Anda di halaman 1dari 20

Teknik Efektif Bijak Belajar di Rumah

KANDUNGAN
TEKNIK 1 :PASTIKAN ANDA ADA JADUAL
BELAJAR DI RUMAH
TEKNIK 2 : PASTIKAN ANDA SEMAK DI MANA
MASA DIBAZIRKAN
TEKNIK 3 :TUISYEN ; PASTIKAN IA BOLEH
MEMBANTU TIDAK MEMBANTUT
TEKNIK 4 :BERI TUMPUAN SEPENUHNYA KETIKA
BELAJAR DI RUMAH
TEKNIK 5 :KALAU TIDAK ADA BILIK, CARI SUDUT
BELAJAR YANG SELESA
TEKNIK 6 :TEKNIK MEMBACA DENGAN EFEKTIF

Ada 5 teknik yang disediakan khas untuk anda dalam mengikuti teknik
sebenar dalam pembelajaran anda. Jom ikutinya!

TEKNIK 1 : PASTIKAN ANDA ADA


JADUAL BELAJAR DI RUMAH
Cara terbaik merancang dan menguruskan masa di rumah bukan
semata-mata dengan membuat jadual waktu belajar.Ramai pelajar
membuat jadual waktu belajar setiap awal tahun tetapi yang benarbenar mengikuti jadual berkenaan hanyalah segelintir. Yang lain
hanya menampal jadual tersebut untuk menyedapkan hati.

KENAPA MASALAH SEPERTI INI TIMBUL?


Salah satu sebab adalah kerana jadual waktu berkenaan terlalu ketat.
Di sini saya ingin mencadangkan agar pelajar membuat satu
jadual belajar yang lebih fleksibel, justeru lebih mudah diikuti. Untuk
tujuan itu adalah disarankan agar pelajar membuat satu rutin belajar
menggunakan format seperti berikut :
Dalam rutin belajar, pelajar harus menetapkan TIGA PERKARA yakni:
1. Tentukan zon belajar anda setiap hari. Ada 3 zon belajar, iaitu
pagi petang dan malam. Sesetengah pelajar (bersekolah pagi)
memilih ketiga-tiga zon belajar berkenaan, manakala

sesetengah pula hanya memilih zon belajar petang dan malam


sahaja.
2. Bagi setiap zon belajar yang dipilih, tetapkan tempoh minimum
waktu belajar (beberapa jam) anda. Sebagai contoh, sekiranya
anda ingin belajar selama 2 jam pada waktu petang dan 3 jam
pada waktu malam, maka tulislah tempoh masa berkenaan di
kotak yang disediakan. Sementara jadual waktu stail lama
meminta kita membuat tetapan beberapa lama nak studi pada
sesuatu zon belajar berkenaan tanpa menetapkan masa atau
jam sebenar yang hendak dihabiskan untuk studi. Sebagai
contoh, kita berkata pada petang hari kita nak studi 2 jam. Kita
boleh studi pada jam berapa sekalipun pada sebelah petang
asalkan tempoh 2 jam dipatuhi.
3. Akhir sekali, bagi setiap zon belajar berkenaan, catatkan aktiviti
belajar apa yang ingin dilakukan dan bukan mata pelajaran apa
yang hendak dipelajari. Mata pelajaran di sini ialah Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sementara itu
aktiviti belajar pula ialah seperti kerja rumah, latihan soalan
peperiksaan, ulang kaji, persediaan untuk kelas esok dan
hafalan.

RUTIN BELAJAR
ZON BELAJAR

TEMPOH BELAJAR
(JAM)

AKTIVITI UTAMA YG
INGIN DILAKUKAN

PAGI
PETANG
MALAM

Rutin Belajar berkenaan perlu diubahsuai dari semasa ke semasa


supaya menjadi lebih berkesan. Selain daripada itu aktiviti sebenar
yang dijalankan turut dipengaruhi oleh musim belajar tertentu seperti
awal tahun, bulan peperiksaan dan cutl sekolah.
Pada awal tahun, serta cuti awal tahun dan pertengahan tahun lebih
banyak kerja rumah dan ulang kaji yang perlu dilakukan. Pada cuti
hujung tahun pula tidak ada kerja rumah tetapi pelajar perlu
membanyakkan latihan dan ulang kaji sebagai contoh. Aktiviti serupa
itulah yang perlu dimasukkan ke dalam jadual di atas.

