Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 12

(20/04/2015 24/04/2015)
MURID MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK MENYIAPKAN
TUGASAN YANG DIBERIKAN
1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah murid mengambil
masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perkara ini terjadi selepas
beberapa pemerhatian yang saya lakukan terhadap beberapa kelas yang
berbeza tetapi hasil pemerhatian yang saya perolehi adalah sama.
Murid mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan
yang diberikan. Pemerhatian saya adalah berdasarkan beberapa tugasan yang
saya berikan kepada mereka iaitu untuk membuat satu lakaran mengenai alat
pertahanan diri iaitu parang, murid mengambil masa yang sangat lama untuk
menyiapkan tugasan tersebut.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana mereka sering berbual bersama - sama dengan
rakan sebelah menyebelah. Murid akan terleka dan akan mengambil masa yang
lama untuk meyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, mereka kurang
memahami tugasan yang diberikan oleh guru tetapi mereka takut untuk
bertanya dengan guru. Sebaliknya mereka lebih memilih untuk tidak bersuara
dan tidak bertanyakan permasalahan mereka kepada guru yang mengajar.
Permasalahan ini sedikit sebanyak memberi impak yang negatif kepada.
Permasalahan ini terjadi kerana mereka kurang rangsangan daripada guru. Guru
seharusnya memberi peneguhan yang positif kepada murid yang dapat
menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dengan baik dan kemas.
Secara tidak langsung itu dapat mendorong mereka untuk menyiapkan tugasan
yang diberi tepat pada masanya dengan betul, kemas dan menepati kehendak
tugasan yang diberi tersebut. Mereka sentiasa berada di dalam zon berehat dan
berada di zon yang selesa. Perkara ini telah menyebabkan mereka selalu tidak
dapat menyiapkan tugasan pada masa yang saya telah tetapkan. Perkara ini
berlaku kerana guru tidak memberikan mereka ganjaran terhadap pelajar yang
dapat menjawab serta melengkap kerja tepat pada masanya serta betul dan
kemas.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya perlu memberi tekanan kepada mereka untuk memyiapkan tugasan
dengan lebih pantas, betul dan juga kemas. Memberi tekanan kepada mereka
dengan mengira naik daripada 1 hingga ke 10, dengan cara ini secara tidak
langsung dapat mendorong murid untuk menyiapkan tugasan dengan lebih

cepat. Saya juga akan menyediakan ganjaran kepada mereka yang dapat
menyiapkan tugasan tepat pada masanya, betul dan kemas. Setelah menyemak
jawapan murid yang dapat meyiapkan tugasan dengan betul dan cepat akan
diberikan ganjaran seperti hadiah, pujian dan juga dorongan seperti bintang dan
sebagainya.