Anda di halaman 1dari 5

JAWAPAN

TOPIK 4
PEMAHAMAN KOMSAS
PRAKTIS FORMATIF
A
Cerpen/Drama
Praktis SPM 1
(i)
...jalan menuju ke reban ayamnya tidak berturap dan becak pada musim hujan dia telah
menulis surat permohonan untuk menaikkan taraf jalan masuk ke reban ayamnya tetapi
menerima jawapan tiada peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini dia terpaksa
berhadapan dengan caci-maki orang kampung kerana kemasukan lori-lori ke reban ayamnya
telah memburukkan keadaan jalan itu lagi
(ii)
...memberikan khidmat nasihat yang betul dan berkesan memberikan kursus atau bengkel
keusahawanan untuk melatih dan memberikan tunjuk ajar kepada mereka tentang dunia
keusahawanan memudahkan permohonan kewangan kepada usahawan muda untuk tujuan
menjalankan perniagaan
(iii)
...satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan cerpen: Hakim seorang yang rajin
berusaha, contohnya dia berusaha ke sana dan ke mari untuk menemui orang yang
berpengaruh bagi mendapatkan peruntukan untuk menurap jalan
...satu perwatakan Hakim yang lain daripada keseluruhan cerpen: Hakim seorang yang
rasional dalam bertindak, contohnya dia menggunakan khidmat rakannya, iaitu Azam yang
merupakan seorang peguam untuk memfailkan tuntutannya di mahkamah dan akhirnya dia
berjaya dan tanah itu dipulangkan kepadanya sebagai waris yang sah
Praktis SPM 2
(i)
...angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air sifat perkauman yang tebal
(ii)
...menjadikannya mudah lupa akan diri dan asal usulnya menjadikannya seorang yang buta
sejarah semangat cinta akan tanah air akan terhakis dalam dirinya menyebabkannya
mudah hilang pedoman atau harga diri kerana tiada pegangan menyebabkannya tidak
mampu membuat pertimbangan dengan wajar
(iii)
...satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen: masyarakat yang amat mencintai
agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun, contohnya bonda berkali-kali
berpesan kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda jika ingin terus
dihormati dan disegani sebagai bangsa yang agung dan bermaruah
...satu latar masyarakat lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan: masyarakat
yang menjadi mangsa pembangunan, contohnya Munsyi dan dua puluh keluarga yang
mendiami perkampungan tradisi di pinggir kota dihalau dan rumah mereka dirobohkan
Praktis SPM 3
(i)
...dia menyimpannya untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan sebagai persediaan jika
dia mungkin dilanda musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera dengan menggunakan
wang sendiri sebagai persediaan jika terjumpa bahan bacaan yang menarik kerana dia sedar
akan sikapnya yang mudah rambang mata apabila berjumpa dengan bahan bacaan seperti
buku dan majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelum pulang ke tanah air
(ii)
...dapat berehat dan menenangkan fikiran dapat melihat keindahan negara orang dapat
mempelajari budaya dan adat resam masyarakat di negara lain dapat menambahkan
pengalaman dan meluaskan pandangan
(iii)
...satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen: kita hendaklah bijak mengawal
perbelanjaan dan membeli sesuatu mengikut keperluan, contohnya, aku tidak
membelanjakan semua wangnya untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan
...satu pengajaran lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan: kita perlulah
berusaha untuk menyelamatkan hidupan liar yang semakin mengalami kepupusan, contohnya
penulis sanggup mendermakan hasil jualan jaket kulit kijang kepada zoo yang ada kandang
kijang kerana perasaan sayangnya terhadap hidupan liar