TEKNIK 2 : PASTIKAN ANDA SEMAK DI


MANA MASA DIBAZIRKAN
Sama ada apa yang kita rancang dapat dijayakan atau tidak turut
dipengaruhi oleh tabiat dan amalan penggunaan masa harian.
Betapa hebat pun sesuatu jadual belajar, ia tidak dapat berfungsi
dengan baik sekiranya seseorang pelajar suka membazir masa.

Oleh itu pelajar perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti pembaziran masa


masing-masing. Mereka perlu tahu aktiviti manakah yang mencuri
banyak masa belajar mereka. Sehubungan dengan itu langkahlangkah konkrit perlu diambil untuk menangani masalah berkenaan.
Kalau tidak, baki masa yang ada untuk aktiviti pembelajaran-kerja
rumah, latihan, ulang kaji, hafalan, bacaan dan sebagainya akan
semakin terhakis.
Berikut diutarakan sepuluh aktiviti pembaziran masa. Sila tanda
manakah antara aktiviti berkaitan yang sering mencuri masa anda.
Selepas itu elok cari jalan untuk mengurangkan pembaziran masa
tersebut:

Aktiviti Pembaziran Masa

Menonton TV, video dan mendengar radio/muzik.

Mendengar radio/muzik.

Bergayut di telefon.

Membaca buku cerita, komik dan majalah hiburan.

Tidur yang berlebihan (siang/malam).

Melepak di rumah kawan atau lain-lain tempat.

GBerbual kosong dan borak-borak.


H

Terlalu banyak bermain atau merayau-rayau.

Bermain komputer (games).

Habiskan banyak masa dengan hobi masing-masing.

TEKNIK 3 : TUISYEN ; PASTIKAN IA BOLEH


MEMBANTU TIDAK MEMBANTUT
Pusat-pusat tuisyen tumbuh di merata-rata tempat di seluruh negara.
Permintaan ke atasnya semakin meningkat kerana kesedaran umum
untuk memperoleh keputusan cemerlang di dalam peperiksaan
semakin meningkat.

Persoalannya sekarang
Apakah dengan menghadiri kelas-kelas tuisyen dapat
membantu atau membantutkan pelajaran pelajar berkenaan?

Sebenarnya sesetengah kelas tuisyen sememangnya membantu,


tetapi banyak juga kelas-kelas tuisyen yang membebankan pelajar.Ia
bergantung kepada beberapa faktor yang akan dihuraikan seperti
berikut. Oleh itu pelajar hendaklah memastikan wang yang
dibelanjakan, masa yang digunakan dan tenaga yang dicurahkan ke
kelas tuisyen adalah berbaloi.

Tuisyen Membantu Jika....


a. Guru berkelayakan dan pengajarannya berkesan.
b. Melibatkan beberapa subjek lemah sahaja, justeru itu tidak
ambil banyak masa ulang kaji kerja rumah dan latihan.
c. Di kelas pun berusaha memberi tumpuan sepenuhnya.
d. Ke kelas tuisyen kerana lemah dalam subjek tertentu.
e. Ikuti kelas tuisyen dengan bersungguh-sungguh.
f. Tidak meletihkan kerana kelas tuisyen tidak jauh dari rumah.

Tuisyen Tidak Membantu Jika...

a. Guru kurang berkelayakan dan pengajarannya kurang


berkesan.
b. Melibatkan semua subjek (yang lemah dan tidak lemah)
Banyak masa diambil. Pelajar tidak sempat membuat kerja
rumah, latihan dan ulangkaji. Mungkin keletihan untuk studi.
c. Kerana hadiri tuisyen, tumpuan di kelas diabaikan.
d. Ke kelas tuisyen semata-mata ikut kawan.
e. Di kelas tuisyen pun main-main.
f. Letih berulang-alik sebab kelas tuisyen jauh dari rumah.

Oleh itu sebelum membuat keputusan sama ada pelajar sekalian


memerlukan tuisyen atau tidak, elok kaji keperluannya
dengan
menggunakan faktor di atas.

