Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KONSEP

PROGRAM GURU PENYAYANG

1.0 PENGENALAN
TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi
pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina
sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan. Dalam zaman
serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan
mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil
tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru
perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih
sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.
Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas
mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan
perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan
kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: Sedang kami berada dalam masjid bersama
Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di
dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah
SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun
membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW
memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak dibenarkan
melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid
tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah
SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan
tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah jangan
bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah SAW dalam
peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu
keadaan.
Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan
penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW
dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut apabila
mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang
patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil. Imam alGhazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus
sabar menerima pelbagai masalah murid dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah
bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.
Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya
sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat informal,
bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau mencadangkan kepada anak
didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan mereka dan kadang kala hanya
mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan sabar. Cadangan diberikan anak didiknya
untuk memperkembangkan kekuatan, dan memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan
bahawa pendidikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau
mendidik tanpa mengira latar belakang anak didiknya.
Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia
yang terkenal, pernah mengatakan bahawa The giving of love is an education in itself. Beliau
berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk
pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa
menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil signifikan ke atas orang yang dididiknya.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat
kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik.
Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap
kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran
tenang.

2.0 RASIONAL
2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi membantu
murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid
tersebut.
2.2 Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik, di mana mereka
mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.
2.3 Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan
semasa.
3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

4.0 JUSTIFIKASI
4.1 Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid.
4.2 Peningkatan kadar ponteng murid.
4.3 Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan.
4.4 Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas.

5.0 ANJURAN DAN KELOLAAN


Unit Bimbingan dan Kaunseling,
SK AU Keramat

6.0 PERSONALIA

Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang

Pengerusi

: Pn. Hajah Faridah bt. Haji Ahmad Zuki AMW Guru Besar

Naib Pengerusi 1

: Pn. Rosnah bt. Abdul Hamid GPK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 2

: Pn. Safiah Mohamad Wardi GPK Tadbiran & Kurikulum

Naib Pengerusi 3

: Pn. Zainab bt. Mohd Yunus GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi 4

: En. Rosman b. Mohd Daim GPK Petang

Penyelaras

: En. Mohd Yusri b. Othman

Setiausaha
AJK :
: Ketua Panitia
: Guru Disiplin
: Guru Kebajikan
: Guru Biasiswa

: En. Mohd Azmi b. Abdul Wahid

: Penyelaras tingkatan/Tahun

7.0 PENGISIAN / AKTIVITI


Rujuk Modul Guru Penyayang

8.0 SASARAN
Guru dan murid dan seluruh warga sekolah

9.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Sepanjang tahun 2014

10.0 SUMBER KEWANGAN


10.1 PIBG
10.2 PCG kokurikulum sahsiah diri/ Pendidikan Islam dan Moral

11.0 PENUTUP
Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan
sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni antara guru
dengan murid, serta dapat mengurang salah laku disiplin murid.

Disediakan oleh :

.
(EN. MOHD AZMI B ABDUL WAHID)
Setiausaha Program Guru Penyayang,
SK AU Keramat

Disemak oleh :

..
(DATIN NORASHIKIN BT MOHD DAHAN)
GPK Hal Ehwal Murid,
SK AU Keramat

Diluluskan oleh :

(PN. HJH. FARIDAH BT HJ AHMAD ZUKI AMW)


Guru Besar
SK AU Keramat

Anda mungkin juga menyukai