Anda di halaman 1dari 4

Refleksi BIG

REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan
Guru(BIG) sesi pertama bagi tahun 2009. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di
Pulau Poh, Tasik Kenyir. BIG yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah
memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.
Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang
telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan
ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika
mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan
supaya kami dapat mencapai motif tersebut.
BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang
tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai
murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi
saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru
yang proaktif, fleksibel dan berkeyakinan tinggi.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak, water confident, jungle
trecking, latihan dalam kumpulan(LDK), memancing, masakan rimba, kawad kaki, BBQ, dan
malam persembahan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat
seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai
motif tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti.
Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua seramai 82 orang guru pelatih telah

dibahagikan kepada 6 kumpulan. Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini
mungkin untuk memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk
memberi peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan mereka
yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat dengan lebih terperinci
adalah bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan
yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan
masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan
saya lebih bersedia apabila saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya
kenal sebelum ini.
Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan. LDK yang dijalankan
telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap dihapadan ramai. LDK ini telah
membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk mendengan
kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang
yang lebih peka dan fokus terhadap seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah.
Semua ini penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh
seorang guru. Sebagai contoh apabila bermusyuarat saya pasti diberikan peluang untuk bercakap
dan memberikan idea kepada ahli lain dan mendengar idea-idea dari orang lain. Tanpa nilai
murni seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dan gagal
meneruskan agenda mesyuarat.
BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan
diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika aktiviti water confident, saya
terpaksa menyelam didalam air dan berenang di Tasik Kenyir. Walaupun saya tidak pandai
berenang dan takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga semangat
yang diberikan oleh rakan-rakan saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya berasa
lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara
yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan
tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang
dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan
perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai
seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar
sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih
yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang
diberikan itu dengan sempurna dan jayanya.
Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai
contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan
khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat
memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama
berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Saya dan seorang lagi
rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi telah berkawal di sekitar
khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin boleh
membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang
mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin,
suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain untuk

melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara
tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi
semua perkara itu.
Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang insan bergelar guru.
Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk menjadi seorang yang lebih
fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara. Ketika melakukan persiapan bagi
malam persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan
bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan
persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan
suasana hutan tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi yang
dilakukan menggunakan item-item yang berada dihutan dan pelbagai lagi perkara yang
dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana semua
ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari
nanti apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang
infastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan
pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat mereka satu alat bantu mengajar yang hanya
terdiri dari item-item yang berada di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan
membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.
Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar saya untuk berkomunikasi dan
bekerja dalam satu organisasi. Sebelum bertolak ke Tasik Kenyir, kami semua iaitu seramai 82
orang guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan pula
masing-masing diberikan satu tugas pada satu masa seperti ketua, setiausaha, tukang masak,
penolong tukang masak, tugas-tugas khas dan lain-lain lagi. Sistem yang diketengahkan di BIG
ini ialah sistem putaran atau rotation tugas. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli
kumpulan untuk merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini amat berkesan
kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpim. Pendedahan ini
merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak besar kepada saya terutama apabila
saya menjadi ketua kumpulan. Ketika itu saya sedar bahawa tugas menjadi seorang ketua amat
berat kerana semua kebajikan, tugas dan banyak perkara lagi menjadi satu tugas ketua.
Pengalaman berorganisasi ini akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika
berada di alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin dan
ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin.
Aktiviti pagi iaitu akiviti berkawad di padang juga mempunyai objektif tersendiri. Berdasarkan
pemerhatian saya ketika di BIG, saya dan rakan-rakan semua telah diajar untuk menepati masa
dalam melakukan aktiviti. Ketika berkawad pada sebelah pagi, tepat jam 7.30 pagi kami semua
mesti berkumpul di padang kawad. Arahan yang diberikan oleh pensyarah merupakan satu lagi
latihan yang saya lihat satu usaha bagi membentuk guru pelatih menepati masa. Perkara ini
penting kerana sebagai seorang bakal guru dan seorang guru, masa memainkan peranan penting
dalam kehidupan. Ketika di insitut atau di sekolah nanti, saya perlu berada di sana sebelum jam
7.45 lagi dan ini bermakna untuk sampai kesana saya perlu bersiap dengan lebih awal. Jika
dilihat sekarang, ramai guru pelatih sama ada lelaki atau perempuan yang datang lewat ke kuliah
dan ini merupakan satu fenomena yang amat merungsingkan pensyarah. Pendedahan di BIG ini

telah merubah saya dan rakan-rakan lain supaya menepati masa sama ada ketika ke kuliah
ataupun mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian kami.
Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program BIG ini, begitu hebat saya rasakan kekuatan
mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula dari bahang panas matahari, kesejukan air tasik
kenyir, kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat mencabar telah saya lalui.
Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik bagi saya kerana dengan cara
inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan
dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti
lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami
dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di
kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh
mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke
sekolah yang mungkin juah ke pelusuk rimba atau belum.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak
memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat
membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya
berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi
mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

Anda mungkin juga menyukai