Anda di halaman 1dari 3

kesihatan

ARKIB : 23/09/2012
Jerebu tingkatkan serangan asma

Ubat pelega untuk kelegaan asma segera.


APABILA udara diselubungi jerebu dan dipenuhi dengan bahan-bahan pencemar, sudah pasti
kita semua tidak sabar-sabar untuk berada di dalam rumah. Pencemaran udara adalah suatu
masalah bagi semua orang, bukan hanya untuk mereka yang mempunyai penyakit respiratori.
Jerebu adalah satu fenomena yang sentiasa melanda negara kita dan banyak negara jiran yang
lain. Ia adalah disebabkan oleh zarah-zarah atau habuk-habuk halus yang terapung di atmosfera
dalam kepekatan tinggi dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Kesan jerebu terhadap kesihatan umum kanak-kanak biasanya ringan dan boleh dirawati dengan
mudah. Paling teruk, ia boleh menyebabkan gejala-gejala seperti kerengsaan mata, hidung atau
ruam.
Namun, jika anak anda mempunyai sejarah masalah respiratori, sinusitis dan alergi kulit,
kesihatannya mungkin lebih terancam semasa musim jerebu. Jika anak anda mempunyai asma,
maka dia mungkin mengalami gejala yang lebih teruk.
Serangan asma berlaku apabila seseorang kanak-kanak itu mengalami episod sesak nafas yang
berulang-ulang dan bunyi nafas yang berdehit disebabkan oleh kebengkakan pada tiub bronkus
yang seterusnya menyempitkan saluran pernafasan dan mengurangkan aliran udara yang masuk
dan keluar dari paru-paru.
Sebab utama mengapa jerebu boleh menjejaskan kanak-kanak yang mempunyai asma dengan
teruk:
* Mereka sering bermain di luar rumah
* Mereka mempunyai kadar pernafasan yang lebih cepat
* Paru-paru mereka masih berkembang

* Paru-paru mereka adalah lebih sensitif Gejala-gejala yang perlu berjaga-jaga:


* Bunyi nafas yang berdehit
* Batuk semasa tidur
* Kesukaran untuk bernafas
* Dada berasa ketat
Anak anda mungkin mengalami keresahan semasa tidur, rongga hidung membesar, bernafas
melalui bibir yang memuncung, kelesuan, sesak nafas, muntah dan bernafas dengan cepat.
Terdapat juga banyak amaran yang jelas bagi asma, ini termasuk bunyi nafas yang berdehit,
berdehem dengan kerap dan batuk tanpa mengalami selsema. Ia adalah penting untuk mengawasi
tanda-tanda ini.
Dalam kes-kes yang teruk, saluran pernafasan menjadi begitu sempit sehingga anak anda tidak
dapat bernafas dengan secukupnya dan ini boleh mengakibatkan keadaan yang boleh membawa
maut.
Gejala-gejala ini disebabkan oleh penyempitan saluran udara sehingga mengurangkan aliran
udara yang masuk dan keluar dari paru-paru.
Kajian menunjukkan terdapat hubung kait yang konsisten antara kualiti udara dan gelaja asma
yang teruk. Semasa musim jerebu, ia telah terbukti bahawa peningkatan dalam bahan-bahan
pencemar udara akan mengurangkan fungsi paru-paru disebabkan oleh keradangan pada lapisan
paru-paru. Saluran pernafasan akan bertindak balas secara keterlaluan untuk mencetuskan dan
merangsangkan banyak perubahan yang dikaitkan dengan keradangan. Ini menjelaskan mengapa
kekerapan kejadian asma dan jangkitan bahagian atas sistem pernafasan meningkat semasa
musim jerebu.
Ubat pelegaOleh sebab asma adalah satu keadaan yang kronik, ia tidak boleh diubati dan
memerlukan rawatan dengan gabungan satu alat sedut untuk kelegaan segera dan satu ubat
pencegah untuk kawalan jangka masa panjang.
Ubat pelega adalah satu alat sedut yang melegakan saluran pernafasan dan diguna kan apabila
berlakunya serangan asma. Ubat pencegah adalah satu alat sedut yang diguna setiap hari
(walaupun tiada serangan asma) untuk mengurangkan keradangan dalam saluran pernafasan dan
membantu untuk mengelakkan serangan yang selanjutnya.
Oleh itu, ia adalah sangat penting para guru dan jurulatih sedar tentang risiko yang boleh
dihadapi oleh kanak-kanak yang mempunyai asma semasa musim jerebu.
Jika tahap pencemaran udara adalah tinggi, sukan di luar bangunan boleh digantikan dengan
aktiviti fizikal dalam bangunan, bergantung kepada bagaimana anak anda mengatasinya.
Petua melindungi anak anda terhadap jerebu:
* Berada di dalam rumah sebanyak mungkin. Elakkan sebarang sukan dan aktiviti di luar rumah
untuk mengurangkan pendedahan kepada pencemaran.

* Memerhatikan ramalan cuaca. Banyak ramalan cuaca memberi maklumat tentang indeks
kualiti udara dan keadaan lain yang boleh menjejaskan asma.
* Tutup pintu dan tingkap. Jika anda menggunakan penyaman udara, bersihkan penurasnya
dengan kerap untuk meningkatkan dan mengekalkan kualiti udara dalam rumah.
* Jika anda perlu keluar dari rumah, ingatlah bahawa menutup hidung dan mulut dengan sapu
tangan adalah tidak berkesan kerana habuk-habuk terlalu halus dan boleh menembusi kain biasa.
Sentiasa menggunakan topeng apabila keadaan jerebu adalah teruk.
* Jika anak anda mengalami keresahan mata, titiskan beberapa titik larutan bergaram (boleh
didapati di kebanyakan farmasi) ke dalam matanya untuk membantu melegakan keresahan.
* Amalkan kebersihan yang baik dengan mandi secara tetap dan mencuci tangan dengan kerap
semasa anda masuk ke dalam rumah.
* Kekalkan hidrasi dengan meminum air dengan kerap. Pastikan anak anda mendapat cecair
mencukupi dan rehat secukupnya.
* Satu cara lain untuk meningkatkan sistem imun bayi anda adalah dengan menyusuinya.
* Jangan merokok dan jauhi perokok. Pastikan anda menjauhkan anak dan diri anda daripada
perokok.
* Jangan memakai kanta lekap apabila keadaan jerebu menjadi teruk.
* Pastikan ubat pelega berada bersama anda sepanjang masa. Pengambilan ubat-ubat ini seperti
yang ditetapkan boleh mencegah serangan asma dan membantu anda mengendalikan pencetuspencetus dengan lebih baik.
* Akhir sekali, bincang dengan doktor anda tentang pelan pengurusan asma anak anda. Dengan
adanya satu pelan pengurusan peribadi dan dengan mengikutinya, ia akan membantu anda
mengawal gejala dengan baik.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120923/kn_03/Jerebu-tingkatkanserangan-asma#ixzz3Qblc08hJ


Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai