Anda di halaman 1dari 4

Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Pengkalan Hulu

Tiga cadangan atau lebih dengan tepat dan relevan:

Menyertai program keusahawanan (Perniagaan)

Buat pendapatan sampingan secara Atas Talian (Online)

Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB)

Mempelbagaikan Jenis Kepelbagaian Tanaman

Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Pengkalan Hulu atau dikenali


Keruh.
Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar
kawasan kajian di Pengkalan Hulu,Perak. Antaranya adalah menyarankan penduduk
menyertai program keusahawanan atau perniagaan, menjana pendapatan secara
atas talian atau online, melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) dan
mempelbagaikan jenis tanaman selain penghasilan getah di sekitar kawasan Keruh.
Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan
pendapatan keluarga. Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara
kecil-kecilan. Ini kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka
memandangkan penempatan ini berada jauh daripada kawasan bandar. Selain itu,
penduduk boleh juga membuka gerai jualan makanan atau minuman secara kecilkecilan. Bagi masyarakat penduduk Pengkalan Hulu, ada antaranya pekerja bujang
malas untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini
dapat menjadi destinasi pilihan golongan tersebut. Selain itu, bagi penduduk yang
berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka
bengkel juga boleh meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan.
Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan
secara atas talian (Online) . Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman
sosial kini menjadi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang
tua. Boleh dilihat penduduk sekitar Pengkalan Hulu lebih banyak meluangkan masa
dengan telefon pintar untuk mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial
seperti Facebook, Instragram mahupun applikasi Whatsapp boleh dijadikan platform
untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan.
Contohnya dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di instagram
untuk menjual pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju
kurung. Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat
applikasi laman sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara
interaktif ketika menjalankan perniagaan.
Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan
pendapatan penduduk. Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk
pendapatan pada jangka masa panjang. Penduduk juga boleh menyimpan duit ke

dalam ASB atau membuat pinjaman menerusi Bank Simpanan Nasional


(BSN). Dengan pelaburan tersebut, penduduk juga boleh mendapat pulangan pada
setiap tahun dalam bentuk dividen. Selain daripada ASB, terdapat pelbagai bentuk
pelaburan yang boleh disertai antaranya adalah saham SEDAR BSN,Public Mutual
dan sewaktu dengannya.
Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar
Pengkalan Hulu . Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah
secara percuma oleh kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil getah.
Selain daripada Getah, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk
menanam tanaman selain daripada Getah. Contohnya adalah seperti sayuran,
buah-buahan dan sebagainya . Selain daripada menunggu hasil daripada Getah
penduduk juga boleh menghasilkan penanaman Kelapa Sawit serta menjual sayuran
yang ditanam untuk menjana pendapatan sampingan.

Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Di Sekitar Kawasan Pengkalan Hulu

Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay)

Sektor Perindustrian ( Kilang)

Sektor Pelancongan (Sungai)

Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan


Sektor perkhidmatan seperti pembukaan Homestay adalah antara kegiatan ekonomi
yang berpotensi di Pengkalan Hulu. Bagi masyarakat di bandar khususnya, adalah
amat jarang untuk menikmati keindahan bercuti ditempat tanah yang terancang
(Luar Bandar) serta menikmati cara pemprosesan Bijih Timah di sekitar Klian Intan
dimana lebih kurang 15KM dari pekan Pengkalan Hulu serta tidak ketingalan dimana
Pengkalan Hulu merupakan sempadan Malaysia dengan Thailand. Dengan suasana
yang tenang serta keindahan panorama, Homestay adalah pilihan yang terbaik bagi
mereka yang ingin bercuti pada harga yang murah. Selain itu, orang ramai yang
tinggal di homestay di kawasan ini juga dapat melihat sendiri pengalaman berada di
sektor pertanian kelapa sawit sebagai ekonomi utama di kawasan ini
Selain itu, kawasan di Pengkalan Hulu juga sesuai dengan Sektor Pelancongan.
Contohnya Pusat Latihan Pertanian Felda Lepang Nenering yang menawarkan
pelancongan bertemakan pertanian, kompleks, dan rangkaian gua-gua di Gunung
Inas. Berhampiran dengan kawasan Tasik terdapat satu kawasan pelancongan
berasaskan air terjun,kawasan ini diberi nama kawasan Pelancongan Gua
Gendang . Kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah menarik ratusan
pengunjung pada hujung minggu. Kedudukannya hanya 15km dari Bandar
Pengkalan Hulu.Pekan Pengkalan Hulu juga dikenali sebagai warisan tertua sejarah
dimana setiap satu tinggalan ada sejarah tertentu dengan Maharaja Thailand pada
masa itu Maharaja Rehman yang berasal dari Negara Patani.Sebenarnya sebelum
kemerdekaan wilayah pengkalan hulu merupakan tanah naungan orang pattani.
Sektor perikanan terutamanya pembukaan kolam ikan air tawar juga antara idea
yang boleh dikembangkan di kawasan ini. Memandangkan kawasan Felda Lepang
Nenering berada di kawasan pertanian, pembukaan satu lagi sektor perikanan
adalah bersesuaian dengan kawasan kajian . Contohnya ikan air tawar yang boleh
dimajukan antaranya adalah ikan keli, ikan patin, ikan jelawat dan ikan Talapia
Merah. Projek akuakultur air tawar sesuai dimajukan dikawasan kajian
memandangkan tidak ramai yang menceburi bidang itu. Selain itu, pasaran
tempatan ternakan ikan air tawar seperti talapia dan keli mempunyai nilai eksport
yang baik serta menjanjikan pulangan lumayan kepada usahawan.
Selain itu, sektor perindustian seperti pembukaan kilang membuat sabun atau
pemprosesan makanan serta getah juga berpotensi dimajukan dikawasan
Pengkalan Hulu. Seperti sedia maklum, kawasan Pengkalan Hulu tidak mempunyai

sektor perindustian namun hanya Kilang Pemprosesan Kayu Balak dan Bijih Timah
yang ada. Terdapat pelbagai manfaat kelapa sawit antaranya adalah penghasilan
produk sabun, lilin serta baja organik . Dengan penghasilan produk tersebut,
Pengkalan Hulu boleh menghasikan produk tersendiri sekaligus meningkatkan
ekonomi .Pembukaan kilang kilang seperti ini dapat meningkatkan pendapatan
penduduk dengan memberi peluang perkerjaan yang sekarang mereka hanya
bergantung pada sumber hasil perlombongan bijih timah dari Rahman Hydraulic
Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai