Anda di halaman 1dari 36

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI

1.0

PENGENALAN
Pembangunan mapan ialah pembangunan di mana penduduknya dapat

menikmati satu aras kehidupan sejahtera yang dapat diteruskan. Kelangsungan


penduduk dalam meneruskan kehidupan di dalam keadaan selesa, selamat dan
sejahtera dipengaruhi antara lain oleh aspek-aspek keselesaan berada di rumah
dan keselesaan berinteraksi dengan persekitaran mereka. Masyarakat yang
mempunyai rumah yang selesa dari aspek suhu dalaman dan luaran serta
mempunyai

aras

ketersampaian

yang

tinggi

untuk

berinteraksi

dengan

kemudahan di persekitaran mereka disifatkan mempunyai kualiti hidup yang


lebih baik.
Terdapat banyak cara yang digunakan untuk mengukur kualiti hidup
seseorang ataupun kelompok sesebuah keluarga. Menurut Katiman Rosman
(2004), penggunaan penunjuk sosio-ekonomi seperti pendapatan, pekerjaan,
aras kesihatan, pendidikan dan jumlah pengambilan kalori (makanan) adalah
antara lazimnya yang digunakan. Namun ukuran tersebut kurang mengambilkira
aspek keselesaan individu mendiami rumah dan aspek peluang menikmati
penggunaan kemudahan perkhidmatan.
Oleh itu, pendekatan yang cuba diketengahkan dalam kajian ini ialah
denga menggabungkan aspek keselesaan di rumah dan keselesaan di tempat
tinggal menggambarkan keseluruhan aktivti penduduk yang boleh digunakan
sebagai penunjuk kualiti hidup. Antara faktor-faktor yang diambilkira di dalam
kajian ini bagi menilai kualiti hidup masyarakat ialah aspek keselesaan rumah
dahulu dan sekarang, keinginan untuk berpindah atau bermigrasi ke tempat
tinggal lain, faktor pendidikan yang lebih baik, keselamatan yang terjamin, dan
juga infrastruktur yang lebih baik.
Kertas ini akan membentuk beberapa indeks yang boleh menentukan aras
kualiti hidup penduduk berdasarkan kelengkapan perkhidmatan yang digunakan
dan juga tanggapan penghuni mengenai tahap keselesaan terhadap keadaan
ruang fizikal rumah mereka.

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


2.0

PERNYATAAN MASALAH

Dalam perkembangan pembangunan masa kini di Malaysia, terdapat salah


satu objektif kajian sosial yang dapat dilihat iaitu menyediakan perumahan
yang murah untuk keperluan hidup rakyat Malaysia yang kurang
berkemampuan dalam memiliki sebuah rumah. Oleh itu, rumah-rumah yang kos
rendah dibina bagi golongan yang berpendapatan rendah di antara RM 500.00
sebulan dan ke bawah. Namun, jika penyediaan rumah berkos rendah ini tidak
akan membawa apa-apa makna jika penduduk yang mendiaminya tidak dapat
keselesaan yang sepatutnya.
Banyak kajian yang menunjukkan bahawa kepuasan terhadap kawasan
perumahan yang didiami merupakan salah satu komponen penting yang akan
mempengaruhi kualiti hidup penduduk (Peck dan Stewart, 1985). Oleh sebab
tahap keselesaan rendah menyebabkan ketidakpuasan hati yang boleh
membawa kepada pelbagai implikasi termasuklah pencemaran alam sekitar,
kesesakan, masalah kesihatan dan gejala sosial.
Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh pemaju rumah
seperti saiz rumah dan ruangan di dalamnya termasuk ruang tamu, ruang
dapur, bilik mandi, bilik tidur dan juga tandas. Pemaju rumah tidak seharusnya
mengambil sikap sambil lewa dengan pembinaan rumah yang disediakan untuk
rakyat Malaysia kerana ia memainkan peranan penting dalam menjamin
kepuasan dan keselesaan penduduk sekaligus meningkatkan kualiti hidup.
Dalam aspek persekitaran, pemaju harus menitikberatkan suasana
persekitaran yang menjamin boleh kesejahteraan sosial para penduduk.
Kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak, kemudahan
melakukan aktiviti kebajikan dan ibadat serta ciri-ciri keselamatan di kawasan
perkampungan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu.
Berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini, didapati keadaan fizikal
dan persekitaran rumah memberi kesan terhadap tahap ketidakpuasan hati dan
keselesaan penduduk. Oleh itu, kajian ini cuba memaparkan tahap keselesaan
yang dialami oleh penduduk di kampung Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah.

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian bertujuan untuk mengupas beberapa persoalan yang utama iaitu
mengkaji keselesaan penduduk kampung Sembulan dengan melihat beberapa
aspek yang terdapat di kawasan tersebut. Selain itu, kajian ini juga dijalankan
untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keselesaan penduduk
seperti seperti saiz rumah dan ruangan di dalamnya termasuk ruang tamu,
ruang dapur, bilik mandi, bilik tidur dan juga tandas.
Tidak lupa juga mengenai struktur perumahan dan reka bentuk rumah serta
melihat bagaimana tahap peningkatan kepuasan atau keselesaan penduduk
terhadap persekitaran termasuk dari aspek hubungan kejiranan, kawasan
rekreasi dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan
tempatan seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Kajian ini juga akan mengupas mengenai masalah-masalah yang dihadapi
oleh penduduk kampung di Sembulan dan mengkaji kesan yang timbul akibat
masalah-masalah yang memberikan impak negatif kepada penduduk tersebut.

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini melibatkan kerja lapangan. Kaedah yang digunakan dalam kerja
lapangan iaitu mengedarkan boring soal selidik kepada responden-responden
dan menggunakan pencerapan sampel yang dipilih secara rawak yang bertujuan
untuk memperoleh sumber primer mengenai tajuk kajian kami ini.
Jumlah responden yang dipilih untuk tujuan kajian ini adalah seramai 50
orang daripada Kampung Sembulan. Selain itu, kami juga membuat sesi temu
bual bersama beberapa orang penduduk Kampung Sembulan untuk memperoleh
maklumat tambahan disamping membuat pemerhatian di kawasan tersebut.

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


5.0 HASIL KAJIAN
5.1 Komposisi Agama Penduduk di Kampung Sembulan
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan di Kampung Sembulan, kami
mendapati terdapat tiga jenis agama utama yang diamalkan di kawasan tersebut
iaitu Islam, Kristian dan Hindu. Jadual 1 menunjukkan data yang menjelaskan
komposisi agama daripada 50 orang responden di Kampung Sembulan.
Jadual 1 : Komposisi Agama Penduduk di Kampung Sembulan
BIL.
1.
Islam
2.
Kristian
3.
Buddha
JUMLAH

AGAMA

BILANGAN RESPONDEN
42
7
1
50

KOMPOSISI AGAMA PENDUDUK DI KAMPUNG SEMBULAN , KOTA KINABALU, SABAH

14%
ISLAM

2%

KRISTIAN

BUDDHA

84%

Carta Pai 1
Carta Pai 1 di atas menjelaskan komposisi agama penduduk di Kampung
Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. Merujuk kepada jadual di atas, majoriti
penduduk di Kampung Sembulan menganuti agama Islam iaitu seramai 42 orang
daripada keseluruhan 50 orang responden dengan kadar peratus sebanyak 84
peratus. Diikuti oleh penghuni beragama Kristian seramai 7 orang atau 14
peratus. Seorang daripada keseluruhan responden beragama Hindu dengan
kadar peratus sebanyak 2 peratus.

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


5.2 Komposisi pekerjaan penduduk
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan kami mengenalpasti 4 jenis
pekerjaan

yang telah kami kategorikan. Jadual 2 merupakan data yang telah

kami perolehi mengenai komposisi pekerjaan daripada 50 orang responden di


Kampung Sembulan.
Jadual 2 : Komposisi Pekerjaan Penduduk di Kampung Sembulan
BIL.

AGAMA

BILANGAN
RESPONDEN
10
5
23
12
50

1.
Kerajaan
2.
Swasta
3.
Kerja sendiri
4.
Lain-lain
JUMLAH

Komposisi Pekerjaan Penduduk di Kampung Sembulan


Kerajaan
20%

24%

Swasta
Kerja sendiri

10%

Lain-lain

46%

Carta Pai 2
Carta 2 di atas menunjukkan komposisi pekerjaan penduduk di Kampung
Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. Merujuk kepada carta pai di atas, dapat kita
lihat bahawa, majoriti penduduk di Kampung Sembulan majoriti adalah bekerja
sendiri dengan kadar peratusan sebanyak 46.00% atau seramai 23 orang
daripada keseluruhan 50 orang responden. Diikuti 24.00% pula ialah lain-lain.
Seramai 10 orang atau 20% daripada keseluruhan responden

ialah bekerja

dalam sektor kerajaan. Dalam sektor swasta pula hanya sekadar 10% sahaja
daripada 50 orang responden.
5

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


5.3

Tahap Kepuasan Penduduk Terhadap Keadaan Fizikal Rumah


Berdasarkan kajian, tahap kepuasaan dan keselesaan penduduk terhadap

keadaan fizikal rumah dinilai melalui beberapa aspek fizikal rumah iaitu jumlah
bilik tidur, saiz bilik tidur, keadaan bilik air, dapur, balkoni, ruang tamu dan ruang
ampaian. Tahap kepuasaan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu, sangat
memuaskan (SM), sederhana (S), dan kurang memuaskan (KM). Jadual 3
menunjukkan tahap kepuasan penduduk Kampung Sembulan terhadap keadaan
fizikal rumah.
Jadual 3 : Tahap kepuasan penduduk terhadap keadaan fizikal rumah
ASPEK

SM
(Orang)
-

S
(Orang)
20

KM
(Orang)
30

Saiz bilik tidur

17

33

Keadaan bilik air

10

39

Dapur

12

37

Balkoni

13

26

Ruang tamu

12

36

Ruang ampaian

14

36

Jumlah bilik tidur

Graf Bar 1: Tahap kepuasan penduduk terhadap keadaan fizikal rumah

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


45
40
35
30
25
20
15
10

KM
M
SM

5
0

Jadual 3 di atas menunjukkan tahap kepuasan penghuni rumah di


Kampung Sembulan terhadap keadaan fizikal rumah mereka. Daripada 50 orang
responden, tiada seorang pun responden yang menyatakan bahawa jumlah bilik
tidur adalah sangat memuaskan. Manakala 40% atau 20 orang daripada
responden menyatakan jumlah bilik tidur adalah pada tahap yang sederhana
manakala selebihnya pula iaitu 60% atau 30 orang responden merasakan
bahawa jumlah bilik tidur kurang memuaskan. Secara umumnya, jumlah bilik
tidur yang terdapat pada setiap rumah di Kampung Sembulan adalah sebanyak 3
bilik sahaja.
Aspek yang seterusnya ialah saiz bilik tidur. Tiada responden menyatakan
bahawa saiz bilik tidur yang disediakan adalah sangat memuaskan. Pada tahap
sederhana pula adalah sebanyak 34% atau 17 orang. Manakala 66% iaitu 33
orang daripada responden berpendapat bahawa saiz bilik tidur yang disediakan
adalah kurang memuaskan. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh (Nurizan
dan Halimah, 1992) tahap kepuasan perumahan dan defisit ruang mendapati
bahawa defisit ruang yang paling teruk dialami oleh responden ialah bilik tidur,
iaitu sebanyak 80% dan ini berkait dengan saiz keluarga yang besar, iaitu
dengan purata enam orang. Hal ini kerana, melalui pemerhatian kami, saiz bilik
tidur dalam sesebuah rumah di Kampung Sembulan sesuai untuk jumlah
keluarga yang kecil tetapi tidak kepada keluarga yang mempunyai jumlah ahli
yang besar kerana ruangan yang sempit akan mengganggu keselesaan mereka.
7

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


Dari aspek keadaan bilik air pula, hanya terdapat 2% atau seorang
responden sahaja daripada jumlah keseluruhan responden yang ditemu bual
menyatakan bahawa keadaan bilik air sangat memuaskan manakala 10 orang
responden atau 20% bahawa keadaan bilik air adalah sederhana. Selain itu,
sebanyak 78% atau 39 orang responden menyatakan bahawa keadaan bilik air
adalah kurang memuaskan.
Seterusnya dari aspek kepuasan terhadap dapur pula, sebanyak 2% atau
1 orang daripada 50 orang responden menyatakan bahawa tahap kepuasan
terhadap dapur sangat memuaskan. Seramai 12 orang responden atau 24% pula
berpendapat bahawa tahap kepuasan terhadap dapur adalah sederhana
manakala selebihnya pula ialah sebanyak 74% atau 37 orang responden yang
merupakan jumlah majoriti responden menyatakan bahawa tahap kepuasan
mereka terhadap ruang dapur adalah kurang memuaskan.
Dari segi aspek kepuasan penghuni rumah terhadap balkoni atau beranda
pula, atau 2% atau 1 orang responden daripada jumlah 50 orang responden
berpendapat bahawa keadaan balkoni adalah sangat memuaskan. Manakala,
seramai 13 orang responden atau 26% pula menyatakan bahawa tahap
kepuasan penghuni terhadap balkoni adalah sederhana dan sebanyak 52% atau
26 orang reponden berpendapat bahawa tahap kepuasan mereka terhadap
balkoni adalah kurang memuaskan.
Dari segi aspek ruang tamu pula, sebanyak 4% atau 2 orang responden
menyatakan bahawa keadaan ruang tamu mereka adalah sangat memuaskan
dan sebanyak 24% atau 12 orang responden berpendapat bahawa tahap
kepuasan mereka berada pada tahap yang sederhana. Selebihnya pula
berpendapat bahawa mereka ruang tamu mereka berada pada tahap yang
kurang memuaskan iaitu sebanyak 36 orang reponden atau 72%.
Selain itu, ruang ampaian pula sebanyak 28% atau 14 orang responden
ruang ampaian sederhana. Seramai 36 orang responden atau 72% berpendapat
bahawa tahap kepuasan mereka terhadap ruang ampaian kurang memuaskan.
Tiada responden yang berpendapat bahawa ruang mereka berada pada tahap
yang sangat memuaskan.
8

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI

5.4 TAHAP KEPUASAN DAN KESELESAAN TERHADAP PENGUBAHSUAIAN


RUMAH
PERKARA

SM

KM

Bahagian depan
Bahagaian belakang
Pemisahan bilik air dan tandas

1
-

23
12
15

27
37
35

Pemisahan dapur dan ruang tamu

11

37

Tukar bahan binaan lantai

13

36

Selain daripada aspek fizikal rumah, tahap keselesaan mendiami rumah


juga dapat diukur dengan melihat tahap kepuasan penduduk terhadap jenis-jenis
pengubahsuaian rumah setinggan tersebut. Antara jenis-jenis pengubahsuaian
rumahyang dimaksudkan ialah dapat dilihat pada jadual 4 di atas. Tahap
kepuasan penghuni rumah setinggan di Kampung Sembulan pula dapat dilihat
pada graf bar 2.