Praktis SPM 4
(i)
...untuk membina dan mengukuhkan semangat patritok dalam kalangan generasi muda
untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional untuk membentuk perwatakan
yang positif dalam kalangan generasi muda menerusi amalan nilai-nilai murni
(ii)
...ibu bapa atau penjaga memastikan remaja yang terpilih akan mengikuti PLKN setiap
individu menyokong program atau dasar yang dilancarkan oleh kerajaan anggota
masyarakat mengamalkan sikap positif dalam melihat keberkesanan PLKN secara
keseluruhannya terhadap generasi muda dan negara peranan guru di sekolah yang
mendedahkan kebaikan PLKN kepada setiap murid peranan media massa yang proaktif
dalam menghebahkan kebaikan PLKN pada setiap masa
(iii)
...satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama: persoalan kesediaan generasi muda
untuk mengikuti dasar kerajaan contohnya, Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani
mewakili generasi muda yang berasa bangga dan teruja untuk mengikuti PLKN
...satu persoalan daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan: persoalan
tanggungjawab dan peranan pendidik dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan
contohnya, sebagai seorang guru, Cikgu Dahari bertanggungjawab dalam menyokong setiap
dasar kerajaan dengan memberikan penerangan yang jelas berkaitan dengan PLKN kepada
setiap muridnya di sekolah
B
Prosa Tradisional
Praktis SPM
(i)
...maksud: sangat/amat cerdik/licik/pandai membuat helah/tipu muslihat
(ii)
...menanyakan Kertala Sari sama ada dia boleh membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang
bernama Laksamana itu meminta Kertala Sari segera ke Melaka untuk menunaikan katakatanya supaya Seri Betara dapat melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung
mengarahkan Patih Gajah Mada bersegera menghantar Kertala Sari ke Melaka
(iii)
...mengadakan perundingan/perbincangan/membuat perjanjian dengan Raja Melaka
memohon maaf kepada Raja Melaka meminta bantuan daripada pihak luar/negara luar
melalui perkahwinan antara kerabat Seri Betara Majapahit dengan kerabat Raja Melaka
C
Puisi
Praktis SPM 1
(i)
maksud baris: Seluruh rakyat negeri itu berasa risau dan bimbang, Rakyat jelata lari lintangpukang untuk menyelamatkan diri masing-masing
(ii)
...rakyat bersatu hati menentang serangan burung garuda raja mengerahkan rakyat menjalani
latihan untuk menghadapi serangan musuh rakyat menguatkan barisan pertahanan/tentera
(iii)
...nilai tanggungjawab, contohnya Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab
mentadbir urus negerinya dengan sempurna nilai kebijaksanaan, contohnya Raja Negeri
Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat nilai keadilan, contohnya Raja
Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat
termasuklah pedagang senteri nilai kasih sayang, contohnya Raja Negeri Kembayat amat
menyayangi isterinya, lebih-lebih lagi setelah isterinya itu berbadan dua
Praktis SPM 2
(i)
...apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan yang akan
diperolehnya
(ii)
...mendedahkan keaiban atau keburukan seseorang berdusta atau berkata bohong
menghina atau mengejek sehingga menjatuhkan maruah seseorang melafazkan kata-kata
yang buruk seperti mengeji dan mengumpat
(iii)
...kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan akibat gagal
mengawal pancaindera dengan baik kita hendaklah tidak terlalu menurut kehendak nafsu
kerana tindakan ini akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan kita hendaklah bijak
mengawal anggota tubuh badan kerana kegagalan kita mengawalnya akan membawa kita
kepada pelbagai kerosakan