TEKNIK 4 : BERI TUMPUAN SEPENUHNYA


KETIKA BELAJAR DI RUMAH
Untuk memastikan pelajar mendapat faedah sepenuhnya daripada
masa studi yang telah dirancangkan, latihkan diri dengan memberi
tumpuan sepenuhnya semasa belajar.

Banyak gangguan belajar di rumah perlu ditangani.Ia termasuk keadaan


sekeliling yang bising (radio, TV, tangisan adik, orang bersembang dan
sebagainya) yang boleh menjejaskan tumpuan. Oleh itu, pertimbangkan
langkah-langkah berikut sekiranya anda tidak dapat studi dengan betul
akibat gangguan tersebut.

A. Gangguan Telefon
Bagi rakan yang suka menelefon anda pada
masa belajar, beritahu mereka agar telefon pada
masa tertentu sahaja. Dapatkan bantuan ibu atau
mana-mana ahli keluarga untuk menapis setiap
panggilan telefon sewaktu masa studi. Sekiranya
perlu juga bercakap pada masa studi, bercakap
secara ringkas dan perkara-perkara penting
sahaja.

B. Makan / Minum Sewaktu Studi


Jangan membawa makanan ke tempat belajar (
kecuali minum air). Disiplinkan diri agar makan dan
belajar hanya pada masa tertentu sahaja. Makan
pada waktu makan dan belajar pada waktu
belajar. Jangan campur adukkan kedua-duanya
ia boleh mengganggu tumpuan belajar.

C. Bising
Sekiranya keadaan di rumah sememangnya
bising, cari tempat lain yang lebih sesuai (di
sekolah, rumah kawan atau perpustakaan awam
sekiranya berdekatan dengan rumah) untuk studi.
Kalau tidak ada pilihan, latihlah diri untuk belajar
juga walaupun dalam keadaan kurang selesa.

D. Radio
Seboleh-bolehnya jauhkan radio semasa belajar.
Sekiranya pelajar belajar mendengar radia
semasa belajar, tabiat ini akan terbawa-bawa
hingga ke sekolah menengah. Mendengar radio
semasa belajar boleh mengganggu tumpuan dan
pemahaman pelajar. Namun ada juga pelajar
terbiasa dengan perkara ini. Bergantung kepada
seseorang pelajar.

Masalah di atas serta lain-lain gangguan perlu ditangani dengan


betul.Sekiranya perlu, minta pertolongan atau nasihat daripada ibu
bapa, elok dapatkan bantuan mereka.Pelajar kena faham bahawa
yang lebih penting bukan berapa lama anda studi, tetapi berapa
banyak yang telah anda dapat pelajari.Oleh sebab itu belajarlah tanpa
gangguan sekeliling.

TEKNIK 5 : KALAU TIDAK ADA BILIK, CARI


SUDUT BELAJAR YANG SELESA
Sekiranya keluarga mampu, dapatkan bilik studi sendiri di rumah. Kalau
tidak sama ada keluarga berpendapatan rendah, terlalu ramai adikberadik dan tidak cukup bilik di rumah elok dikongsi bilik studi dengan
ahli keluarga yang lain.

Kalau itu pun tidak dapat disediakan, cuba cari satu sudut ruang belajar
di rumah. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk
mewujudkan sudut atau bilik studi efektif :

 Sekiranya ada, elok ditanggalkan gambar-gambar penyanyi


bintang filem dan gantikan dengan gambar-gambar lain seperti
gambar pemandangan yang cantik atau personaliti yang menjadi
inspirasi untuk kejayaan masa depan.

 Hiasi sudut atau bilik studi dengan poster motivasi yang boleh
memberi dorongan belajar serta kata-kata nasihat yang
bersesuaian.
 Sekiranya ditampal nota belajar, pastikan ia ditulis dengan jelas.
Guna pen marker atau pen magik warna-warni.
 Elok ditampalkan matlamat belajar.
 Pastikan sudut atau bilik studi mendapat cahaya mencukupi.
 Elok kalau jauhi daripada gangguan TV atau radio.

Pendek kata pastikan anda selesa belajar di sudut atau bilik berkenaan.
Sekiranya kemudahan belum mencukupi dan keluarga anda mampu
menambahkan lagi kemudahan tempat belajar yang lebih baik, elok
dilaburkan wang untuk tujuan tersebut.
Pulangannya lebih ketara sekiranya wang lebihan yang ada digunakan
untuk membaiki sudut atau bilik studi dan bukan membesarkan TV,
menambah koleksi pinggan mangkuk, menambah kabinet di dapur
atau mencantikkan lagi hiasan pada ruang tetamu.

TEKNIK 6 :TEKNIK MEMBACA DENGAN


EFEKTIF

Mengapa Perlu Membaca dengan Efektif (Berkesan)?

Selain daripada pengajaran guru, membaca buku teks atau ulang kaji
pelajaran sekolah adalah sumber kedua untuk pelajar mempelajari
sesuatu tajuk atau menguasai sesuatu kemahiran. Justeru itu penting
sekiranya pelajar memiliki kebolehan membaca dengan baik dan
berkesan.
Namun demikian kadang-kadang membaca buku teks atau ulangkaji
boleh membazirkan masa.

Macam mana perkara ini boleh berlaku?

Kita ambil contoh pelajar yang membaca buku Sains dari pukul 3.00
hingga 3.30 petang. Setelah 30 minit membaca, apa pun tidak difahami,
atau apa yang difahami hanya sedikit sahaja dan tidak setimpal

dengan masa yang diluangkan untuk membaca. Jadi oleh sebab


pelajar berkenaan tidak diajar cara membaca dengan baik, maka
pembacaannya kurang berkesan.

Bukan itu sahaja

Lebih penting lagi apabila pelajar pandai membaca dengan betul


maka- pembacaan menjadi lebih menarik. lni akan menimbulkan minat
mereka untuk membanyakkan bacaan. Apabila tabiat membaca sudah
sebati dengan pelajar berkenaan, ia adalah satu perkara yang sungguh
menguntungkan.

Cabaran Hilang Tumpuan ketika Membaca!

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pelajar ialah hilang
tumpuan ketika membaca.Untuk mengatasi masalah tersebut sila beri
perhatian kepada perkara-perkara berikut ketika membaca.

A. Hilang tumpuan mungkin disebabkan oleh keletihan. Oleh itu


jangan membaca sesuatu tajuk terlalu lama. Pelajar perlu
berehat sekejap, iaitu kira-kira lima minit setelah membaca
sesuatu tajuk kira-kira 3O minit. Apabila pelajar
menyambungkan bacaan setelah berehat selama kira-kira
lima minit, tumpuan pada bacaan tersebut dapat ditingkatkan
semula.
B. Bagi mereka yang sentiasa mengantuk ketika membaca,
semak apakah ia disebabkan oleh kurang rehat atau kurang
faham.

(i) Sekiranya mengantuk kerana kurangnya rehat, maka tidurlah


sekejap (sekiranya masa/tempat bersesuaian). Memaksa diri belajar
walhal dalam keletihan kurang berfaedah. Yang lebih penting bukan

lama mana seseorang itu belajar, tetapi banyak mana yang dipelajari itu
dapat diterima dan difahami. Kalau tidak boleh tidur sekejap, maka
pergi basuh muka atau minum minuman panas.
(ii) Sementara itu, kalau mengantuk kerana kurang memahamiapa yang
dibaca, maka pelajar hendaklah tanya ibu bapa atau abang/kakak
(di rumah) atau guru di sekolah, keesokan harinya.

Membaca dengan Efektif!

Untuk membaca dengan efektif, sila ikuti panduan berikut :

Sebelum membaca :

a. Mula-mula tetapkan tajuk apa yang hendak dibaca, berapa


muka surat dan berapa lama agaknya nak dibaca. Jangan
tetapkan masa yang panjang. Setengah jam sudah
memadai.
b. Jika perlu letakkan kamus di sebelah supaya boleh dirujuk.
Sekiranya kebiasaannya minum air semasa membaca,
pastikan air disediakan juga di tempat studi berkenaan.

c. Apabila nak membaca, mula dengan berdoa, senyum dan


ceria dan tarik nafas dalam-dalam dua atau tiga kali (untuk
membekalkan oksigen kepada otak).
d. Setelah menetapkan apa yang hendak dibaca, jangan
buat kerja lain dalam tempoh masa itu. Latihkan diri untuk
memberi tumpuan kepada apa yang sedang dibaca.