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


Keselesaan Penduduk Terhadap Jenis Pengubahsuaian Rumah
40
35
30
25
20
15
10
5 Sangat Memuaskan
0

Sederhana

Kurang Memuaskan

Graf bar 2 menunjukkan jenis-jenis pengubahsuaian rumah yang dilakukan


di rumah setinggan Kampung Sembulan tersebut. Daripada 50 orang responden,
sebanyak 23 orang atau sebanyak 46 % menyatakan bahawa bahagian hadapan
rumah mereka dalam keadaan yang sederhana sahaja. Manakala, sebanyak 27
orang responden ataupun sebanyak 54 % menyatakan bahawa bahagian depan
rumah mereka dalam keadaan yang kurang memuaskan. Walaubagaimanapun,
tiada seorang pun di antara responden yang bersetuju menyatakan bahawa
bahagian hadapan rumah mereka dalam keadaan yang sangat memuaskan. Hal
ini disebabkan kedaan rumah mereka mempunyai keluasan yang sangat terhad.
Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di atas permukaan air dan hal ini tidak
bersesuaian untuk mereka mengubahsuai rumah tersebut.
Majoriti responden menyatakan bahawa keadaan bahagian belakang
rumah mereka dalam keadaan kurang memuaskan iaitu sebanyak 37 orang
responden atau 74% daripada keseluruhan responden. Keadaan sederhana dan
sangat memuaskan pula, masing-masing dipersetujui oleh 12 dan 1 orang
responden atau sebanyak 24% dan 2% sahaja. Hal ini disebabkan oleh bahagian
belakang rumah mereka yang sangat terhad dan tidak terdapat balkoni pun yang
disediakan walaupun bayaran sewa melebihi apa yang sepatutnya.
Manakala,

pemisahan

dapur

dan

ruang

tamu

pula,

rata-rata

mengatakannya dalam keadaan yang kurang memuaskan apabila seramai 35


10

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


orang responden atau sebanyak 70% mengatakan keadaan ruang pemisahan
bilik air dan tandas ini kurang memuaskan mereka. Manakala, seramai 15 orang
atau sebanyak 30% responden mengatakan keadaan pemisahan bilik air dan
tandas dalam keadaan sederhana. Selebihnya, tiada seorang pun responden
mengatakan

bahawa

keadaan

ruang

ini

dalam

keadaan

yang

sangat

memuaskan. Hal ini demikian kerana disebabkan ruang fizikal rumah mereka
yang sangat sempit dan menyukarkan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.
Sehubungan itu, kajian mengenai pemisahan dapur dan ruang tamu juga
turut dilakukan di mana majoriti responden mengatakan bahawa pemisahan ini
kurang memuaskan iaitu dengan kutipan statistik sebanyak 37 orang ataupun
74% responden. Manakala, seramai 11 orang responden

atau 22% pula

mengatakan bahawa keadaan pemisahan dapur dan ruang tamu mereka dalam
keadaan sederhana. Selebihnya, hanya 2 orang ataupun 4% sahaja mengatakan
bahawa keadaan ruang ini dalam keadaan yang sangat memuaskan.
Akhir sekali, bahan binaan lantai di rumah setinggan ini telah mendapat
komen yang kurang memuaskan oleh seramai 36 orang responden atau 72%
daripada jumlah keseluruhan. Manakala, seramai 13 orang atau 26% responden
mengatakan keadaan binaan lantai rumah mereka dalam keadaan sederhana.
Selebihnya iaitu sebanyak 2% atau 1 orang sahaja responden menyatakan
bahawa

keadaan

bahan

binaan

lantai

mereka

dalam

keadaan

sangat

memuaskan.
5.5 Tahap Keselesaan dan Kepuasan Penduduk Terhadap Aspek Sosial
Selain daripada aspek fizikal rumah, tahap keselesaan penduduk juga
dapat diukur dengan melihat aspek sosial yang terdapat di persekitaran mereka.
Aspek-aspek sosial tersebut dapat

dilihat pada Jadual 5. Manakala tahap

keselesaan mereka terhadap aspek sosial yang terdapat di Kampung Sembulan


dapat dilihat melalui Graf Bar 3.
Jadual 5 : Tahap Keselesaan dan Kepuasan Penduduk Terhadap Aspek Sosial
PERKARA
Hubungan kejiranan
Keselamatan

SM

KM

(Orang)
2
2

(Orang)
22
14

(Orang)
26
34
11

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


Kebersihan
Hubungan antara kaum
Perkhidmatan awam

1
0
1

18
17
24

42
33
25

Tahap Keselesaan dan Kepuasan Penduduk Terhadap Aspek Sosial


45
40
35
30
25
20
15
10 Memuaskan
Sangat
5
0

Sederhana

Kurang Memuaskan

Graf Bar 3
Graf Bar 3 di atas menunjukkan komen penduduk Kampung Sembulan
terhadap aspek yang kami nyatakan. Daripada 50 orang responden kami,
seramai 4.00% yang mengatakan hubungan kejiranan di Kampung Sembulan
adalah sangat memuaskan. 44.00% pula memberi komen sederhana dan
selebihnya iaitu 52.00% merasakan hubungan kejiranan di lokasi kajian kami ini
adalah kurang memuaskan.
Bagi aspek keselamatan di Kamung Sembulan pula, seramai 2 orang atau
4.00% memberi respon sangat memuaskan. Lebih 14 orang daripada jumlah
tersebut pula memberi komen sederhana. 68.00% dari keseluruhan responden
pula mengatakan tahap

keselamatan di Kampung Sembulan ini kurang

memuaskan. Menurut responden kami, tahap keselamatan mereka di Kampung


Sembulan ini agak kurang memuaskan. Semenjak menetap di Kampung
Sembulan ini, telah berlaku berbagai kes seperti orang mengamuk, mabuk,
kecurian, pecah rumah dan vandalisme.
2.00% sahaja yang mengatakan kebersihan di Kampung Sembulan adalah
sangat memuaskan. 36.00% dari keseluruhan responden kami mengatakan
12

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


kebersihan di Kampung Sembulan berada pada aras sederhana. Lebih separuh
daripada responden kami iaitu 84.00% memberi komen bahawa kebersihan di
lokasi kajian kami ini adalah kurang memuaskan. Berdasarkan pemerhatian
kami, kebersihan di sekitar rumah-rumah Kampung Sembulan adalah kurang
memuaskan. Sampah sarap di merata-rata tempat dan contengan di dinding.
Bagi aspek hubungan antara kaum, 0% responden menyatakan bahawa
hubungan antara kaum di antara mereka adalah sangat memuaskan. Manakala,
34.00% menyatakan tahap hubungan antara kaum mereka dalam lingkungan
sederhana. Selebihnya pula, iaitu 66.00% atau seramai 33 orang menyatakan
tahap hubungan antara kaum di antara mereka di tahap kurang memuaskan.
Perkhidmatan awam yang disediakan oleh DBKK (Dewan Bandaraya Kota
Kinabalu) seperti telefon awam, perhentian bas dan taman permainan adalah
pada tahap kurang memuaskan. Hal ini kerana hanya 2.00% iaitu sebanyak 1
orang daripada 50 orang responden bersetuju dengan tahap perkhidmatan
awam dalam keadaan sangat memuaskan. Manakala sebanyak 48.00% atau
seramai 24 orang bersetuju menyatakan perkhidmatan awam dalam keadaan
sederhana kerana banyak perkhidmatan awam dalam keadaan yang tidak boleh
digunakan. Selebihnya sebanyak 50.00% iaitu seramai 25 orang menyatakan
bahawa perkhidmatam awam di kawasan ini adalah pada tahap kurang
memuaskan.

5.6 Tahap Kepuasan dan Keselesaan Penduduk Terhadap Persekitaran


dan

Kemudahan Awam

Persekitaran dan kemudahan awam yang berkualiti di kawasan kediaman


manjadi salah satu elemen yang penting untuk mengkaji tahap keselesaan
penghuni di sesebuah kawasan perumahan. Jadual di bawah menunjukkkan
keselesaan penduduk Kampung Sembulan terhadap aspek persekitaran dan
kemudahan awam.

Jadual 6 : Tahap Kepuasan dan Keselesaan Penduduk Terhadap Persekitaran dan


Kemudahan Awam
PERKARA

SM

KM
13

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


(orang)
2

(orang)
28

(orang)
20

permainan
Kedai / pasar
Lampu awam
Surau/gereja/kuil
Telefon awam
Utiliti
Taman

2
1
1
-

23
21
33
7
24
28

25
29
16
43
25
22

permainan
Perhentian bas

33

Padang

Tahap Kepuasan Terhadap Kawasan Persekitaran dan Kemudahan Awam


50
45
40
Sangat Memuaskan Sederhana
35
30
25
20
15
Kurang Memuask
10 an
5
0

Graf Bar 4

14

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


Kawasan persekitaran di Kampung Sembulan mempunyai beberapa
kemudahan awam tetapi mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan
secara sepenuhnya. Kemudahan awam yang terdapat di kawasan tersebut
adalah seperti padang permainan. Padang permainan di kawasan Kampung
Sembulan adalah dalam keadaan sederhana. Seramai 28 orang responden
dengar kadar peratus 56 peratus menyatakan padang permainan di kawasan
berkenaan dalam keadaan sederhana. Manakala, 20 orang atau 40 peratus
daripada keseluruhan 50 responden menyatakan bahawa padang permainan di
kawasan mereka dalam keadaan kurang memuaskan. Selebihnya iaitu seramai 2
orang responden atau 4 peratus menyatakan keadaan padang permainan adalah
dalam keadaan yang sangat memuaskan.
Selain itu, terdapat juga kemudahan lain di kawasan Kampung Sembulan
seperti kedai dan pasar. Kedudukan kedai dan pasar yang dibina di kawasan
kampung Sembulan memudahkan penduduk untuk mendapatkan batangan
keperluan mereka tanpa perlu ke Bandar. Namun, keadaan kedai dan pasar yang
kecil tidak dapat menampung keperluan harian penduduk, tambahan harga
barangan keperluan yang lebih mahal jika dibandingkan dengan harga barangan
di Bandar yang terdekat. Majoriti penduduk Kampung Sembulan iaitu seramai 25
orang atau 50 peratus daripada keseluruhan responden menyatakan keadaan
kedai dan pasar di kawasan mereka adalah dalam keadaan kurang memuaskan.
Manakala, 23 orang responden atau 46 peratus menyatakan keadaan kedai dan
pasar di kampung Sembulan adalah dalam keadaan sederhana dan selebihnya
sebanyak 2 orang atau dalam kadar peratusan sebanyak 4 peratus menyatakan
keadaan kedai dan pasar dalam keadaan yang sangat memuaskan.
Keadaan

lampu

awam

pula

adalah

dalam

keadaan

yang

kurang

memuaskan. Hal ini demikian kerana, lampu awam banyak dibina di kawasan
Kampung Sembulan tetapi malangnya kebanyak daripada lampu-lampu tersebut
tidak berfungsi dan tidak dibaiki. Keadan ini menimbulakan perasaan kurang
selamat penduduk untuk keluar pada waktu malam. Sebanyak 29 orang daripada
keseluruhan 50 responden atau dalam kadar peratus sebanyak 58 peratus
menyatakan keadaan lampu awam di kawasan Kampung Sembulan dalam
keadaan kurang memuaskan. Dan selebihnya sebanyak 21 orang responden atau
42 peratus menyatakan keadaan lampu awam di kawasan mereka adalah dalam
keadaan sederhana.

15

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


Kemudahan seperti surau, gereja dan kuil secara keseluruhannya berada
dalam keadaan yang sederhana. Terdapat sebuah surau tetapi dibina di hujung
kampung dan menyukarkan penduduk kerana kedudukan surau yang jauh.
Sebanyak 33 orang responden dengan kadar peratus sebanyak 66 peratus
menyatakan keadaan surau dalam keadaan sederhana. Manakala, seramai 16
orang atau 32 peratus responden menyatakan keadaan surau di Kampung
Sembulan dalam keadaan kurang memuaskan. Seorang daripada keseluruhan
responden dengan kadar peratus 2 peratus menyatakan surau di kawasan
mereka dalam keadaan yang memuaskan.
Telefon awam di Kampung Sembulan pula didapati dalam keadaan yang
kurang memuaskan dan dalam keadaan rosak. Hal ini demikian kerana,
berlakunya

aktiviti

vandalisme

oleh

golongan

remaja

yang

tidak

bertanggungjawab dengan sengaja merosakkan kemudahan awam di Kampung


Sembulan. Majoriti penduduk Sembulan menyatakan kemudahan telefon awam
adalah dalam keadaan yang kurang memuaskan iaitu sebanyak 43 orang
responden

atau

84

peratus

menyatakannya.

Manakala,

selebihnya

iaitu

sebanyak 7 orang dengan kadar peratus sebanyak 14 peratus menyatakan


keadaan telefon awam di kawasan mereka dalam keadaan sederhana.
Utiliti

yang

terdapat

di

kawasan

Kampung

Sembulan

secara

keseluruhannya dalam keadaan yang kurang memuaskan. Hal ini demikian


kerana, Kampung Sembulan sering mengalami masalah terputus bakalan air
bersih. Separuh daripada responden dengan kadar peratus sebanyak 50 peratus
menyatakan keadaan utility di kawasan kampung Sembulan dalam keadan
kurang memuaskan. Seramai 24 orang atau 48 peratus responden berpendapat
utiliti di kawasan mereka dalam keadaan sederhana. Seorang daripada
keseluruhan responden atau 2 peratus menyatakan utiliti di kawasan mereka di
Kampung Sembulan dalam keadaan sangat memuaskan.
Kemudahan lain seperti perhantian bas pula didapati berada dalam
keadaan sederhana. Ketika kajian dilakukan didapati terdapat perhantian bas
yang dibina di kawasan kampung Sembulan tetapi dalam keadaan yang
sederhana kerana mengalami kerosakan akibat vandalisme. Seramai 33 orang
responden dengan kadar peratus sebanyak 66 peratus menyatakan keadaan
perhantian bas di kawasan mereka dalam keadaan sederhana. Manakala,
sebanyak 7 orang atau 14 peratus responden menyatakan keadaan perhantian
bas di kawasan rumah mereka di kampung Sembulan dalam keadaan kurang
16

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


memuaskan dan selebihnya dengan peratus sebanyak 2 peratus menyatakan
keadaan perhantian bas di kampung Sembulan dalam keadan yang sangat
memuaskan.

6.0 MASALAH/FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESELESAAN PENDUDUK


6.1 MASALAH KEBERSIHAN DI KAWASAN PERUMAHAN
Kebersihan merupakan elemen yang amat penting di sesebuah kawasan
perumahan. Tahap kebersihan di kawasan kajian menjadi masalah kepada
penduduk di Kampung Sembulan. Melalui kaedah pemerhatian, kami mendapati
bahawa tahap kebersihan kawasan kajian adalah sangat rendah. Hal ini dapat
dibuktikan apabila 41 orang responden daripada jumlah keseluruhan mengadu

17

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


bahawa mereka berasa kurang memuaskan mengenai tahap kebersihan di
kawasan perumahan mereka tersebut.
Sehubungan dengan itu, terdapat banyak sampah sarap yang bersepah di
kawasan kajian. Sampah sarap yang dibuang merata-rata tempat telah
menyebabkan sekitar rumah di kawasan kajian amat kotor yang dipenuhi oleh
bahan buangan seperti botol-botol plastik, tin minuman, dan sebagainya.
Responden turut mengadu bahawa kebersihan di sekitar rumah itu juga telah
mengalami masalah sejak kebelakangan ini apabila banjir berlaku di mana
sekitar itu dipenuhi oleh sampah sarap menyebabkan mereka berasa kurang
selesa

dengan

bau-bau

yang

mengganggu

keselesaan

mereka.

Masalah

vandelisme juga turut menjadi punca kepada tahap kebersihan di kawasan kajian
berlaku di mana dinding-dinding bangunan di kawasan awam telah diconteng.

Gambar 1: Keadaan di sekitar perumahan kampung Sembulan

(Sumber: kerja lapangan)


Pembuangan sampah yang tidak terancang telah menyebabkan sistem
peparitan tersumbat. Sistem pengurusan sampah yang tidak cekap disebabkan
oleh kekurangan tong sampah di kawasan rumah amnya di antara kawasankawasan setinggan yang didiami oleh pendatang tanpa izin ini menyebabkan
sekitar kawasan kajian begitu kotor. Penduduk hanya dapat membuang sampah
di pusat penghantaran sampah Kampung Sembulan sahaja yang berjauhan
dengan rumah mereka. Keadaan ini menyebabkna segelintir daripada mereka
mengambil jalan mudah untuk membuang sisa pejal di merata-rata tempat
18

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


sehingga menyebabkan parit tersumbat dan sekitar rumah mereka menjadi
kotor. Apabila sistem perparitan ini tersumbat akan mengakibatkan sekitar
kawasan menghasilkan

aroma yang kurang menyenangkan di kawasan

persekitaran rumah tersebut.


Gambar 2: Pembuangan sampah merata-rata di Kampung Sembulan

(Sumber: kerja lapangan)


Sistem pengurusan sampah yang tidak teratur di tempat pembuangan sampah
menyebabkan kebersihan kawasan kajian tidak terjamin. Keadaan ini menjadi
serius

apabila

agen

perosak

seperti

tikus,

kucing

liar

dan

anjing

liar

menyelerakkan sampah sarap di persekitaran rumah setinggan itu.

6.2 MASALAH GEJALA SOSIAL


Malaysia sedang

mengorak langkah menjadi

sebuah

negara maju

menjelang 2020. Seiring dengan pembangunan dan kemajuan tersebut, muncul


pelbagai persoalan dalam masyarakat yang menuntut para sarjana, pemikir dan
pembuat dasar untuk mencari jalan penyelesaian yang bijak lagi berkesan.
Peningkatan kejadian jenayah dan pelbagai bentuk gejala sosial lain seperti
19

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


pembunuhan, rompakan, rogol, keganasan rumah tangga, penagihan dadah,
ragut,

seks

di

luar

nikah

dan

pornografi

internet

telah

menimbulkan

kebimbangan dalam anggota masyarakat, pelancong dan pelabur asing terhadap


tahap keselamatan yang sedia ada.
Gambar 3: Kerosakan telefon awam di tempat kajian

(Sumber: kerja lapangan)

Gambar 4: Dinding dewan serbaguna yang diconteng

20

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI

(Sumber: kerja lapangan)


Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang
membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Vandalisme
biasanya merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti
papan tanda, kerusi awam, perhentian bas, telefon awam dan juga tandas awam.
Kelakuan ini biasanya remaja yang terlibat dalam budaya lepak.

6.3 Masalah Keselamatan


Melalui kajian yang dibuat, kami mendapati bahawa terdapat sebilangan
kecil sahaja responden yang berpuas hati dengan keselamatan di kawasan kajian
kami iaitu Kampung Sembulan. Sebilangan besar pula berpendapat bahawa
keselamatan di kawasan kajian berada pada tahap yang kurang memuaskan.
Senario ini menunjukkan bahawa isu keselamatan di kawasan kajian amat
merisaukan. Keselamatan merupakan satu elemen yang penting yang mana ia
merangkumi perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga
bermaksud keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, perasaan,
psikologi dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian
yang tidak diingini.

21

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


Menurut kajian yang kami dapati, pihak berkuasa kerap menjalankan
tugas mereka yang mana mereka akan melakukan rondaan pada waktu malam.
Tetapi, di kawasan Kampung Sembulan ini gejala sosial kerapkali berlaku yang
banyak melibatkan golongan remaja seperti menghidu gam, menagih dadah,
pencerobohan, kecurian dan gangguan. Tangkapan akan dilakukan sekiranya
pihak polis mendapati bahawa individu itu berada dalam keadaaan yang
mencurigakan

dan

didapati

bersalah

melakukan

gejala

sosial

terbabit.

Penjenayah akan di bawa ke balai polis dan dikenakan tindakan undang-undang.


Sungguhpun

demikian,

menyebabkan

balai

penjenayah

polis

tidak

terletak

gentar

jauh

untuk

dari

kawasan

melakukan

jenayah

kajian
dan

menyebabkan peningkatan jumlah jenayah dan penjenayah dari sehari ke sehari.


Selain itu, lampu-lampu yang terletak di sepanjang jalan yang kurang
berfungsi turut menyebabkan berlakunya peningkatan kadar jenayah di kawasan
kajian. Penjenayah bebas melakukan kegiatan jenayah kerana berpendapat
bahawa tiada saksi yang dapat menyaksikan perbuatan yang dilakukannya.
Kawasan

yang

gelap

juga

dijadikan

sebagai

markas

penjenayah

untuk

melakukan gejala sosial seperti menghidu gam.


Menurut beberapa responden, kejadian kecurian seringkali berlaku di
kawasan kajian tidak kira waktu siang mahupun waktu malam. Kes kecurian ini
banyak melibatkan golongan belia yang tidak mempunyai pekerjaan dan suka
melakukan gejala sosial seperti lepak, merokok dan menghidu gam. Misalnya,
pernah berlaku kes pecah rumah yang menyebabkan kehilangan barang-barang
berharga seperti telefon bimbit, laptop dan barang kemas serta wang tunai.
Pernah juga berlaku kes pecah kereta dan kecurian kereta.
Keadaan ini melahirkan perasaan takut kepada responden terutamanya
golongan tua, wanita dan kanak-kanak. Justeru itu, aspek keselamatan di
kawasan kajian perlulah dititikberatkan oleh pihak berkuasa bagi menjamin
keselesaan penduduk.

22

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI

6.4 Masalah kualiti sumber air


Sumber air bersih adalah satu eleman yang sangat penting untuk menilai
keselesaan penduduk di sesebuah kawasan perumahan. Di Kampung Sembulan,
sumber air bersih juga menjadi masalah kepada penduduk kawasan tersebut.
Kajian yang dibuat mendapati Kampun Sembulan sering mengalami masalah
terputus bakalan air bersih. Hasil temubual dengan seorang responden
mendapati bahawa masalah ini kerap berlaku di kawasan berkenaan. Bakalan air
yang terputus berpanjangan dalam satu tempoh masa yang lama sehingga
menyukarkan penduduk untuk mendapatkan bakalan air yang bersih. Kajian juga
menunjukkan bahawa penduduk Kampung Sembulan bergantung sepenuhnya
kepada air bersih yang disalurkan ke kawasan rumah mereka oleh kerajaan.
Semasa kajian dibuat, didapati bahawa mereka tidak mempunyai sebarang
sumber

air

bersih

seperti

perigi

memandangkan

persekitaran

kampung

Sembulan yang kotor dan tercemar.

Gambar 5: Tangki air yang disediakan oleh penduduk

(Sumber: kerja lapangan)


Walaubagaimanapun, penduduk mempunyai alternatif sendiri dengan
menyediakan tangki simpanan air untuk digunakan semasa bakalan air bersih
terputus. Namun, keadaan tangki yang using dan penjagaan yang kurang rapi
23

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


dengan membiarkan tangki dalam keadaan kotor serta ditumbuhi oleh lumut
menjejaskan kualiti kebersihan air.

6.5 Kekurangan Kemudahan Awam


Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak berkuasa di kawasan kajian
telah memberi faedah kepada penghuninya. Namun, terdapat masalah yang
timbul akibat sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab dan tidak
menghargainya hingga sanggup merosakkannya.
Gambar 6: kerosakan telefon awam di kawasan kajian

(Sumber: kerja lapangan)


Melalui kajian, kami mendapati antara masalah yang dihadapi oleh
penghuni di kampung Sembulan tersebut ialah kemudahan awam yang
disediakan seperti telefon awam telah dirosakkan. Hal ini menyebabkan
kemudahan tersebut tidak dapat digunakan oleh penghuni.
Selain itu, lampu-lampu yang ada sepanjang perjalanan ke kawasan
perumahan

tidak

berfungsi.

Keadaan

ini

menimbulkan

ketidakpuashatian

penghuni.

24

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI

Gambar 7: Kekurangan tempat letak kereta

(Sumber:kerja lapangan)
Tempat letak kereta yang sedia ada di kawasan kajian adalah tidak
mencukupi untuk menampung kuantiti kenderaan penduduk yang semakin
bertambah.

Kekurangan

tempat

letak

kereta

menyebabkan

penduduk

mengambil cara mudah dengan meletakkan kereta di tepi-tepi jalan.


Gambar 8: Gelanggang futsal yang disediakan

(Sumber: kerja lapangan)


25

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


Kemudahan awam seperti gelanggang futsal juga mengalami masalah. Di
kawasan kajian hanyalah gelanggang futsal sahaja malah dirosakkan. Taman
permainan juga tiada disediakan seperti buaian, gelongsor, jongkang-jongkit,
terowong dan sebagainya.
7.0 KESAN DARIPADA PENGURUSAN RUMAH YANG TIDAK SISTEMATIK
7.1 GANGGUAN KESIHATAN
Kesihatan merupakan aspek yang penting dalam mendapatkan keselesaan
di sesuatu kawasan. Tahap kebersihan di kawasan kajian semakin menurun dan
mengakibatkan pelbagai penyakit yang timbul. Menurut penduduk di kawasan
kajian, terdapat ramai penduduk yang mengalami gangguan kesihatan saban
tahun akibat tiada aktiviti kemasyarakatan dilakukan yang sepatutnya dilakukan
seminggu sekali seperti aktiviti gotong-royong. Hal ini disebabkan tiadanya
kerjasama di antara penduduk dalam kawasan tersebut.
Penyakit yang akan timbul akibat tahap kesihatan yang berada di paras
rendah adalah penyakit taun, denggi, malaria, dan sebagainya. Penyakit ini
dikategorikan sebagai penyakit wabak yang mendapat jangkitan dari nyamuk,
lipas, tikus dan sebagainya. Agen haiwan atau serangga yang membawa virus
penyakit ini timbul akibat tahap kebersihan di kawasan kajian kotor atau tidak
bersih.

Tahap

kebersihan

di

kawasan

kajian

berada

di

tahap

yang

membimbangkan kerana terdapat sampah merata-rata tempat. Sistem saliran di


kawasan kajian seperti longkang yang tersumbat akibat sampah sarap dibuang
di dalam longkang.
Tahap kebersihan yang tidak terurus dan sistematik akan mengakibatkan
penduduk di persekitaran kediaman terdedah kepada pelbagai penyakit-penyakit
yang berpunca daripada kekotoran. Wabak penyakit yang berlaku kesan
daripada agen pembawa penyakit seperti tikus, lipas dan nyamuk menyebabkan
penyakit berlaku akibat daripada kurangnya kerjasama di kalangan penduduk
dalam memastikan kebersihan kawasan kediaman.
Pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian yang tidak sistematik juga
menjejaskan

kesihatan

penduduk

dikawasan

kajian.

Ini

kerana

tindakan

penduduk dikawasan kajian yang membuang sampah merata-rata tempat. Ini


juga akan menyebabkan tempat pembiakan binatang atau serangga perosak
seperti

lipas,

tikus,

nyamuk

dan

sebagainya.

Agen

perosak

ini

akan

mengakibatkan penyakit kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.


26

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


Di samping itu, hasil daripada temu bual dengan seorang isi rumah
mendapati bahawa banyak penghuni kawasan kediaman ini pernah diserang
demam denggi disebabkan sistem pembuangan sampah yang tidak sempurna di
kawasan rumah mereka. Air akan bertakung selepas hujan dan ini membolehkan
nyamuk aedes membiak. Pembuangan sampah-sarap yang tidak terurus ini juga
membawa kepada masalah kesihatan di mana penduduk di kawasan setinggan
ini turut terdedah kepada pencemaran bau busuk setiap kali selepas hujan dan
juga turut berlaku pembiakan lalat.
7.2 SIKAP KEJIRANAN KURANG BAIK
Hubungan kejiranan dan hubungan sosial semakin luntur mengikut
peredaran zaman. Akibat daripada kesibukkan penduduk di kawasan kajian
menyebabkan hubungan dengan penduduk di kawasan perumahan semakin
rengang. Sesetengah penduduk di kawasan kajian jarang bertegur sapa dengan
jiran sendiri akibat kekurangan komunikasi.
Pengumpulan dengan sesama penduduk semakin longgar atau berkurang
kerana penduduk dikawasan kajian mempunyai kesibukan dari segi masa yang
ketat dengan pekerjaan mereka. Hubungan sosial antara masyarakat semakin
luntur kerana amalan yang sejak dahulu diamalkan berkurang. Contoh amalan
yang dahulu diamalkan adalah amalan ziarah-menziarahi antara jiran tetangga,
pengkongsian atau pertukaran makanan sesame jiran semakin luntur. Amalan ini
boleh mengeratkan tali silahturrahim antara jiran tetapi hubungan kejiranan dan
hubungan sosial semakin longgar.
Perhubungan antara kejiranan, kaum dan komuniti pada waktu seawal
pembukaan mempunyai latar belakang yang berbeza menyebabkan kemesraan
antara penduduk kurang baik dan komunikasi juga agak kurang. Semangat
kejiranan yang luntur ini menyebabkan kebanyakkan masalah sosial yang
berlaku sukar dibendung kerana semangat kerjasama tidak wujud. Secara
langsung keadaan ini menyebabkan kes jenayah seperti kes pecah rumah yang
berlaku. Berdasarkan temubual terhadap responden, terdapat kes pecah rumah
yang pernah berlaku terhadap penduduk dan mangsa kejadian terpaksa
meminta pertolongan daripada penduduk yang berada di blok lain kerana kurang
mesra dengan jiran mangsa sendiri.
Hasil dari temu bual dengan penduduk dari rumah setinggan di Kampung
Sembulan ini, kesemua mereka telah pernah melalui satu hubungan yang erat
27

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


dengan jiran tetangga mereka suatu ketika dahulu. Malangnya, kini perkara itu
hanya berlaku suatu ketika dahulu kerana jirannya masing-masing sibuk dengan
urusan kerja mereka dan tiada masa untuk bergaul antara satu sama lain (En.
Ngkurubo Laode,2013).

7.3 Peningkatan Kadar jenayah


Hasil temubual dengan seorang penduduk telah mendapati kawasan
kajian merupakan kawasan yang banyak berlaku kecurian. Kadar jenayah di
kawasan kajian berada di tahap yang kurang membimbangkan tetapi ia tidak
menjamin keselamatan sosial di kawasan kajian.
Rukun tetangga di kawasan kajian langsung tidak aktif. Hanya sekakdar
atas nama sahaja. Rondaan pihak berkuasa tempatan di kawasan kajian berada
di tahap yang kurang tetapi apabila terjadi jenayah yang drastik, pihak berkuasa
tempatan akan melakukan rondaan berkala. Oleh itu, jenayah di kawasan kajian
mencapai di tahap yang memuaskan dan pihak berkuasa tempatan akan
mengurangkan rondaan di kawasan kajian.
Jenayah yang pernah terjadi di kawasan kajian adalah pergaduhan antara
remaja, mencuri pakaian dan sebagainya. Jenayah yang berlaku di kawasan
kajian menyebabkan para penduduk perlu berhati-hati kerana kebarangkalian
untuk pecah masuk rumah juga boleh terjadi jika langkah berjaga-jaga tidak
diambil.
Keselamatan sosial di kawasan kajian kurang mendapat tinjauan daripada
pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya. Insentif daripada penduduk itu
sendiri juga kurang dititikberatkan akibat kesibukan dalam kehidupan seharian.
Rondaan dari pihak polis jarang dilakukan dan pihak polis akan melakukan
rondaan apabila terdapatnya kejadian jenayah berlaku pada ketika itu. Seawal
pembukaan amalan rukun tetangga di kawasan kajian diamalkan dikalangan
penduduk tetapi sekarang amalan rukun tetangga semakin pudar

dikalangan

28

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


penduduk kerana penduduk dikawasan kajian mempunyai kehidupan seharian
yang sibuk.

