Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG


PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
PELAKSANAAN BENGKEL
(GURU DAN PERUNDANGAN)

NAMA

: VIKNESUWARAN A/L
CHANDARAN

NO K/P

: 871013-02-5439

KUMPULAN AKADEMIK

: PISMP - 5 MTED 2

LOKASI PERLAKSANAAN

: B4, BLOK SAINS, IPG KAMPUS


PULAU PINANG.

TARIKH PROGRAM BIG

: 11 MAC 2010

NAMA TUTOR

: MADAM YEW LEE HEANG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PULAU PINANG

KERTAS KERJA
(WAJ3114: BINA INSAN GURU FASA 5)
PELAKSANAAN BENGKEL
(GURU DAN PERUNDANGAN)

ANJURAN
PISMP- 5MTED2
AMBILAN JANUARI 2008

1.0

PENGENALAN
Kertas ini disediakan untuk memenuhi keperluan Sukatan Bina Insan
Guru (BIG) Fasa V yang memerlukan kami mencakupi aktiviti bengkel dan
lawatan penanda aras (Benchmarking). Melalui program ini, pelajar akan
didedahkan dengan aspek-aspek yang diantaranya berkaitan dengan
perundangan, peraturan dan mandat serta lanjutannya kepada peranan
dan tanggungjawab guru. Pelajar akan didedahkan dengan iklim dan
amalan budaya kerja cemerlang guru serta kepimpinan pendidikan melalui
lawatan penanda aras.

2.0

MATLAMAT
Memberi kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap aspek-aspek yang
berkaitan mandat, perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu
dipatuhi

dan

dijadikan

panduan

dalam

tanggungjawab profesional perguruan serta

pelaksanaan

tugas

dan

memberi pendedahan

pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang


berkesan kepada pelajar.
3.0

OBJEKTIF
3.1

Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang pelbagai dan berkesan


dengan mengamalkan ciri-ciri kesantunan bahasa dan protokol.

3.2

Menyenaraikan misi dan visi sekolah yang dilawati dan melakarkan


misi dan visi yang sesuai untuk dimanfaatkan di sekolah mereka
yang akan datang.

3.3

Pelajar dapaa memahami dan mengenalpasti maklumat-maklumat


yang berkaitan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas dan Perkhidmatan.

3.4

Memahami dan meyeranaikan aspek-aspek perundangan dan


peraturan pendidikan dan implikasinya kepada tugas guru.

3.5

Menyeranaikan dan mengenalpasti peranan dan fungsi JPN,PPN


dan PKG dalam pengurusan pendidikan dan dapat mengamalkan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan pendidikan
yang dikuasai dalam kehidupan seharian.

3.6

Memahami dan mengenalpasti bentuk-bentuk pengurusan


cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan
seharian.

4.0

BUTIR BUTIR BENGKEL


Tarikh: 11.3 2010

5.0

Khamis

Masa:

2.30 ptg 5.30 ptg

Tempat:

B4, Blok Sains,IPG KAMPUS PULAU PINANG

PENYERTAAN
5.1

6.0

Hari:

Semua pelajar dari kelas 5MTED2 seramai 22 orang.

PENGANGKUTAN
Tidak perlu.

7.0

KEPERLUAN KEWANGAN
Tidak perlu.

8.0

JAWATAN KUASA KERJA


Penaung:
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,
En. Rijeng Jahet
Pensyarah penasihat:
Puan Yew Lee Heang
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
AJK
Dokumentasi
Pengangkutan
Komunikasi
Cenderamata

9.0

:
:
:

Soo Khen Shin


Aizatul Shairah Bt Mat Nasir
Lim Li Yett

:
:
:
:

Nurul Nadiah bt. Abd. Rahman


Loi Yong Yong
Ummi Nadiah bt. Yusoff
Aizatul Syairah bt. Mat Nasir

ATURCARA LAWATAN

Masa
2.30 ptg -3.30 ptg
3.30 ptg 4.30 ptg

4.30 ptg 5.30 ptg

Aktiviti
Guru dan Perundangan.
( Syarahan oleh Pn. Yew Lee Heang)
Aktiviti perbengkelan secara
kumpulan.
Rumusan/ pembentanga kumpulan.

10.0

CENDERAMATA
Cenderamata disediakan oleh pihak institut.

11.0

PENUTUP

Kami berharap aktiviti bengkel ini dapat mencapai objektifnya dan guru pelatih
dapat manfaat daripada aktiviti ini.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

(LIM LI YETT)
Setiausaha,
PISMP 5 MTED2
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang

( Puan Yew Lee Heang )


Pensyarah Pendidikan Sains
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang

Diluluskan Oleh:
.
(ENCIK RIJENG JAHET)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang.

Tarikh:

11.3 2010

Hari

Khamis

Masa

2.30 ptg 5.30 ptg

Tempat

B4, Blok Sains,IPG KAMPUS PULAU PINANG

Pada 11 Mac 2010 hari Khamis yang lepas, kelas 5MTED2 yang seramai
22 orang guru pelatih telah menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG).
Program bengkel ini dijalankan di bilik B4, Blok Sains,IPG Kampus Pulau Pinang.
Puan Yew Lee Heang adalah sebagai pensyarah penasihat pada program ini dan
beliau akan membimbing dan menerangkan serta memberi syarahan pada tajuk
yang disediakan sepanjang program ini. Bengkel ini berteraskan Etika kerja
Kementerian Malaysia yang amat berkaitan dengan profesion keguruan. Modul
yang digunakan oleh pensyarah kami disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Matlamat bagi bengkel ini adalah untuk memberi

kefahaman dan

kesedaran pelajar terhadap aspek-aspek yang berkaitan mandat, perundangan


dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan dalam
pelaksanaan tugas dan tanggungjawab profesional perguruan serta memberi
pendedahan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah
yang berkesan kepada pelajar.
Sebagai permulaan bengkel ini, tutor kami memberikan ceramah yang
bertema tentang Guru dan Perundangan. Beliau amat berbesar hati kerana
telah sudi meluangkan masa keemasan mereka untuk kami. Pada awalnya, kami
diberikan penerangan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan diikuti
dengan penerangan tentang Kementerian Pelajaran Malaysia, Misi dan objektif
Kememterian Pelajaran Malaysia. Selepas pengenalan tentang Kementerian
Pelajaran Malaysia, kami diberikan penerangan yang lebih lanjut lagi tentang
Etika kerja iaitu takrif Etika Kerja, matlamat serta objektif Etika kerja secara
terperinci. Selepas mendapat ketelitian mengenai Etika Kerja Kementerian

Pendidikan Malaysia, tutor kami menyambung ceramah beliau dengan


memberikan penerangan tentang Prinsip Etika Kerja Kementerian Pendidikan
Malaysia. Beliau mengaitkannya dengan profesion keguruan.

Bengkel ceramah diteruskan dengan pembentangan kelas kumpulan yang


bertajuk Nilai utama dalam etika kerja kementerian pendidikan Malaysia.
Walaupun terdapat banyak nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus
Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia ialah amanah, benar, bijaksana,
bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang. Kami dibahagikan kepada tujuh
kumpulan. Setiap kumpulan di beri satu nilai untuk membuat pembentangan.
Tajuk tajuk untuk setiap kumpulan adalah seperti berikut:

KUMPULAN
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 4
KUMPULAN 5
KUMPULAN 6
KUMPULAN 7

TAJUK/NILAI
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang

Pensyarah kami memberi 10minit untuk setiap kumpulan untuk membuat


pembentangan. Pembentangan ini bermula dari kumpulan 1 dan di akhiri dengan
kumpulan 7.

Kumpulan 1 menjelaskan bahawa amanah ialah sifat bertanggungjawab


dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Mereka juga menjelaskan bahawa sebagai seorang guru, kita harus sentiasa

menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa


menyeleweng dan cuai.
Kumpulan 2 pula membentangkan nilai benar yang menumpukan pada
niat dan perbuatan seseorang. Mereka menyatakan bahawa guru mesti
mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa
niat yang tersembunyi ataupun mengharapkan balasan. Guru perlu bercakap
benar dan menepati janji serta rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran
untuk kejayaan bersama.
Kumpulan 3 pula menekan terhadap nilai bijaksana yang menggunakan
pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai
dengan masa serta keadaan. Mereka juga menekankan bahawa guru perlu
menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan
sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah.
Ceramah diteruskan dengan pembentangan kumpulan 4, 5, 6 dan 7.
Selepas semua kumpulan habis membentang, bengkl ini diteruskan dengan sesi
soal jawab. Para guru pelatih diberi peluang untuk menanyakan beberapa soalan
mengenai ceramah pada hari tersebut. Secara keseluruhannya, ceramah Etika
kerja Kementerian Pendidikan Malaysia tamat pada pukul 5.30 petang.
Ceramah ini telah memainkan peranan yang tidak terhingga dalam
menyemai sifat sifat keguruan seperti yang ditekankan dalam Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam diri kami. Ceramah-caramah ini haruslah
diadakan dalam kalangan guru pelatih supaya dapat melahirkan guru-guru yang
berprofesional.