Praktis SPM 3
(i)
...maksud: menolak/membantah segala penipuan/penindasan
(ii)
...tenaga haiwan seperti lembu, kerbau, dan keldai masih digunakan sebagai tenaga kerja
dalam bidang pertanian dan perladangan tenaga haiwan seperti lembu dan keldai masih
digunakan sebagai tenaga kerja dalam bidang pengangkutan (kereta lembu) tenaga haiwan
seperti gajah digunakan dalam industri pembalakan untuk membantu kerja-kerja yang berat
dan sukar haiwan digunakan dalam bidang pertunjukan/hiburan sebagai haiwan sarkas
(iii)
...persoalan kekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan, contohnya penjaga kuda
menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menjaga dan mengawal kuda-kuda
tunggangannya itu sama ada di padang atau di kandang persoalan penganiayaan terhadap
haiwan, contohnya penjaga kuda menggunakan kudrat kuda tunggangannya selagi mampu
tanpa memikirkan keupayaan sebenar kuda-kudanya itu
Praktis SPM 4
(i)
...maksud: penyajak turut menyaksikan langit menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat
dan semakin dilupakan oleh anak bangsa
(ii)
...bahasa rojak lebih mudah, senang, dan mesra dituturkan penggunaan kosa kata dalam
bahasa rojak lebih ringkas banyak istilah/kosa kata yang terbit daripada bahasa rojak terkini
(iii)
...tema: sajak ini bertemakan nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak
bangsa. Keadaan ini berlaku disebabkan anak bangsa peribumi semakin ghairah menuturkan
bahasa lain hingga melupakan jati diri yang sebenar
...persoalan: persoalan bahasa sebagai maruah bangsa, setiap anak bangsa perlu
mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda yang diwarisi sejak zamanberzaman persoalan peranan bangsa dalam mendaulatkan bahasa, setiap anak bangsa
perlulah berasa bangga dan seharusnya menggunakan bahasa Melayu untuk pelbagai urusan
dalam kehidupan harian
Praktis SPM 5
(i)
...penyajak tidak akan akan berasa cemas dan lemas akan kata-kata orang yang ingin
menghalang dan menyerangnya
(ii)
...dia akan mengambil tindakan yang tidak wajar atau kurang tepat dia akan berhadapan
dengan pelbagai masalah pada kemudian hari kerana kesilapannya dalam membuat keputusan
keputusannya akan dipertikaikan oleh pelbagai pihak keputusan yang dibuatnya akan
menyebabkan berlakunya ketidakadilan
(iii)
...nilai rasional, contohnya penyajak mempunyai perancangan agar hidupnya tidak susah lagi
nilai waspada, contohnya penyajak sedar akan tipu daya dan akan lebih berwaspada pada
masa akan datang nilai kebijaksanaan, contohnya penyajak akan berhujah dengan
sendirinya sebelum membuat sebarang keputusan nilai keinsafan, contohnya penyajak tidak
akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini
Praktis SPM 6
(i)
...rakyat di negara ini perlulah bersatu padu - rakyat perlu mencintai negara ini dengan
sepenuh hati - anasir yang cuba menggugat perpaduan masyarakat dan negara perlulah
dilawan habis-habisan
(ii)
...ekonomi negara akan bertambah maju dan pembangunan negara berjalan dengan lancar rakyat akan hidup dalam keadaan yang aman, harmoni, dan muhibah - pertahanan negara
akan menjadi lebih kukuh - negara akan disegani oleh pihak luar
(iii)
kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi kerana dengan
adanya perasaan ini dalam diri, kita akan sama-sama memainkan peranan untuk memajukan
negara serta menjaga kedaulatan negara daripada ancaman luar kita hendaklah menghargai
jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita yang berusaha untuk memerdekakan negara ini;
tanpa kegigihan mereka memperjuangkan kemerdekaan negara, kita mungkin masih berada
dalam cengkaman penjajah