7.4 Perubahan Landskap


Sudut pandangan akan terjejas akibat daripada perubahan yang wujud
oleh sikap segelintir penduduk. Contoh perubahan dari pandangan adalah hasil
contengan dari kegiatan segelintir remaja yang tidak bertanggungjawab dan
menyebabkan pandangan terhadap keceriaan di kawasan kajian akan berubah.
Setelah dikaji, perubahan landskap ini adalah disebabkan oleh kegiatan
vandalisme yang majoritinya dilakukan oleh golongan remaja.
Vandalisme merupakan gejala yang tidak sihat dan yang melibatkan
tingkah laku atau perbuatan merosakkan harta benda awam dan harta orang
lain. Dinding seperti Dewan Kampung Sembulan dan stesen bas di kawasan
kajian telah menjadi tempat untuk golongan remaja meluahkan perasaan dengan
menulis kata-kata kesat, lucah dan sewaktu dengannya. Persekitaran di kawasan
kajian

terjejas

akibat

tindakan

segelintir

penduduk

yang

tidak

bertanggungjawab. Menurut beberapa orang responden di kawasan kajian,


gelanggang futsal yang merupakan tumpuan utama kanak-kanak dan remaja
untuk menjalankan aktiviti riadah telah dirosakkan akibat daripada kegiatan
vandalisme

yang

dilakukan

di

kawasan

kajian.

Kerosakan

yang

berlaku

menyebabkan aktiviti riadah terpaksa dihadkan disebabkan oleh ketiadaan ruang


yang mencukupi bagi semua pengguna untuk melakukan aktiviti.
Perubahan dari segi pencemaran di kawasan kajian terjadi akibat daripada
kegiatan pembuangan sampah di sesuatu tempat seperti sistem saliran. Sistem
saliran juga menjadi tersumbat akibat pembuangan sampah sarap. Kawasan
29

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


akan menjadi tempat yang kotor dan tahap kebersihan akan berada di tahap
yang kurang memuaskan. Di kawasan kajian, berlaku masalah pencemaran
sampah sarap yang sangat teruk iaitu sampah sarap dibuang ke dalam laut. Hal
ini demikian kerana faktor geografi kawasan kajian yang kebanyakan rumahnya
dibina di atas air. Secara lebih tepat, rumah-rumah yang dibina di atas air
menyebabkan sikap segelintir penduduk mengambil langkah mudah dengan
hanya membuang sampah ke laut walaupun mereka mengetahui bahawa pihak
DBKK telah menyediakan tong sampah. Seperti yang diketahui, DBKK akan
mengangkut kesemua sampah dalam tong sampah besar yang disediakan
mengikut ketetapan seperti dalam jadual yang telah ditetapkan.Kesannya,
pandangan manusia mengenai perubahan landskap itu akan berubah dan
menyebabkan pandangan penduduk di kawasan kajian menjadi terbantut dan
penduduk juga akan berasa kurang selesa mengenai perkara tersebut.
7.5 Ketidakprihatinan Pihak Yang Bertanggungjawab
Kajian yang dibuat berdasarkan temubual dengan beberapa responden
mendapati mereka tidak berpuas hati dengan pihak yang bertanggungjawab
terhadap beberapa aspek yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur
dan perkhidmatan. Terdapat beberapa masalah yang diajukan oleh penduduk
kepada pihak berkuasa tempatan. Misalnya aspek keselamatan di Kampung
Sembulan kurang dititikberatkan oleh pihak berkuasa. Kebanyakan penduduk
tempatan mengadu terdapat aktiviti jenayah berlaku secara berleluasa di
kawasan mereka seperti rompak, pecah rumah dan penagihan dadah. Keadaan
ini merisaukan banyak pihak terutamanya penduduk kawasan tersebut. Menurut
responden yang ditemubual, jenayah ini dilakukan oleh warga tempatan dan
juga warga asing yang terlibat dengan penagihan dadah. Menurutnya lagi,
mereka sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan duit untuk membeli
dadah. Oleh itu, penduduk Kampung Sembulan mencadangkan pihak berkuasa
agar melakukan rondaan berkala di kawasan berkenaan untuk mengurangkan
kes jenayah demi keselamatan penduduk kawasan tersebut. Setakat ini rondaan
hanya dilakukan apabila ada laporan berkenaan kes jenayah sahaja, tetapi
rondaan jarang dilakukan jika ketiadaan jenayah yang berlaku.
Selain itu, terdapat penyewa yang tidak berpuas hati dengan keadaan
rumah kediaman mereka. Mereka telah ajukan masalah tersebut terhadap pihak
yang bertanggungjawab tetapi tidak mendapat tindakan yang sewajarnya dari
pihak terbabit. Misalnya, masalah rumah yang telah usang dan perlu pembaikan
30

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


segera terhadap semua aspek seperti dinding, lantai, atap yang bocor dan
sistem saluran kumbahan yang tidak sistematik. Keadaan ini menyebabkan
penduduk tidak selesa dan terancam dari segi keselamatannya.

8.0 CADANGAN
Setelah meneliti daripada beberapa hasil kajian serta melalui
pemerhatian yang telah dijalankan, terdapat beberapa masalah yang timbul di
kawasan perkampungan Sembulan ini. Oleh hal yang sedemikian, beberapa
tindakan perlu diambil bagi memastikan penghuni dapat mendiami rumah di
kawasan tersebut dengan keadaan yang selesa dan juga selamat. Terdapat
beberapa cadangan yang ingin dikemukakan untuk menaikkan lagi taraf
kampung ini;

Dari aspek kemudahan awam di kawasan Kampung Sembulan, ianya


perlulah dipertingkatkan dengan lebih efektif lagi. Kemudahan awam
seperti klinik, tempat meletak kereta, dan pondok pengawal keselamatan
perlu dibina dan diperbaikkan lagi. Di tempat kajian yang telah kami kaji,
tidak

terdapat

klinik

di

kawasan

tersebut.

Hal

sedemikian

telah

menyebabkan penghuni terpaksa pergi ke klinik yang berada di bandaraya


Kota

Kinabalu

untuk

mendapatkan

perkhidmatan.

Hal

ini

telah

menambahkan beban terhadap penghuni terutamanya bagi penghuni


yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Mereka terpaksa menaiki bas ke
klinik untuk mendapatkan rawatan. Sehubungan dengan itu, semasa kami
menjalankan kajian melalui soal selidik dan temu bual dengan penduduk,
terdapat penghuni yang telah mencadangkan agar klinik dibina di
kawasan perumahan bagi memudahkan dan menyenangkan mereka untuk
31

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


mendapatkan

perkhidmatan

rawatan.

Selain

itu,

mereka

juga

mencadangkan agar telefon awam yang disediakan dapat dibaikpulih


kembali agar penduduk yang tidak mempunyai telefon bimbit dapat
membuat panggilan apabila kecemasan berlaku kelak. Hal ini juga dapat
menjimatkan kos panggilan penduduk untuk menghubungi samaada
saudara-mara

ataupun

kemana-mana

jabatan

berkenaan.

Semasa

menjalankan kajian di kampung ini juga, didapati tidak terdapat tempat


letak kereta yang strategik disediakan. Para penduduk hanya meletakkan
kenderaan mereka di tepi-tepi jalan. Keadaan ini boleh membahayakan
keselamatan kenderaan lain yang lalu-lalang di kawasan berkenaan. Selain
itu, risiko untuk berlakunya kemalangan juga tinggi kerana jumlah
penduduk yang ramai dan bilangan kenderaan yang begitu padat boleh
menyebabkannya berlaku pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, pengawal
keselamatan juga perlu disediakan pondok yang lebih baik lagi. Hal ini
demikian kerana, pondok yang disediakan kepada pengawal yang
mengawal di situ tidak dapat memberikan keselesaan yang secukupnya
kerana binaannya hanya beratapkan zink tanpa dinding dan dua buah
kerusi. Keadaan ini akan menyukarkan pengawal apabila cuaca buruk

berlaku kelak.
Dari aspek kebersihan pula, kajian mendapati kebersihan di Kampung
Sembulan dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Pihak yang
terbabit telah menyediakan perkhidmatan tong sampah di kawasan
tersebut. Namun sikap segelintir penduduk yang tidak menggunakan
perkhidmatan tersebut dengan membuang sampah dimerata-rata tempat.
Hal ini menyebabkan berlakunya longgokan sampah di kawasan kediaman
yang menimbulkan rasa ketidakselesaan dalam kalangan penduduk.
Selain itu, masalah sampah ini juga akan menyebabkan berlakunya
penularan penyakit berjangkit seperti Demam Denggi dan Taun. Dewan
Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengariskan panduan berkenaan
kesalahan membuang sampah ini. Tindakan kompaun diambil setelah
mendapati

hampir

majoriti

penduduk

tidak

mengendahkan

soal

kebersihan dan masih lagi membuang sampah di merata-rata tempat


termasuklah di kawasan rumah masing-masing. Bagi menyelesaikan
masalah ini, pihak bertanggungjawab seharusnya memperbanyakkan
perkhidmatan tong sampah secara sistematik di tempat-tempat yang
bermasalah. Selain itu, tindakan oleh pihak berkuasa juga harus diambil

32

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


dengan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah-pesalah
ini dengan meningkatkan kompaun.