Semasa Membaca

a. Baca sekali lalu tajuk kecil yang sedang dibaca untuk


mendapat gambaran kasar tentang tajuk itu.
b. Selepas itu baca sekali lagi. Apabila membaca, di mana
boleh, cuba gambarkan dalam otak apa yang sedang
dibaca. Sebagai contoh, kalau pelajar tengah membaca
tajuk Cara Haiwan Memastikan Kemandirian Anak dalam
mata pelajaran Sains di mana diterangkan tentang
pembiakan ikan, penyu, katak, burung dan lain-lain lagi, cuba
bayangkan dalam kepala setiap gambar haiwan sedang
bertelur atau membiak seperti yang diterang dalam buku.
Cara begini bukan sahaja membuatkan pembacaan lebih
menarik, tetapi juga boleh mengukuhkan daya ingatan
sesuatu tajuk berkenaan.
c. Setelah habis baca semak soalan latihan. Cuba buat latihan.
Ia boleh menguji sama ada pelajar dapat memahami dan
mengingati apa yang dibaca.
d. Selepas itu jika ada peluang, ceritakan apa yang baru
dibacakan kepada ibu bapa atau lain-lain ahli keluarga atau
kawan-kawan. Jika anda boleh cerita dengan baik maka itu

satu lagi petanda pelajar bukan sahaja faham tetapi juga


mengingati apa yang dibaca.
Masa dan Tempat Sesuai untuk Membaca!

Dalam soal ini banyak salah faham yang timbul. Sesetengah orang
berpendapat bahawa masa yang sesuai untuk belajar dalam sesuatu
hari ialah awal pagi ( antara jam 4 atau 5 hingga 7 pagi) dan tempat
yang paling sesuai untuk studi ialah tempat dimana terdapatnya kerusi
meja yang selesa. Adakah pandangan ini betul?

Masa Studi!

Tidak ada satu masa yang sesuai bagi semua orang.Sesetengah pelajar
suka belajar hingga lewat malam (hingga jam 1 pagi bagi pelajar
sekolah menengah dan hingga 11 malam bagi pelajar sekolah rendah)
dan sesetengah pelajar pula lebih gemar bangun awal pagi (4 atau 5
pagi).Ini bermakna pemilihan masa yang sesuai bagi seseorang terletak
pada individu itu sendiri.Jadi kita tidak boleh mengenakan satu

pendapat yang mengatakan masa terbaik belajar adalah pada awal


pagi atau lewat malam.
Rumusannya, studilah pada awal atau lewat malam asalkan pelajar
berkenaan rasa selesa dengan masa tersebut dan dapat member
tumpuan sepenuhnya di sekolah.

Tempat Studi!

Tempat studi yang terbaik perlu ada kemudahan asas seperti kerusi,
meja, kipas angin, jam dinding dan cahaya yang sesuai. Bagi keluarga
yang mampu, lebih baik lagi kalau tempat berkenaan dilengkapi
dengan kemudahan hawa dingin.
Cukup sesuai sekali sekiranya dinding tempat studi berkenaan dihiasi
dengan gambar pemandangan yang tenang berserta poster-poster
motivasi yang ditampal di sekelilingnya.
Namun demikian harus diingatkan bahawa setiap pelajar tidak
seharusnya menghadkan studi di tempat berkenaan kerana ia boleh
membataskan peluang pelajar untuk membaca, membuat latihan dan
ulangkaji ketika ada kelapangan.

Jadi rumusannya ialah :


Setiap pelajar perlu ada tempat belajar yang sesuai di
rumah masing-masing, dan
Di luar bilik studi di rumah, di luar rumah, di sekolah, malah
di tempat-tempat lain juga boleh dimanfaatkan untuk
membaca.

Yang mustahaknya, jangan membataskan pembacaan hanya di bilik


studi kerana pelajar yang cemerlang lazimnya ; Studi di mana-mana
sahaja dan pada bila-bila masa pun selagi ada kesempatan.