FOKUS KBAT 1
(a)
nilai berhati-hati, iaitu mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan sekiranya
kita gagal mengawal pancaindera dengan baik nilai rasional, iaitu tidak terlalu menurut
kehendak nafsu kerana akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan nilai kebijaksanaan,
iaitu bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan kita menjadi lebih sejahtera
(b)
perbezaan dari segi pemikiran: orang yang berilmu akan berfikir dahulu sebelum
mengeluarkan kata-kata manakala orang yang tidak berilmu akan meluahkan apa-apa sahaja
yang terlintas dalam fikirannya tanpa berfikir panjang perbezaan dari segi pendengaran:
orang yang berilmu akan lebih banyak mendengar daripada bercakap manakala orang yang
tidak berilmu akan lebih banyak bercakap daripada mendengar perbezaan dari segi
pertuturan: orang yang berilmu akan bertutur dengan sopan dan berhemah untuk menjaga
perasaan orang lain manakala orang yang tidak berilmu lebih gemar berkata-kata kosong
tentang perkara-perkara yang tidak bermanfaat perbezaan dari segi penglihatan: orang yang
berilmu akan mengambil pengajaran daripada apa-apa yang dilihat manakala orang yang tidak
berilmu hanya memberikan pandangan yang sinis dengan penuh sindiran
FOKUS KBAT 2
(a)
...persoalan perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang
terdahulu dalam membangunkan negara persoalan perpaduan dalam kalangan rakyat amat
penting dalam sesebuah negara agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat persoalan
pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara persoalan semua rakyat di
negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih sayang terhadap negara
(b)
...menghayati perjuangan dan kegigihan para pejuang negara yang sanggup bergadai nyawa
ketika memperjuangkan kemerdekaan negara agar memberikan keinsafan kepada diri untuk
menghargai kemerdekaan yang dinikmati sejak sekian lama menyemaikan nilai-nilai murni
seperti cinta akan negara, tanggungjawab, kesetiaan, perpaduan, dan sebagainya agar menjadi
warganegara yang lebih bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, dan negara sama-sama
memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada 31 Ogos setiap tahun serta
mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh keikhlasan sebagai tanda kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi kepada agama, bangsa, dan negara
FOKUS KBAT 3
(a)
nilai keprihatinan, sebagai pemerintah, kita perlulah mengambil berat terhadap hal yang
terjadi kepada negara terutama masalah yang dihadapi oleh rakyat, contohnya, baginda
terkejut dengan peristiwa kecurian lalu menampar-nampar pahanya nilai tanggungjawab,
kita perlulah bertanggungjawab menjaga keamanan negara, contohnya, Laksamana telah
dipertanggungjawabkan oleh sultan untuk menjaga keamanan negara nilai rasional, kita
mestilah mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan seperti mencuri kerana perbuatan
itu akan menyusahkan banyak orang, contohnya, tindakan Kertala Sari mencuri harta orang
kaya menimbulkan masalah kepada mereka
(b)
rakyat akan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan tenteram - rakyat akan dapat
bebas bergerak ke mana-mana sahaja mereka hendak pergi tanpa ada perasaan takut pertumbuhan ekonomi negara akan bertambah kukuh - sistem pentadbiran negara akan
berjalan dengan lancar dan berkesan - masalah jenayah dapat ditangani, seterusnya mencapai
matlamat jenayah sifar - masalah penganiayaan dan penindasan dapat dielakkan - rakyat dapat
menikmati kepuasan hidup
FOKUS KBAT 4
(a)
Hakim seorang yang bercita-cita tinggi, contohnya dia mengambil keputusan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar Hakim seorang
yang berani; contohnya dia berani menceburi bidang penternakan ayam untuk menyahut
seruan para menteri dan pakar ekonomi untuk lebih banyak mengeluarkan makanan kerana
kerajaan sangat mementingkan aktiviti pengeluaran makanan
(b)
...memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada golongan petani tentang cara-cara
meningkatkan pengeluaran hasil tanaman memperkenalkan teknologi-teknologi moden

yang dihasilkan melalui kajian dan penyelidikan untuk memudahkan proses penanaman dan
meningkatkan hasil pengeluaran tanaman kepada petani membimbing golongan petani
tentang cara-cara untuk mendapatkan modal atau sumber kewangan bagi kegunaan mereka
FOKUS KBAT 5
(a)
kita hendaklah sabar dalam menghadapi kerenah manusia yang biadab, contohnya, Nek
Sinah sentiasa sabar dan tenang ketika berhadapan dengan sikap Aiman yang memandang
rendah terhadap dirinya kerana dia hanya orang gaji kita hendaklah menghormati orang
yang lebih tua daripada kita tanpa mengira keturunan dan pangkat, contohnya, perbuatan
Aiman yang bersikap kurang ajar dan sombong dengan Nek Sinah perlu kita jauhi
(b)
...menyemaikan nilai-nilai murni dan memberikan pendidikan agama yang kukuh agar dia
sedar akan kesilapannya, seterusnya mengubah sikapnya yang buruk itu menghantarnya
menyertai kem bina semangat atau kursus motivasi untuk memberikan kesedaran kepadanya
akan kepentingan berbudi bahasa dan menghormati orang yang lebih tua mengarahkannya
menyertai kerja-kerja kebajikan dan khidmat masyarakat agar dia lebih menghormati
perasaan orang lain

Anda mungkin juga menyukai