Faktor keluasan ruang, pengubahsuaian rumah dan persekitarannya


merupakan pendorong utama untuk mencapai keselesaan dan kepuasan
kepada penghuni rumah. Bukaan seperti bilangan tingkap dan pintu pula
amat penting dalam memberi laluan angin secara semula jadi untuk
masuk dan keluar di dalam rumah tanpa sekatan. Hal ini mempengaruhi
keadaan terma di dalam rumah, iaitu lebih sejuk dan selesa.Hasil
pemerhatian kami, kami mendapati bahawa cermin tingkap di sesetengah
kediaman penghuni tidak sempurna dan jumlah cerminnya juga kurang
daripada jumlah yang sebenar. Selain itu, terdapat sesetengah rumah
yang mempunyai bilangan tingkap yang sedikit. Ramai penduduk yang
menyatakan bahawa ruangan rumah terutama sekali ruangan bilik, dapur,
koridor, ruang ampaian dan ruang tamu adalah kurang memuaskan.
Situasi ini telah menyebabkan pergerakan penghuni amat terhad lebihlebih lagi apabila ahli keluarga penghuni datang berkunjung. Bagi keluarga
yang bersaiz kecil iaitu mempunyai 3 hingga 6 orang ahli keluarga,
mungkin mereka tidak mengalami masalah ini. Namun bagi keluarga
bersaiz besar yang mempunyai ahli keluarga seramai 7 orang keatas maka
mereka sering mengalami masalah kesempitan ruang. Rentetan itu, ramai
penghuni berpendapat bahawa ruang rumah perlu diperluaskan lagi bagi
menjamin keselesaan.

Keselamatan di kawasan Kampung Sembulan juga perlu dititkberatkan.


Melalui maklumat yang telah kami perolehi terdapat kes kecurian pernah
berlaku sebelum itu. Hal ini telah membuktikan bahawa tahap
keselamatan di kawasan tersebut adalah rendah. Situasi ini telah
menyebabkan para penduduk berasa keselamatan mereka terancam dan
hidup dalam keadaan yang membimbangkan. Keadaan sebegini telah
menyebabkan kebebasan aktiviti seharian kanak-kanak terhad kerana ibu
bapa risau dengan keselamatan anak-anak mereka lalu mengawal
pergerakan anak-anak mereka. Hasil daripada kajian kami, terdapat
penghuni yang telah memberikan cadangan rondaan yang kerap perlu
dijalankan bagi menjamin keselamatan mereka. Di samping itu,
kemudahan seperti tempat meletak kenderaan perlu diperluaskan kerana
melalui pemerhatian yang telah kami jalankan, terdapat banyak
kenderaan yang diletakkan di tepi jalan sehingga menyebabkan laluan
jalan raya menjadi sempit.

33

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI

9.0 KESIMPULAN
Pada masa kini, aspek perumahan adalah salah satu kemudahan yang
penting kepada penduduk. Di Bandar sektor perumahan kian berkembang pesat
sejajar dengan penawaran dan permintaan daripada penduduk yang semakin
meningkat saban tahun. Namun demikian, untuk memenuhi permintaan
terhadap perumahan tersebut terdapat sesetengah pihak hanya mementingkan
keuntungan telah menyumbang kepada kemerosotan kualiti hidup penduduk.
Bertitik tolak daripada itulah perlunya aspek keselesaan terma di dalam dan luar
rumah, selain kemudahan asas dan infrastruktur, ketersampaian penduduk
kepada kemudahan dan hubungan kejiranan ditekankan. Kesemua perkara ini
dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat, khususnya di bandar (Haryati
Shafii, 2010).
Tahap kediaman yang tidak mencapai tahap kualiti yang memuaskan
penduduk

dengan

keadaan

sekitar

yang

tercemar

mempengaruhi

tahap

keselesaan dan kesejeteraan hidup penduduk. Misalnya, keadaan rumah yang


telah usang dan terdapat kerosakan yang tidak dibaiki oleh pihak berkenaan
akan mendatangkan masalah dan membahayakan keselamatan penduduk. Oleh
34

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI


hal yang demikian, pemaju sepatutnya tidak hanya berpaksikan kepada
keuntungan sahaja tetapi harus meneliti kualiti perumahan yang dibangunkan
meliputi

aspek

ketersampaian

kepuasan
kepada

penduduk

perkhidmatan

seperti
awam,

tahap

keselesaan

keselamatan

yang

kediaman,
terjamin,

kebersihan persekitaran, dan hubungan kejiranan.


Piawaian

untuk

rumah

jenis

kos

rendah

telah

dikeluarkan

oleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1986) untuk membuat garis


panduan demi mencapai keselesaan dalam pembangunan perumahan. Piawaian
tersebut merangkumi

beberapa aspek

penting

iaitu

yang

pertama,

kos

pembinaan seminimum mungkin. Kedua, reka bentuk harus mudah, berfungsi


dan praktikal. Ketiga, peredaran udara yang baik, cahaya yang cukup dan ruang
yang banyak untuk pergerakan. Keempat, keperluan seharian untuk kehidupan
moden seperti bekalan air, elektrik, pembentungan, pembuangan sampah,
kemudahan letak kereta, dan sebagainya. Kelima, ruang dan jarak yang sesuai
untuk kegiatan sosial, keagamaan, kebudayaan dan sebagainya (Fashbir, 2000).

RUJUKAN

BUKU
Azlina Abdullah. 2010. Tema dan Isu Penyelidikan Mengenai Gejala Sosial pada
Dekad Abad 21 di Malaysia
Ernest H.Green, 1994. Bangunan ,Perancangan dan Pembangunan. Selangor,
Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Haryati Shafii. 2007. Persepsi Penduduk Terhadap Tempat Tinggal Dan Kualiti
Hidup Masyarakat Di Bandar. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2007.
Mohd. Razali Agus, Fashbir Noor Sidin. 2000. Perbandaran Dan Perancangan
Persekitaran / Diselenggarakan oleh Mohd. Razali Agus dan Fashbir Noor
Sidin. Kuala Lumpur: Utusan Pub. 2000.
Nurizan Yahya (1998). Kualiti perumahan dan kualiti hidup, Analisis, 5 (1&2). hlm.
133-149.
35

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI

JURNAL
Haryati Shafii. 2010. Tempat Tinggal Dan Cabarannya Dalam Meningkatkan
Kualiti Hidup Masyarakat Bandar Di Malaysia. Habitat Magazine: Second
Edition.
Nor sharifah, abu salehek. 1998. Masalah sosial semasa: apakah peranan
jururancang Bandar? Jilid 1: no 1. Jurnal alam bina.
LAMAN WEB
http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA78/akademika78[0
1]A4.pdf Akademika 78 : 3-14.
Laku musnah http://ms.wikipedia.org/wiki/Laku_musnah tarikh 5 disember pada
jam 5.00 petang

RESPONDEN
Jamil Bin Amoi. 55 Tahun. Pengawal Keselamatan Sekolah Rendah Kampung
Sembulan.Kampung Sembulan Tengah. 87000 Kota Kinabalu. Sabah.
Ngkurubo Laode. Pengawal Keselamatan Republik Indonesia, Bahagian Kota
Kinabalu

36