Seterusnya, kumpulan 5 membentang tentang nilai dedikasi yang


melibatkan minat dan sikap rela guru untuk mengorbankan masa dan tenaga
secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Antara contoh yang
diberikan ialah guru sepatutnya bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta
bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah. Hal ini kerana
sekolah seumpama Negara kecil yang memerlukan perpaduan dan kerjasama
semua pihak dalam usaha mencapai matlamat tersendiri. Tambahan pula,
kumpulan 5 menjelaskan bahawa guru yang berdedikasi hendaklah cergas dan
pantas bekerja dan hasilnya hendaklah menepati kehendak organisasi.
Sebaliknya harus menghindari daripada mengamalkan sikap yang cuai dan
merungut setiap masa demi kepentingan sendiri.
Selain itu, kumpulan 6 menjelaskan nilai ikhlas yang menekankan hati
suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik
tanpa mengharapkan ganjaran. Antara contoh yang dipaparkan ialah guru yang
ikhlas seharusnya menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat
organisasi, tetapi bukan karana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian
orang lain. Di samping itu, guru yang ikhlas akan memberikan layanan yang baik
dan menghormati semua murid tanpa mengira pangkat, kedudukan atau status
tanpa sikap pilih kasih dalam apa jua keadaan. Yang penting, guru yang ikhlas
akan bersedia untuk menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang
terbuka bagi mengatasi kekurangan yang terdapat pada dirinya.

Akhir sekali, kumpulan 7 memberi penerangan tentang nilai penyayang


yang merangkumi sikap dan perlakuan guru yang menunjukkan sikap
memahami, menghargai dan mengambil berat terhadap murid. Menurut
penjelasan kumpulan 7, guru yang penyayang seharusnya menganggap setiap
orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka
buruk bagi mengelakkan kekurangan keyakinan murid terhadap diri sendirinya.
Selain itu, guru yang penyayang akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan
kelasnya sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan dan serta
bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian demi kebaikan
semua.
Sebagai kesimpulan, ceramah kali ini telah memberi pendedahan dan
kesedaran kepada kami untuk meneliti Etika Kerja yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai dan prinsip-prinsip sedemikian akan
menjadi garis panduan kepada guru besar, guru-guru mahupun para guru pelatih
untuk memudahkan pelaksanaan tugas harian dan membantu para warga
pendidik untuk membuat sesuatu keputusan samada berkaitan dengan
kurikulum, kokurikulum ataupun disiplin pelajar.

Refleksi

Saya Viknesuwaran Chandaran telah megikuti satu ceramah mengenai


Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia pada 11 Mac 2010 yang dianjurkan
oleh kelas saya. Ceramah ini mengenai etika kerja kementerian Pelajaran yang
berkait rapat dengan profesion keguruan saya. Dengan menghadiri ceramah ini,
saya mendapat penerangan yang terperinci dan yang mendalam mengenai
Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

serta

misi

dan

objektif

Kementerian

Pendidikan Malaysia.
Selain daripada itu, melalui menghadiri ceramah ini, saya telah mendapat
ilmu yang mendalam mengenai etika kerja kementerian pendidikan Malaysia.
Sebagai seorang bakal guru, saya mendapat tahu mengenai Prinsip-prinsip etika
kerja kementerian Pendidikan Malaysia. Ia menyedarkan diri saya sebagai
seorang guru dan menyemai sifat-sifat yang seharusnya saya ikuti.
Saya juga dapat mempelajari nilai nilai murni yang patut ada dalam jiwa
seseorang guru. Ini membolehkan saya memahami nilai nilai tersebut dan
mengikutinya. Sebagai seorang guru kita perlu menunjukkan nilai nilai murni
kepada anak murid kita kerana kita ialah teladan hidup mereka. Kalau kita
menunjukkan sikap sikap atau nilai nilai yang negative, ini akan
mengancamkan jiwa murid murid dan menjadikan mereka sebagai beban bagi
Negara. Jadi untuk menggelakkan perkara perkara sebegini berlaku, saya
berusaha untuk memupuk nilai- nilai murni di kalangan pelajar pelajar saya
dengan mengubah perlakuan saya dari negative ke positif.
Daripada bengkel ini, saya mendapat kemahiran untuk membandingkan
antara yang baik dengan buruk. Saya juga dapat meningkatkan tahap keyakinan
diri. Saya memang gembira untuk mengikuti bengkel ini. Saya berharap bahawa
saya boleh mengaplikasikan apa yang di pelajari dalam kerjaya saya.