesori lain ataupun dipakai bersama warna yang kontra.
agak sedikit sukar mendapatkan warna putih yang asli, kerana warna putih ada
beberapa tona yang berbeza, iaitu putih lembut (soft white), 'ivory' dan krim.
pakaian berwarna putih sesuai dipakai dalam cuaca yang panas kerana warna putih
memantulkan haba dan cahaya.
namun, ada cabaran dalam memakai pakaian berwarna putih; iaitu mengekalkan
kebersihan dan warnanya.
Biru
warna biru adalah warna komunikasi, melambangkan logik dan mengaktifkan minda.
warna 'Dark Navy Blue' selalunya dipakai oleh pegawai penguatkuasa undangundang seperti uniform Polis.
warna biru dikatakan boleh 'stimulate' minda dan membuatkan komunikasi lebih
lancar.
dicadangkan untuk memakai warna biru setiap hari Rabu atau ketika mesyuarat,
presentation atau aktiviti/majlis yang memerlukan seseorang itu menggunakan suara dan
berkomunikasi dengan banyak atau kerap.
merah jambu adalah warna yang sesuai dipakai untuk menyerikan hari atau
menggembirakan perasaan sedih.
lelaki yang memakai warna merah jambu dianggap berani dan sangat yakin dengan
dirinya. Ada juga yang menyifatkan lelaki yang suka memakai warna merah jambu sebagai
suka mengambil perhatian wanita.
warna merah jambu juga melambangkan kasih sayang dan dikatakan dapat menarik
energi kasih sayang dari orang sekeliling. Jadi, jika mahu lebih kasih sayang daripada orang
sekeliling, banyakkan memakai warna pink, sama ada pada hijab, pakaian atau aksesori.
Ungu
warna ungu gelap membawa maksud misteri. Mereka yang gemar warna ungu gelap
mungkin mempunyai personaliti misteri, sukar difahami.
ungu lembut juga warna meditasi dan warna spiritual. Warna lembut seperti 'soft lilac'
dan 'violet' membangkitkan rasa relaks.
Merah
Merah adalah warna energi. Dengan memakai pakaian atau aksesori berwarna
merah, seseorang itu akan rasa yakin diri.
warna merah dapat membangkitkan tenaga. Warna ini sesuai dipakai di penghujung
minggu bekerja di mana biasanya tenaga sudah berkurangan.
merah juga membawa maksud garang, tuah, kekayaan dan juga kuasa.
namun, tidak digalakkan untuk memakai warna merah untuk menenangkan anak
kecil yang sedang menangis.
jika memakai pakaian berwarna merah, berhati-hati dalam memilih warna lipstick.
Pastikan warna lipstick adalah sama tona dengan warna merah pada pakaian. Boleh sedikit
cerah atau sedikit gelap.
Hijau
warna hijau amat sinonim dengan warna rumput, daun dan memberi kesan rasa
tenang dan aman.
mereka yang suka memakai warna hijau juga sukakan kedamaian dan ketenangan.
Sedikit tips...
merah menunjukkan 'sense of authority'. Jika anda seorang bos dan terlibat dalam
mesyuarat atau perbincangan yang melibatkan mahu memecat pekerja, pakai blouse atau tali
leher berwarna merah, ia memberi efek garang