Anda di halaman 1dari 2

Nabi Muhammad SAW Rahmat Sekalian Alam Akhlak Nabi Muhammad. Al-Amin.

Ini antara
gelaran yang diberikan khas kepada Nabi Muhammad SAW. Amanah antara sikap terpuji
yang ada dalam diri Rasulullah SAW sejak Baginda kecil lagi. Apa benda dan tutur Nabi
SAW, semuanya amanah dan takde tipu-tipu. Semuanya ditunjukkan penuh amanah. Jom kita
sama-sama hadami 9S lagi keperibadian Rasulullah SAW. Moga-moga, khasnya untuk diri
saya sendiri akan lebih berusaha untuk mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam semua
aspek kehidupan. 9S Akhlak Terbaik Rasulullah SAW
1. Salam Ucapan Assalamualaikum sentiasa Nabi SAW praktikkan setiap kali berjumpa
para sahabat. Setiap kali pulang ke rumah. Nabi Muhammad SAW sentiasa jadi orang pertama
yang beri ucapan Salam. Hinggakan, ada sahabat yang sembunyikan diri semata-mata nak jadi
manusia pertama yang berjaya beri Salam kepada Nabi SAW, tapi tetap gagal. Nabi
Muhammad kekal menjadi manusia yang sentiasa kepertama memberi ucapan
Assalamualaikum. Bagaimana kita? Ada hampir-hampir nak sama dengan akhlak Nabi
Muhammad?
2. Senyum Takde manusia yang sentiasa manis wajahnya dengan senyuman selain Nabi
Muhammad SAW. Hinggakan ada satu peristiwa bilamana seorang Arab Badwi merentap
selendang yang Nabi SAW pakai, hinggakan merah leher Baginda. Nabi SAW tetap rileks dan
membalas dengan senyuman serta memberikan sesuatu kepada Arab Badwi tu. Kalau kita,
agaknya macam mana responsnya?
3. Syukur Nabi Muhammad SAW dijanjikan Allah SWT syurgaNYA. Tapi, Nabi
Muhammad SAW tetap juga bangun solat malam hingga bengkak-bengkak kaki Baginda.
Kenapa? Dalam Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah, Baginda SAW menjawab, Tidakkah
aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?
4. Senda gurau Nabi SAW bukanlah seorang yang serius sepanjang masa. Nabi Muhammad
SAW bukan setakat seorang Ketua Negara, tapi Nabi SAW juga seorang bapa, seorang
menantu, seorang suami. Baginda SAW pernah main lumba lari dengan Siti Aisyah dan
Baginda SAW pura-pura kalah untuk menceriakan hati isterinya. Kita? Takkan asyik serius 24
dengan anak isteri? Ce kita renung sejenak! Ada tak kita cuba tiru akhlak Nabi Muhammad
SAW?
5. Sedekah Perbanyak sedekah. Banyak benar keistimewaan bersedekah. Dari Amru bin Auf
RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu
memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula
menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari
pemberiannya). (Sumber JAKIM)
6. Silaturrahim Antara amalan untuk masuk syurga ialah mengeratkan hubungan
silaturrahim. Maka, takde ruginya kita menjaga tangan dan lidah kita dalam hubungan
silaturrahim. Jangan sebab tak sebulu idea politik, kita senang-senang jatuh hukum dan caci
maki sesiapa saja. Ate, kata nak jaga silaturrahim!
7. Sabar Tengok jer peristiwa masa Nabi Muhammad SAW kena baling batu dengan
penduduk Thaif. Baginda sabor jer. Takde nak balas balik, sebaliknya Baginda berdoa untuk
kebaikan mereka. Kita? Tepuk dahi, tanya diri kita sendiri. Jauh benar rasanya diri
ni.huhuhu

8. Solat Bab solat. Nabi Muhammad SAW dalam khutbah akhirnya juga menyebut tentang
solat lima waktu. Sama-sama kita jaga dan perbaiki mutu solat wajib dan tambah dengan
solat-solat sunat yang lain. Takde benda lebih penting berbanding solat kita. Allahuakbar!
9. Sayang Nabi Muhammad SAW dalam menunjukkan kasih sayangnya kepada kita
memang tak terhingga. Kepada anak-anak yatim juga begitu. Sabda Rasulullah SAW, Saya
dan penjaga anak yatim berada dalam syurga begini, dan baginda menunjukkan dengan jari
telunjuk dan jari tengah dan baginda merenggangkan antara kedua-dua jarinya. (Riwayat
Sahal bin Saad RA)
Inilah antaranya 9S akhlak Nabi Muhammad SAW yang memang wajar sangat kita
usahakan untuk beramal. Kalau bukan Nabi Muhammad SAW yang kita jadikan ikon utama,
takde maknanya hidup kita. Kita mengharapkan syafaat Nabi Muhammad SAW di Padang
Mahsyar, tapi kita takde usaha untuk beramal dengan sunnahnya. Tak logikkan? Makanya,
saya menasihati diri sendiri terutamanya untuk meningkatkan usaha mengenali keperibadian
Baginda Rasulullah SAW. Bacalah kitab dan buku-buku sirah Baginda SAW untuk kita lebih
kenal siapa insan mulia rahmat sekalian alam. Dialah Muhammad SAW!
Nota: Ustaz pesan, jangan lupa baca Doa Mohon Syafaat Rasulullah SAW! Ustaz pesan lagi.
Berarak itu penting, tapi PENGHAYATAN itu lebih penting.

Anda mungkin juga menyukai